Addin |
- Pemimpin Umno Serang Astro Kerana Siarkan Cabaran Debat Ke Atas Najib Secara Langsung
- Berita Panas Nih Confirm Tak Di Siarkan Di Media Pencacai
- Artis Bidas Menteri Umno "Mesti Ikut Macam Lembu Saja?"
- (Gambar) Rupa-Rupanya Macam Nih Rais Yatim Kira Peserta Bersih 3.0
Pemimpin Umno Serang Astro Kerana Siarkan Cabaran Debat Ke Atas Najib Secara Langsung Posted: 24 May 2012 09:19 AM PDT KUALA LUMPUR - Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera. Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara. Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja. Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat. Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat. Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik. Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam. Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung. ~sinarharian |
Berita Panas Nih Confirm Tak Di Siarkan Di Media Pencacai Posted: 24 May 2012 12:21 AM PDT Di Malaysia, Najib masih boleh mengawal dan mengarahkan media-media cetak supaya menggelapkan kes rasuah Kapal Selam atau masa depan media-media tersebut digelapkan oleh pentadbiran Najib. Tetapi kuasa Najib tersebut hanya terhad di dalam Malaysia sahaja.. untuk negara lainarahan Najib tak laku, kecuali arahan disertakan dengan USD.. macam kes BBC hari tu.. Semalam, sebuah akhbar yang diterbitkan di Hong Kong telah menyiarkan kes atau scandal yang melibatkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia ini. Menurut apa yang dilapornya, Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya. Dan telah dilaporkan juga bahawa Mahkamah Perancis telah memanggil Najib untuk memberikan keterangan di mahkamah Perancis yang sedang menyiasat kes rasuah ini. Altantuya telah digambarkan sebagai juru bahasa yang menjadi orang tengah dalam kes rasuah pembelian kapal selam yang melibat RM500Juta dana rakyat Malaysia. Sekarang.. sudah banyak media-media asing yang melaporkan kes Najib dan Altantuya ini.. kalau berita tentang Anwar yang tidak benar dilaporkan oleh media asing, maka riuh rendahlah pencacai UMNO menyarankan agar Anwar mengenakan tindakan saman terhadap pernerbitan itu.. Kenapa tidak disarankan kepada Najib supaya saman penerbitan-penerbitan yang menyiarkan kisah Najib dan Altantuya ini?.. suruhlah Najib saman.. Ketika banyak negara mula melaporkan kisah Najib dan Altantuya ini.. ada rakyat Malaysia sendiri pula masih tidak percaya akan adanya kisah ini kerana mereka telah menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO. Bodoh kerana menjadi mangsa pembodohan pemimpin yang mahu rakyatnya bodoh supaya mudah untuk terus diperbodohkan.. HIDUP MELAYU!!! kah..kah..kah.. ada mata, buka.. ada otak fikir dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO.. ~amenoworld |
Artis Bidas Menteri Umno "Mesti Ikut Macam Lembu Saja?" Posted: 23 May 2012 07:00 PM PDT Para artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu. Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu. Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka. Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS. "saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" ~hairie othman
|
(Gambar) Rupa-Rupanya Macam Nih Rais Yatim Kira Peserta Bersih 3.0 Posted: 23 May 2012 06:02 PM PDT Mungkin ini caranya Rais Yatim mengira peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Kononnya, beliau telah mengira dengan guna kaedah blok fotografi dan resultnya peserta Bersih 3.0, 22,270 orang. Yang pelik.. masih ada lagi pak menteri United Malays National Organisation (Umno) berfikiran macam nih. Oit!! janganlah cuba merendah-rendahkan fikiran rakyat Malaysia ler. Jikalau tak puas hati, pergi ke pentas debat ler.. ada berani? Mengapa United Malays National Organisation (Umno) terlalu beria-ria dan tercabar selepas perhimpuanan Bersih 3.0. Lumrah manusia, jika rasa tidak tercabar mereka tidak akan peduli.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan