Isnin, 14 Mei 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Hukum rimba bapak lembu....dedah penyelewengan pun salah....habis semua yang dedahkan salahlaku bapak lembu cuba di berakkan dengan najis lembu....!!!

Posted: 14 May 2012 08:40 AM PDT

Tindakan NFC dan Bapak  Haramjadah  lembu Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC sangat sangat  di kesali .

Terbaru bapak lembu ini  secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli

Akibat tekanan itu,  tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Johari Mohamad.Johari yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.

Tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, bapak lembu yang tak tau malu dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula.

Hari ini, jelasnya Johari akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

Tindakan yang bersifat dendam kesumat itu sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno.

Sebelum ini, apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Mohamad Salleh sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.

Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan  bapak lembu berkenaan bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali Mohd Rafizi Ramli dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali Mohd Rafizi Ramli .

Kini lembu berkenaan  sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau..

Mohamad Salleh tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno.Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya..

Manakala PKR akan membantu sepenuhnya Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Shahrizat.

Kita mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan DatukSeri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku..

Sementara itu Johari yang merupakan seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang memberitahu pada 24 April lalu, beliau menerima sepucuk surat dari majikan menyatakan beliau didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh.

Aduan itu juga menuduhnya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.

Beliau telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank.

“Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,” jelasnya.

Hari ini pula, beliau telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang.

“Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat,” ujarnya.

Kepala Butoh Emak bapak Depa....UMNO GUNA HARTA KERAJAAN MACAM HARTA MAK BAPAK DEPA

Posted: 14 May 2012 08:16 AM PDT

Inilah budaya UMNO.. Harta Kerajaan dianggap sebagai harta mak bapak mereka, baik pemimpin mahupun ahli-ahlinya.. Bagi mereka harta kerajaan itu harta UMNO oleh itu mereka boleh memperkudakannya sesuka hati mereka.

Bagi meramaikan hadirin diprogram sambutan ulangtahun UMNO di Kuala Lumpur, pihak UMNO negeri Terengganu dilaporkan telah mengguna kenderaan milik Kerajaan Negeri bagi mengangkut ahli UMNO keprogram itu..

Tanpa memperdulikan bahawa sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dimana dalam kerajaan itu perlu ada Pemerintah dan juga Pembangkang.. mereka menganggap apa saja harta milik kerajaan itu boleh digunakan mereka sesuka hati.

Apabila mereka menggunakan harta kerajaan iaitu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut Ahli mereka ke perhimpunan itu sudah tentu segala kos pengangkutan termasuk minyak, tol, gaji pemandu dan juga penyelenggaraan kenderaan itu ditanggung oleh kerajaan yang dibentuk oleh pemerintah dan pembangkang.

Adakah mereka pernah mempertimbangkan samada perbuatan mereka itu diredhai oleh rakyat yang menyokong pembangkang?

Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.

Kita kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.Antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.

Tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat  menyalahguna kedudukannya untuk kepentingan parti.

Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000
manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,

Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya..

Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.

Bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat 11 Mei.Perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu negara dimana di dapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa  Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.

Justeru kita menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan
mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.

Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa
beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.

kenapa UMNOPORNO wajib di tolak lubang Najis BN ( BABI NEGARA )

Posted: 14 May 2012 08:06 AM PDT

kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan.

Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.

Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan.

Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?

Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.

Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat.

Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.

akhbar lubang taik UMNO meloya salah guna islam....depan konon dialah pejuang islam siap kutuk orang belakang rupanya kaki nombor...ini islam pukimak yang UMNO nak ajar kat rakyat ke...???.

Posted: 14 May 2012 07:58 AM PDT

 

Sesiapa yang berminat membaca dakwaan Tuan Mufti Perak bahawa PAS menyalahgunakan Islam boleh klik di sini.

Sebuah akhbar hari ni (Isnin 14 Mei) mempamerkan tajuk besar "PAS salah guna Islam" yang berlapikkan pandangan lapuk seorang mufti.  kita nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS.

Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang UMNO' yang melihat UMNO tak mampu berjuang Islam. Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah. Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.

Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri. Walhasilnya rejim mungkar dapat dikalahkan. Berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran....

 

 

Tiada ulasan: