Rabu, 23 Mei 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Peminat FB Tok Guru Nik Aziz kini 664,000

Posted: 23 May 2012 03:54 AM PDT



KOTA BHARU: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas sambutan menggalakkan terhadap laman sosialnya (Facebook - FB) yang kini mempunyai capaian lebih 664,000.

Menteri Besar berkata, laman sosial tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan semua pihak kerana banyak maklumat terkini dimuatkan dalam Facebook.

"Saya amat gembira kerana melalui Facebook ini rakyat di seluruh negara mendapat maklumat tepat dan cepat, maklumlah kalau nak harapkan media lain tu agak sukarlah sikit," katanya ketika merasmikan pelancaran Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.

RTV dibangunkan Jabatan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.

Beliau juga berkata, penyebaran bahan fitnah yang semakin berleluasa sekarang merupakan perbuatan kurang bermoral.

Malangnya kata beliau media tradisional pula menyiarkan berita mengenai fitnah di muka hadapan akhbar mereka bagi menarik perhatian lebih ramai pembaca.

Oleh itu beliau berharap pelancaran RTV yang dimiliki kerajaan negeri dapat mengelakkan sebarang penyebaran berita yang berunsur fitnah.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, RTV dilahirkan selepas usaha kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu untuk memiliki siaran TV sendiri tidak diberi kelulusan kerajaan pusat.

"Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk menyediakan rangkaian TV sendiri.

"Perkembangan internet membolehkan kerajaan Kelantan mewujudkan satu kumpulan kerja untuk membangunkan penyiaran TV melalui internet yang dikenali sebagai RTV," ujar beliau.

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato' Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, ketua jajahan dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Muhammad Fadzli juga berkata kerajaan negeri turut menyediakan alat khas (recorder) di setiap kawasan Dun untuk menyalurkan maklumat semasa kepada rakyat.

"Melalui alat tersebut orang ramai boleh menonton RTV secara jelas dan boleh mendapat maklumat terkini lebih cepat," ujarnya. -Hrkh

Palang, Kawat Berduri Tidak Menepati Spesifikasi Perintah Majistret - Latheefa

Posted: 23 May 2012 03:54 AM PDT



Palang dan kawat berduri yang dipasang bagi menghalang peserta BERSIH 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka tidak menepati spefikasi yang ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya, penghalang dan kawat berduri itu jauh daripada batasan yang ditetapkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan gergasi itu pada 28 April lalu.

"Mahkamah sudah mengeluarkan satu perintah bahawa kononnya terdapat larangan di kawasan tertentu dengan radius tertentu dan mengatakan itu adalah kawasan larangan,

"Tetapi kita belum dapat kepastian kenapa palang penghalang yang diletakan oleh polis jauh menjangkau luar dari batasan yang dibenarkan dalam perintah tersebut," kata Latheefa apabila dihubungi TVSelangor.

Latheefa mewakili Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin yang dituduh melanggar perintah Mahkamah Majistret dalam himpunan itu.

Badrul Hisham bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PKR Azmin Ali dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Latheefa berkata halangan yang diletakkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari itu tidak menepati sempadan kawasan larangan yang ditetapkan majistret.

"Majistret ada memberitahu jalan-jalan yang dikatakan kawasan tidak boleh dimasuki."

Pada 26 April Majistret Zaki Asyraf Zubir, melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

"Tetapi palang penghalang dan dawai duri yang diletakkan jauh menjangkau larangan tersebut, Jadi macamana mereka kata dia (Badrul Hisham) langgar perintah?"

Selain dari melanggar perintah mahkamah, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham didakwa di bawah Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menyertai protes jalanan.

Ketiga-tiga mereke telah dikenakan RM500 sebagai ikat jamin bagi tuduhan kedua dan bon peribadi bagi tuduhan pertama.

Sebut semula kes ditetapkan pada 2 Julai akan datang.

Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan

Posted: 23 May 2012 03:50 AM PDT


(Debat Khairy dengan Rafizi malam tadi...tetapi Najib yang paling tertekan dengannya)

KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.

Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan  kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.

"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.

Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa. -Hrkh






Video ahli perkasa serang adun DAP tersebar.

Posted: 23 May 2012 03:47 AM PDT

Ini ke yang ibrahim ali dok sebut2 kumpulan samseng yang menyamar sebagai ahli perkasa? Mereka bukan ahli perkasa tetapi sengaja menyelinap dalam geng2 perkasa untuk buat provokasi ek? Sesiapa boleh sahkan dakwaan ibrahim ali tersebut?

Aku bersetuju selepas insiden itu berlaku mereka dinasihatkan jangan guna kekerasan. Aku nampak disitu nampaknya ketua2 mereka dah cuak bilamana perkasa dan umno seringkali dilabel samseng sebab bersikap biadap. Agaknya sebab dah tak tahan dengan persepsi tersebut maka sedaya upaya ketua mereka menasihatkan agar jangan gunakan kekerasan.

Saksikan dulu video tersebut kat bawah neh oke ;

Monkee adalah monkee tak kira dia penyokong apa pun. Bagi aku monkee ialah mereka yang tidak tahu menyalurkan sokongan mengikut saluran yang betul. Jika ko terlalu over ataupun berlebihan2 sehingga mencemarkan imej parti yang ko sokong ko memanglah monkee. 

Cuba korang tengok apa yang lelaki kat bawah neh buat?


Bawa penyapu? Nak buat apa? Nak sapu jalan selepas buat kecoh ka? Pendirian aku dalam isu neh sama jek macam isu insiden kereta polis kena hentak tue. Kalau pun ada ahli perkasa kena langgar kakinya aku nak cakap padan muka. Sebab apa?

Sebab sendiri yang buat pasal. Dah tahu situ laluan kereta keluar masuk yang ko duduk tengah2 jalanraya sapa suruh? Kenapa ko halang lalu lintas? Lainlah kalau polis dah sekat jalan. Nampaknya polis tak sekat jalan so jalan tue masih dibuka kepada laluan orang awam jadi apasal dungu sangat duduk kat tengah2 jalanraya?

Kalau pun ko dilanggar itu adalah disebabkan kecuaian diri sendiri. Sama macam insiden kereta polis tue larh. Kereta polis tue terlanggar orang disebabkan ada monkee2 melompat dan menyerang kereta polis. Mereka lah individu yang patut dipersalahkan bukan nya polis. Aku pun tak faham macam mana sentimen politik boleh menyebabkan seseorang gagal membezakan apa yang benar dan apa yang salah. Itu bahayanya bila taksub beb. Apa pun tak boleh.
Yang tak tahan tue dorang buat betul2 depan polis. Apa yang polis buat? Bagi larh warning ke tahan ke ini tidak biar macam tue ajek. Kadang2 bila orang panggil polis anjing dan barua aku tatau nak marah ke nak ketawa. Sendiri yang cari pasal sebenarnya. Nak salahkan persepsi awam macam mana kalau dah setiap kali bila melibatkan politik nampak sangat biasnya. 

Dengan terdedahnya video neh kita berharap ibrahim ali boleh sahkan individu2 dalam video neh ahli2 perkasa atau tidak. Takpe, kita dengar dulu keterangan dan hujah dia. Kalau dia gagal menafikan mereka2 dalam video di atas sebagai bukan ahli perkasa maka bertanggungjawab larh. 
Janganlah pongpang2 cakap ada orang nak menyusup dan menyamar masuk jadi ahli perkasa untuk cetus provokasi pula. Setahu aku, kalau pun ada orang yang menyamar mereka sekadar nak korek strategi dan rahsia je. Bukan nak cetus provokasi. Paling2 koman pun sebab nak rakam. Takde masa ai nak buat provokasi. Penat menyamar satu hal. Ini nak buat provokasi lagi? 
Lue ingat perkasa popular macam bersih meh? Kalau sungguh ada yang menyamar untuk buat provokasi semudah abc jek boleh kesan sebab tersangatlah sedikit penyokong2 mereka. Tak faham2 lagi ke? -sumber

PAS demo depan pejabat NST Jumaat ini

Posted: 22 May 2012 11:28 PM PDT

(Laporan NST yang mendakwa 'Nik Aziz bapa kafir')

KUALA LUMPUR: Selepas amaran demi amaran dan bantahan demi bantahan tidak dihirau, Pemuda PAS akan mengadakan demo di perkarangan pejabat akhbar NST Jumaat ini ekoran dakwaan 'Nik Aziz bapa kafir'.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataannya berkata, demo itu akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

"Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar," dan selepas itu mereka akan berarak ke pejabat NST.

Menurut Khairul Faizi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu "Nik Aziz is Father Of Kafir" yang dikeluarkan oleh akhbar Nes Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya.

Sebelum ini, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.

Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, katanya, telah mengarahkan untuk diadakan satu demonstrasi bantahan di peringkat negeri-negeri pada minggu lepas untuk membantah tindakan akhbar tersebut.

"Sehingga kini, Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada pihak New Straits Times untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu lagi demonstasi bantahan di peringkat Pusat yang akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mei 2012 selepas solat Jumaat bertempat di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad, Bangsar.

Setiap ahli PAS, katanya, diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu "Nik Aziz is Father of Kafir"  dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf. -Hrkh

'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'

Posted: 22 May 2012 11:27 PM PDT


WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".

NONE"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.

"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negari Hang Tuah.

"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type puncturedDalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.

Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.

"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.

NONESelepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.

Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.

Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar. -M'kini

Anak Presiden PAS patah jari bergelut dengan peragut

Posted: 22 May 2012 08:49 PM PDT

MARANG: Anak Presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi patah jari selepas bergelut menangkap peragut yang cuba meragut beg tangan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam kelmarin, Khalil bersama isteri Dr Farhana Hasbullah, 32, dan dua anaknya, Omar, 3, dan Ali, 9 sedang makan disebuah kedai di tepi jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan.

Menurut Khalil yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.

Ketika sedang menikmati makan malam, beliau mendakwa melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi.

"Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu.

"Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Rusila, di sini, semalam.

Ekoran kejadian itu, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. -Hrkh

Gambar Kemewahan Hidup Pengerusi Bersih 4.0

Posted: 22 May 2012 05:17 PM PDT


Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0. Katanya: "kami terdiri daripada peniaga-peniaga. saya menjual nasi lemak.

Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"

Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.

Malah gambar yang dipetik dari sebuah blog ini menunjukkan ketua pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah hotel 5 bintang. Tetamu yang hadir juga bukan calang-calang termasuk artis dan selebriti TV.


Gambar lain di sini.
Usahlah bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman teknologi maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, mamat nih ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Walaupun rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa makanan di restoran milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun malaon ini tetap maintain pandu Ferrari dan sambut hari jadi di hotel mewah. Mampukah dia menjalani kehidupan begitu dengan hanya menjual nasi lemak di Jalan TAR?

Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?


~dcm

Tunggang motosikal 3 jam datang temui MB

Posted: 22 May 2012 05:15 PM PDT


GUA MUSANG: Agak luar biasa kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada program penyampaian surat hak milik tanah, dividen Ladang Rakyat dan bantuan sosial  yang diadakan di Dewan Sivik hari ini.

Sebelum ini jarang dapat dilihat rakyat pelbagai kaum termasuk Orang Asal, Cina, India dan Melayu bersama memenuhi dewan dan kawasan sekitarnya sejak pagi lagi.

Lebih 300 masyarakat Orang Asal termasuk yang datang menaiki motosikal selama tiga jam dari Pos Tuil bertolak jam 6 pagi melalui jalan pembalakan sebelum sampai ke jalan raya Lojing – Gua Musang.

Kesukaran itu tidak mematah semangat Zaman Kavi bersama rakan-rakan datang untuk bertemu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berada di Gua Musag sejak malam tadi.

Seramai 140 penduduk termasuk keluarga masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Pulai menerima surat hak milik tanah.

Mereka meluah rasa begitu gembira kerana impian mendapat hak milik tanah akhirnya menjadi kenyataan.

Ng Nget Fah dari Kampung Pulai mendapat surat milik tanah kebun getahnya seluas 2.5 hektar yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu.

"Tentunya saya rasa gembira yang amat sangat kerana mendapat surat hak milik tanah kebun yang diusahakan keluarga saya selama ini," katanya sambil menunjukkan geran yang baru diterima daripada Menteri Besar.

Dua keluarga India iaitu Bhaskaran A/L Rengasamy dan R Parimala A/P Ramachandran masing-masing menerima cek sebanyak RM1,000 di majlis berkenaan ekoran kematian ibu mereka yang merupakan peserta program skim Takaful Kifaalah.

Hadir sama pada majlis yang penuh bersejarah itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Che Abdullah Mat Nawi dan Wan Ubaidah Omar.

Turut hadir Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Hussin, Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussin dan Penyelia Paloh, Shah Amiruddin dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.

Abdullah melahirkan rasa syukur di atas kehadiran begitu ramai rakyat Gua Musang yang terdiri daripada pelbagai kaum sehingga memenuhi dewan sivik dan kawasan sekitarnya.

"Sokongan rakyat pelbagai kaum begitu hebat sekali. Saya terharu di atas sambutan yang luar biasa hari ini," katanya pada ucapa mewakili tuan rumah. Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai.

Pada 4 Mei lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga melakukan lawatan kerja ke Gua Musang merasmikan Komuniti 1Malaysia yang diadakan di padang Majlis Daerah Gua Musang. Sehingga hari ini padang tersebut tidak dapat digunakan kerana rosak.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap orang ramai yang mendapat geran tersebut tidak menjualnya kepada orang lain sehingga habis tempoh masa yang ditetapkan kerajaan.

Katanya juga tanah menjadi rebutan rakyat kerana bilangan manusia semakin ramai sedangkan keluasan tanah tidak berubah.

Pada lawatan kerja itu juga sebelah petang Menteri Besar melawat kolam penternakan ikan kelah milik Mohd Saiful Basri Mat Yaakub di Kampung Lepan Jaya. -Hrkh

Israel Membangunkan Beribu-ribu Kubur Palsu Yahudi

Posted: 22 May 2012 05:09 PM PDT

BAITULMAQDIS - Yayasan Al-Aqsa telah mendedahkan rancangan jahat regim Israel melaksanakan aktiviti membangunkan beribu-ribu kubur palsu Yahudi di sekitar kiblat pertama orang Islam Masjid Al Aqsa dan Kota Lama Baitul-Maqdis

Yayasan Waqaf dan Warisan al-Aqsa menyifatkan tindakan itu sebagai percubaan menjalin dan mengubah sejarah kota suci Baitul Maqdis menurut acuan Yahudi.

Perkara tersebut dinyatakan dalam dalam laporan Yayasan itu yang dikeluarkan pada Isnin 21 Mei.

Laporan tersebut menjelaskan pihak Israel bercadang untuk melaksanakan rancangan meluaskan kawasan pendudukannya kira-kira 30 kilometer persesegi dari Gunung Sinai ke timur Masjid Al-Aqsa, melalui Lembah Silwan di selatan ke arah Lembah Rababa Lembah di barat daya Masjid.

Yayasan itu menyatakan melalui operasi itu, penjajah Israel bercadang untuk menjadikan semua kawasan kawasan sekitar Al-Aqsa dan Kota Lama sebagai kawasan Yahudi, dan cuba untuk menguatkuasakan kawalan ke atas tanah wakaf Palestin dengan membangunkan kubur palsu, penempatan, taman-taman Talmud dan institusi Yahudi.

"penjajah memalsukan geografi, sejarah dan monumen untuk menghalalkan penanaman kubur palsu Yahudi dan tempat-tempat suci palsu Yahudi palsu,"tambah laporan tersebut.

Laporan itu juga menyatakan kubur kosong dibangunkan ketika perlaksanaan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan serta kajian kejuruteraan dan statistik dibuat.

Laporan tersebut juga menegaskan, regim Israel melarang pemuliharaan sejarah dan kubur lama  Islam di Baitul Maqdis dan merobohkan serta telah menghapuskan beratus-ratus monumen sejarah dan perkuburan Islam di bandar lama itu.

Tiada ulasan: