Anak Sungai Derhaka |
- Pak Lah enggan pertahan Kepala Batas dan UMNO mula berbalah.. baguslah..
- Kes Bunuh Altantuya: Permohonan Azilah tambah alasan didengar 5 Julai
- Bila buat kerja tak guna otak inilah jadinya.. Sekatan PTPTN buat Unisel dibatalkan...
- PTPTN: Pelajar KUIS juga turut dianiaya UMNO/BN..
- Najib akan saman The Phnom Penh Post ?
- Khairy turut pertikai tindakan Muhyiddin beku PTPTN..
- Langkah bingai Muhyiddin bekukan PTPTN dibidas pemimpin MCA dan MIC..
Pak Lah enggan pertahan Kepala Batas dan UMNO mula berbalah.. baguslah.. Posted: 08 Jun 2012 07:44 AM PDT Paklah diberitakan telah menolak pelawaan Najib supaya mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas sekali lagi.. Seorang pemimpin UMNO pernah menyatakan kepada aku bahawa Pak Lah itu penting buat UMNO Kepala Batas kerana ramai yang menganggap beliau sebagai bapa. Seperti kita juga masa kecik-kecik dulu.. kalau bapa ada dalam rumah mana nak berani bergaduh sesama adik beradik.. Pak Lah perlu bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas bagi mengelakkan perpecahan kerana berebut untuk menjadi calon sesama pemimpin UMNO.. Meskipun dulu beliau sering dilihat lena dalam banyak majlis, kelibatnya dalam UMNO Kepala Batas mampu mengelakkan perang dalam UMNO Kepala Batas. Benar rupanya kata-kata pemimpin UMNO itu... tanpa Pak Lah UMNO Kepala Batas mula berbalah.... baguslah.. Kalau korang baca betul-betul laporan ni.. korang akan nampak bahawa sememangnya kehadiran Mamak dalam UMNO mula tidak disenangi.. Sedikit terjemahan... Diberitakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menolak mentah-mentah tawaran Datuk Seri Najib Razak, untuk mempertahankan kerusi itu. Langkah yang diambil oleh Najib Razak dilihat sebagai percaturan maukan calon yang dilihat calon "winnable" supaya berjaya memperolehi majoriti 2/3. Tindakan Pak Lah menolak pelawaan Najib sebagai satu tamparan maut kepada Najib atau dilihat sebagai jalan membalkas dendam kerana merampas kedudukkannya sebagai PM. Difahamkan bahawa Ketua Pemuda Umno Kepala Batas yang juga anak emas serta bekas Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Ibrahim Saad , bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugur, mantan Setiausaha Politik DSAI. Diantara kedua mereka, Bahgian UMNO Kepala Batas dan Najib sendiri lebih cenderung menyokong dan memberi laluan kepda Ibrahim Saad dari Reezal Merican. Reezal Merican dilihat tidak mempunyai imej Melayu berbanding dengan Ibrahim Saad, walaupun beliau lebih disenangi oleh Pak Lah. Mau tak mau kena terima hakikat yang majoriti anak-anak Melayu Pulau Pinang agak tidak selesa dengan kebanjiran anak-anak berketurunan mamak dalam UMNO..Keterunan ini agak dominan kini.. Dilihat sebagai mengawal perjalanan UMNO... Ini ditambah burukkan dengan kawasan parlimen bersebelahan yang juga seoran anak mamak, TS Mohd Noor Yackop. Scramble for Kepala Batas as Pak Lah declines re-election The Malaysian Insider understands that Kepala Batas Umno Youth chief Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican and former Malaysian ambassador to the Philippines, Datuk Seri Ibrahim Saad, the former Tasik Gelugor MP and deputy minister, are in the running to replace Abdullah , who has kept the seat since 1978. "Ibrahim seems to have the upper hand with his old boys network while Reezal is seen as a mamak," a source told The Malaysian Insider, referring to Reezal's South Indian Muslim ancestry. "But Pak Lah wants Reezal to replace him," said the source, referring to the former prime minister by his moniker. It is learnt that some Umno people are not comfortable with Reezal's candidature due to his ancestry and the fact that adjoining seat is represented by Tan Sri Mohd Nor Yackop, who is also of South Indian ancestry. Ibrahim, who was Penang deputy chief minister when BN ruled the state, is seen as a frontrunner as he is seen to be close to Najib. Both were members of the Wawasan Team that swept through the Umno party elections in 2004. The Malaysian Insider reported in February that the former prime minister has been approached to defend the seat as the amiable leader is one of the "winnable candidates" sought by Umno president and PM Najib. Abdullah, who was prime minister from 2003 to 2009, won the Kepala Batas seat for the eighth time in 2008 with a majority of 11,246 votes when he polled 23,445 against PAS's Subri Mohd Arshad who garnered 12,199 votes. Analysts and critics say Najib wants to ensure an all-out victory although it is difficult for the country's sixth prime minister to match his predecessor's performance in the 2004 and 2008 elections. Abdullah won 91 per cent of the 222-seat Dewan Rakyat in Parliament in 2004 but lost the two-thirds majority when his coalition only took 140 federal seats and eight of the 13 state assemblies in 2008. Najib and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin have spent the past few months criss-crossing the country to gauge BN's readiness for the general election, which must be called by the middle of 2013. PR parties have said they will not call for snap polls in the four states they control until after this month. Analysts have predicted that BN will call for the election before or after tabling the Budget 2013 this September 28 as it needs time to get the goodies to the ground. BN is also seen to delay elections as it tries to overcome a scandal involving cattle-farming project National Feedlot Centre (NFC) where the family of Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil have been accused of abusing a RM250 million soft loan for their own ventures. The Malaysian Insider |
Kes Bunuh Altantuya: Permohonan Azilah tambah alasan didengar 5 Julai Posted: 08 Jun 2012 05:02 AM PDT Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 5 Julai ini permohonan oleh Cif Inspektor Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya. Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah N Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalam kamarnya hari ini. Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana didapati bersalah membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara jam 9.45 malam 18 Oktober 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya. Rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos. Terdapat 43 alasan dalam petisyen rayuan Azilah. Azilah diwakili peguam J.Kuldeep Kumar manakala Sirul Azhar pula diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Timbalan Pendakwa Raya K Mangai dan Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan. Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sirul Azhar untuk menambah enam alasan kepada sembilan alasan yang sedia ada dalam petisyen rayuannya. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu, yang merupakan komando Unit Tindakan Khas, dalam pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, tanpa dipanggil membela diri. - Bernama |
Bila buat kerja tak guna otak inilah jadinya.. Sekatan PTPTN buat Unisel dibatalkan... Posted: 08 Jun 2012 12:42 AM PDT Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma. Bila sesuatu tindakan dilakukan mengikut perasaan tanpa menggunakan otak inilah jadinya, kononnya akan ditarik balik hanya setelah PKR mengakui kesilapan tapi bila dikritik berbagai pihak termasuk Khairy, pemimpin MCA dan juga MIC ianya ditarik balik. Alasannya kerajaan Negeri Selangor kurang kemampuan untuk menyediakan pendidikan percuma.. Sebenarnya UMNO/BN kaget bila dalam masa tak sampai 24 Jam MB Selangor telah berjanji akan membantu dengan mencairkan asset Unisel bagi membantu pelajar.. Ditambah pula Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor sanggup menyalurkan peruntukan bahagian masing-masing jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan sekatan pinjaman ke atas pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel). Selain tekanan dari berbagai pihak menjadikan pemimpin UMNO yang mahu PTPTN untuk Unisel dibekukan gelabah kerana mereka tidak jangka Kerajaan negeri Selangor mampu mencari penyelesaian. Kerana mereka masih merasakan bahawa mereka lebih bijak padahal Tun Mahathir telah mengatakan hanya orang-orang yang bodoh kini bersama UMNO.. Pembekuan itu, yang mana Muhyiddin dan Khaled telah menggelarnya "ujian" ikrar pendidikan percuma Pakatan Rakyat, telah menerima kecaman dan bantahan dari pembangkang dan kumpulan pelajar. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menuduh pentadbiran Najib melanggar amanah, manakala kumpulan pelajar Islam berkata Putrajaya mesti menarik balik pembekuan dan meminta maaf. Rasa tidak puas hati itu membawa kepada pemimpin Pemuda BN yang menyuarakan rasa tidak bersetuju mereka, kerana ia menunjukkan bahawa "ujian" adalah tidak perlu kerana "adalah jelas Selangor tidak dapat memberi pendidikan percuma." "Cukuplah. Mesti berhenti. Salah dari segi moral dan politik buruk, "Khairy menulis di laman Twitternya sebagai respon terhadap pembekuan terhadap mahasiswa Kuis. "Saya tidak mahu pelajar menjadi mangsa," kata Ahli Parlimen Rembau itu juga. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, yang telah berkali-kali mengkritik ikrar pendidikan percuma PR, juga berkata langkah Putrajaya adalah "salah" dan "PTPTN sepatutnya tahu Pakatan tidak akan memberikan pendidikan percuma di Unisel." "Mangsa Akhir adalah pelajar," katanya di Twitter. Tetapi bantahan daripada ahli-ahli parti pemerintah ini datang selepas pimpinan PKR-Selangor memutuskan untuk mendapatkan RM30 juta dengan mencairkan aset mereka untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang telah dinafikan hak mendapatkan pinjaman. Seorang pemimpin Umno memberitahu bahawa jika Selangor berjaya dalam membiayai pelajar yang terlibat, "ia bermakna mereka telah lulus ujian" yang ditetapkan oleh Muhyiddin. Ibrahim Suffian, daripada pendapat penyelidik bebas Merdeka Center juga berkata pembekuan pinjaman itu "berpotensi akan memakan diri BN jika Selangor boleh mencapai satu penyelesaian yang praktikal dan cepat." "Ini akan merentasi seluruh negara sebagai Unisel mempunyai pelajar dari negeri lain dan mungkin meledakkan daripada sesuatu yang hanya popular kepada golongan muda untuk ibu bapa mereka juga. "Lagipun, Selangor mempunyai rizab yang besar sebanyak RM1.8 bilion dan boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat," katanya kepada The Malaysian Insider. PTPTN-Unisel: Pengerusi sahkan batal sekatan SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu. "Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi. "Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi. Terdahulu dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa PTPTN menarik semula pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel tengahari, setelah perbincangan dibuat bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi. Sinar Harian |
PTPTN: Pelajar KUIS juga turut dianiaya UMNO/BN.. Posted: 07 Jun 2012 11:00 PM PDT Penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor juga dijadikan mangsa politik dangkal dan sempit pemimpin UMNO, meskipun mereka mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan Ugama Islam.. Setelah pelajar UNISEL yang kebanyakkannya berbangsa Melayu dijadikan mangsa politik mereka kini penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga menerima nasib yang sama.. Menurut seorang siswa yang baru mendaftar di kolej tersebut, perkara itu diberitahu dalam satu taklimat kepada pelajar pada malam Rabu lalu. Siswa yang enggan didedahkan namanya itu berkata hampir 500 orang pelajar dalam taklimat itu diberitahu bahawa pinjaman PTPTN itu dibekukan kerana KUIS berada di bawah kerajaan Selangor. PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel. "Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis. "Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS. Terdahulu ketika dihubungi, Ismail juga berkata, PTPTN dibekukan sementara ke atas Unisel kerana mahu memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) menjalankan manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ismail juga menafikan sekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel itu berlandaskan politik. Katanya, PTPTN tidak menyekat dana tersebut disebabkan agenda politik tetapi ingin memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan rancangan mereka mahu memperkenalkan pendidikan percuma dan berhasrat mahu menghapuskan PTPTN jika PR memerintah nanti. "Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik. "Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti," katanya. Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel dan tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri. Sehubungan itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Kurau berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pengajian Tinggi itu untuk menyekat PTPTN dan memberi peluang kepada kerajaan Selangor membuktikan kebolehan mereka. "Saya akur arahan Khaled untuk menyekat dana PTPTN terhadap Unisel dan dengan niat bagi peluang kepada PR laksanakan apa yang mereka tuntut sekarang," katanya. Dalam pada itu, Khaled berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan PTPTN, kini seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan. Sinar Harian |
Najib akan saman The Phnom Penh Post ? Posted: 07 Jun 2012 08:23 PM PDT Semalam dua buah portal online luar Negara iaitu The Phnom Penh Post dari Cambodia dan juga Malta Today telah menyiarkan artikel atau laporan yang punya kaitan dengan Scandal Scorpone. Laporan tersebut boleh dilihat di SINI dan SINI Dari dua laporan tersebut yang paling sensasi ialah laporan dari The Phnom Penh Post dari Cambodia dimana penulis telah melaporkan bahawa Razak Baginda telah membawa Altantuya menemui Najib di Paris. Kebanyakkan rakyat Malaysia tahu bahawa Najib pernah menafikan bahawa beliau mengenali Altantuya dengan bersumpah di dalam Masjid suatu masa dulu.. Dengan munculnya dakwaan ini Najib telah terbukti menipu rakyat Malaysia dengan menggunakan agama kecuali beliau saman The Phnom Penh Post dan juga wartawannya.. Tetapi mungkinkah Najib akan saman mereka?? Hmmm.. jangan bermimpilah.. Bukan aku saja yang mahu Najib saman The Phnom Penh Post itu.. tapi SAMM juga sama... Kenyataan Terbuka |
Khairy turut pertikai tindakan Muhyiddin beku PTPTN.. Posted: 07 Jun 2012 05:30 PM PDT SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. "Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. "Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini. Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel. Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel. "Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri? "Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau. Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel. Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. Sinar Harian |
Langkah bingai Muhyiddin bekukan PTPTN dibidas pemimpin MCA dan MIC.. Posted: 07 Jun 2012 10:01 AM PDT Dua parti komponen dalam Barisan Nasional membidas langkah bingai yang dilakukan oleh Muhyidin iaitu membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Universiti yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Universiti Selangor (Unisel). Timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa Unisel milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. MCA, MIC disagree with PTPTN freeze PETALING JAYA: Two Barisan Nasional component parties disagreed with the decision to freeze PTPTN (National Higher Education Fund Corporation) loans of new students enrolled at Selangor-owned Universiti Selangor (Unisel). MCA Selangor chairman Donald Lim said that politics should not have come into the equation at the expense of students' education and future. "Whatever decision we make as the government should not take politics into consideration, but the students… we should prioritise children's education and future," he told FMT. Asked if he was admitting that the government had made a mistake, the senator and deputy finance minister refused to say "who is right or wrong" in the matter. "I don't want to say who was right or wrong here. They just have to consider whatever they have decided. And use their wisdom, whoever it is in the chair to make that decision. Students' education is the priority," he said. MIC secretary-general S Murugessan also disagreed with PTPTN's move. "While the issue shows PKR's hypocrisy with regard to its claim of providing free education but not implementing it in Unisel which is under the Pakatan Rakyat state government… PTPTN should not victimise the students over this. Muhyiddin: It's a fair move "We should prioritise the welfare of the students and so PTPTN should continue disbursing the loans to those who qualify from Unisel," he told FMT. However, former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo defended the move by PTPTN, assuring that the government would not let the issue affect students' studies. "I think this is not seriously done, as I am sure that the ministry just wants to see the reaction from the public and opposition. "Actually, I do believe that Barisan Nasional will give back loans to those who deserve it," he said. Khir said that it was the government's hope that the Selangor state government would find a solution. "But looking at their reaction, it has been very bad. They have not given us a solution. This means they are not ready for free education. Politically, we are doing the right move. Now the public can measure how serious they have been over the abolishing of PTPTN," he added. Meanwhile, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said today that it was "fair" for PTPTN to freeze loans for Unisel students as it was only responding to PKR's policy proposal. "PTPTN did not cancel all loans, but temporarily halted it so they can review it first. That's fair. If the Selangor MB says there's no need for students to take the loans, then PTPTN need not give out the loans," he was reported as saying. Free Malaysia Today |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan