Addin |
- Zulkifli Nordin Di Serbu Penduduk Yang Naik Minyak
- Sempena Lawatan Muhyiddin, Bangunan Umno Bukit Gantang Di Sita Sebentar Tadi
- New York Post, Daily Mail Berbohong Dalam Isu Bakal Menantu Najib?
- Seorang Ahli PKR Di Gantung, 2 Orang Bakal Di Buang?
- Najib Betul-Betul Menjiwai Konsep Wasatiyyah.. Nah!! Ini Buktinya
Zulkifli Nordin Di Serbu Penduduk Yang Naik Minyak Posted: 15 Jun 2012 11:05 AM PDT PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan. YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab. Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan . Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali. Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam. Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama. Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu. Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab. Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. ~klpos |
Sempena Lawatan Muhyiddin, Bangunan Umno Bukit Gantang Di Sita Sebentar Tadi Posted: 15 Jun 2012 12:08 AM PDT Rasmi Pejabat UMNO Bukit Gantang telah disita sebentar tadi. Bangunan UMNO , di Simpang (dalam DUN Changkat Jering)yang juga menempatkan Pejabat ADUN TRONG, Datuk Rosli Husein . Dengan kedatangan TPM TS Muhyiddin Yassin pada 17 Jun ini ,UMNO Bukit Gantang sudah tentu "malu". Rupanya bangunan UMNO yang disita ini ,mempunyai banyak perkara yang akan terbongkar. Kini orang UMNO Bukit Gantang saling menyalahkan orang terdahulu yang memegang jawatan. |
New York Post, Daily Mail Berbohong Dalam Isu Bakal Menantu Najib? Posted: 14 Jun 2012 09:47 PM PDT Ibu kenapa Daniyar Nazarbayev - bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkasa itu sebagai manipulasi politik dan tidak masuk akal. "Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini. "Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam. ~malaysiakini Addin : Semalam, Rosmah kata dakwaan tersebut hanya diperbesarkan. Hari ini bakal besannya pula menafikan.. selepas ni mungkin Najib pulak yang bersuara. Jikalau di ikut cakap mereka nih, bermakna New York Post, Daily Mail berbohong dalam isu nih.. setuju? |
Seorang Ahli PKR Di Gantung, 2 Orang Bakal Di Buang? Posted: 14 Jun 2012 07:14 PM PDT PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua ahlinya dari Cabang Kapar berhubung dakwaan penyelewengan baucer Program JOM Shopping. Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan negeri sedang menyiasat aduan berhubung dakwaan penyelewengan tersebut. Program JOM Shopping merupakan salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor. Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin PKR memandang serius perkara itu dan melalui mesyuarat Biro Politik pada 13 Jun lalu, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka. Katanya, ia termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli berkenaan. Pada waktu yang sama, katanya, keanggotaan seorang daripadanya digantung secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti sementera menunggu siasatan disiplin selesai. "PKR sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin, lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti," tambahnya. ~malaysiakini |
Najib Betul-Betul Menjiwai Konsep Wasatiyyah.. Nah!! Ini Buktinya Posted: 14 Jun 2012 06:34 PM PDT Lawatan 'rasmi' Najib bermula 13 hingga 24 Mei 2012 ke 3 kota iaitu London, New York dan Washington telah melibatkan perbelanjaan RM3 juta. Najib menunjukkan kepimpinan melalui teladan, Najib betul-betul bapak wasatiyyah. Najib betul-betul mengotakan janjinya.. Dalam rakyat menghadapi kesempitan ekonomi Najib mampu membelanjakan RM3 juta dalam tak sampai 12 hari. Najib betul-betul menjiwai konsep wasatiyyah yang dilaung-laungkannya..
Addin: Lepas ni.. bapak wasatiyyah tak teringin ke nak beli no. plat? |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan