Addin |
- Bila Rakyat Dah Benci.. Najib Di Persenda Dalam FB
- Perbadanan Putrajaya Mengakui Umno Sombong.. Gambar Nih Buktinya
- Noh Omar Di Permainkan NGO TIBAI
- Gambar Suasana Lengang Ceramah Hassan Ali Di Pantai Dalam
- (Gambar) Keganasan Terkini Terhadap Umat Islam Rohingya Di Myanmar.. Wajib Sebar
- Panas!! Bakal Besan Najib Pula Di Buru Polis Antarabangsa Kerana Jenayah Penculikan Dan Peras Ugut
Bila Rakyat Dah Benci.. Najib Di Persenda Dalam FB Posted: 13 Jun 2012 09:45 AM PDT Dua ekor beruang panda yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia seperti yang dilaporkan The Straits Times Singapura pagi tadi rupanya masih belum mempunyai nama.Seperti juga isu kucing, Najib Altantuya sekali lagi menunjukkan 'ketidak seriusannya' dalam soal pentadbiran negara tetapi lebih tertumpu dengan perkara yang remeh yang akhirnya mengundang ketawa seluruh dunia. Sudahlah bakal menantunya buat perangai semalam, kunun untuk meredakan tekanan akibat terdesak mempertahankan Putrajaya, Najib Altantuya meminta rakan di Facebooknya supaya menamakan dua ekor beruang kunun sesuai dengan citarasa Malaysia. Lalu berduyunlah 'rakannya' memberi cadangan seperti Altantuya dan sebagainya sebagai tanda 'prihatin' mereka kepada seruan pemimpin yang semakin hampir dengan Tribunal Grande de Instance di Paris atas dakwaan rasuah kapal selam Scorpene sepuluh tahun lalu!Tindakan Najib Altantuya yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu. Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu."Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita. "(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib.Bagaimanapun, mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir. Sebahagiannya mengambil peluang itu dengan memperolokkan Najib Altantuya dan isterinya Rosmah Mansor dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg (cincin cushion cut diamond bernilai RM24.4 juta - beg beg kerana koleksi beg tangan Rosmah yang berharga ratusan ribu ringgit)", "Altantuya dan Scorpene (merujuk kepada skandal rasuah komisen kapal selam kelas Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu u)" dan "Rara dan Suahsuah" (bermaksud Rasuah). | ||
Perbadanan Putrajaya Mengakui Umno Sombong.. Gambar Nih Buktinya Posted: 13 Jun 2012 03:29 AM PDT PUTRAJAYA - Bendera BN dan Umno sudah banyak terpampang terutamanya di Presint 8, Presint 9 dan Presint 16 di pusat pentadbiran negara, Putrajaya ini. (Hanya berani naik banner tetapi tidak berani buang bendera Umno dan BN) Adakah ini tanda pilihanraya semakin hampir? Namun tiada pula bendera PAS yang kelihatan. Orang ramai yang biasa lalu lalang di sini tak ambil kisah pun namun hari ini terdapat satu kain rentang yang tertera logo Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang menarik perhatian mereka. Kain rentang itu berbunyi "BENDERA PARTI INI LAMBANG KESOMBONGAN! WALAUPUN UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN, MEREKA TERUS MEMASANGNYA". Di belakangnya terdapat banyak bendera BN dan Umno. Demikian menurut saksi yang telah memuat naik gambar kain rentang itu. Rosli Ahmad, seorang pegawai kerajaan yang melalui Presint 9 untuk ke tempat kerja pagi tadi telah melihat kain rentang Perbadanan Putrajaya ini yang menyatakan bantahan kepada parti politik ini. Ini kerana, mereka meletakkan bendera politik di kawasan ini sesuka hati walaupun tanpa kebenaran tapi yang peliknya mengapa pihak PPJ tidak menurunkan sahaja bendera itu sebaliknya meletakkan kain rentang ini. "Saya faham sangat pada kebiasaannya PPJ akan bertindak tegas untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan keharmonian di Putrajaya ini," katanya. Manakala seorang lagi yang dihubungi tidak mahu memberitahu namanya memaklumkan inilah sikap "double standard" PPJ. Sekiranya bendera PAS dipasang tidak sampai beberapa jam akan datang pihak berkuasa menanggalnya manakala bendera Umno dan BN dah pun sebulan bahkan ada yang berbulan bulan tidak ada apa-apa tindakan. Malah ada yang dah buruk dan lusuh dan mencacatkan keindahan Putrajaya masih kekal termasuklah kain rentang, khemah-khemah cap BN dan Ahli Parlimen Putrajaya yang buruk dibiar terpasang kekal di kawasan perumahan kuarters penjawat Awam. Ramai penduduk tidak menyukainya, tapi apa boleh buat, pihak bertanggungjawab lembek. Inilah taktik kempen umno di Putrajaya barangkali dan direstui pihak berwajib PPJ dan Unit Hartanah JPM. Setelah pihak kami menghubungi PPJ untuk pengesahan dan jawapan petugas yang menjawab panggilan memberitahu 'biasalah' dan memaklumkan Presiden PPJ Tan Sri Samsudin Osman dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Datuk Abd Ghani Ahmad (yang bertanggungjawab dalam perkara ini) sedang mesyuarat. Menurut Yang Dipertua PAS PAS Putrajaya pula, Ustaz Nazir Zakaria, PAS menurut peraturan Perbadanan Putrajaya (PPJ) selaku pihak berkuasa tempatan disini yang telah menyatakan bendera parti politik hanya boleh dipasang setelah pembubaran parlimen. "Kita ada banyak bendera tetapi kita menghormati undang-undang. Kita hanya bawa bendera sewaktu program sahaja dan tidak memasang sesuka hati. "Namun sekiranya PPJ masih menjadi 'Perbadanan Bandar Cowwboy' terpaksalah kita mengambil tindakan yang bersesuaian," katanya. ~harakahdaily | ||
Noh Omar Di Permainkan NGO TIBAI Posted: 13 Jun 2012 01:00 AM PDT Malam tadi di pejabat ADUN Peramatang, Bt 3, Sg Terap , Tanjung Karang, Selangor diadakan ceramah Perdana anjuran TIBAI. Dua penceramah jemputan ialah Senator Ezam Mat Noor dan YB Zul Nordin Kulim.. Walaupun DS Noh Omar wakil Parlimen Tg Karang, beliau tidak dimaklumkan dan dijemput langsung pada awalnya. Pada malam tadi Ezam dan Zul Nordin langsung tak nampak kelibat dan bayang mereka. Penganjur dah merah padam malu muka...Kelam kabut talipon Noh Omar supaya datang segera dengan memberi alasan kononnya jentera PKR Tg Karang, Sekinchan dan Kuala Selangor dibubarkan dan lumpuh. Lebih lawaknya tu, pendengar lelaki yang hadir diberikan setiap seorang kopiah putih secara percuma untuk dipakai bagi mengambarkan yang penyokong PAS ramai yang hadir. Noh Omar kelihatan amat sedih pilu dan kecewa dengan acara yang disandiwarakan oleh penganjur ceramah TIBAI..Sepanjang malam itu muka dia kelihatan sunggul muram saja. Dia tahu yang beliau sudah kena main. Selepas upacara sandiwara lawak giler selesai, beliau kelihatan bergegas meninggalkan majlis. Maunya tidak, dah lah kehadiran ciput sampai budak kecil diangkut dan kerusi kosong disusun berdiri, kena main lagi.. ~omakkau | ||
Gambar Suasana Lengang Ceramah Hassan Ali Di Pantai Dalam Posted: 12 Jun 2012 11:09 PM PDT Gambar ceramah Hassan Ali nih di ambil di Pantai Dalam, namun dikatakan Hassan Ali tidak muncul-muncul dalam ceramah nih. Lihatlah.. betapa lengangnya suasana ceramah Hassan Ali.. hanya di penuhi kerusi. Mungkinkah pembatalan saat-saat akhir Hassan Ali hadir ke ceramah ekoran ketiadaan penonton yang hadir. | ||
(Gambar) Keganasan Terkini Terhadap Umat Islam Rohingya Di Myanmar.. Wajib Sebar Posted: 12 Jun 2012 06:00 PM PDT Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini. (Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar) Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera. Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw. Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini. Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan. Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya. Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian. Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat. Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar . Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit. Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009. Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha. Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar. Abdul Ghani Samsudin Pengerusi SHURA Mohd Azmi Abdul Hamid Setuausha Agong MAPIM Sumber : IKRAM | ||
Panas!! Bakal Besan Najib Pula Di Buru Polis Antarabangsa Kerana Jenayah Penculikan Dan Peras Ugut Posted: 12 Jun 2012 05:51 PM PDT
Bakal besan Najib, Maira Nazarbayev pula dikatakan memiliki beberapa nama samaran dan kini sedang diburu oleh polis antarabangsa (interpol) dan pihak berkuasa Kazakhstan berhubung jenayah penculikan dan peras ugut [New York Post]. Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan bahawa bakal besan Najib ini pernah dilaporkan di akhbar tempatan Kazakhstan sebagai terlibat dengan sebuah kes penculikan ahli perniagaan terkenal Kazakhstan rujuk sini [bakal besan Rosmah]. Pendedahan New York Post ini menguatkan lagi artikel tersebut. ~milosuam Addin : Moleklah.. keluarga enam jahanam dari Najib dan Rosmah sendiri bermasalah, kini bakal besan, bakal anak menantu pulak kaki penipu. Apalah nasib ko Najib.. tanda-tanda kejatuhan ko Najib semakin jelas.. Kebenaran pasti berada di atas, kezaliman dan kekejaman pasti tewas.. itu janji Allah SWT. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan