Addin |
- (Gambar) Wow!! Ceramah Pencacai Nih Menarik Jutaan Hadirin
- (Live) Pembongkaran Skandal Scorpene Dari Bangkok, Thailand
- Gambar Ratusan Pemandu Lori Berdemo Di Hadapan Pejabat Ali Rustam
- Bekas Ketua Pemuda Umno Selangor Terlibat Jual Beli Tanah Sosilawati
- Demonstrasi Pemandu Lori Di Hadapan Pejabat Ali Rustam Sekarang
- Kenyataan Artis Nih Tamparan Hebat Buat Umno
(Gambar) Wow!! Ceramah Pencacai Nih Menarik Jutaan Hadirin Posted: 30 May 2012 04:00 PM PDT Hampir 4 juta orang hadir mendengar ceramah BN yang penuh dengan ayat-ayat Quran... kalu sebelum nie agak mustahil nak dengar ayat Quran dalam ceramah-ceramah BN... Tapi sejak wujudnya insan yang kononnya dulu ketua Penerangan Pas Selangor (2001-2003), Hasan Basri yang telah keluar dari Pas mengikut ketuanya Hasan Ali, maka terus mendapat tempat dihati pimpinan BN untuk memanggil puak-puak ini berceramah atas pentas mereka kononnya atas dasar amal maarof dan cegah segala kefasikan dalam negara.... Umno yang mula berjinak-jinak dengan ceramah agama kalu sebelum ini hanya dengar bacaan ayat Quran time khutbah Jumaat sahaja... tapi berjaya menjemput Hasan Basri untuk berceramah di Wakaf Bharu, jajahan Tumpat... Tapi kehadiran Hasan Basri yang dibuang dari Selangor ke Kelantan semalam kurang mendapat perhatian daripada masyarakat tempat... kehadiran dalam 200 orang sahaja... tak padan dengan poster dan banner yang digantung sekitar Wakaf Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Pekan, Pengkalan Kubur... tapi yang hadir sebahagian besar orang-orang Pas turut hadir nak dengar ucapan orang Pas sendiri diatas pentas BN... .... apapun sebotol air mineral hadiah buat tetamu yang hadir dari jauh nak dengar ucapan orang yang kononnya pejuang Pas satu ketika dulu.... apapun ok le tue... | ||
(Live) Pembongkaran Skandal Scorpene Dari Bangkok, Thailand Posted: 30 May 2012 12:34 AM PDT Peguam Perancis yang dilantik oleh NGO Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Joseph Breham kini berada di Kelab Wartawan Asing (Foreign Reporters Club) di Bangkok, Thailand, yang akan mengadakan sidang media perkembangan terkini skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Altantuya. Joseph yang tiba beberapa hari lalu dari Paris, Perancis, akan memberikan butir-butir terbaru kes pendakwaan yang sudah bermula sejak tahun 2009. Wakil SUARAM seperti Pengarahnya, Cynthia Gabriel dan ahli parlimen Batu, Tian Chua dijangka akan mengadakan sidang akhbar sejurus Joseph mengemukakan fakta dan bukti terbaru yang ditemui beberapa minggu lalu. Pada 20 April lalu, peguam SUARAM Malaysia telah mengemukakan kertas siasatan pendakwaan kepada dua hakim di Mahkamah Paris dan tujuh individu termasuk Najib Altantuya, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dan Lodin Wok Kamaruddin serta bapa mendiang model Mongolia, Setev Shaaribuu turut disenaraikan. Ikuti siaran langsung ini seterusnya di SINI. | ||
Gambar Ratusan Pemandu Lori Berdemo Di Hadapan Pejabat Ali Rustam Posted: 29 May 2012 11:42 PM PDT Pemandu Lori Berdemo Lebih 100 orang pemandu lori pasir berdemo di jalanraya berhampiran Seri Negeri Melaka. Mereka berdemo bagi menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sering menahan pemandu lori walaupun muatan yang dibawa dikatakan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Hal ini dibebankan lagi dengan kos pembaikan yang tinggi dan kos-kos lain seperti cukai jalan dan lesen memandu. Menurut salah seorang pemandu lori, beliau seringkali ditahan kerana dikatakan membawa muatan lebih daripada had sedangkan ukuran pasir memenuhi spesifikasi. "Setiap kali saya bawa lori, mesti bawa pasir sikit. Tak melebihi badan lori. Itu spesifikasinya. Jadi kami ikut. Tapi, saya tetap disaman sebab tak ikut spek katanya. Takkan kami nak bawa pasir separuh dari badan lori. Duit kami dapat RM30 je. Nak bayar diesel pun tak lepas." | ||
Bekas Ketua Pemuda Umno Selangor Terlibat Jual Beli Tanah Sosilawati Posted: 29 May 2012 10:41 PM PDT Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu. Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil (gambar) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd. Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu. Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam. Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.
"Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari," katanya. Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony. Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain? Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja? Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli. Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret. Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta. Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab 'dia seorang berkuasa' dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), berkaitan urusan jual beli tanah. Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu. | ||
Demonstrasi Pemandu Lori Di Hadapan Pejabat Ali Rustam Sekarang Posted: 29 May 2012 08:53 PM PDT
Sekarang berlaku demonstrasi di hadapan pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Addin terima mesej daripada sahabat-sahabat yang berada di situ, mereka mengatakan hampir 200 lori berada di perkarangan Seri Negeri. Demostrasi pemandu lori berkenaan dikatakan ada kaitan dengan isu SPAD. Maklumet terperinci Addin belum terima lagi. Berikut mesej yang Addin ada terima daripada sahabat-sahabat berkenaan demo tersebut..
Demonstrasi ini merupakan tamparan hebat buat Ketua Menteri Melaka. Melalui maklumat sahabat dan Addin sendiri, pagi tadi dikatakan banyak sekatan jalan raya tela di buat menuju ke Seri Negeri. Sesiapa ada maklumat tambahan sila e-mel.. Berita lanjut akan menyusul.. | ||
Kenyataan Artis Nih Tamparan Hebat Buat Umno Posted: 29 May 2012 07:00 PM PDT Umno sudah pasti kecoh dengan kemasukan 3 orang artis iaitu Amy Search, Mus May dan Ibno Riza.. Mungkin diaorang belum di tunjukkan hidayah untuk menyokong perjuangan Islam, kita sama-sama doakan semoga di buka pintu hatinya. Dalam isu Lebuhraya Rakyat, salah seorang artis yang berasal dari Kelantan iaitu Mustapha Kamal menyokong usaha murni kerajaan Kelantan.Walaupun pencacai Umno mengeluarkan pelbagai tohmahan tetapi artis yang berfikiran positif nih sentiasa menyokong pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz. Artis ini juga menyatakan bahawa impian untuk membuat lebuhraya sendiri tidak pernah terfikir oleh negeri lain. Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerima tekanan hebat dari Umno tapi masih mampu untuk membina lebuh raya tanpa tol dengan sendirinya. Inilah karamoh kepimpinan seorang ulama. Dengan terbinanya Lebuhraya Rakyat tanpa tol nih, boleh dikatakan Umno telah ditunjukkan jalan keluar dari Kelantan sebelum PRU13.. Addin: Ada jugak orang yang tak suka benda percuma, betul-betul bingai!!.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan