Tukar Tiub |
- MARI KITA TURUN BERDEMO LAWAN KAPITALIS
- BERITA SEDIH DARI FACE BOOK
- SILA LAYARI STESEN RADIO BERANI MELAWAN
- PENGUMUM - PENGUMUMAN UNTUK ORANG RAMAI
- MARI TURUN BERDEMO LAGI
- MEMINTA BANTUAN ORANG RAMAI
MARI KITA TURUN BERDEMO LAWAN KAPITALIS Posted: 11 May 2012 01:35 PM PDT INI BUDAYA POLITIK BARU KITA KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN Merujuk kepada dua plaza tol di atas Lebuhraya Persekutuan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Kerajaan Malaysia supaya SEGERA melupuskan kutipan di kedua-dua plaza tol tersebut. Ini berikutan pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam menyedarkan umum betapa kutipan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bukan sahaja telah memperolehi modal pembinaan, malah telah menghasilkan keuntungan lebih 500 peratus. Angka ini sudah cukup untuk mendesak kutipan tol dihapus serta-merta. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan frasarana yang baik untuk rakyatnya termasuklah pembinaan lebuhraya. Setelah kos pembinaan yang dikeluarkan oleh konsesi telah selesai, sepatutnya tiada lagi kutipan wang dari rakyat. Tidak timbul soal pengurangan harga tol mahupun kenaikkan harga tol, tiada rundingan lagi harus berlangsung - lupus segera kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau! Tinjauan SAMM mendapati, Lebuhraya Persekutuan adalah lebuhraya yang sentiasa 'jammed'. Tahap kesesakkan lalulintasnya juga melampau dan diburukkan lagi dengan barisan yang sangat panjang ketika beratur untuk membayar tol di Plaza Batu Tiga. Tujuan membina lebuhraya adalah untuk memudahkan, tetapi apa yang berlaku sangat menyusahkan rakyat. Walaupun tersekat beberapa jam, bayaran tolnya tetap sama dan ini adalah kejam kerana ia berlaku setiap hari! SAMM dengan ini menegaskan sekiranya kerajaan terus berkeras tidak peduli masalah rakyat, maka satu demonstrasi besar akan berlangsung di atas antara lebuhraya paling sibuk dalam negara iaitu Lebuhraya Persekutuan. Rakyat tidak harus bersabar lagi dengan karenah kerajaan yang terlalu menyebelahi konsesi dan korperat yang mengaut keuntungan berbilion-bilion. Ini dasar kerajaan yang berselindung disebalik slogan 'rakyat didahulukan'! SAMM menyambut baik kerahan demonstrasi 13 Mei yang diatur sendiri oleh rakyat yang terpaksa melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari, bersama sengsara kesesakkan lalulintas dan derita kutipan tol. layari sekarang: http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
Posted: 11 May 2012 12:41 PM PDT SEDIH CUKUP SEDIH LAGI SAYU DARI FACEBOOK PEMUDA PAS BTR Sebentar tadi admin sempat singgah ke ceramah anjuran TIBAI di Kg Malaysia. Tersangat "RAMAI" manusia yang hadir. Sila lihat bukti bergambar ini. layari sekarang: http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
SILA LAYARI STESEN RADIO BERANI MELAWAN Posted: 11 May 2012 02:26 AM PDT MUKA KENA PUKUL MUKA SEBELUM DIPUKUL MALAM IN I JAM 9.00 RADIO BANSAR UTAMA Malam ini Radio Bangsar Utama akan berbincang, menyoal dan menjawab persoalan hal pasca Bersih 3.0, terutamanya tentang tangkapan yang dibuat Polis baru-baru ini. Apa yang perlu dibuat, apa yang tak perlu dibuat, apa yang perlu disediakan, apa langkah yang perlu diambil oleh kawan-kawan yang mukanya telah disiar oleh media-media celaka baru-baru ini. Dua tamu yang diundang untuk berbincang hal ini ialah: 1 - Haijan Omar - Peguam, aktivis LFL (Lawyer For Liberty) Kalau dulu dia dipukul Polis semasa Bersih 3.0. Kali ini dia akan datang dan mengajar tentang hak-hak anda sekiranya ditahan. 2 - Fendi Malik - Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia "Manusia yang ketinggalan adalah manusia yang leka. Manusia yang leka kerana tidak mendengar Radio Bangsar Utama" LIKE facebook kami >>> www.facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama Iklankan program anda dengan menghantar poster dan maklumat ke >>> radiobangsarutama@gmail.com MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA Berita-berita Bersih Berita-berita Melawan |
PENGUMUM - PENGUMUMAN UNTUK ORANG RAMAI Posted: 11 May 2012 12:40 AM PDT HANYA RADIO BANGSAR UTAMA BERANI MELANGGAR http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ PANDUAN KEPADA PESERTA BERSIAH YANG DICARI POLIS - keadilan daily Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggariskan panduan kepada peserta Bersih 3.0 yang diburu polis. Berikut seperti di bawah: 1. Anda dinasihatkan tidak panik sekiranya dipanggil polis untuk disoal siasat atau membantu siasatan. 2. Anda juga dinasihatkan tidak melawan polis. 3. Dapatkan nama pegawai, balai polis dan nombor pegawai yang menghubungi anda. 4. Hubungi peguam atau Suaram untuk mendapatkan nasihat guaman. 5. Tanya sebab-sebab anda ditangkap. 6. Tanya balai polis mana anda akan dibawa. 7. Anda ada hak untuk berhubung dengan peguam dan beritahu polis anda hanya akan beri keterangan dengan kehadiran peguam (jika ada peguam). 8. Anda hanya perlu memberi nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. 9. Jika merasakan jawapan anda boleh mendedahkan kepada apa-apa pertuduhan jenayah atau penalti (di tempat kerja atau tempat belajar), anda berhak berdiam diri. Anda boleh berkata: "Saya guna hak untuk berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah" atau "Saya akan menjawabnya di Mahkamah". Pihak yang patut anda hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat perundangan adalah: SUARAM 1. Pejabat: 03 77843525 2. Nalini: 019 3758912 3. Theva: 013 3845740 PEGUAM Fadiah: 03 7960 4537 PENGUMUMKAN UNTUK ORANG RAMAI sila camkan muka dalam gambar ini mereka dikatakan mengganas pada 28 april yang lalu sesiapa akan maklumat tentang muka muka ini sila hubungi: Nombor talian SMS : 018-9235083 Email SAMM : adu@anakmudamalaysia.com |
Posted: 10 May 2012 10:35 PM PDT AMPOHKAN POLITIK JALAN RAYA KOMENTAR TUKAR TIUB ini berita baik ini satu lagi bukti bahawa demo telah menjadi budaya politik kita dahulu madey berkata demo ini bukan buaday kita hari ini turun ke jalan raya hari ini mengangkat sepanduk hari ini merentang sepanduk hari ini melaungkan semboyan melawan telah menjadi budaya politik malaysia syabas! ini penting kerana jika pru13 ini gerombolan menang dengan cara menipu orang ramai telah tahu untuk berdemo ini penting kerana jika pru13 ini gerombolan menang dengan undi mat bangla menang dengan undi mat indon menang dengan undi mat myamar maka orang ramai telah tahu apa yang wajib dilakukan kita tak perlu bersih 4 kita tak perlu tunggu bersih 4 MARI TURUN BERDEMO LAGI DEMO 13 MEI TUNTUT MANSUH TOL BATU TIGA , SG RASAU - mkini Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh pepaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini. "Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya. Walaupun menuntut pemansuhan dua tol itu, perhimpunan mereka hanya diadakan di Tol Batu Tiga. Bercakap dalam sidang media di Shah Alam pagi ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada Pusat bagi memansuhkannnya. hanya radio bangsar utama melaporkan demo: http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
Posted: 10 May 2012 08:48 PM PDT FORUM MINGGU LALU ini sebahagian dari klip forum membincangkan keganasan polis lihat dan saksikan SILA CAM MUKA MUKA INI NOTA: sila camkan muka muka ini mereka ini telah mengganas di perhumpunan duduk bantah pada 28 april yang lalu SAMM Buka Talian SMS Untuk Mangsa Kezaliman Pihak Berkuasa Secebis kesempatan diambil oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat yang hadir dalam apa jua bentuk sokongan bagi menjayakan perhimpunan BERSIH 3.0. Tahniah rakyat Malaysia, himpunan terbesar dalam sejarah negara tercipta 28 April 2012. Ternyata 'benchmark' himpunan rakyat terbesar di awal zaman reformasi suatu ketika dahulu telah dipecahkan oleh kejayaan BERSIH 3.0 dengan menghimpun 300 ribu rakyat di 11 venue seluruh Malaysia dan 73 negara di seluruh dunia. Ini suatu kejayaan mutlak hasil tindakbalas rakyat bagi menghalang cubaan pihak kerajaan pemerintah mengekalkan kuasa melalui pelbagai helah dan penipuan pilihanraya. SAMM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan BERSIH 3.0, menyedari pelbagai kesulitan dan kesengsaraan dilalui oleh semua peserta himpunan di atas ketelanjuran pihak berkuasa yang bukan sahaja gagal memastikan keamanan, tetapi telah merusuh di atas khabar angin yang sengaja diatur. Akhirnya ramai peserta yang mendapat kecederaan akibat dirempuh dan dibelasah oleh pihak polis yang 'hilang pedoman'. Ramai juga peserta yang ditangkap dan dibawa ke Pulapol. Tidak kurang juga peserta himpunan BERSIH yang mengalami kerugian di atas kehilangan harta benda hasil daripada rusuhan pihak berkuasa. Para wartawan yang menjadi pemerhati berkecuali juga turut menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa sehingga ada alat media milik mereka dirampas. Justeru itu, SAMM membuka talian SMS dan juga menyediakan email untuk semua mangsa kezaliman/keganasan/tangkapan pihak polis bagi menyatakan pengalaman masing-masing terutamanya mereka yang dipukul samada separuh mati atau hampir mati, diheret ke Pulapol dan juga yang mengalami kerugian/kehilangan harta benda di atas rusuhan pihak polis. Berikut adalah nombor talian SMS dan alamat email: Nombor talian SMS : 018-9235083 Email SAMM : adu@anakmudamalaysia.com hanya rabu yang membawa berita melawan: http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan