AdukaTaruna |
- 26 Mei. Hari anak Klate bangun melawan.
- Video Melayu Hutan mengganas guna nama Islam.
- Ramalan debat Khairy - Azhar Idrus, Khairy - Tantawi
- Ulasan debat Khairy vs Pemuda PAS
26 Mei. Hari anak Klate bangun melawan. Posted: 23 May 2012 05:14 AM PDT Sebelum dipertikaikan status gua, gua terpaksa tepek gambar anak Klate gua ni. Ngaa.. So, tajuk N3 selari dengan gua. Anak Klate. Bapak jer bukan. Bagaimanapun, memember gua dari luar ramai turun bagi sokongan kepada memember Klate. Memang best siot ada memember macam nih. Gua dah jadi peserta BERSIH 1.0. Masa tu sikit jer berbanding BERSIH 3.0. Skang peluang lu orang plak. Jadilah sebahagian dari sejarah pertama demo jalanan di Kelantan. Walk 4 R #1. |
Video Melayu Hutan mengganas guna nama Islam. Posted: 23 May 2012 02:51 AM PDT |
Ramalan debat Khairy - Azhar Idrus, Khairy - Tantawi Posted: 22 May 2012 08:18 PM PDT [1] Khairy : PTPTN diwujudkan untuk membantu pelajar menempatkan diri di IPT. UAI : PTPTN riba. Riba hukumnya haram. Khairy : Jika begitu, sila berikan cadangan penyelesaiannya. UAI : Mung nak lawang Allah ko? Ambil tali, ikat kat tekok. Kafir laknat mung. [2] Khairy : PTPTN diwujudkan untuk membantu pelajar menempatkan diri di IPT. "Laillah!" (Khairy melatah sebab pen terjatuh) Tantawi : Boleh jatuh akidah kalau sebut 'tiada tuhan." Khairy : Yer.. yer.. saya minta maaf. Kita kembali debat PTPTN Tantawi : Hal akidah bukan soal minta maaf pada manusia. Ini kena bertaubat. |
Ulasan debat Khairy vs Pemuda PAS Posted: 22 May 2012 06:05 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Opss.. silap. Intelek Pemuda PAS hanya muncul bila artis tersilap baca skrip. Atau artis membaca skrip yang meragukan. Bukan pemuda PAS. Tapi Rafizi. Gua takmo fokus bab point debat. Semua boleh menilai. Dan gua sendiri pun ada dasar cadangan untuk pendidikan. Tapi belum dizahirkan lah. Cuma nak citer bab Khairy nih. Ramai kata beliau bijak. Termasuk member gua sendiri. Si Topeng. Kalau bijak berpolitik, maybe. Maybe sahaja. Tapi kalau bijak dalam memikirkan dasar negara, gua fakap sahaja. Pada gua, Khairy sedia berubah apabila dirinya terpulau. Dalam keadaan lanskap politik selepas PRU12, beliau terpaksa mengapungkan dirinya dari tenggelam. Gua percaya inilah pembolehubah Khairy sebenar. Khairy sanggup hilang berbulan lamanya bagi memasuki askar Wataniah. Khairy berjaya dapat sayap terjun payung. Khairy tampil dalam debat isu-isu terpilih. Yang dia pilih sendiri. Banyak cabaran debat yang dia takut. Khairy tampil berdemo ketika BERSIH 2.0 juga berdemo. Semua ini usaha Khairy mengapungkan dirinya. Bukan kerana beliau bijak dalam menentukan dasar negara. Debat malam tadi membuktikan intelek Khairy. Biasa2 sahaja. Bukan soal point. Point dilontarkan berdasarkan dasar parti sendiri. Gua sendiri ada point tersendiri. Rafizi ada. Sosialis ada. Kapitalis ada. Soalnya, yang mana paling rakyat terima sahaja. Tetapi, apabila diberi peluang mengajukan soalan kepada lawan, Khairy pilih soalan negeri PR yang tak lakukan pendidikan percuma. Pemilihan soalan tersebut menunjukkan Khairy bodoh sebenarnya. Bukan genius macam yang Topeng dakwa. Itu soalan bunuh diri. Itu soalan makcik Felda. Bercakap soal Rafizi pula, gua ucapkan tahniah kepada Rafizi dalam kemampuan mencadangkan dasar. Tapi gua tetap tolak dia sebagai pimpinan. Kerana Rafizi sifar aktivis. Dia pemimpin dalam pejabat dan aircond. Manusia jenis ini, apabila lanskap politik tidak memerlukan apungan diri, maka mudah dia berubah kepada elitis bangsat. Memang tak semua pemimpin berjiwa aktivis. Tapi at least jangan la sifar. 10% berjiwa aktivis sudah cukup pada gua, untuk lanskap politik semasa ini. Yang turun padang, yang menyertai rakyat dalam gerakan, etc. Apa pun, tahniah kepada semua. Termasuk Khairy yang terpaksa mengapungkan diri melalui kaedah debat isu terpilih. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan