Biaqpila |
- MUHYIDDIN MENUNJUKKAN KEJAHILANNYA MERATA-RATA
- LAMBOGHINI TARIAN PUNGKOQ DISUMPAH JADI KAYU
- PASAI PA DBKL TAK JOIN TARIAN PUNGKOQ?
- Panas!!! Anwar Ibrahim menang kes Saman Nallakaruppan!
- KEPUTUSAN EURO2012 20/6/12
MUHYIDDIN MENUNJUKKAN KEJAHILANNYA MERATA-RATA Posted: 20 Jun 2012 03:00 PM PDT MUHYIDDIN YASSIN selaku TPM terus tidak segan silu menipu rakyat. Mungkin beliau kini kehabisan modal lagi untuk mengajak rakyat terus bersama parti korup yang bernama Umno. Mungkin juga beliau mahu `cover' malunya apabila dihentam oleh DS Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang ini mengajak beliau bersama-sama dedahkan akaun atau kekayaan masing-masing Di Kuala Nerang, TPM berterusan menggunakan modal lapuk lagi usang untuk menyerang PR terutamanya PAS kerana di Kedah sekarang PAS mengetuai kerajaan. Saya mahu menjawab hujah-hujah lapuk Muhyiddin itu kerana bagi saya hujah Muhyiddin terlalu `low class' untuk dijawab oleh pimpinan kita. Beliau menyebut bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan sesiapa mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan masuk neraka. Jelas, Muhyiddin menipu apabila beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz ada mendakwa `mengundi PAS masuk Syurga, mengundi Umno masuk Neraka". Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz pernah mencabar pemimpin-pemimpin Umno termasuk para Mufti menunjukkan bukti bahawa beliau ada berkata sedemikian. Apa yang sering disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah, menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dengan niat untuk menegakkan Islam itu berpahala, sebaliknya sesiapa yang menyokong mana-mana golongan yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang memperjuangkan dasar kebangsaan semata-mata, dasar komunis atau apa jua dasar yang bertentangan dengan Islam akan mendapat dosa. Apabila disebut pahala, Allah telah menjanjikan Syurga manakala jika disebut dosa Allah menjanjikan Neraka. Ini bukan soal PAS atau Umno, tetapi soal hukum memperjuangkan Islam. Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut jika Umno sanggup memperjuangkan Islam, PAS akan dibubarkan dan semua ahli PAS akan bersama Umno dan biarlah Umno memerintah negara ini sehingga kiamat. Mengapa begitu jahilnya Muhyiddin yang dikatakan bapanya seorang yang kuat agama ini? Memanglah urusan Syurga dan Neraka itu hak Allah, tetapi sebagai hambanya Allah perintahkan kita untuk menurut kehendak Islam. Adakah jika kita menurut kehendak Islam, maka Allah tempatkan kita ke Neraka? Contohnya mudah, Allah halalkan minum susu lembu dan Allah mengharamkan minum arak. Jika kita minum arak juga, adakah Allah letakkan kita ke Syurga? Muhyiddin juga menunjukkan kejahilannya di dalam hukum terhadap rakyat yang menerima BR1M sebanyak RM 500 itu. Katanya, apabila kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PAS mengeluarkan fatwa ia adalah rasuah tetapi anggota (parti) mereka tetap mengambilnya. Kalau rasuah janganlah terima, kata Muhyiddin. PAS tidak pernah mengatakan penerima BR1M itu sebagai penerima rasuah, malahan PAS sentiasa menyeru rakyat agar mengambilnya. Apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai rasuah itu adalah jika si penerima BR1M itu mengambil wang berkenaan, dan dengan mendapat wang tersebut beliau sanggup mengikut kehendak si pemberi dengan menyokong Umno/Bn maka itulah rasuah namanya dan ianya tetap wang rasuah. Sebaliknya, jika rakyat menerima wang berkenaan dan tidak berubah pendirian mereka, maka wang itu bukan rasuah dan wang itu memang hak mereka yang sepatutnya mereka terima. Ertikata lain, pemberian wang atau projek atau bantuan sebanyak mana sekali pun selagi tidak mempengaruhi mereka, maka ianya bukan perbuatan rasuah. Susah sangatkah Muhyiddin mahu menafsirkan erti rasuah ini? Kata Muhyiddin lagi, Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang merupakan janji-janji mereka jika berjaya menawan Putrajaya tetapi kalau diteliti, jika ia dilaksanakan, boleh menyebabkan negara muflis. Hujah bengap dari Muhyiddin ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat yang berakal kecuali mereka yang bersekongkol dengan lembu-lembu kondo. Muhyiddin patut sebut di bahagian manakah di dalam Buku Jingga yang boleh menjadikan negara ini bankrap? Penurunan harga minyak? Kemudahan wifi percuma? Penghapusan Tol? Beliau tidak berani sebut kerana jika beliau sebut menampakkan lagi kebebalannya. Semua hujah Muhyiddin tersebut telah dijawab awal lagi oleh DS Anwar. Sebab itulah DS Anwar berkali-kali mencabar Najib atau Muhyiddin untuk berdebat mengenai Buku Jingga. Masalahnya, pemimpin Umno tidak mampu untuk berhujah dengan DS Anwar kerana mereka tahu apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu releven dan boleh direalisasikan. Cuma Umno sahaja tidak mampu melaksanakannya kerana Umno dan rasuah tidak boleh dipisahkan. Tidak ada negara yang dasarnya membantu rakyat dan tidak rasuah boleh bankrap. Apa yang selalu kita lihat negara menjadi bankrap apabila negara tidak dapat diurus dengan baik, telus dan amanah. Kita masih ingat, sewaktu awal-awal PR memerintah Selangor dengan memperkenalkan air percuma dan beberapa insentif lain untuk kebajikan rakyat Selangor, pemimpin Umno memberi amaran kerajaan di bawah Tan Sri Khalid itu hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja. Sekarang terbukti, hampir sepenggal PR memerintah Selangor, usahkan bankrap malahan bertambah kantung simpanan Selangor melebihi 1 Bilion. Sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kecetekan beliau di dalam membicarakan soal ekonomi. Kunci pertama untuk kita menilai samada pemimpin Umno ini ikhlas atau menipu rakyat amat mudah. Pertama, kita lihat rekod 50 tahun lebih mereka mentadbir negeri atau negara ini. Adakah kita semakin senang atau susah? Adakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita kini hidup di dalam kesenangan hanya kerana mendapat BR1M sebanyak RM500 dan pemberian RM15, 000 buat Peneroka Felda? Kita jangan mengukur kesenangan hidup hanya dengan duit, itu pun setelah mereka memerintah lebih 50 tahun baru mereka mahu menghulur sebanyak itu. Sudah berapa banyak wang rakyat lesap ditelan oleh mereka selama berpuluh tahun sebelum ini? Keduanya, jika pemimpin Umno ini benar-benar ikhlas dan jujur mereka pasti akan sanggup berdepan dengan cabaran DS Anwar untuk berdebat di dalam soal ekonomi negara. Apa yang perlu mereka takutkan jika mereka benar? Apa yang mereka mahu khuatirkan jika mereka tidak rasuah dan menyeleweng? Kononnya DS Anwar akan bankrapkan negara, kononnya DS Anwar tidak boleh mengurus ekonomi negara, jika mereka ada hujah sedemikian alangkah baiknya jika mereka gunakan hujah-hujah mereka untuk menangkis Buku Jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di dalam perdebatan. Ketika itu, jika rakyat merasakan hujah pemimpin Umno itu betul maka sudah tentu rakyat tidak mempercayai janji-janji Pakatan Rakyat. Tetapi, jika rakyat pula melihat bahawa terbukti Umno mengamalkan rasuah dan penyelewengan, maka sudah pasti rakyat akan menolak Umno. Itulah sebenarnya yang amat ditakuti oleh Najib dan Muhyiddin. Sehubungan itu, tiada sebab rakyat di Kedah, Selangor, P.Pinang, Kelantan dan Perak untuk menukar kerajaan yang mereka pilih pada Tahun 2008 yang lalu. Bahkan, di negeri-negeri lain juga mereka telah melihat betapa jauh bezanya umpama langit dan bumi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan (kecuali Perak yang telah dirampas oleh lanun) berbanding ketika berada di bawah Umno/Bn. Maka, tiada sebab untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya kecuali mereka yang buta hati sahaja yang masih mengharapkan parti penuh rasuah ini untuk terus berkuasa./wfauzdin.blogspot.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LAMBOGHINI TARIAN PUNGKOQ DISUMPAH JADI KAYU Posted: 20 Jun 2012 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Mei - Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'. Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. "Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.Berita Penuh DEY MACHA!!! DEPA NAK BAGI HADIAH LAMBOGHINI PUN TAK LAKU HARAPKAN 150,000 LIKE CUMA DAPAT 1303 LIKE KAH! KAH! KAH! GUA PUNYA PAGE Tidoq itu lebih baik dari berFB YANG TAK DAK BAGI HADIAH PUN DAH CECAH 21,000 KAH! KAH! KAH! LU ORANG TENGOK INI PAGE BERAPA LIKE DOK ADA? KAH! KAH! KAH! ITU PASAL DEPA BERANI CAKAP BESAQ HADIAH BMW SAMA ITU LAMBOGHINI 18 TAHUN PUN BELUM TENTU DAPAT 150,000 LIKE KAH! KAH! KAH! INI MACAM KALU NAK BAGI LAMBOGHINI KAYU PUN BELUM TENTU BALIK MODAI KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
PASAI PA DBKL TAK JOIN TARIAN PUNGKOQ? Posted: 19 Jun 2012 11:41 PM PDT DEY MACHA!!! GUA INGAT PENIAGA BURGER SAJA RUGI RUPA-RUPANYA DBKL PUN RUGI GARA-GARA BERSIH 3 HARI TU KAH! KAH! KAH! KALAU DAH TAU RUGI PASAI PA DBKL TAK TUMPANG SEKAKI JUAL BURGER DEPAN RUMAH AMBIGA KAH! KAH! KAH! PATUTNYA DBKL JOIN SEKALI BUAT TARIAN PUNGKOQ DEPAN RUMAH AMBIGA LEPAS TU BOLEH DAPAT UNTUNG TOKEY IKAN BAKAQ JUTAWAN PUN UNTUNG MAAA SIAP BOLEH BUAT PERADUAN HADIAH LAMBOGHINI KAH! KAH! KAH! NI LA BODOH TAK BOLEH DIAJAQ PANDAI TAK BOLEH DIIKUT KALAU BAGI ORANG BERHIMPUN KAT DATARAN DUDUK BANTAH SECARA AMAN TAK DAK SAPA PUN YANG RUGI KAH! KAH! KAH! KALAU DBKL NAK JUGAK TUNTUT GANTIRUGI PASAI DEPA KENA BUAT KERJA OVERTIME MACAMANA PULAK DENGAN PEKERJA DBKL YANG DOK GOYANG TELOQ RAKYAT NAK MINTA GANTIRUGI DARI SAPA? KAH! KAH! KAH! DBKL tuntut RM351,000 dari penganjur BERSIH 3.0 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menuntut penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 supaya membayar lebih RM351,000 yang kerosakan harta awam dan kos yang ditanggungnya ekoran perhimpunan 28 April. Jumlah paling besar dalam tuntutan tersebut ialah bayaran untuk elaun lebih masa kakitangan jabatan penguatkuasanya yang bertugas – sebanyak RM174,240. Selain itu, DBKL juga menuntut RM50,000 untuk kos makan minum dan pengangkutan kakitangan jabatan penguatkuasa tersebut, selain RM26,000 untuk kos pengangkutan kakitangan jabatan kejuruteraannya. Ketua pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup membuat tuntutan tersebut kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO tersebut, Maria Chin Abdullah. Selain tuntutan berjumlah RM351,203.45 itu, DBKL dalam surat tuntutan bertarikh 18 Jun itu juga menuntut supaya BERSIH membayar kos tuntutan RM100, dalam tempoh 14 hari. Salleh berkata, BERSIH dihalang daripada membuat perhimpunan tersebut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan PDRM melalui perintah mahkamah bertarikh 26 April. "Datuk Bandar tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan bagi perhimpunan BERSIH 3.0 keraa aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang merupakan suatu tempat bersejarah dan tumpuan pelancong. "Tetapi pihak Datuk dan puan terus menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang menjadi tidak terkawal dan mengakibatkan kacau bilau di Kuala Lumpur dan kerosakan harta benda awam," kata Salleh dalam suratnya. Dalam tuntutan tersebut, Salleh berkata kos kerosakan itu dari RM5,900 – untuk papan tanda dan pengadang, sehinggalah RM57,850 untuk kerosakan lanskap DBKL. Dalam satu kenyataan segera, Ambiga dan Maria menyifatkan tuntutan tersebut sebagai satu gangguan yang menjadikan mereka sebagai sasaran.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Panas!!! Anwar Ibrahim menang kes Saman Nallakaruppan! Posted: 19 Jun 2012 06:00 PM PDT Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta. Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini. Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya. Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah. Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany. Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga. Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik. Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah. Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan. Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya. Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi. Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda. Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar. pkrl KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 19 Jun 2012 04:03 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan