shalehudin |
- TOK GURU mana yang kata wajib sokong UMNO nih... kahkahkah...
- HOT: Najib dah kena main ngan bebudak Anwar... kahkahkah...
- Saksi depan mata kereta Polis langgar peserta Bersih
- Besarnya kemaluan Umno baru... kahkahkah...
- Perkasa syok gila tengok Najib dah macam depa... kahkahkah...
- Gambar-gambar dimajlis ARTIS serah borang Pas
- Haram Jadah mana yang nak kena saman pulak nih... kahkahkah...
- NGERI: Lintah masuk dubur...
TOK GURU mana yang kata wajib sokong UMNO nih... kahkahkah... Posted: 14 May 2012 10:00 AM PDT |
HOT: Najib dah kena main ngan bebudak Anwar... kahkahkah... Posted: 14 May 2012 09:02 AM PDT Wang Ditabur, Tak Sampai 50 Ribu Yang Hadir… Dengan bas percuma diberi… duit belanja dijanji beri… T-shirt di beri pakai… masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang… perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil. Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini… Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium. Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli. Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis… Semasa ketibaan presiden Umno, Najib dan Rosmah pun masih terlalu banyak kerusi-kerusi kosong yang jelas kelihatan di latar belakang, walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 orang. (rujuk wikipedia) Blogger-blogger Umno dengan malu-malu kucing terpaksa menyiarkan juga gambar dan cerita yang hanya menyedapkan hati mereka sendiri… kononnya yang hadir lebih 100 ribu orang…apabila dicampur kerusi berwarna merah… kih kih kih… Banyak kerusi kosong Alahai Lokman… Exco pemuda sambut Najib pegang bendera dengan berlatarbelakangkan kerusi-kerusi kosong… hmmmmmmmmm |
Saksi depan mata kereta Polis langgar peserta Bersih Posted: 14 May 2012 05:32 AM PDT Pengalaman wartawan saksi keganasan polis Oleh ZULAIKHA ZULKIFLI Wartawan Malaysiakini PADA waktu itu, penulis melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman. Penulis melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di te ngah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ. Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak- Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengahtengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka. Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menye babkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut. Penulis nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo. Individu yang penulis lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu. Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, penulis tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian. Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut. Penulis turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka. Penulis juga men dengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu. Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut. Penulis kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup. Tidak berapa lama kemudian, penulis berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik. |
Besarnya kemaluan Umno baru... kahkahkah... Posted: 14 May 2012 12:00 AM PDT Alangkah besarnya kemaluan UMNO/APCO Baru!! Oleh: ruhan "Salah satu daripada ciri-ciri utama UMNO/APCO Baru ialah menipu. Organisasi itu haram disebut UMNO kalau tidak menipu. Mengapa mereka menipu? Mereka ialah gerombolan Umat Melayu No Otak (UMNO). Kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil ialah 100,000 orang. UMNO/APCO Baru kata lebih daripada 100,000 orang yang hadir. Terang-terang mereka sudah menipu. Kalau kita lihat gambar-gambar yang dimuatturunkan dalam pelbagai blog, termasuk blog proUMNO sendiri, kita akan dapati terdapat terlalu banyak bahagian yang kosong. Oleh sebab itu, amat tidak masuk akal kalau UMNO/APCO Baru kata lebih daripada 100,000 ahlinya hadir dalam perhimpunan itu. Amat besar kemaluan para pemimpin UMNO/APCO Baru apabila mereka telah mewarwarkan program ini berhari-hari dan berminggu-minggu di pelbagai media tetapi yang hadir setelah diangkut tak sampai pun 80,000 orang. Ini menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO/APCO sendiri telah menjauhkan diri daripada pemimpin mereka. Sikap memprotes secara senyap inilah yang akan mendatang bahaya kepada UMNO/APCO Baru dalam PRU Ke-13 nanti. Tidak mengapalah kerana kewujudan fenomena itu akan menguntungkan Pakatan Rakyat. Jika benar 100,000 kehadiran sekalipun, tidaklah sebesar mana kehebatannya. Yang hadir hanyalah Melayu bodoh yang busuk hingga ke usus seperti yang dikatakan oleh Dr. Mahathir. Jumlah (Melayu yang telah dikembirikan, disihirkan, dan dinasiktangaskan oleh UMNO/APCO Baru) itu hanya satu pertiga daripada jumlah 300,000 kehadiran BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu. Harus diingat bahawa jumlah sebesar 300,000 itu bukan sahaja terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan lain-lain malahan juga terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, tua muda, lelaki perempuan, golongan profesional, golongan pertengahan, dan kaum marhaen. Ini melambangkan perpaduan tulen rakyat Malaysia, bukannya perkauman sempit dalam UMNO/APCO Baru. Para pemimpin UMNO/APCO Baru semakin tertekan dan kecewa melihat statistik kehadiran itu. 100,000 daripada 3 juta ahli UMNO/APCO Baru seperti yang mereka dakwa hanyalah lebih sedikit daripada 2% . Perhimpunan tersebut ternyata gagal mencapai matlamat seperti yang digembar-gemburkan oleh Najib. Cakap besarnya yang berdegar-degar kosong belaka. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik. Seperkara lagi yang melucukan ialah parti perkauman bercorak kebangsaan yang berpegang kepada sekularisme ini menyanjung tinggi sesuatu yang sudah mati. Mereka ambil umur benda yang sudah mati sebagai usia mereka. UMNO LAMA sudah diharamkan oleh Mahkamah Agong Malaysia pada 4 Februari 1988 (sama hari dan bulan kelahiranku). UMNO Baru hanya didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Februari 1988. Jika mereka masih berdegil untuk mengatakan umur mereka 66 tahun, maka mereka sebenarnya telah menyertai dan mengiktiraf pertubuhan yang telah diharamkan. Apakah kriteria yang dipakai untuk membolehkan pertubuhan haram ini berhimpun di Bukit Jalil? Mengapa mereka diberi layanan istimewa sedangkan perhimpunan BERSIH 3.0 difatwakan haram? Undang-undang Malaysia telah dijungkirbalikkan oleh UMNO/APCO Baru. Jika anda meneliti ucapan Presiden UMNO/APCO Baru (yang telah mengharamjadahkan peneroka FELDA tak sehaluan dengannya) dalam perhimpunan itu, nyatalah bahawa pendokong parti ini tidak habis-habis mengungkit segala yang mereka telah laksanakan sambil menyifatkannya sebagai jasa yang ditabur. Sehubungan itu, mereka mau rakyat kenang jasa dan terus menyokong mereka. Pada hakikatnya, rakyat pada era 60-an dan 70-an sahaja yang dapat diperbodohkan dengan dakwaan itu. Jelaslah di sini bahawa UMNO/APCO Baru berpura-pura tidak memahami erti kewajipan/tanggungjawab pemerintah dengan jasa/sumbangan. Menurut Immanuel Kant dalam bukunya Groundwork of the Metaphysic of Morals dan Lectures on Ethics, prinsip kemoralan yang berasaskan Teori Prinsip Kewajipan merujuk kepada kewajipan. Seseorang dikira bermoral jika melaksanakan sesuatu atas dasar kewajipan yang ditetapkan. Melakukan perbuatan baik atas dasar sifat semula jadi dan kecenderungan belum tentu dianggap bermoral. Oleh sebab itu, melakukan kebaikan untuk kepentingan diri dianggap tidak bermoral menurut teori ini. Kecenderungan kepada pemeliharaan kepentingan diri sebenarnya menjadi pegangan pengamal Teori Egoisme yang diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietzsche. Antara karya-karyanya ialah Ecce Homo dan Der Antichrist. Menurutnya, golongan ini berbuat sesuatu kerana ada kepentingan. Kepentingan itu ialah kuasa. Untuk itu, mereka kesampingkan belas kasihan, kasih sayang, dan sebagainya yang diajar oleh agama. Mengapa demikian? Bagi mereka kekuasaan itu kenikmatan. Inilah yang sedang dilakukan oleh para pemimpin UMNO/APCO Baru. Bagi kepada kroni RM250 juta. Bagi kepada rakyat RM100 sahaja. Bagi kepada kroni RM598 juta. Bagi kepada rakyat RM500 sahaja. MAS lepas rugi, rugi. Lepas rugi, rugi lagi. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa UMNO/APCO Baru tidak ikhlas. Mereka semuanya hipokrit dan tidak bermoral. Apa-apa juga yang mereka kerjakan pasti mau dibalas. Ke mana maruah mereka sebagai pemerintah apabila kewajipan/tanggungjawab dianggap sebagai jasa yang perlu dibalas? Rakyat sudah muak dengan repekan ini. Mereka tidak sabar-sabar menunggu pembubaran Parlimen untuk merentap UMNO/APCO Baru-BN dari singgahsana kuasa. Dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala, UMNO/APCO Baru-BN akan berkubur. Aamiin!!!! |
Perkasa syok gila tengok Najib dah macam depa... kahkahkah... Posted: 13 May 2012 11:18 PM PDT HaramJadah Hanya Layak Keluar dari Mulut Seorang Pemimpin Yang Rendah Maruahnya Oleh: Tok Janggut Orang Melayu sejak dari dulu terkenal dengan bahasa lembut apatah lagi jika perkataan tersebut keluar dari seorang pemimpin masyarakat, negeri atau negara. Bahasa-bahasa kesat hanya biasanya keluar dari mulut dari seorang yang tidak berakhlak, tidak bermoral dan mempunyai masalah peribadi yang jijik apatah lagi jika seorang itu seorang pemimpin besar negara. Seseorang yang terlibat dengan jenayah seperti rasuah, kaki zina, kaki arak, kaki judi, kaki penipu dan menghina syariat Allah dan Sunnah Nabi adalah menjadi kebiasaan mereka mengeluarkan perkataan yang kesat, kasar kecuali perkataan tersebut ditujukan kepada seseorang yang memang benar-benar mempunyai akhlak dan moral yang rendah dan menjijikan. Kita tidak terkejut jika perkataan itu ditujukan kepada orang-orang yang saban hari dihina, dicacimaki oleh rakyat seperti Ibrahim Ali, Zul Kulim, Ezam, Umi Hafilda dan yang seangkatan denganya dan juga kita tidak pelik jika yang mengeluarkan perkataan tersebut ialah puak JKKK atau Ketua Cawangan UMNO. Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri yang kini dikatakan telah mengeluarkan perkataan yang agak kasar dan biadab seperti "haramjadah" terhadap peneroka Felda yang boleh dikategorikan sebagai rakyat yang ditindas, ditipu tidaklah menjadi kejutan sebenarnya kepada kita sekiranya kita tahu akan akhlak dan peribadi Perdana Menteri itu. Beliau yang pernah dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia, dikaitkan dengan tangkapan khalwat beberapa tahun dulu dengan seorang artis dan yang terhangat kini ialah dikaitkan dengan rasuah yang bernilai ratusan juta malahan mungkin billion ringgit pembelian kapal selam adalah merupakan termasuk dalam kesalahan jenayah berat. Tetapi yang peliknya rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu kononya mempunyai maruah dan moral masih sanggup ber "Perdana Menteri" kan seorang yang dikaitkan dengan jenayah? Tidak pelik jugalah Allah menjodohkan Perdana Menteri UMNO ini dengan isteri yang sama buruk akhlak sepertinya juga. Jika dinegara-negara luar yang bukan Islam, apabila pemimpin mereka dikaitkan denga apa-apa kesalahan samada rasuah atau lain-lainya, pemimpin tersebut akan segera meletakan jawatan atau dipaksa meletakan jawatan oleh rakyatnya, sebaliknya di Malaysia pemimpin yang tidak berakhlak, tidak bermoral dan terlibat dengan berbagai kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah tidak pula meletakan jawatan atau dipaksa meletakan jawatan malahan disanjung, dicium tanganya, dilindungi oleh pihak keselamatan. Ini bermakna, orang bukan Islam dinegara luar lebih punya maruah dan jatidiri dari Melayu UMNO di Malaysia ini. Kita tidak peduli jika PM ini seorang Presiden UMNO, kerana dalam UMNO sesiapa pun boleh jadi Presiden dan diangkat menjadi Presiden kerana akhlak dan moral tidak ada dalam kamus UMNO. Bagaimanakah seorang Perdana Menteri yang terlibat dengan berbagai kesalahan jenayah di ikut cakapnya, dipatuhi arahanya oleh agensi kerajaan seperti badan kehakiman, pendakwaraya, SPRM, SPR, Polis dan lain-lainya? Ini bermakna seorang penjenayah akan dilindungi kegiatan jenayahnya sekiranya mereka itu orang UMNO, berkuasa dan seorang pemimpin negara? Sungguh memalukan dan menjijikan akhlak orang Melayu UMNO ini. Oleh itu janganlah kita pelik dan mengharapkan agensi-agensi kerajaan seperti dinyatakan diatas tadi akan berubah, menjadi perlindung kepada rakyat dan menjaga hak serta keselamatan rakyat kerana ketua utamanya sendiri dikaitkan dengan berbagai kesalahan jenayah. Mana mungkin seorang yang dikaitkan dengan penjenayah akan memastikan agensi dibawahnya akan menjadi baik, bermaruah dan bermoral? Sudah tentu akan mempunyai akhlak dan moral yang sama seperti tuan besarnya. Sepatutnya semua agensi yang menjadi kuda tunggangan UMNO ini dibayar gaji mereka menggunakan dana UMNO, bukan dengan wang negara dan wang rakyat. Agensi-agensi ini telah menukar khidmat mereka kepada pemimpin UMNO dan parti UMNO, jadi mengapa wang negara dan wang rakyat digunakan untuk membayar gaji mereka? Dan sekiranya UMNO tumbang pada PRU13 nanti, semua agensi-agensi ini diharapkan terus berkhidmat dengan UMNO, jangan lagi berkhidmat dengan kerajaan baru kerana golongan tidak amanah, pengkhianat dan penderhaka kepada rakyat dan negara tidak diperlukan untuk meneruskan khidmat mereka kepada kerajaan baru. Berkhidmatlah kamu dengan UMNO itu sehingga hari kiamat, itu pun jika UMNO masih wujud lagi selepas tumbang pada PRU13 nanti, jika kerajaan baru mengharamkan UMNO, maka semua kakitangan agensi-agensi berkaitan eloklah balek kampung atau mengikut pemimpin UMNO yang mereka taati selama ini berhijrah keluar negara. Namun begitu, jika UMNO masih menang lagi dalam PRU13 (dengan cara menipu dan ugutan), pastikan individu yang terlibat dengan jenayah tidak lagi diberikan tempat sebagai pemimpin dalam negara kita ini, jika tidak, besar kemungkinan negara akan hancur dan agensi kerajaan yang mejadi tungganganya akan lebih bermaharajalela bertindak sesuka hati tanpa lagi memperdulikan undang-undang atau perikemanusiaan tetapi bertindak apa yang diarahkan oleh pemimpin besar mereka yang tidak bermoral dan tidak bermaruah. Apakah golongan seperti ini layak diberikan peluang untuk menerajui kepimpinan negara lagi? Atau sudah tidak adakah lagi manusia yang berakhlak dan mempunyai maruah dan moral serta beriman dalam negara kita lagi sehinggakan manusia spesis ini juga yang dipilih sebagai pemimpin besar negara? Kesihan Melayu UMNO. Cakap berdegar-degar tetapi manusia yang tidak berakhlak, tidak bermoral dan buruk maruahnya juga yang dipilih jadi pemimpin mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Ini bermakna bahawa ahli-ahli dan penyokong UMNO itu pun juga dari kalangan rendah akhlak, buruk perangai dan tidak bermaruah juga. Bagaimanalah orang yang beriman dan bertaqwa hendak menyokong parti seperti ini? Wallahualam. |
Gambar-gambar dimajlis ARTIS serah borang Pas Posted: 13 May 2012 06:00 PM PDT Gambar-Gambar Artis Terkenal Serah Borang Masuk Pas... Pyan Habib mendeklamasi puisi Penyanyi Terkenal Aishah turut hadir memberikan ucapan Tuan Guru Nik Aziz bersama Dato DR Chua Jui Meng Penyanyi Aishah menyerahkan borang kemasukan ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Tuan Guru Nik Aziz memberikan ceramah Suasana di dalam dewan yang penuh dengan orang ramai yang hadir di Taman Melewar Telok Bakong Online juga tidak ketinggalan membuat siaran video secara langsung pada ceramah Perdana malam tadi dari Taman Melewar Tuan Guru Nik Aziz sedang minum bersama En Tamrin Ghafar baba Lambaian Tok Guru DR Chua Jui Meng turut memberikan ucapan Wakil dari UMNO En Tamrin Ghafar Baba turut hadir di Taman Melewar memberikan ceramah beliau |
Haram Jadah mana yang nak kena saman pulak nih... kahkahkah... Posted: 13 May 2012 03:00 PM PDT Haram jadah: Najib mohon maaf atau saman malu KULAI, 13 Mei: Ungkapan 'haram jadah' yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri. Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu. Beliau berkata, 'haram jadah' dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat. "Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai," ujarnya. Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda. Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan.- Harakahdaily |
Posted: 13 May 2012 12:00 PM PDT Pengalaman ngeri lintah masuk dalam dubur Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di Kota Bharu melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya. Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya. "Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II). "Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya. Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menerima kunjungan isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah di sini, hari ini. Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan