Sabtu, 26 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


PERGGHH... hebat betoi Pak Cik nih...

Posted: 26 May 2012 09:00 AM PDT

Pakai baju PR ambil cek

Peneroka tegar pembangkang ini bersembang dengan Ismail (kiri) ketika hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju mempunyai logo PR pada majlis itu.

CHENOR - "Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat."

Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu.

Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya.

"Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.

"Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak," katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini.

Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Cat Steven @Yusuf Islam...

Posted: 26 May 2012 08:22 AM PDT

"Budaya dan nilai hidup barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya"

(CAT STEVEN @ YUSUF ISLAM)

Ni HARAM JADAH mana pulak dahhh... kahkahkah...

Posted: 26 May 2012 05:05 AM PDT

"Haramjadah" Timpa Najib Lagi....

Kes 154 peneroka tandatangan hutang bank selesai

KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh.

"Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut," katanya.

Baru-baru ini peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli 'blue form' untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh.

Pada 16 Mei lalu 154 orang peneroka sekitar negeri Pahang telah memohon injunksi mahkamah dengan 'inter parte' bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada FGVHB kerana kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Harris berkata, borang dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham sedangkan kakitangan Felda memberitahu dokumen tersebut untuk mendapat durian runtuh.

"Tidak ada pegawai atau peguam bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan diteliti atau mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan.

"Tempoh masa yang diberikan singkat dan kena diisi depan pegawai Felda. Jadi proses yang seumpama itu menimbulkan banyak kemusykilan sehingga peneroka-peneroka terasa mereka tertipu...", jelasnya.

Difahamkan, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad dan berusia lanjut jadi sepatutnya mereka tidak diheret dengan hutang bank dan riba' yang tidak dinyatakan jumlahnya, apa cagarannya serta tempoh masa yang mereka kena bayar.

Dalam pada itu Harris mengatatakan durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8 baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan saham kerana FGVH belum disenarai di Bursa Malaysia.

Sementar itu turut hadir memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden ANAK Mazlan Aliman, Timbalannya Aris Faizul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong serta beberapa orang pimpinan PAS Kawasan aktivis peneroka. -HD


Kes Najib – Altantuya disiarkan dalam media HongKong

Najib boleh kawal media arus perdana di Malaysia. Tetapi Najib dan bien tak boleh kawal media arus perdana di negara lain. Menurut rakan yang memberikan informasi neh kepada aku, dia cakap ;

1. Berita neh tersiar semalam.

2. Dalam paper terbitan hong kong.

3. Ia menceritakan bahawa najib dipercayai individu yang berperanan sebagai perancangan utama / dalang kepada pembunuhan altantuya. Senang cakap najib di anggap sebagai SUSPECT.

4. Mahkamah perancis telah memanggil Najib untuk memberikan keterangan.

5. Altantuya dalam paper di atas digambarkan sebagai juru bahasa = tukang alih bahasa.

Aku taknak lah cakap apa2 dalam kes neh tunggu jek siasatan lanjut cuma nak bagitau je yang sekarang neh satu dunia kot dah mula melaporkan isu najib neh. Sebahagian besar rakyat malaysia pula masih ditipu oleh media arus perdana sendiri. Kesian. Teruskan diperbodohkan sebab korang memang bodoh pun. -amenoworld

Ulasan GB

Suka-suka nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri... terimalah akibatnya sendiri...

Akan ada lagi nanti berita "haramjadah" untuk Najib & UMNO. Kita sama-sama tunggu.

Laporan sebelum ini

Memang Umno tu bangang melantun-lantun... kahkahkah...

Posted: 26 May 2012 12:00 AM PDT

Mohon bangsa Umno tolong jangan tunjuk sangat bangang hampa yang melantun-lantun tue...
Kahkahkah....
Kahkahkah....

Laa... Depa semua tu PONDAN ka? Patut senaman lagu tuh, Kahkahkah...

Posted: 25 May 2012 09:00 PM PDT

Mereka yang bantah depan rumah Ambiga adalah 'pondan'.

Mengapa ganggu beliau dengan mengadakan bantahan, menjual burger dan melakukan senaman punggung. Kamu 'pondan', kata P Gunasekaran.

BAHAU: Seorang pemimpin DAP menggelar mereka yang mengadakan bantahan di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Dato' S Ambiga sebagai 'pondan' atau bacul.

Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran berkata demikian di hadapan lebih 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana anjuran DAP di sini malam tadi.

"Mereka membantah di hadapan rumah seorang wanita yang hanya memperjuangkan keadilan dan tuntutan pilihan raya yang bersih. Beliau seorang wanita dan kamu merupakan seorang lelaki.

"Mengapa ganggu beliau dengan mengadakan bantahan, menjual burger dan melakukan senaman punggung. Tidak malukah kamu melakukan sedemikian kepada seorang wanita. Kamu pondan!" kata Gunasekaran dengan lantang dan disambut dengan sorakan gamat orang ramai.

Gunasekaran yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang berkata jika sekiranya mereka tidak puas hati dengan Ambiga mereka mempunyai banyak saluran dan ruang termasuk memfailkan kes di mahkamah serta menyatakan pendirian mereka melalui media.

"Tindakan menunjukkan 'kehebatan' di hadapan kediaman seorang wanita berusia 55 tahun adalah satu tindakan yang rendah moralnya dan amat bacul," ulas Gunasekaran.

"Sapu Malaysia"

Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani pula membuatkan orang ramai ketawa besar apabila berkata bahawa slogan 1Malaysia sudah tidak boleh di pakai lagi.

"Pemimpin Umno sering menimbulkan isu untuk memecahkan perpaduan orang Melayu dengan masyarakat Cina dan India.

"Dengan orang Melayu pemimpin Umno berkata bahawa hak orang Melayu harus dipertahankan dan tidak boleh biarkan orang Cina dan India menuntut hak yang berlebihan.

"Walaubagaimanapun di hadapan orang Cina dan India mereka kata 1Malaysia. 1Malaysia sudah tidak ada lagi tetapi "Sapu Malaysia"!

"Dia sapu kiri, sapu kanan, sapu duit NFC, sapu duit Petronas, sapu duit rakyat. Inilah dia "Sapu Malaysia," ujar Mohd Taufek.

Mohd Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan menjadi 'hit" di kalangan hadirin yang sebahagian besarnya adalah masyarakat Cina apabila membangkitkan isu permohonan sekolah aliran Cina di Kuantan.

"Minggu lepas lebih 5,000 anggota masyarakat Cina berkumpul di Kuantan menuntut sebuah sekolah aliran Cina. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh meluluskannya.

"Kerajaan boleh meluluskan Lynas (pembinaan loji nadir bumi di Gebeng) tetapi sekolah Cina tidak boleh lulus. Benda yang ada risiko bahaya kepada manusia kamu luluskan tetapi soal pendidikan rakyat kamu tidak boleh luluskan.

"Umno ada otak ke tak?, tanya Mohd Taufek dan dewan terbuka sekali lagi menjadi gamat dengan sorakan orang ramai yang hadir.

Mohd Taufek turut menambah, "kalau kamu (kerajaan Barisan Nasional (BN)) tidak boleh luluskan pembinaan sekolah Cina serahkan kerajaan kepada Pakatan Rakyat.

"Kita (Pakatan Rakyat) boleh bagi kelulusan. Pakatan Rakyat memperjuangkan hak semua kaum dan menjamin pendidikan untuk semua kaum.

Najib serba salah

Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan John Fernandez pula memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak kini berada di dalam keadaan serba salah untuk membubarkan parlimen.

"Beliau menghadapi tekanan yang cukup hebat di dalam Umno sendiri. Terdapat empat kumpulan di dalam Umno iaitu kem Muhyiddin; bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Najib sendiri.

"Seandainya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, Umno-BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis atau gagal menang kerusi parlimen dengan majoriti dua per tiga, Najib akan disingkirkan oleh pemimpin Umno sendiri.

"Ini yang merungsingkan beliau dan masih tidak mahu membubarkan parlimen. Cuma saya ingin beritahu di sini bahawa bila pun Najib bubarkan parlimen dan PRU diadakan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mengambil alih Putrajaya," ulas John yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban.

Turut hadir dan menyampaikan ceramah ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook.

TERHOT: Video Terbaik Abad Ini... kahkahkah...

Posted: 25 May 2012 06:23 PM PDT

Alahaii...
Sedih pun ada, nak tergelak pun ada... kahkahkah...
Tinggi sungguh makam kepala hotak mangkuk hayun nih... kahkahkah...

Teriak dah macam ngan lembu rupanya... kahkahkah...
Contoh lembu nak jadi katak... kahkahkah...

Langsung tak dak belas kasihan pada diri sendiri... kahkahkah...
Pembohong terang-terang.... kahkahkah...

Ini lah buktinya bangsa UMNO tak boleh dipercayai... kahkahkah...

SIAL betoi Utusan Meloya nih... kahkahkah...

Posted: 25 May 2012 03:00 PM PDT

"Zulkifli Bidas Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM60,000 Kepada Khalid Samad

Kelab GB

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000.00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas Khalid Samad.


Antara lain artikel tersebut menulis:

'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

"Yang paling pelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya.'

Mahkamah memutuskan perkataan "Pak Janggut" di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma'ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut.

Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan. -HD

Hek elleeh... 92% ja ka? Kahkahkah...

Posted: 25 May 2012 12:00 PM PDT

92% rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum PRU

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai bangsa, kumpulan umur, jantina, pendapatan dan kawasan, dengan lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan, menjawab dengan positif.

Kira-kira separuh atau 48 peratus daripada kumpulan yang sama juga berkata mereka tidak yakin dengan daftar pemilih.

Malaysiakini

Tiada ulasan: