Khamis, 24 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


Maklumat terbaru bergambar, samseng AMNO baling batu majlis ceramah Anwar

Posted: 24 May 2012 09:06 AM PDT

Maklumat terbaru!

PANASSS..! Ceramah Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Pakatan Rakyat di Lembah Pantai, KL sebentar tadi dicemari dengan balingan batu dan telur oleh penyangak-penyangak upahan UMNO. Balingan batu dilempar seorang pemuda berbaju merah, terkena kepala seorang pak cik dan berdarah, pak cik terus dibawa ke klinik berdekatan.

Samseng samseng!

HOT: Pasai budak ni la Najib kena tidoq luaq... kahkahkah...

Posted: 24 May 2012 08:00 AM PDT


Ini dia orang yang buat UMNO tidak dapat tidur lena semalam.

Sejarah & Biodata Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) yang berdebat bersama Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno).

Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison's Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison's Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

Ketua Eksekutif

Dia juga salah seorang Bekas Presiden Pelajar Sedunia sewaktu di UK yang telah membatalkan Rancangan Tony Blair untuk mengenakan Yuran belajar sebanyak USD 1k setahun untuk setiap pelajar. Beliau amat dihormati di UK.- FB


JOM tengok pasai apa Umno jadi serba salah... kahkahkah...

Posted: 24 May 2012 04:47 AM PDT

Kita tengoklah berbagai-bagai bentuk skim kewangan diwujudkan kerajaan BN baru-baru ini yang bertujuan untuk menggembirakan rakyat jelata. Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM500 seorang, skim bantuan tunai segera RM100 seorang untuk semua pelajar dari tahun satu hinggalah ke tingkatan lima.

Selain daripada itu, baucar buku yang bernilai RM200 turut disalurkan kepada setiap penuntut universiti, matrikulasi dan para pelajar tingkatan enam tanpa sebarang syarat. Dan pada awal tahun ini juga, skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) turut ditawarkan kepada setiap isirumah dengan janji pulangan tetap sebanyak RM50 sebulan.

Untuk mengagihkan sejumlah besar wang ringgit ini kepada rakyat jelata, kerajaan BN telah melantik beberapa buah bank-bank utama di negara ini untuk berbuat demikian. Apa yang rakyat perlu adalah pergi ke bank yang terdekat untuk menunaikan wang tersebut setelah mengemukakan baucar ataupun surat pembayaran mereka kepada kaunter bank tersebut.

Adalah dianggarkan sebanyak RM100 juta telah diagihkan melalui bank-bank yang dilantik itu. Dari manakah jumlah sebanyak RM100 juta itu datang? Sudah tentunya asalnya wang tersebut adalah daripada kalangan rakyat jelata yang telah sekian lama membayar cukai pada setiap tahun.

Persoalannya adalah apabila wang tersebut dihabiskan secara spontan untuk rakyat jelata, bagaimanakah kerajaan BN ini dapat menabung semula dengan begitu cepat sekali? Adakah Bank Negara telah diarah untuk mencetak lebih banyak wang bagi mengisi semua perbendaharaan negara? Ada kemungkinan juga? Atau mungkinkah kerajaan BN ini akan menggadaikan aset-aset negara bagi mendapatkan pinjaman dari negara-negara kaya.

Jawapan yang tepat adalah sukar didapati melainkan satu....

TUMBANGKAN UMNO - BARISAN NASIONAL dari tampuk pemerintahan negara...

Mampuih la Pakatan kali nie, Bangla dah pandai nyanyi... kahkahkah...

Posted: 24 May 2012 12:00 AM PDT


Anggota 'task force' pengundi warga asing didedah


KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.

PERGH!! Skandal seks menteri UMNO lagi syok baca... kahkahkah...

Posted: 23 May 2012 09:53 PM PDT

Skandal seks Zahida–Shafie: "Pemandu bohong!" RM 1 juta deposit sekaligus!

Sebuah skandal seks melibatkan pelakon gebu Zahida Rafik dengan seorang menteri cabinet sedang hangat diperkatakan dan Zahida telah menyelar bekas pemandunya dan menuduh lelaki itu berbohong.

Zahida yang berusia 28 tahun berasa marah terhadap bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mendedahkan hubungan sulitnya dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

"Saya mahu tahu apa lagi yang akan dia bohongkan. Sudah tentulah semua ini tak benar. Saya tak dapat nak cakap apa lagi, jadi biarlah peguam saya yang uruskan. Kita tunggu dan lihat," Zahida dilaporkan memberitahu The Star, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan.

Hanya beberapa minggu yang lalu, Zahida memanggil Noor Azman yang berusia 38 tahun seorang pencuri dan melaporkan kepada pihak polis bahawa lelaki itu telah melarikan RM200, 000 wangnya.

Ini telah menyebabkan pemandu itu melaporkan Zahida kepada pihak polis bahawa beliau sebenarnya ditugaskan Shafie untuk memerhatikan pergerakkan Zahida dan membawa wanita itu ke hotel-hotel ternama untuk melakukan hubungan intim mereka.

RM 1 juta dimasukkan sekaligus!


Shafie adalah seorang Naib presiden Umno dan beragama Islam; sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak maka tidak hairanlah cerita ini menjadi sesuatu yang sensasi. Rakyat bukan sahaja terkejut dengan tuduhan zina tetapi juga terkejut bagaimana Shafie mampu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk perempuan simpanannya itu.

Dalam sidang media pada hari Khamis lepas, Noor Azman mendedahkan bahawa pernah mengarahkan dia untuk memasukkan RM1 juta

untuk Zahida dalam bentuk tunai- semuanya sekaligus! Menurut Noor Azman yang meletak jawatan pada 29 Februari, Zahida tidak pernah mendapat kurang daripada RM 100,000.

Gangguan dan siasatan berat sebelah


Noor Azman juga mendakwa diganggu polis yang berat sebelah. Semenjak skandal itu tersebar, Noor Azman juga diganggu di rumahnya. Peguam beliau, Latheefa Koya mendedahkan bahawa pihak polis ada bertanya jika Noor Azman mahu menukar peguamnya apabila mereka member tekanan kepadanya setelah membuat laporan. "Pihak cawangan khas yang menyiasat

Azman juga bertanya jika motif beliau adalah untuk menamatkan karjaya politik Shafie dengan mendedahkan hubungan sulitnya," Beritahu Latheefa kepada sidang media. Dalam laporan polisnya, Noor Azman telah menyatakan bahawa dia ditugaskan mendepositkan wang tunai untuk Zahida yang mencecah RM 1.5 juta dalam jangkamasa 4 bulan. Dia merupakan anak buah kepada seorang penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan.

Sebuah banglo juga? Mengapa SPRM membisu?


Selain daripada pemberian wang yang berjumlah besar, laporan ada menyebut mengenai banglo mewah bernilai RM 3 juta di Ampang yang dipercayai dibeli oleh Shafie untuk Zahida. Rumah itu dipercayai dinamakan atas salah seorang ahli keluarga Zahida.

Sementara itu, terdapat desakan terhadap SPRM untuk menyiasat bagaimana Shafie boleh mampu mengadakan hidup yang begitu mewah. Shafie dan Zahida juga telah mengugut Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang yang membongkar skandal tersebut.

"Kita mahu tahu dari mana datangnya wang itu," ujar Zuraida yang juga hadir dalam sidang media tersebut.

Beliau juga menyebut bahawa seks hanyalah sebahagian kecil dalam skandal itu dan bukanlah isu sebenar iaitu rasuah. Sementara itu, spekulasi bertiup kencang bahawa Shafie telah mengahwini Zahida secara rahsia.

Walaubagaimanapun, pelakon itu tetap tegas mengatakan bahawa dia tidak mengenali Shafie apatahlagi menerima wang daripada menteri itu. Shafie juga telah menepis dakwaan itu.

Malaysia Chronicle

Rafizi Bijak, Khairy Berani, Najib Penakut... kahkahkah...

Posted: 23 May 2012 06:00 PM PDT

[Video] Debat PTPTN - Kemantapan Hujjah Rafizi Berjaya Patahkan Dakwaan Khairy

Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

"Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.

"Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional," katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT, beliau membidas hujah Khairy dengan berkata, sebenarnya kos pembinaan sesebuah IPT tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan 'atas angin'




**************************************

KJ: Pakatan tabur janji kerana tak yakin jana ekonomi

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.

"Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di sini, sebentar tadi.

Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan yuran pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang.

Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang.

Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000.

Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu.

"Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran.

"BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi.




**************************************


Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma

SHAH ALAM - Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.

"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.

"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa.

"Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti,"katanya.

Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera.



**************************************


Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'

"Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

"Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar."

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.-SH






Sumber: GB

TERHOT: Hampa ingat malaon ni tak laku ker? Kahkahkah...

Posted: 23 May 2012 03:00 PM PDT

BEKAS KETUA POLIS NEGARA BANYAK PENGALAMAN

MEMPERKASA PARTI POLITIK

NOTA:
bijak membawa tilam
adalah tanda tanda
kehebatan dalam berpolitik

jangan sia siakan kehebatan
membawa tilam ini
terutama tilam basah oleh air saifool


************************************

SAYA PERNAH DIAJAK SERTAI PEMBANGKANG - meloya

KUALA LUMPUR 22 Mei - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan mendedahkan, beliau pernah dipelawa untuk menyertai sebuah parti politik pembangkang ketika masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Musa yang bersara pada 12 September 2010 berkata, pelawaan itu datang daripada presiden parti tersebut ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Negara.

"Bagaimanapun, saya menolak pelawaan itu kerana dalam pasukan polis, kami tidak diajar untuk mencampuri urusan politik dan hal-hal lain dengan tugas.

"Sehingga sekarang, saya masih mengekalkan prinsip sama iaitu tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik kerana ia membuatkan saya lebih bebas untuk bersuara," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... INI CUKUP HEBAT.... kah kah kah...

kah kah kah...HANG INGAT MALAON INI TAK LAKU KE?.... kah kah kah...

kah kah kah...JANGAN SILAP BACA.... kah kah kah..

kah kah kah... JEMPUTAN UNTUK MASUK PARTI TELAH ADA.... kah kah kah...

kah kah kah... DARI CARA CAKAP INI DAPAT TAHU PARTI MANA YG JEMPUT.... kah kah kah..

kah kah kah.... INI MESTI JEMPUTAN PARTI PAS.... kah kah kah...

woit... PARTI AMOI & SAMSENG .... kah kah kah


NOTA:
kenapa parti genting sebukit
tak jemput malaon ini?
kah kah kah

Brader TT

SEBARAN: Franck Ribery Seorang Muslim...

Posted: 23 May 2012 12:00 PM PDT

Dia dikenali sebagai seorang yang santun, rendah hati, dan rajin melaksanakan solat lima waktu, tidak kira di mana pun dan pada keadaan apa sekalipun.

Peminat bola sepak dunia, tentu sudah tak asing lagi dengan nama Franck Ribery, (nama islamnya Franck Bilal Ribery) yang kini bermain di kelab raksasa Bundesliga (Jerman), Bayern Munchen.

Tiada ulasan: