Addin |
- Panas!! Pemuda Umno Johor Desak Ketuanya Letak Jawatan
- Lucu!! Pemuda Umno Menyorok Malu Apabila Pakai Baju Umno
- Bakal Besan Najib Di Tangkap Di Dubai
- Siapa Pakai Kereta Semahal Dan Semewah Ini?
- (Gambar) Artis Popular Nih Cukup Terharu Bertemu Tuan Guru Nik Aziz
- SPRM Cekap Dan Pantas, Pagi Buat Laporan Malam Dah Siasat
Panas!! Pemuda Umno Johor Desak Ketuanya Letak Jawatan Posted: 28 Jun 2012 09:42 AM PDT Umno kini makin parah, perpecahan demi perpecahan berlaku dan kini tidak boleh di sorok lagi. Terbaru Pemuda Umno Johor telah hilang kepercayan ke atas ketuanya Mohd Fadil Muskon. Ini berlaku dakwaan kononnya Mohd Fadil Muskon adalah daripada kem Khairy sedangkan majoriti Pemuda Umno Johor berada kem Razali Ibrahim merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno. Sama-sama kita saksikan drama Pemuda Umno Johor di penghujung hayatnya.. Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan sayap pemuda negeri itu. Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Muskon. Kesemua 16 mereka juga menurut Suhaizan mendesak Mohd Fadil meletak jawatan dengan kadar segera. "Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda Umno Negeri sekarang. "Antara Ketua-ketua Pemuda Umno yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi," katanya. Menurut Suhaizan lagi, terdapat juga Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi. Difahamkan antara alasan penolakan Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau daripada kem Khairy Jamaluddin sedangkan 16 ketua pemuda yang menolaknya adalah dari kem Datuk Razali Ibrahim. Selain daripada itu, terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Mohd Fadil 'budak baik' dan kurang senang dengan pemuda-pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan. "Perpecahan ini telah membuktikan bahawa Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat. "Ini telah menjadi sebab mengapa Datuk Seri Najib tidak berani membubarkan parlimen sehingga hari ini," ujar Suhaizan lagi.~nusajayakini |
Lucu!! Pemuda Umno Menyorok Malu Apabila Pakai Baju Umno Posted: 28 Jun 2012 07:36 AM PDT Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini. Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi. Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana 'attribute' UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan. Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai 'attribute' yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO. UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja. Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri. Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila 'mood' pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah. Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini. Saya kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya. Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi? Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE. UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah. Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali. Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam 'denial syndrome" dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu. Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. 'Bottom line'nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi. Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? 'Intuition' saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang. Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Saya bukan orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang bertanya saya semalam. ~aspanalias |
Bakal Besan Najib Di Tangkap Di Dubai Posted: 28 Jun 2012 05:14 AM PDT Maira Nazarbayev, ibu kepada bakal menantu Najib dan Rosmah, Daniyar Nazarbayev dipercayai telah ditahan di Dubai semasa beliau sedang dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti. Sumber-sumber yang rapat dengan penyiasatan terhadap wanita berumur 50 tahun itu memberitahu bahawa Maira ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berikutan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh Interpol yang bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri Kazakhstan. Bagaimanapun, penahanan Maira masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa Dubai. Sumber juga memberitahu bahawa Maira sekarang ditahan di Dubai. Beliau diwakili oleh tiga syarikat peguam yang berpengkalan di Amerika.Maira ditangkap pada 22 Jun 2012 yang lalu ketika dalam perjalanan ke New York bersama keluarga dan rakan-rakan untuk bercuti. Untuk berita lengkap layari di Freemalaysiatoday. |
Siapa Pakai Kereta Semahal Dan Semewah Ini? Posted: 27 Jun 2012 10:33 PM PDT Salam Ku Yem, kalau tak silap ana, hanya elaun sultan saja yang dikecualikan dari cukai pendapatan. Bilakah kali terakhir anta bayar tax? Duti kastam ratusan kereta dalam simpanan dah bayar ke (Part 24)? Harta pusaka kereta yang lebih 40 biji tu dah di faraid kan ke? Baca pendedahan lanjut di sini. |
(Gambar) Artis Popular Nih Cukup Terharu Bertemu Tuan Guru Nik Aziz Posted: 27 Jun 2012 06:46 PM PDT Haire Othman dalam Facebooknya berkata:-Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja.. Seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan..bagaimana tergamak kita berkata beliau Tok guru kafir..? Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulliah! |
SPRM Cekap Dan Pantas, Pagi Buat Laporan Malam Dah Siasat Posted: 27 Jun 2012 06:18 PM PDT SPRM cukup cekap dan pantas, pagi buat laporan malam dah siasat. Tetapi yang peliknya pengadu yang di siasat. Kat Malaysia kena berhati-hati kepada pengadu, kerana anda akan di siasat ke lubang cacing tambahan pulak yang di adu adalah orang seperti Najib.. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion. Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam. Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini. Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi. Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK). Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012. ~mkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan