Biaqpila |
- LIVE EURO 2012: Poland vs Russia
- LIVE EURO 2012: Greece vs Czech Republic
- LIVE: MALAYSIA VS SINGAPURA
- Mengapa ramai pemimpin UMNO takut debat?
- ORANG UTAN PUN SERIUS DALAM HIDUP
- K-POP BERTAM LEBIH SEKSI KATA MENTERI BELIA DAN K-POP.....KAH! KAH! KAH!
- KEPUTUSAN EURO 12/6/12
LIVE EURO 2012: Poland vs Russia Posted: 12 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Wednesday (13 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LIVE EURO 2012: Greece vs Czech Republic Posted: 12 Jun 2012 08:55 AM PDT FT: GREECE 1-2 CZECH REPUBLIC Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Wednesday (13 June) 00:00 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Jun 2012 04:55 AM PDT PERLAWANAN TAMAT: MALAYSIA 2-0 SINGAPURA Live Streaming Video Football : International Friendly Matches Tuesday (12 June) 20:00 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Mengapa ramai pemimpin UMNO takut debat? Posted: 12 Jun 2012 02:00 AM PDT "Plz convey my four letter words to the moderator…" Tweet ini ditujukan kepada Dr Maszlee Malik selepas beliau mencadangkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat. Seruan debat itu dibuat dalam satu debat di antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Straetgik PKR Rafizi Ramli pada akhir bulan lalu. Soal sama ada Najib berani berdebat dengan Anwar, itu perkara kedua. Yang penting, seluruh Malaysia telah menyaksikan cabaran oleh seorang ahli akademik – bukan musuh atau lawan politik Najib mahu pun Anwar – yang ingin melihat budaya politik sihat berkembang di negara ini. Dr Maszlee, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang juga anak kelahiran Johor, bukan orang baru dalam dunia diskusi politik. Malah, kepakaran akademik beliau adalah dalam bidang politik moden dunia Islam. Sayangnya masih ada kalangan pecacai UMNO yang rendah akal budi serta kurang cerdik minda mereka. Cadang debat dikatakan biadap? Tak hairanlah kalau Dr. Maszlee dihentam keromo blogger pro-UMNO sebagai "biadap", yakni biadap kerana berani mencadangkan pemimpin nombor wahid mereka, Najib, untuk berdebat dengan Anwar sekalu pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi tidak pula biadap bagi pecacai UMNO untuk membaling batu dan telur kepada para pemimpin Pakatan serta memecahkan kereta wakil-wakil rakyat oposisi. Tidak kurang ajar bagi mereka untuk mengganggu-gugat rumah keluarga Pengerusi Bersama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dengan itu, tidak biadap untuk para pecacai UMNO mengancam Dr Maszlee yang terpaksa menerima reaksi negatif (bukan kritikan membina tetapi ugutan biadap) sama ada dalam tweeter dan facebook. Budaya takut debat semakin tebal di kalangan para pemimpin UMNO yang selama ini menyangka kuasa menghalalkan apa saja tindakan mereka tanpa boleh dipertikaikan oleh rakyat jelata. "Macam jin keluar dari botol…" Bagi Dr Maszlee sendiri, debat yang dikendalikannya di antara Khairy dan Rafizi adalah satu lagi perkembangan sihat dalam budaya berwacana dan dialog di negara ini. "Khairy telah melakukan jasa besar dan beliau harus diberi pujian. Dia telah meletakkan satu standard yang Pemuda UMNO kena ikut, pemimpin UMNO lain kena ikut dan untuk masa depan, ahli politik UMNO kena ikut. "Dalam kes ni, kena tabik (Khairy) kerana dia berani. Dan apa yang dilakukan tu membentuk sejarah. Bila itu sudah menjadi budaya dia akan jadi ibarat 'jin terkeluar dari botol…dia tak boleh masuk balik'…" "Mendidik masyarakat-non-partisan" Apabila saya bertanya mengenai pendirian politik beliau, Dr Maszlee dengan jelas berkata bahawa beliau mahu mendidik masyarakat. "Sebagai orang akademik, lebih baik saya ambil peluang untuk mendidik masyarakat bagi mencapai ke arah politik idea. Kalau saya sudah mengambil sikap berpartisan, maka saya rasa saya akan menggagalkan usaha yang saya lakukan." Beliau juga menekankan bahawa dalam usaha mendidik masyarakat, sebagai seorang akademik yang non-partisan perlulah 'vokal' dalam mengenengahkan idea-idea baru bagi membentuk sebuah masyarakat yang berfikiran kritis dan segar. "Dalam mendidik masyarakat kita perlu 'vokal', jadi bila kita vokal, seringkali orang kaitkan ia dengan pembangkang- itu tak betul. Kita perlu wujudkan bahawa sikap 'vokal' perlu ada kepada semua. Sikap kritikal juga perlu ada kepada semua, begitu juga sikap analitikal, bukan hanya dalam pembangkang hatta dalam UMNO sendiri," katanya. Walau pun demikian, sedikit sebanyak penglibatan beliau dalam mendidik masyarakat meraikan politik baru dipandang serong seolah-olah berpihak kepada oposisi. Dr. Maszlee merujuk masalah ini sebagai masalah persepsi yang sememangnya wujud dalam masyrakat, khususnya dalam keadaan di mana media massa dan sumber maklumat dikuasai sepenuhnya oleh pemerintah. Malah, persepsi itu tidak terikat kepada UMNO dan Barisan Nasional sahaja, malah sedikit-sebanyak mempunyai kesan dalam minda segelintir pemimpin Pakatan. Beliau hanya berharap supaya masyarakat, terutamanya pemimpin politik bersikap lebih terbuka dan toleran serta tidak menganggap rakyat bodoh jika mahu kerjaya serta wadah politik mereka terus relevan dan dipercayai rakyat - Hafiz Zainuddin sharpshooterblogger KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
ORANG UTAN PUN SERIUS DALAM HIDUP Posted: 11 Jun 2012 11:00 PM PDT Serius ke U cintakan I ? DEY MACHA!!! KALAU MELIBATKAN KRONI RASUAH KAPAL SELAM BERJUTA-JUTA TAK SERIUS KALAU MELIBATKAN KRONI JUAL RAHSIA NEGARA PUN TAK SERIUS KALAU MELIBATKAN KRONI BELA LEMBU DALAM KONDO PUN TAK SERIUS KAH! KAH! KAH! KALAU MELIBATKAN RAKYAT RASUAH RM2400 PUN KENA SIASAT SAMPAI MATI KALAU PEMIMPIN PEMBANGKANG KES YANG DAH TUTUP PUN SURUH SIASAT SEMULA KAH! KAH! KAH! MENCEMARKAN NAMA NEGARA TAK SERIUS YANG PALING SERIUS MANA KITA NAK LARI KALAU BN TUMBANG NANTI KAH! KAH! KAH! Anifah: Perbicaraan Scorpene bukan serius Perbicaraan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman. "Ini bukan perkara serius yang kita perlu ikuti dan ia hanya diuar-uarkan pihak tertentu," katanya ketika ditanya persediaan Malaysia menghadapi perbicaraan itu. Namun, Malaysia akan melakukan persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi perbicaraan itu apabila keadaan memerlukan, katanya lagi. "Setakat ini dari kedutaan (Perancis) pun kita belum terima apa-apa maklumat. "Tetapi kalau perlu, kita sedia pertahankan," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama ketua wakil negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur sebentar tadi. NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini memfailkan tindakan mahkamah di Perancis untuk menyiasat unsur rasuah dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat DCNS yang berpangkalan di sana. Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili Suaram mendakwa, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". Menurutnya, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes tersebut ingin tahu tujuan sebenar bayaran itu dilakukan kepada Terasasi yang dimiliki ayah kepada Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Dalam perkembangan berkaitan, Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan urusniaga kapal selam itu. Usul tersebut difailkan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu di bawah Perintah Tetap 18(11).-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
K-POP BERTAM LEBIH SEKSI KATA MENTERI BELIA DAN K-POP.....KAH! KAH! KAH! Posted: 11 Jun 2012 07:12 PM PDT Menteri Dalam Kain pun berk-pop sakan... kah! kah! kah! DEY MACHA!!! MENTERI BELIA DAN K-POP NI TAK TAU KA PAS PULAU PINANG ANTARA YANG TERAWAL KRITIK MAJLIS MAKAN MALAM BERTAM NITE TU MENTERI NI TAK TAU KA PKR DAH MINTA MAAF KALAU NAK TAU SILA BACA KAT SINI NAK HARAPKAN TV3SUKU TUNJUK MEMANG TAK DAK LA KAH! KAH! KAH! K-POP HANGPA RM2.04 JUTA MANA BOLEH LAWAN K-POP MURAHAN PASAI TU HANGPA BOLEH NAIK PENTAS TUMPANG SEKAKI K-POP BERTAM MANA ADA PEMIMPIN PAS NAIK PENTAS KAH! KAH! KAH! Ni Presiden Pas dengan Menteri K-Pop Pas ke kat atas pentas ni? kah! kah! kah! MENTERI NI JUGAK KATA K-POP BERTAM LEBIH SEKSI BERBANDING K-POP HIMPUNAN JUTAAN BELIA ELOK LA TU TAHUN DEPAN TAK PAYAH PANGGIL K-POP KOREA BUAT HABIH DUIT RM2.04 JUTA JE PANGGIL SAJA K-POP BERTAM NI KAH! KAH! KAH! Isu K-Pop: Pas hipokrit, kata menteri KUALA LUMPUR - Pas digesa memberi penjelasan berhubung sikap 'double standard' yang ditunjukkan oleh parti tersebut terhadap isu tarian ala K-Pop pada Majlis Makan Malam PKR, Bertam Nite di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap hipokrit kepimpinan parti Islam itu, yang hanya mengkritik persembahan K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tempoh hari mencerminkan ia tidak konsisten memperjuangkan agama tersebut. "Sikap pilih kasih Pas yang tidak menegur sekutunya, PKR dalam mengadakan konsert seksi pada majlis makan malam itu menunjukkan parti tersebut hipokrit dalam perjuangan Islamnya. "Ini bukan kali pertama Pas begini, sebelum ini pun parti itu telah mengeluarkan pelbagai peraturan dan 'fatwa' yang berubah-ubah. "Ini termasuk menyatakan bahawa suara adalah aurat bagi wanita dan mereka enggan menghantar qariah mereka pada mana-mana tilawah sebelum ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam. Namun, kata beliau, kini mereka meletakkan lebih banyak calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya dan terbaru, menggunakan penyanyi terkenal untuk menyanyi pada majlis-majlis mereka. Jelas Shabery, sikap 'double standard' dalam itu berkenaan perlu diperjelaskan oleh kepimpinan Pas kerana ia telah menimbulkan jutaan persoalan dalam kalangan rakyat yang meluahkan isi hati mereka dalam media sosial masing-masing. Tegasnya, sikap berdiam diri beberapa pemimpin Pas yang hadir pada Bertam Nite itu turut menunjukkan parti itu hanya mempergunakan isu pada Himpunan Jutaan Belia demi kepentingan politik mereka semata-mata, bukannya untuk menegakkan perjuangan Islam mereka. "Sekiranya mereka benar memperjuangkan apa yang mereka katakan sebelum ini, mereka perlu tampil dan meminta maaf kerana sikap berdiam diri mereka mengelirukan umat Islam lain. Saya pun meminta maaf sebelum ini," katanya. Katanya, sungguh jelas pakaian penyanyi yang dipanggil membuat persembahan malam itu lebih seksi berbanding persembahan artis Korea pada Himpunan Sejuta Belia itu. PKR menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman itu mempersembahkan tarian tiga gadis yang memakai skirt pendek. Pertunjukan tarian seksi ala K-Pop itu mengejutkan kerana ia turut dihadiri beberapa pemimpin Pas tempatan dan ahlinya.-SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 11 Jun 2012 03:52 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan