Tukar Tiub |
- LAGI RAKYAT BANGUN BERDEMO - KALI INI DI JOHOR
- BERITA SEDIH YANG AMAT MENYEDIHKAN
- WARTAWAN BANGUN MELAWAN
- 2000 MENGIKUTI FORUM DI DEWAN CHINA
- INI TOKAN BESAR SEDANG JUAL CANDU
LAGI RAKYAT BANGUN BERDEMO - KALI INI DI JOHOR Posted: 04 May 2012 11:28 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB siapa cukong yang akan dapat tanah ini? bagimana cukong daoat tanah? bagiamana orang kampong hilang tanah? bagaimana cukong kerjasama dengan raja gopal rompak tanah bagaimana cukong jadikan gerombolan barua untuk rompak tanah ajenda tanah ini cukup popular ajenda tanah ini adalah ajenda yang akan merebak ajenda tanah ini kalau di urut dengan rapi akan menjamin keruntuhan gerombolan SIAPA CUKONG INI? HIMPUNAN TANAH RAKYAT DI JOHOR-harakah daily Hari ini 5 Mei bakal mencipta sejarah. Dijangkakan 30 ribu rakyat, bermula jam 1.45 tenghari; bakal membanjiri Dataran Plaza Angsana Johor Bharu. Kehangatan Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 250,000 rakyat akan bersambung ke Negeri Johor; kubu terkuat Barisan Nasional. Isu Pulau Batu Putih, Penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masadepan Penduduk Pengerang disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia, perampasan tanah rakyat, perobohan rumah Peneroka Bandar dan siri-siri kezaliman terhadap rakyat bakal dizahirkan dalam himpunan terbesar di Selatan tanahair. Suara rakyat adalah suara keramat. Terlalu lama rakyat bersabar. Tangisan dan derita rakyat tidak dipeduli kerajaan BN yang terus2an merampas tanah rakyat. Sudah kering air mata rakyat. Laporan Polis sudah, hantar memorandum pun sudah. Apa kesudahannya? Berkorban rakyat hingga ke Parlimen dan Putrajaya mencari pemimpin mereka. Tiada yang sudi bertemu muka. Mana janji pemimpin BN, apa yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat mereka? Kini, Plaza Angsana akan menerima ' tetamu yang paling ramai'. Selamat Datang kepada pencinta kebenaran dan teman-teman seluruh negara. Kita tamatkan keangkuhan dan kesombongan Kerajaan BN di Johor. Ini perhimpunan Aman. Kita bukan nak bermusuh dengan polis. Kita mahu beri isyarat kepada Kerajaan BN. Selesaikan segera masalah rakyat....atau Kerajaan BN bakal berkubur selepas PRU 13! NOTA: radio bangsar utama akan membuat laporan tentang perhimpunan di plaza angsana |
BERITA SEDIH YANG AMAT MENYEDIHKAN Posted: 04 May 2012 01:07 AM PDT KEMANA KAU MENGHILANG WAHAI BIK MAMA ? semakin jelas bik mama yang gila glamour kini hilang muka bik mama tidak ada lagi dalam media muka bik mama tidak kelihatan di muka akhbar bik mama tidak buat kenyataan bik mama tidak buat dasar negara laman flom telah lupus bak mama tidak loncat lonact lagi bik mama tidak main badminton lagi oooh... kemana kau menghilang wahai bik mama? kenapa menghilang? apakah kerana mat mongol bertemu ziana kembali? apakah kerana mat mongol jumpa penyanyi dari korea yang slim berambut panjang? atau apakah bik mama sedang menguruskan badan apakah bik mama sedang sibuk menjahit baju apakah bik mama membasuh beg birkin atau kerana bik mama terlalu berat kini menjadi bebab kerana bik mama pembawa undi untuk pakatan kerana bik mama dibenci oleh ahli gerombolan dan kerana madey kata lepas ini muhyiddin akan jadi pm kah kah kah PENTAS RADIO DARI RADIO BANGSAR UTAMA senyum mak janda sebuah drama radio akan muncul di radio bangsar utama sila tunggu sila nanti NOTA: tukar tiub tanpa bik mama adalah seperti kedai mamak tak ada roti canai kah kah kah |
Posted: 03 May 2012 11:53 PM PDT NOTA: inilah hikmah ke jalan raya inilah baiknya turun ke jalan raya bila rakyat ke jalan raya banyak bisulakan pecah meletup peranan polis semakin jelas peranan polis mempertahan kezaliman makin difahami akhbar akan dilihat menipu media akan terbonggeng menipu kelas elit memerintah akan tuduh menuduh turun ke jalan raya ialah kuliah yang terbaik 300 ribu warga yang turun pada 28 april lalu sampai kiamat tidak akan menyokong gerombolan 300 ribu ini akan bercerita kepada 300 ribu lagi 300 ribu yang mendengar cerita ini akan bercerita lagi inilah kerja politik inilah maknanya turun ke jalan raya mulanya membaca kesah politik kemudian mendengar ceramah politik akahirnya turun berdemo sebagai kuliah pratikal 300 ribu pada 28 april semuanya telah mendapat ijazzh untuk terus berdemo WARTAWAN DI GANASI POLIS BELASAH WARTWAN PALING TRAJIS SEJAK REFORMASI - mkini Tindakan polis membelasah petugas media yang membuat liputan sewaktu BERSIH 3.0 Sabtu lalu, peristiwa paling tragis sepanjang liputan pelbagai perhimpunan sejak 1998, kata Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar. Beliau yang juga aktivis kebebasan media berkata belum ada "keganasan paling sistematik" terhadap wartawan dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun ke belakang walaupun insiden seumpamanya bukan perkara baru. "Inilah kali pertama, dalam tempoh itu, antara tahun 1998 sehingga 2012, kali pertama kita melihat tindakan keganasan paling sistematik terhadap semua jenis wartawan. "Pada 1998,1999 dan 2000, betul, polis ambil mengambil rakaman, polis rosakkan kamera, polis cabut rakaman video agensi (berita) luar, pijak depan orang ramai. Polis belasah, rampas kamera wartawan NST dalam peristiwa perhimpunan KESAS pada 2000. "Polis buat sekatan sepanjang lebuh raya... Tetapi belum ada peristiwa yang paling tragis terhadap wartawan sehinggalah Sabtu lalu," katanya dalam forum membincangkan keganasan polis dan pemadaman (blackout) berita di Kuala Lumpur malam tadi. Fathi menyifatkan perbuatan tersebut "paling sistematik" kerana melibatkan semua orang termasuk wartawan dan peguam yang menjadi mangsa keganasan seperti yang dilaporkan. "Ini yang kita dapat laporkan secara jelas. Tetapi saya percaya, ada berpuluh-puluh lagi petugas media yang verbally abuse pada hari kejadian. "Mereka (polis) caci, maki, dan mengeluarkan kata-kata kesat bersifat perkauman, terhadap petugas media. Ini yang belum direkodkan," katanya. Fathi juga memuji tindakan akhbar berbahasa Cina yang menunjukkan solidariti kepada wartawan yang menjadi mangsa keganasan polis dengan memakai baju berwarna hitam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia semalam. "Ini kita salut kepada mereka... Ini atas sikap solidariti bersama dengan mangsa kekasaran (dan), keganasan polis. "Mereka menghitamputihkan halaman (akhbar) sejak petang semalam (Rabu) lagi dengan meletakkan riben kuning untuk edisi petang surat khabar mereka," katanya sambil menambah ia berterusan sehingga petang semalam (Khamis). Malah, kata Fathi, akhbar Sin Chew Daily semalam turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada mereka. "Bayangkan kalau Utusan atau Berita Harian buat benda yang sama," katanya sambil diiringi gelak ketawa para hadirin. "Kita belum nampak, Utusan, Berita Harian, The Star buat macam tu... Saya nak beritahu satu titik perubahan dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan rejim dunia ini, akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. Beliau menyamakan fenomena itu seperti "mobilisasi elit" di Indonesia melibatkan gedung perniagaan besar menjelang kejatuhan Suharto sebelum ini, yang menyaksikan belahan sokongan kumpulan itu. sila layari radio bangsar utama: http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
2000 MENGIKUTI FORUM DI DEWAN CHINA Posted: 03 May 2012 10:00 PM PDT NOTA: forum malam kelmarin di dewan china cukup hangat dewan penuh melimpah ramai yang berdiri hingga kan tidak ada tempat kosong hampar 300 yang datang memenuhi dewan dalam masa yang sama ada lebih dari 2000 warga malaysia dari seluruh dunia mengikuti forum ini mereka mendengar forum ini melalui radio bangsar utama radio bangun melawan yang baru berumur tiga minggu satu text sms telah datang dari brunai yang mengatakan forum ini didengar terang dan jelas dari laporam awal hampir 100 orang pendengar dari amerika dari timur tengah dan dari singapura ini tanda bahawa hegemoni maklumat ini tanda monopoli maklumat yang dahulunya dimiliki oleh united malays national organisation telah pecah FORUM PADAT PENUH BERASAK KAMU SUDAH GRADUASI, BOLEH SUSUN DEMO SENDIRI - mkini Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0 dan aktivis sosial Hishamuddin Rais berkata rakyat tidak memerlukan perhimpunan itu buat kali keempat jika kerajaan dan Umno didakwa masih terus menipu dalam pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya, katanya, rakyat sendiri akan mengurus perhimpunan tanpa organisasi seperti BERSIH atau parti politik untuk membantah tindakan tersebut dan tidak mustahil boleh mencecah sehingga satu juta orang berbanding perhimpunan Sabtu lalu. Bercakap dalam forum pasca-BERSIH 3.0 di ibu negara malam tadi, Hishamuddin menyifatkan ia bukan "satu ancaman" sebaliknya janji dan tidak mustahil sentimen keluar beramai-ramai ke jalanan akan berlaku. "Kalau perkara (tuntutan) asas (BERSIH) tidak didengari, rakyat tidak perlu organisasi seperti BERSIH untuk menyusun (perhimpunan. "Kita sudah ada BERSIH satu, dua dan tiga. Kamu sudah graduasi. Sudah boleh buat sendiri (perhimpunan). Kamu sudah dapat ijazah protes jalanan, sudah boleh buat sendiri," katanya sambil diiringi dengan tepukan dan gelak ketawa hadirin yang hadir. Turut diundang menjadi penceramah adalah Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar, Ketua Penerangan PKR Lateefah Koya, bekas pensyarah Undang-undang UIA Dr Abdul Aziz Bari dan peguam Haijan Omar. Sebelum itu, Dr Abdul Aziz mendakwa keganasan polis dalam perhimpunan itu tidak berakhir dan nampak semakin teruk, seperti tergambar dalam rakaman video menunjukkan peserta dipukul. Bagaimanapun, beliau - yang turut ditahan pada hari tersebut - menegaskan supaya isu keganasan polis tidak melarikan fokus rakyat mendesak supaya reformasi sistem pilihan raya diteruskan. "Lagi mengecewakan apabila Umno dan BN menggunakan isu ini untuk mengalih daripada isu sebenar. Ini meletakkan BN berasa selesa," katanya. Sementara itu, Lateefah yang juga seorang peguam mendakwa keganasan dilihat "sebati dengan polis" dan pihaknya berusaha mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara tersebut. Dakwanya, pihaknya turut mendapat banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mendakwa dikasari polis dalam perhimpunan tersebut. sila layari radio bangsar utama: http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ |
INI TOKAN BESAR SEDANG JUAL CANDU Posted: 03 May 2012 07:19 PM PDT LEMAH TAK MELAWAN KENA CANDU KOMENTAR TUKAR TIUB dibawah ini adalah contoh terbaik bagaimana agama telah digunakan sebagai candu untuk umat manusia ini bukan satu pekara yang baru dari zaman berzaman agama telah dijadikan hujah untuk menindas dari zaman berzaman agama telah digunakan untuk untuk kaum feudal merampas tanah dari zaman berzamam agama telah digunakan untuk memperkukuh kuasa dari zaman berzaman agama telah dijual untuk mempertahan kan kerajaan yang zalim agama dijual sebagai candu kerana kesucian penganutnya agama dijual sebagaui candu kerana kejujuran penganutnya dalam konteks melayu dan islam dengan mengunakan agama maka geromboolan united malays national organisation mahu dilihat suci dan betul gerombolan yang zalim mahu dilihat baik dan berhemah gerombolan yang menindas mahu dilihat adil dan saksama lalu dicari ayat ayat dalam bahasa arab lalu diputar alam ayat ayat dalam bahasa arab ini cara hendak menipu orang melayu dari zaman berzaman ini lah kerja tukang jual agama tukang jual agama akan mencari ayat ayat dalam bahasa arab yang tidak diketahui oleh orang melayu dengan ayat ayat bahasa arab ini maka manusia melayu akan ditipu teknik ini telah digunakan oleh british teknik ini telah digunakan sebelum 1957 teknik jual agama ini sedang digunkan sekarang NOTA: kepada penjual agama sedarlah dan cubalah berterima kaseh kepada ronald reagan sedarlah bahawa zaman orang melopong menyedut asap candu telah berakhir sekarang telah ada internet sudah ada blog sudah ada laman sudah ada tv malah anak muda pun sudah ada radio bangsar utama tak caya sila layari NOTA: kepada para penjual agama carilah kerja lain janganlah hidup hina menipu jual goreng pisnag tepi jalan pun di hormati bawa teksi boleh potong rumput boleh jual buah boleh jula ikan boleh hentikan lah kerja jual candu agama ini susah susah buka kedai bundle kah kah kah RADIO MENENTANG TOKAN CANDU http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat. Memandangkan golongan pemerintah atau " ulilamri " begitu penting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam surah Annisa' ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah. 2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa' mengatakan: َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭﱃ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ "Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta'at kepada para pemerintah daripada kalangan kita " Ibnu Hajar dalam "Fathul Baari" menyatakan : َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ ﺍﻟﺴﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍﳌَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﹾﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ "Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya" 3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan : َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍﳋ ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﹾﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔ " Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dengan ijmak ulama " 4. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Benih pertama kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan menyifatkannya sebagai "tidak adil". Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari yang bermaksud, "orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)". Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻛﻼﺏ ﺍﳋﻮﺍﺭﺝ " penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka ". CANDU DARI GETAH BUNGA POPI 5. Adalah diperhatikan bahawa puak penderhaka yang dimaksudkan dalam hadis-hadis di atas, dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali R.A. adalah terdiri daripada kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan serban. Ini bermakna bahawa membaca Quran, memakai jubah dan serban tidaklah 3 menjadikan seseorang itu kebal daripada terkena laknat yang disebut dalam hadishadis di atas, jika akidah dan tindak-tanduknya terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Kenyataan inilah yang mendorong Imam Muhammad Bin Al-Husain Al-Ajurry As-Syafi'i memberi peringatan dalam bukunya "Kitab Al-Syri'ah", "Para ulama dahulu dan kini sependapat menyatakan bahawa Khawarij adalah golongan yang jahat, penderhaka kepada Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka sembahyang dan berpuasa, serta bersungguh-sungguh dalam beribadat, yang demikian itu tidak akan memberi manafaat kepada mereka". 6. Apa yang dinyatakan oleh Imam Muhammad Bin Al-Husain di atas bersandarkan kepada hadis-hadis sahih yang banyak menjelaskan akibat buruk daripada tindakan penderhakaan, seperti menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah, ditimpakan kehinaan oleh Allah S.W.T dan terputus jalan ke Syurga. Imam Annasaie meriwayatkan sabda Nabi S.A.W. َﻣﻦ َﺧ َﺮ َﺝ ِﻣ َﻦ َّ ﺍﻟﻄ ِ ﺎﻋ ِﺔ َﻭَﻓﹾﺎ َﺭ َﻕ َ ﺍﳉ َﻤَﺎ َﻋ ِﺔ َﻣﹾﺎ َﺕ ِﻣ َﻴﺘﺔۣ َﺟﹾﺎ ِﻫِﻠَّﻴ ٍﺔ۔ "Sesiapa yang keluar dari sempadan taat dan memisahkan diri daripada kumpulan pemerintah, mati ia seperti mati jahiliah" Imam Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. sabdanya : َﻭ َﻣﻦ َﻣﹾﺎ َﺕ َﻭَﻟﻴ َﺲ ِﻓﻲ ُﻋ ِ ﻨﻘِﻪ َﺑ َ ﻴﻌﺔٌ َﻣﹾﺎ َﺕ ِﻣﻴﺘﺔۣ َﺟ ِ ﺎﻫِﻠَّﻴ ٍﺔ۔ "Dan sesiapa yang mati tanpa ada kesetiaan kepada pemerintah, ia mati seperti matinya orang-orang jahiliah" Imam Al-Bazzar meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W. َﻣﹾﺎ ِﻣﻦ َﻗ ِ ﻮﻡ َﻣ َﺸﻮﺍ ِﺇَﻟﻰ ُﺳﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ّٰ ﺍﻟﻠ ِﻪ ِﻟُﻴ ِﺬُّﻟ ُ ﻮﻩ ِﺇ َﻻ َﺃ َﺫَّﻟ ُﻬ ُﻢ ّٰ ﺍﻟﻠﻪ َﻗﺒﻞ َﻳ ِ ﻮﻡ ِ ﺍﻟﻘَﻴ َ ﺎﻣٍﺔ "Mana-mana kumpulan manusia mengerakkan perarakan terhadap pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atasnya sebelum hari akhirat" Antara pesanan terakhir Rasulullah ketika Hijjatul Wada', seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Tirmizi dan lain-lain, ialah hadis yang bermaksud : "Aku berpesan dengan sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, berpuasa pada bulan ramadan, mengeluarkan zakat harta dengan suci hatimu dan taat kepada pemerintah-pemerintahmu, pasti kamu akan masuk syurga Tuhanmu" Hadis ini menjadikan taat kepada pemerintah sebagai salah satu jalan ke syurga. Ini bermakna jalan ke syurga terputus tanpa taat kepada pemerintah, walaupun terdapat amalan-amalan fardu yang lain seperti solat dan sebagainya. 7. Memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat di sebabkan oleh kegiatan penderhakaan atau "bid'atul khuruj" ini, maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar oleh Rasulullah sebagai "Kilabunnar" (anjing-anjing neraka). Daripada pengalaman sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami oleh beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah, akhirnya mencetuskan keganasan yang membawa kepada pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda serta kewujudan suasana anarki dan kekacauan dalam negara. Berasaskan hakikat inilah, Imam Al-Ajurry ketika memperkatakan mengenai golongan ini menyatakan : َ ﻭﺍﳋ َﻮ ِ ﺍﺭ ُﺝ ُﻫ ُﻢ َُّ ﺍﻟﺸ َﺮ ُ ﺍﺓ َ ﺍﻷَﻧ ِﺠﺎ ﺱ َ ﺍﻷﺭ ِﺟ َ ﺎﺱ، َﻭ َﻣﻦ َﻛ َ ﺎﻥ َﻋَﻠﻰ َﻣ ﹾﺬ َﻫِﺒ ِﻬﻢ َﻣﻦ َﺳ ِﺎﺋ ِﺮ َ ﺍﳋ َﻮ ِ ﺍﺭ ِﺝ، َﻳَﺘ َﻮ َ ﺍﺭُﺛ َ ﻮﻥ َﻫ َﺬﺍ َ ﺍﳌ ﹾﺬ َﻫ َﺐ َﻗ َﺪﻳ ًﻤﺎ َﻭ َﺣ ِﺪ ًﻳﺜﺎ۔ "Golongan penderhaka adalah orang-orang yang jahat, najis lagi keji. Begitu juga sesiapa yang sealiran dengan mereka daripada seluruh puak penderhaka yang mewarisi pemikiran ini dahulu dan kini" 8. Maka bertolak daripada kewajipan menasihati dan mengingatkan sesama muslimin, saya menyeru agar setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa juga bentuk sekalipun dalam sebarang tunjuk perasaan anti Kerajaan. Kerana perbuatan demikian adalah merupakan sebahagian daripada tindakan durhaka dan membatalkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah yang telah ijmak ulama mengharamkannya. Kesannya seperti yang dinyatakan nas-nas di atas boleh menjejas iman, memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah. Sayugia diperingatkan juga bahawa mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa para pengikut tersebut. Ini diterangkan dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, " ... Dan sesiapa yang menganjurkan perbuatan jahat dalam Islam, maka ia akan menanggung dosa perbuatan tersebut dan dosa setiap orang yang mengikuti perbuatan tersebut selepasnya, tanpa mengurangkan sedikitpun dosa para pengikut tersebut". Mereka juga akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah terhadap setiap kesan yang terbit daripada perbuatan tersebut, seperti pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, serta kesengsaraan dan kesusahan yang ditanggung oleh orang ramai. Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh Mufti Wilayah Persekutuan Selasa : 3 Syaaban 1432 5 Julai 2011 radio menentang tokan candu: |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan