Jumaat, 15 Jun 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Minta maaf tidak cukup, Nizar perlu disiasat - PAS Johor & DPPWP

Posted: 15 Jun 2012 02:19 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat Nizar yang menghina Institusi Kesultanan Johor.

Tulisan dalam twitter berkenaan bidaan no plate adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak.

DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan Keluarganya serta Sultan-sultan yang memerintah dinegara ini. Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu.


Ini adalah sejarah yang Allah takdirkan untuk dirakam manusia. Untuk manfaat manusia yang berfikir.

Tiada ulasan: