Khamis, 10 Mei 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


PTPTN PINJAM DUIT KWSP ..KWSP PEMIUTANG TERBESAR BAGI PTPTN

Posted: 10 May 2012 05:12 PM PDT




usinkata;...Kini baru ku tahu..PTPTN telah meminjam duit dari KWSP..
Berdasarkan Laporan PTPTN tahun 2010, jumlah pinjaman daripada KWSP sehingga 31 Disember 2010 adalah sebanyak RM9.5 bilion. KWSP merupakan pemiutang terbesar bagi PTPTN.

PTPTN beroperasi sejak penubuhannya pada tahun 1997 dengan tujuan memberi tumpuan kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke universiti tempatan tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana masalah kewangan.

Kerajaan melaksanakan kaedah baru pembiayaan pendidikan PTPTN dengan mengenakan Ujrah sebanyak 1 peratus bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3 peratus dan 5 peratus yang dikuatkuasa pada 1 Jun 2008.

Jumlah pembayaran tidak kira caj 3 peratus mahupun 1 peratus amat membebankan peminjam.

Berdasarkan pengiraan jadual bayaran balik pinjaman pelajar (rujuk: PTPTN) daripada laman web PTPTN, seorang graduan yang membiayai PTPTN RM50,000, tempoh bayaran balik 60 bulan, jumlah kos pentadbiran di bawah caj 3 peratus adalah RM4,739.40.

Jumlah bayaran bulan pertama adalah RM504.43. Jika pelajar tersebut mendapat tawaran kaedah pinjaman ujrah 1 peratus, jumlah kos pentadbiran 60 bulan akan berkurang kepada RM1,542.98, tetapi jumlah bayaran bulan pertama adalah RM474.98.

Jumlah ini membebankan seorang graduan yang baru mula bekerja atau golongan yang rata-rata gaji mereka sekadar RM2000 atau lebih rendah daripada RM2000 sebulan.

Oleh sebab kelemahan pengurusan PTPTN, pembayaran balik kurang memuaskan. PTPTN terpaksa meminjam dana daripada agensi lain seperti KWSP, CIMB Bank, RHB Bank, AM Bank.

Berdasarkan Laporan PTPTN tahun 2010, jumlah pinjaman daripada KWSP sehingga 31 Disember 2010 adalah sebanyak RM9.5 bilion. KWSP merupakan pemiutang terbesar bagi PTPTN.

Seperti yang ditunjukkan, dalam tahun 2010, PTPTN telah melakukan pinjaman jangka panjang daripada CIMB Islamic Bank Berhad sebanyak RM4.5 bilion, AmIslamic Bank Berhad sebanyak RM3 bilion dan RHB Islamic Bank Berhad sebanyak RM1.5 bilion.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman yang dibuat daripada agensi luar sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM18.5 bilion.

Pinjaman tersebut juga menunjukkan isu PTPTN bukanlah isu mahasiswa sahaja tetapi isu dasar yang melibatkan KWSP, iaitu caruman saraan pekerja di negara ini.

Sekiranya isu PTPTN tidak diselesaikan secara menyeluruh, ia akan menjejaskan struktur ekonomi negara dan kebajikan pekerja bersara pada masa depan.

Walaupun PTPTN telah mencapai tujuannya yakni memberi kemudahan kepada pelajar miskin melanjutkan pendidikan pengajianya dalam peringkat tinggi.

Namun begitu, purata gaji yang rendah membebankan graduan apabila mereka menamatkan pengajian.

*Teks penuh dengan carta dan jadual boleh dibaca di KPRU.http://kpru2010.wordpress.com/2012/05/10/analisis-isu-ptptn-ipts-biar-ikut-logik-pasaran-bukan-logik-ptptn/

**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.

Tiada ulasan: