Khamis, 10 Mei 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


POLITIK BANGANG DARI RAHIM NOR

Posted: 10 May 2012 07:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS


(Keratan berita NST 8 Mei 2012)

RAHIM Nor sudah tidak mengaku bahawa beliau ada menyebut bahawa Tuan Guru Nik Aziz itu "Father Of Kafir".  Bapak pembohong ini sudah mula merasa panas sendiri akibat mulut celupar beliau sebelum ini.  
 
Maka, siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'?  Apakah akhbar NST itu memutarbelitkan kenyataan bekas KPN yang ditamatkan perkhidmatan secara keji itu?  Jika benar, Rahim Nor selaku bekas KPN tentu tahu tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap akhbar tersebut.  Jika tidak, Rahim Nor mengaku sahaja, habis cerita kerana jika beliau tidak mengaku sekali pun rakyat sudah tentu betapa Rahim Nor ini memang kaki penipu.

Di dalam keadaan beliau menepis dakwaan terhadapnya, beliau menyerlahkan lagi ketololannya.  Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno.  Jika bukan hujah agama yang dibawa oleh PAS, maka hujah apa lagi yang PAS boleh bawa?  Hujah lembu Umporno?  Hujah Yahudi atau Apco?  Atau, PAS mestilah berhujah mengikut ugama Kristian atau Budha?

Masakan Rahim Nor terlalu bodoh untuk mengenali PAS.  PAS adalah parti yang dasarnya Islam, maka sudah tentulah PAS akan berhujah dengan Agama Islam.  Seperti juga Umno, sebuah parti sekular bersemangat Kebangsaan maka sudah tentulah pemimpin Umno akan berhujah mengikut fahaman sekular dan perkauman (Assobiyyah) yang sesat itu.

Kita lihat sekarang Rahim Nor semakin menampakkan kebodohannya.  Beliau sepatutnya duduk diam sahaja di rumah selepas terpelanting dari jawatan KPN kerana beliau bukan orang politik.  Apabila beliau cuba untuk menjadi jaguh pengampu orang politik Umno, jelas kepada kita begitu dangkalnya otak Rahim Nor untuk membicarakan soal politik.  

Amat malang sekali, beliau sanggup menjadi bodoh dan ditertawakan orang demi untuk menjadi pengampu di penghujung usianya.  Sudah-sudahlah Rahim Nor, kamu tidak akan mendapat tempat di dalam Umno jauh sekali untuk dicalonkan sebagai calon Umno di dalam PRU akan datang.  Cukup-cukuplah `lembu' yang ada di dalam kondo Umporno setakat ini, jangan pula kamu ingin menambahkan lagi bilangan lembu di sana.  
 
Adalah lebih baik Rahim Nor berehat sahaja di rumah kerana lagi banyak beliau bercakap, ianya akan memalukan seluruh anggota Polis di negara ini.  Sudah tentu warga Polis merasa malu dengan tingkah laku bekas bos mereka itu.  Jika dahulu warga Polis merasa malu bila mendapat tahu bekas bosnya dahulu Hanif Omar adalah penyumbang amalan judi di negara ini, kini Rahim Nor pula memalukan mereka./wfauzdin.blogspot.com  

USAHA LAGAKAN SAYA DENGAN TAN SERI KHALID, TAK JALAN - YB AZMIN

Posted: 10 May 2012 12:03 PM PDT


 
Azmin 'terkejut' Dr Mahathir sokong beliau saman Utusan


Abdul Rahim Sabri

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

 
 
"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.

"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks.

Mengulas perkara tersebut, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor menepis tanggapan umum berhubung Khalid tidak menyokongnya.

"Siapa kata Tan Sri Khalid tidak sokong saya, dia sokong saya saman Utusan Malaysia... Dia kata 'no comment' sebab tak dapat maklumat betul atau menyeluruh.

"Tetapi keesokan harinya beliau sokong saya saman Utusan Malaysia. Jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid. Tak boleh makan," katanya sambil disambut ketawa kecil beberapa pimpinan yang hadir.

 
 
Beliau juga menjelaskan berhubung pesanan tweetnya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuruh beliau bertemu ibunya.

Katanya, beliau dapat memahami maksud Wan Azizah tetapi khuatir rakyat "akan keliru sebab peranan media yang cuba melaga-lagakan" pemimpin di kalangan mereka.

"Saya mendapat simpati yang luar biasa, silaplah Utusan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada serangan terhadapnya sejak sebulan lalu bakal mengubah sokongan rakyat kepadanya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata yakin dengan kebijaksanaan rakyat, menyerahkan kepada mereka untuk menentukan.

Bahkan beliau menegaskan hubungan kekeluargaan dan perkara berkaitan isu kekeluargaan perlu diharmonikan dan disejahterakan daripada diaibkan.

Sambil mengulangi bahawa beliau tidak pernah menderhakai ibunya, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tujuan media mengheret ibunya dalam isu yang dikaitkan dengannya.

"Jangan media heret untuk kepentingan Umno. Untuk apa?... Adakah dia (Umno) minat dengan fakta... Dalam satu bulan, tujuh serangan kepada saya.

"Tidak ada jalan untuk saya jadi lemah, saya akan terus lawan... Apa jenis politik ni, saya pun tak tahu," katanya.

Sebelum itu, dalam Majlis hi-tea bersama media dan penulis blog, Azmin berkata Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan "politik longkang dan kotor" sewaktu mentadbir negeri itu.

Maalah, Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan hala tuju dan janji gabungan itu dalam Buku Jingga dapat dilaksanakan sekiranya menguasai Putrajaya.

Memetik kata-kata seorang pengamal media India MD Akhbar yang menegaskan kuasa dan pengaruh media terletak kepada kredibiliti maklumat yang disampaikan, Azmin mendakwa jualan dan edaran Utusan Malaysia merudum ekoran "kredibiliti kewartawanan".

"Kalau fitnah dan pembohongan (berleluasa), tidak ada lagi kredibiliti dan pengaruh... Media yang disokong oleh rakyat, nak kuat kena ada kredibiliti dan adil (dalam laporan)," katanya sambil menegaskan tidak gusar dengan serangan media arus perdana terhadapnya./MK

Tiada ulasan: