Rabu, 23 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


Hampa agak Najib berani ka buat lagu nie? Kahkahkah...

Posted: 23 May 2012 09:27 AM PDT

Beranikah Najib letak pisau di leher Rosmah?

Pada hemat saya tidak mungkin Imigresen negara ini akan mengeluarkan visa kerja untuk mana-mana peguam yang mewakili Suaram untuk datang ke negara ini bagi menjelaskan perkembangan saman berhubung pembelian kapal selam dikatakan membabitkan pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang melibatkan perbelanjaan RM7.3 billion pada tahun 2002.

Suaram telah menyaman firma pertahanan DCNS di Perancis atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam yang ada unsur rasuah sebanyak RM540 juta.

Peguam yang mewakili Suaram dari badan guaman Sherpa di Paris yang berkhidmat tanpa bayaran bercadang untuk datang ke negara ini seminggu dua lagi bagi menjelaskan kedudukan dan perkembangan isu itu kepada Suaram, demikian menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.

Mahkamah Perancis telah menerima senarai saksi untuk disoal oleh peguam berkenaan berhubung kes rasuah itu. Mereka termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Zahid nampaknya sudah menggunakan berbagai helah untuk menenangkan dirinya kerana takut dipanggil ke Perancis. Antara lain katanya kerajaan Perancis tidak berhak untuk memanggilnya ke sana.

Keyakinan ini berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, peguam Bourdon yang pernah datang ke negara ini dan berucap di satu majlis makan malam di Pulau Pinang telah dihalau keluar kerana dianggap melakukan perbuatan menyalahi syarat-syarat lawatan ke negara ini. Penghalauan peguam Suaram itu menandakan kerajaan takut dengan apa yang sedang berlaku.

Makanya saya tidak fikir kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak akan berani memberi visa kerja kepada mereka kerana apa yang akan dilakukan nanti sedikit sebanyak ada kaitan dengan perdana menteri itu. Membenarkan peguam itu masuk ke negara ini dan menjelaskan isu itu ia seolah-olah Najib meletakkan pisau di tengkuk Rosmah.

Bagaimana pun tindakan tidak telus kerajaan dan cuba menghalang peguam itu menunjukkan pihak kerajaan termasuk Najib sendiri ada akses di dalam dakwaan berkenaan?

TERKINI: Sesi bergelak-tawa ngan Menteri Amno... kahkahkah...

Posted: 23 May 2012 08:10 AM PDT

Mari mengira bersama DS Rais Yatim... kahkahkah....

BERGAMBAR: Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah...

Posted: 23 May 2012 04:58 AM PDT

Ostad Azhar Idrus...

Oleh: paklongdin
Salam semua...
Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Azhar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergunakan kelebihan yang Tuhan bagi kat dia, ikut jalan yang dia percaya untuk menegakkan Islam ngan cara dia...

Tak dinafikan la, kalau tengok ke gambaq yang Pak Long ambik kat sini, sampai ada yang kata anggarannya lebihkurang 30,000 orang yang mai dengaq kuliah ostad mesra audien nih... tahniah...

Ca tengok, lautan manusia sanggup berembun memenuhi Dataran Perwaja Gurun Sabtu malam lepaih...

Yang mai tercongok ni semua pakai duit sendiri... tak dak sapa-sapa yang gatai nak sogok ngan duit ringgit dan nasik bungkuih punya. Memasing yang mai insyaallah... tentu dah pasang niat semuanya kerana Allah s.w.t...

Tu la pasai kot sampai ada yang gerun tak ketahuan hala kat dia... ishh... ishh...

Parking yang penuh sesak...

Dengaq kata yang parking sampai 3 km panjang dan sanggup berjalan kaki ketempat ceramah...

Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan syabas gak la pada pihak penganjur yang berusaha memberi ruang, sekurang-kurangnya sedikit usaha untuk menegakkan Islam dibumi tercinta nih....

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

NAJIB terkancing gigi: Kemelut UMNO terbongkar lagi...

Posted: 23 May 2012 12:27 AM PDT

Bersih tangguh Najib umum PRU ke-13, kemelut Umno terbongkar

Stadium Nasional Bukit Jalil telah dibina pada tahun 1998 sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel. Ia dibina khas untuk menampung 100,00 orang dengan menempatkan 87,411 duduk dan 20,000 berdiri. Terletak di bahagian selatan Kuala Lumpur, stadium pelbagai guna ini telah menjadi tempat pelbagai acara dan UMNO telah memilihnya sebagai tempat dimana mereka akan meraikan ulangtahun ke 66 yang berlangsung selama 13 hari.

Digelar sebagai malam 1 juta Melayu, perhimpunan gergasi UMNO ini akan berlangsung pada pukul 7 malam pada hari Jumaat, 11 May 2012. Persiapan akhir masih ditambah untuk mentransformasikan suasana stadium agar bersesuaian dengan parti yang meriah bakal diadakan.

14 khemah besar telah dinaikkan dan sebahagian kecil boleh disewa oleh peniaga dengan harga RM3000 dan mereka yang mempunyai produk dan barangan untuk ditawarkan telah pun berebut-rebut untuk mendapatkan tempat.

Namun, untuk menyertai perayaan UMNO ini percuma sahaja bukan seperti yang didakwa oleh orang-orang UMNO yang masih kurang percaya- RM300 seorang. Jika ini benar, UMNO akan mendapati tiada siapa yang akan datang, ini akan memalukan mereka sendiri.

Acara di Bukit Jalil ini akan berlangsung selama 3 hari dengan 40 aktiviti yang bakal diadakan seperti permainan, persembahan muzik, ekspo pekerjaan, pameran seni dan kraftangan, peragaan fesyen, silat, photografi, forum dan program bual bicara secara langsung yang diadakan diluar dan dalam stadium itu sendiri.

Acara gilang gemilang dikurangkan selepas BERSIH 3.0


Perdana menteri Najib Razak yang juga presiden UMNO sangat teruja untuk meraikan ulangtahun ini seperti acara karnival supaya dapat menarik ramai orang Melayu untuk menang persepsi populariti untuk mengalahkan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April. Bersih yang diadakan untuk menggesa piliharaya yang bebas dan adil telah menarik 250,000 orang rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Ini menjadikan harapan Najib untuk kekal dikerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum yang akan datang sedikit tercalar.

Namun, kenapa UMNO begitu cepat untuk mewar-warkan keahlian seramai 3 juta orang, dan senyap tentang ulangtahun ke 66 nya? Dua faktor menjadi kemungkinan.

Pertama sekali, Bersih 3.0 telah menghancurkan harapan UMNO, walaupun Najib enggan mengakui begitu ramai yang telah menyertai bersih dan menuntut kerajaan membersihkan pilihanraya supaya ia tidak menyebelahinya untuk berkuasa selama 5 tahun lagi.

Dua, Najib telah merancang untuk menjadikan acara malam ini sebagai kemuncak bagi ahli UMNO dan mengumumkan pembubaran parlimen yang akhirnya akan memberi laluan untuk PRU ke 13 yang dinanti-nantikan.

Sekarang, Najib kurang pasti. Dia mungkin tidak akan mengumumkan pembubaran parlimen pada malam ini. Tidak apabila pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat sedang mendapat sokongan. Tidak apabila sudah jelas bahawa majoriti senyap yang Najib harapkan untuk memenangi PRU ke-13 telah bersuara pada perhimpunan BERSIH. Jelas dan nyata, mereka mendesak Najib dan BN bahawa mereka mahukan perubahan sebenar dan ia harus bermula dengan pilihanraya yang bersih- yang mana Najib tidak akan mampu lakukan kerana takut akan kehilangan kerajaan kepada Pakatan Rakyat.

Sememangnya, jumlah manusia yang hadir di Bukit Jalil pada malam ini dan kesudahan bagi karnival tidak akan menyamai kejayaan yang dimahukan Najib, walaupun ini akan diwar-warkan oleh media arus perdana yang dikawal kerajaan. Hakikatnya, tanpa wang dan semua perbelanjaan dibayar UMNO, tidak ramai ahli akan datang.

Cuaca juga tidak menyebelahi Najib. Hujan mungkin akan turun pada sebelah petang, dan setakat ini tiada laporan bahawa bomoh hujan UMNO dibawa untuk menghalang hujan untuk turun.

Becuti lagi


Walau bagaimanapun, dengan kemeriahan yang berlangsung, ahli UMNO dan rakyat jelata akan memerhatikan Najib dan menunggu pengumumannya tentang PRU ke-13. Ada bookie yang telahpun menerima wang pertaruhan untuk pengumuman itu. Nampaknya, tidak!

Berdasarkan senario politik pasca Bersih 3.0 dan penerimaan yang kurang bagi acara yang telah dirancang orang-orang Najib, termasuk lawatannya ke beberapa buah negeri, jelas bahawa Najib tidak sepopular seperti apa yang dikisahkan oleh media arus perdana. Realitinya, kehadiran amat mengecewakan, walaupun media arus perdana telah mengembar-gemburkan acara ini.

Apa yang akan berlaku pada hujung minggu ini bermula mala mini sehinggalah penutupannya pada hari Ahad? Sebenarnya, tidaklah banyak! Bukan sahaja Najib akan buat pusingan U daripada mengumumkan pilihanraya ke 13, dia sendiri tidak akan hadir untuk upacara penutup.

Ya, seperti yang sering dilakukannya, apabila keadaan menjadi semakin tertekan, Najib- presiden UMNO akan pergi bercuti selama seminggu, membiarkan timbalannya Muhyiddin Yasin untuk membersihkan kekotoran, secara literal dan metafora.

Cabaran terbuka untuk menentang Najib dalam UMNO


Khabar angin terbaru yang disebarkan oleh penyokong Najib adalah dia akan mengumumkan PRU ke-13 apabila sekembalinya dia nanti. PRU ke-13, seperti yang dibayangkan oleh penyokongnya akan berlaku pada bulan Mei atau Jun, hanya akan diadakan pada bulan Julai.

Tetapi, apabila tarikh itu muncul, ada pemerhati berkata bahawa Najib pasti akan mencari alasan lain untuk menangguhkannya. Yang lain berkata Najib tidak mempunyai peluang lain selain mengadakannya pada bulan Julai, paling lambat.

"Bagi Pakatan, kita berpegang pada pendapat bahawa PRU akan diadakan pada bulan Jun. Pelan besar Najib untuk mengumumkannya malam ini dalam acara yang gilang gemilang mungkin telah dibatalkan oleh Bersih 3.0, namun, PRU pada akhir Jun atau Julai berkemungkinan juga," kata ahli PKR, MP Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

" Bagi Najib, saya tidak fikir dia mempunyai pilihan lain. Jika dia menangguh lebih dari bulan Julai, kemelut dalaman UMNO akan terbongkar diluar. Ia bukan menjadi rahsia lagi bahawa semua menteri besar tidak gemar akan kepimpinan Najib dan mereka mahu dia berundur terutama sekali jika dia memilih untuk mengadakan pemilihan parti UMNO sebelum PRU. Penagguhan juga akan menguatkan ahli-ahli liberal yang tidak menyebelahi Najib mahupun Mahathir. Menarik juga apabila kita perhatikan bagaimana mereka ini semakin mendapat tempat setelah beberapa kemelut yang berlaku didalam UMNO.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: