Rabu, 20 Jun 2012

Addin

Addin


Najib Akan Beri Kereta, Motor, i-Pad Jikalau Bertemunya.. Tak Percaya? Ini Buktinya

Posted: 20 Jun 2012 10:00 AM PDT


Kad jemputan nih terima masa Addin pergi ke surau malam tadi. Program UTC atau Pusat Transformasi Bandar yang pertama di Malaysia dan Jelajah Janji Ditepati akan di rasmikan Najib pada 23 Jun nih di Melaka. 

Kad nih di edarkan kepada seluruh jemaah surau kat taman Addin. Siapa yang edarkan Addin tak berapa pasti. Nih baru taman Addin, cuba bayangkan jikalau di edarkan di seluruh negeri Melaka. Berapa banyak kad yang di tabur. Addin tak kisah pasal kad tu tapi yang kisahkan dana rakyat yang di gunakan.

Dari dulu hingga sekarang, Umno tak lari dari program berbentuk 'gula-gula'. Tak percaya lihat kat bawah nih.  Najib cakap besar, kononnya Umno semakin mendapat kembali sokongan  rakyat tetapi masih menjalankan program secara sebegini.


Jikalau tiada makan free, bas free, cabutan bertuah dan karaoke itu bukan namanya program Umno. Dan kalau takde semua benda tu, pasti orang ramai tak datang. Adakah ini di namanya rakyat semakin menerima Umno? Atau Umno bermimpi di siang hari..


Najib Akan Beri Kereta, Motor, i-Pad Jikalau Bertemunya.. Tak Percaya? Ini Buktinya

Posted: 20 Jun 2012 09:07 AM PDT


Kad jemputan nih terima masa Addin pergi ke surau malam tadi. Program UTC atau Pusat Transformasi Bandar yang pertama di Malaysia dan Jelajah Janji Ditepati akan di rasmikan Najib pada 23 Jun nih di Melaka. 

Kad nih di edarkan kepada seluruh jemaah surau kat taman Addin. Siapa yang edarkan Addin tak berapa pasti. Nih baru taman Addin, cuba bayangkan jikalau di edarkan di seluruh negeri Melaka. Berapa banyak kad yang di tabur. Addin tak kisah pasal kad tu tapi yang kisahkan dana rakyat yang di gunakan.

Dari dulu hingga sekarang, Umno tak lari dari program berbentuk 'gula-gula'. Tak percaya lihat kat bawah nih.  Najib cakap besar, kononnya Umno semakin mendapat kembali sokongan  rakyat tetapi masih menjalankan program secara sebegini.


Jikalau tiada makan free, bas free, cabutan bertuah dan karaoke itu bukan namanya program Umno. Dan kalau takde semua benda tu, pasti orang ramai tak datang. Adakah ini di namanya rakyat semakin menerima Umno? Atau Umno bermimpi di siang hari..


Anak Siapalah Nih?.. Umur Setahun Jagung Dapat Projek RM30.8 Juta

Posted: 20 Jun 2012 06:55 AM PDT

Beberapa blog telah mendedahkan bagaimana syarikat milik anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin telah dianugerahkan projek kerajaan bernilai RM30.8 juta secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pendedahan ini sendiri tidak dinafikan Raja Nong Chik apabila berhadapan dengan media baru-baru ini. Projek bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Johor ini telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak Raja Nong Chik, Raja Farhana binti Raja Nong Chik yang berusia 26 tahun.

Beberapa persoalan yang timbul:

a) Mengapakah projek ini diberi secara tender terbuka? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai rekod yang baik untuk projek-projek yang sama sebelum ini? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai prestasi kewangan yang baik?

b) Apakah peranan Raja Farhana, anak Raja Nong Chik di dalam projek ini? Adakah beliau menjadi wakil kepada kepentingan Raja Nong Chik di dalam Istijuara?

c) Adakah Istijuara menerima sebarang lagi projek kerajaan?

KEADILAN menyeru agar Jabatan Audit Negara memeriksa kontrak ini untuk memastikan tidak wujud sebarang salahguna kuasa di dalam penganugerahan kontrak ini. Ketua Audit Negara juga wajar mengesahkan keadaan peralatan yang dibekalkan oleh Istijuara kepada IKBN Bandar Penawar.

Jawapan Raja Nong Chik bahawa kontrak ini dianugerahkan sebelum beliau menjadi menteri tidak menjawab persoalan mengapa kontrak dimeterai pada tahun 2010 ketika beliau sudahpun menjadi menteri.

Pada masa yang sama, Raja Nong Chik boleh menjadi contoh kepada anggota kabinet yang lain dengan tampil ke hadapan bagi mengisytiharkan asetnya. Dengan ini beliau dapat memulihkan kewibawaan imej pimpinan UMNO yang mendapat projek-projek kerajaan secara terus selama ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


Gambar 2 Menteri Besar Di Kedai Gunting Rambut Yang Low Class

Posted: 20 Jun 2012 12:00 AM PDT


Mengikut FB nih, Tuan Guru NikAziz datang secara mengejut bila nak bergunting rambut, tak perlu appoinment berbagai.. 

Manakala, gambar kat bawah nih pulak MB Kedah, Ustaz Azizan di sebuah kedai gunting rambut di pinggir bandaraya Alor Setar.

Inilah sikap sederhana (wasatiyyah) 2 MB  yang berjiwa rakyat. Tak perlu kepada tempat high class seperti sesetengah pemimpin. Beb!! ini baru janji ditepati..



Sumber ~ FB

Lembu Shahrizat Tinggal Sehelai Sepinggang.. Apa Sebabnya?

Posted: 19 Jun 2012 05:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi 'subject matter' kepada kes," katanya.

Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.

Empat aset yang disita itu ialah dua unit 'One Menerung' kondominium di sini untuk unit B1-2 dan B1-1, dan dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya.

"Bagi memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, adalah menjadi kewajipan supaya perintah penyitaan itu disiarkan di dua akhbar utama berbahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebelum 20 Jun ini," katanya.

Ramli berkata kegagalan mematuhi peruntukan itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 86 AMLATFA 2001.

Pada 12 Mac lepas, Pengerusi eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua unit kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009. ~bernama

PR Beri BN Ruang Berdemonstrasi Jika Kuasai Putrajaya

Posted: 19 Jun 2012 05:36 PM PDT


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasioanal (BN) untuk mengadakan demonstrasi, dengan menyediakan garis panduan yang tidak menganiaya peserta demonstrasi, jika diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi yang diadakan PR bukan langkah untuk gulingkan kerajaan tapi untuk memberi ruang kepada rakyat serta pembangkang dalam menuntut hak mereka daripada pemerintah.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Beliau juga berkata, PR akan menghapuskan doktrin undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara sepenuhnya jika mereka diberi peluang untuk menerajui negara.

"Kalau PR ambil alaih Putrjaya malam ini, kami akan hapuskan terus doktrin undang-undang dan kebebasan suara dapat diberikan kepada rakyat spenuhnya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, demonstrasi yang diadakan PR telah dicemari provokasi oleh pihak tertentu dengan pelbagai insiden yang berlaku terutamanya Bersih 3.0 April lalu.

"Perhimpunan Bersih 3.0 lalu telah dicemari provokasi pihak tertentu yang nyata pesertanya hanya membawa botol dan garam dalam perhimpunan tersebut.

"Penguat kuasa telah melepaskan gas pemedih dan gunakan cota menyebabkan perhimpunan tersebut bertukar buruk," katanya.

Sementara itu, Salahuddin turut menyatakan PR akan memberi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang betul kepada pasukan polis untuk menjaga demonstrasi yang di ketuai BN kelak katanya. ~sinarharian

Tiada ulasan: