shalehudin |
- HOT: Dua ADUN UMNO disebut dalam kes Sosilawati
- Betoi ka gua kena mohon maaf nie...
- HOT VIDEO: Bila Umno kedekut kontrek pasir... kahkahkah...
- BERGAMBAR: Beraninya NAJIB di depan ROSMAH...
- BERGAMBAR: BN Kena Sabotaj... kahkahkah...
HOT: Dua ADUN UMNO disebut dalam kes Sosilawati Posted: 30 May 2012 09:00 AM PDT PANAS!! Dua ADUN UMNO terlibat urusan jual beli tanah kes bunuh Sosilawati.. SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu. Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (gambar bawah) pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (gambar atas) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd. Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu. Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam. Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta. "Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari," katanya. Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony. Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain? Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja? Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli. Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret. Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta. Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab 'dia seorang berkuasa' dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah. Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu. Perbicaraan bersambung hari ini. Sinar Harian |
Betoi ka gua kena mohon maaf nie... Posted: 30 May 2012 08:07 AM PDT Nizar mohon maaf isu bidaan WWW1 Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf berhubung mesej Twitternya berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000. Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat. "Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam. "Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," tambahnya Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi: "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf". "Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," katanya kepada Sinar Harian. Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin. "Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya," katanya. Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan. Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.- Malaysiakini |
HOT VIDEO: Bila Umno kedekut kontrek pasir... kahkahkah... Posted: 30 May 2012 06:00 AM PDT Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor keluar UMNO Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor Yusri Ishak telah mengisytiharkan keluar parti . Beliau membuat pengisytiharan di hadapan penyokongnya . Apabila ditanya wartawan Sinar, adakah hanya beliau yang keluar. Penyokongnya bersorak mengatakan mereka juga akan keluar UMNO. Namun, benarkah beliau betul-betul mahu keluar UMNO , jangan jadi macam Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar yang begitu marah nak masuk DAP akhirnya menangis berlagu UMNO. Yusri Ishak berkata, beliau keluar parti kerana nak tumpu kepada perniagaan dan keluarga. Tak kan itu sahaja alasannya. Tentu ada alasan lain. Tunggu la nanti tentu ada pendedahannya. |
BERGAMBAR: Beraninya NAJIB di depan ROSMAH... Posted: 30 May 2012 12:15 AM PDT Pemuda PAS : Inikah Nilai Wasatiyyah Yang Hndak Di Terapkan UMNO Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top. PM Di perkenalkan Kumpulan U-Kiss Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS. Ketua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan. "Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. "Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis. Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut. Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut. Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut. Malaysiakini |
BERGAMBAR: BN Kena Sabotaj... kahkahkah... Posted: 29 May 2012 08:57 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan