Sabtu, 26 Mei 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Ulasan dalam penat. Walk 4 R edisi pertama.

Posted: 26 May 2012 03:56 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Terima kasih kepada semua yang hadir. Untuk permulaan, projek newbie ini berjaya mengumpulkan hampir 100 orang. Tetapi mungkin jarak perjalanan 2.6km terlalu jauh untuk kumpulan kecil, maka yang berjaya menghabiskan lebih 5km pergi dan balik hanyalah sekitar 30 orang.

Paling respek MP Kota Bharu. Beliau diambang bersara. Turun kalau semata2 nak beli nama tak logik. Dengan kehadiran 100 orang, beliau tanpa rasa malu hadir. Hadir atas kapasiti anak Kelantan. Tidak kisah dengan syarat awal AJK Walk 4 R supaya tiada monopoli speaker oleh orang politik. Berjalan sehingga melepasi jarak 2km sebelum bergegas memenuhi program lain.

Terima kasih kepada rakan luar Kelantan yang hadir. Terima kasih kepada anak Kelantan sendiri. Terima kasih rakan UMNO Kelantan yang selesa hadir tanpa logo politik. Terima kasih semua termasuk MSK yang gua belajar cara2 setup melalui penulisannya.

Semoga kehadiran W4R yang akan datang lebih besar jumlahnya. Jumpa malam ini di Pantai Sri 7 bagi brainwash / muhasabah untuk mendapatkan kaizen. Tq aaa...

Detik sejarah. Di atas jambatan Sultan Yahya Petra. Pusingan sebelum U turn. Kehadiran masih dalam 100 orang.


Ini starting point. Ketika menunggu kehadiran. Beberapa polis usha keadaan. Tapi tiada provokasi dari mereka. 

Ini point U turn semula ke KB Mall. Atas jejantas Pasir pekan. Ketika ini peserta menyusut kerana pulang by kereta dan motor oleh rakan / keluarga.

MP Kota Bharu ketika diminta berucap 2 minit. Kenapa beliau hadir bersama-sama kami.

Bergerak memasuki laluan motorsikal jambatan. Kenderaan memberikan sokongan by horn.

Projek newbie yang menggegarkan warga Kota Bharu. 2000 pelekat R habis diedarkan kepada kenderaan.

Ini adalah waktu prestasi terbaik W4R. Peserta yang masih bersemangat. Kenderaan yang sporting.

Di starting point. Kehadiran warga Terengganu. Saudara Ropi. Ketika ditanya, Besut berjiwa Kelantan.


Semoga Allah permudahkan perjalanan rakan-rakan yang mula bertolak pulang ke luar Kelantan selepas Asar tadi. Amin. Tq banyak semua.

Tiada ulasan: