SOKONG PAKATAN RAKYAT |
JIKA BODEK KERAJAAN, BAIK JOIN UMNO Posted: 22 May 2012 10:03 PM PDT Kita alu-alukan sebarang penubuhan NGO baru. Lazimnya NGO itu ingin mengisi kekosongan sesuatu matlamat yang tidak diusahakan oleh pertubuhan yang sedia ada samada parti politik atau oraganiasi lain Baguslah tu. Tetapi jika NGO yang baru nak hidup dan anggotanya sekerat dua sahaja, janganlah bercakap macam dialah yang bakal menentukan arus perdana negara. Macam dialah jaguh penentu masa depan negara. Macam dialah hero masyarakat. Yang tak syoknya dia tudoh pertubuhan lain sudah tak perjuangkan matlamat pertubuhan masing-masing. Apa ke jadahnya, engkau nak campur tangan pertubuhan orang lain. Biarlah anggota pertubuhan itu menjaga hala tuju pertubuhan mereka sendiri. Ha ha. Kau jaga matlamat pertubuhan kau sudahlah. Jika orang ramai berkenan dengan pertubuhan kau, mereka akan join sama. Tak payah gaduh-gaduh dengan pertubuhan orang lain. Seperti orang berniagalah, promote produk masing-masing, ceritalah kelebihan produk anda sendiri dan janganlah mencaci produk syarikat lain. Woooo. Jika orang NGO nak cakap politik selalu, lebih baik buat parti politik dan masuk pilihan raya. Jika kerja NGO asyik membodek kerajaan, lebih baik join Umno terus. Woooo. |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan