Rabu, 9 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


HOT: Nak Kawal Rosmah yang susah tue... kahkahkah...

Posted: 09 May 2012 09:22 AM PDT

Kemenangan mudah bagi Najib: Pertama, kawal Rosmah. Kedua, tangkap Dr M!

Kehadapan PM Najib,

Jika anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan raya umum ke 13, apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat dengan melakukan perkara seperti berikut:

1. Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda dan mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat sememangnya mengesyaki dia bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia memegang peranan utama dan mendapat habuan yang besar dalam pembelian Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki anda dan isteri anda juga terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu. Apa pun, tindakan ke atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak dari skandal mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.

2. Menahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom dan mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak menyokong anda, walaupun ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin terhadap anda dalam PRU ke-13.

3. Sesudah itu, berikutan skandal PKFZ di mahkamah, carilah Ling Leong Sik dan hantar dia ke penjara serta-merta. Ini akan membuat orang Cina mengambil perhatian manakala orang Melayu akan benar-benar berbangga dengan anda dan memberi ganjaran kepada anda apabila mereka mengundi.

4. Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada UMNO, dia telah dilantik oleh Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar dan ini bukan petanda baik bagi kredibiliti bekas PM itu. Dengan mengambil tindakan ini, anda mungkin memenangi Selangor tanpa perlu bekerja terlalu keras, seperti yang anda telah dakwa akan menjadi 'ambang' untuk berbuat demikian. Menang dengan ketara akan meningkatkan imej anda kerana anda adalah Ketua Barisan Nasional bagi Selangor.

5. Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari semua jawatan dalam UMNO dan bekukan semua aset yang dimiliki NFC serta firma persendirian milik keluarga yang berkaitan dengan NFC dan setiap sen harus dikira. Ini mungkin akan mempertahankan kamu dari skandal kondo Kazakhstan yang bakal meletup. Ia juga akan menaikkan mata anda dalam UMNO dengan rakyat yang bakal memberi Pembangkang serangan jantung!

6. Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda buktikan cincin berlian AS $ 24 juta telah dikembalikan ke New York. Dan jika anda berani, jadikan ia satu permulaan untuk mengawal isteri anda setiap masa. Jika perlu, anda tidak perlu takut untuk menebat mulutnya. Anda perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa anda pembuat keputusan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kerja anda juga perlu mengisytiharkan kepada rakyat bahawa Wanita Pertama Malaysia sebenarnya adalah Permaisuri Agong Seri PadukaBaginda Raja, isteri Yang di-Pertuan Agong. Isteri anda hanyalah isteri Perdana Menteri.

6. Tahukah anda YAB Perdana Menteri, jika anda benar-benar melakukan ini, undi semua wanita akan menjadi milik anda dan ini akan membantu anda secara mendadak untuk menang dengan majoriti dua pertiga yang kita tahu anda dan Umno cuba dapatkan dengan apa jua cara. Mengapa? Maaf untuk jika bunyinya kasar, tetapi isteri anda adalah orang yang paling dibenci selepas Mahathir di Malaysia.

7. Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas kuasa dan mengakui ia adalah kesilapan yang serius. Ini akan membantu anda untuk mengekalkan kuasa ke atas Perak. Juga, semasa anda berada di sana, berilah tamparan ke muka Hee Yit Foong untuk semua orang Cina di Perak. Mereka akan mengundi untuk anda selepas itu.

8. Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi pilihanraya tanpa sebarang alasan. Katakan pada rakyat yang anda ikhlas dalam reformasi pilihanraya dan anda tidak perlu menipu untuk menang.

9. Ini adalah cabaran yang sebenar. Ia akan sama ada melemahkan atau menjadikan anda juara. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan dimana dia telah terlibat semasa pemerintahan 22 tahunnya. Kuasa kini di tangan anda. Adakah anda boleh lakukannya?

Jika anda boleh lakukan, maka anda akan menang tanpa perlu banyak berusaha, tidak kiralah jika Pakatan Rakyat mempunyai pasukan yang sangat berbakat. Anda akan mendapat sokongan seluruh rakyat dengan mandat yang akan menjadi sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana ketua UMNO yang lain selama beberapa dekad yang akan datang.

10. Dan akhirnya, singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali dan JATI. Dan yang paling penting, mengaku anda adalah 'Orang Malaysia dahulu dan Melayu kemudiannya' - tidak seperti Muhyiddin Yassin yang cuba untuk membuat lawak dan membuli orang bukan Melayu tetapi lihatlah di mana dia sekarang. Jadi, dukunglah 1 MALAYSIA dengan adil untuk semua kaum di Malaysia.

Juara Rakyat

Jika anda benar-benar boleh melaksanakan semua cadangan ini, anda akan menjadi "Juara Rakyat" dan anda boleh menikmati tempoh pemerintahan yang kedua dengan berbekalkan ini sahaja.

Tetapi peluang anda untuk memenuhi salah satupun cadangan ini adalah mustahil. Jadi, anda perlu tahu bahawa anda akan kehilangan kawalan kedua-dua UMNO dan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat akan bersedia untuk membentuk Kerajaan seterusnya. Mudah-mudahan, untuk sekali, anda mungkin akan melakukan sesuatu yang cemerlang dengan menjadi pembangkang yang digeruni kepada mereka.

Malaysia Chronicle

Tolong maafkan saya Fathul Bari... hehe...

Posted: 09 May 2012 08:30 AM PDT

Fathul Bari Mat Jahaya Sudah Sesat!

Oleh: Yangretibase

"Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya kelihatan selamba dan bersahaja, tetapi agak sinis apabila dia mengatakan bahawa Islam tidak ada kaitan dengan kepentingan politik; Islam tiada kaitan dengan parti UMNO atau PAS atau PKR; Islam tiada kepentingan dengan mana-mana individu.

Dia berhujah bahawa semasa dilahirka ke dunia, bayi tidak dimaklumkan sama ada bayi itu UMNO atau PAS atau PKR.

Astaghfirullahalazim! Terkesima saya mendengar ucapannya. Macam tak percaya. Hilang akalkah ketua ulama Muda UMNO ini tergamak mengasing-asing dan memisah-misahkan aspek politik pemerintahan negara daripada Islam?

Mengasing-asing dan memisah-misahkan Islam daripada politik bermakna menyamatarafkan Islam sebagai satu identiti dengan politik sebagai satu identiti yang lain. Dengan kata lain, bagi Fathul Bari, 'agama suku, politik suku'.

Kasihan saya kerana saya tiada autoriti untuk melabelkan Fathul Bari sebagai sesat atau lebih teruk daripada sesat. Apa makna Islam tiada kaitan dengan politik atau parti-parti politi? Tidakkah itu bermakna bahawa Allah SWT tidak campur tangan dalam urusan politik makhluknya yang bernama manusia? Dan berleluasalah secara sewenang-wenangnya kerajaan UMNO melakukan apa sahaja kejahatan kerana kejahatan mrereka tiada kaitan dengan agama, dan tidak dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT?

Pada faham saya, setiap gerak-geri kita manusia dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi, manusia sebagai khalifah Allah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah ini. Maka wajiblah aspek politik pemerintahan dan pengurusan negara itu merupakan satu juzuk yang sangat penting dan besar dalam Islam. Sangat gilalah sesiapa yang mengatakan Islam tiada kaitan dengan politik.

Lebih dahsyat lagi ialah kenyataan Fathul Bari bahawa Islam tiada kaitan dengan mana-mana individu. Saya tidak cukup akal untuk mengupas kenyataanya ini. Apa yang saya mampu katakan adalah bahawa Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam itu tiada kaitan dengan Fathul Bari. Tegasnya, Islam tiada kaitan dengan Fathul Bari, sebagaimana didakwa olehnya.

Teramat sesat sesesat-sesatnya Fathul Bari apabila dia membuat kelakar bodoh kononnya bayi tidak diisytiharkan UMNO atau PAS atau PKR semasa dilahirkan oleh ibunya. Terlupakah dia bahawa semasa di alam roh lagi, bayi telah ditanya oleh Allah SWT yang bermaksud "Tidakkah Aku Tuhan kamu?". Lantas dijawab oleh bayi yang bermaksud, "Ya. Engkaulah Tuhanku. Aku bersaksi ...." (Kalau saya silap, tolong betulkan).

Lagipun, selepas beberapa ketika setelah lahir, bayi akan diazan dan diiqamat ke telinganya dengan maksud satu pengisytiharan kepadanya bahawa dirinya itu seorang Islam yang berTuhankan Allah Yang Maha Besar.

Saya akhiri tulisan ringkas saya ini dengan iringan permohonan maaf kepada Fathul Bari. Saya bukan ulama seperti kamu. Saya hanya manusia biasa yang jahil. Namun, saya berasa beramanah serta bertanggungjawab untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia daripada kejahatan ulama su' UMNO.

Tolong maafkan saya. Wassalam.

Ca teka, apa jadi bila Be End kalah... kahkahkah...

Posted: 09 May 2012 03:00 AM PDT

TAHUKAH ANDA SIAPA PEMIMPIN UMNO/BN YG PALING TAKUT UMNO/BN KALAH?

Oleh: sofiwahab

Cuba teka siapa pemimpin Umno yang anda rasa paling takut Umno. Pemimpin-pemimpin Umno yang takut Umno kalah ialah pemimpin-pemimpin yang banyak skandal seks; membunuh orang; rasuah; zalim; menindas; membina kekayaan dengan tidak halal; banyak hutang dan sebagainya.

Masih ingatkah anda dengan siri pembunuhan yang masih tidak jelas siapa pembunuh; apa motif dan tiada pernghukuman yang adil antaranya:-

1) Pembunuh Altantuya
2) Pembunuhan As Syahid Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya
3) Pembunuhan Mustakizah
4) Pembunuhan Norita
5) Pembunuhan Jalil Ibrahim, BMF dan lain-lain .

Masih ingatkan anda dengan skandal-skandal seperti :-

1) Skandal BMF
2) Skandal seorang artis ditangkap di Poirt Dickson bersama seseorang???
3) Skandal dengan beberapa orang artis dengan orang besar-besar

Masih ingatkah dengan skandal ini:-

1) Duit rakyat di'sedekah'kan untuk NFC sebanyak RM250juta?
2) Duit rakyat di'sedekah'kan kepada seseorang sebanyak RM589juta berkaitan dengan MAS?
3) Anak-anak seorang pembesar yang menjadi Pengerusi ratusan syarikat?
4) Anak pembesar yang ada kereta Ferrari dan sebagainya?
5) Seorang pembesar dan anak-anaknya mempunyai harta berjumlah berbilion-bilion ringgit?
6) Skandal Scorpene
7) Skandal PKFZ
8) Skandal , skandal, skandal .................................ssssssssssssss

MALU BESAQ, Padah percaya sangat kat Zul Kulim... kahkahkah...

Posted: 09 May 2012 01:02 AM PDT

Ceramah Anwar vs Ceramah Zul Kulim, Siapa Hebat?.. Ini Buktinya

Wow!! ramainya manusia membanjiri ceramah Zul Kulim dan Noh Omar. Dikhabarkan Ezam Mohd Noor tidak dapat hadir pada ceramah malam tadi di Kg. Melayu Wira Damai, Batu Caves.

Dianggarkan kira-kira tidak lebih 100 orang yang sanggup mendengar pembohongan penceramah berkenaan yang bertemakan 'Sayangi Selangor'.


 

Manakala gambar di bawah pula ribuan manusia membanjiri ceramah Anwar Ibrahim yang diadakan di padang bola Kg Melayu Batu Caves kira-kira 4 km dari tempat ceramah BN. Tema ceramah Pakatan Rakyat adalah 'Merdeka Rakyat'.

 
Kita boleh lihat dan bandingkan diantara ceramah manakah yang mendapat sambutan dihati rakyat. Rakyat sekarang bukan mudah di tipu, yang tertipu hanyalah pemimpin United Malays National Organisation (Umno).. keindahan fatamorgana..

Sumber: Addin

WAJIB BACA: Ulamak Warsatul Umnoiah... kahkahkah...

Posted: 09 May 2012 12:27 AM PDT

Majlis Fatwa Jangan Jadi Majlis Petua Petola

Oleh Mohd Sayuti Omar

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bahagian Hal Eawal Agama Islam memutuskan haram bagi umat Islam menyertai demonstrasi yang boleh memudaratkan negara seperti mana Bersih 3.0.

Menurut pengerusinya Dr Abdul Shukor Husin, tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam

Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Aduhai...



Shukor Husin

Tambah beliau lagi, "sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah." Beliau lantas menyarankan mereka menyertai demonstrasi insaf kerana tindakan itu "bukan daripada ajaran Islam".

Memanglah tanpa ada endorsement dari majlis itu pun rasanya umat Islam negara ini tidak jahil sangat mengenai tuntutan agama dan tanggungjawab mereka. Mereka faham mengenai itu. Sesiapa pun tidak akan ikut serta dalam apa-apa rapat umum yang memudaratkan negara.

Misalnya umat Islam negara ini tidak akan sedia menyertai himpunan untuk menghidupkan parti komunis Malaya. Usahkan parti komunis kalau parti berdasarkan idealisme sosialis dan kapitalis pun umat Islam sudah segan dan bertaubat untuk melakukannya.

Umat Islam juga tidak akan sedia untuk berpeluh pelai bagi menyertai himpunan perjuang gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT), dan seumpama dengannya. Umat Islam di negara ini tidaklah bahlol sangat.

Jika majlis meragui kealiman Anwar sama dengan kealiman Najib, mereka juga harus tenguk kepada orang lain yang menyokong himpunan berkenaan. Begitu pun kealiman Anwar boleh dipersoalkan tetapi penasihat PKR itu tolol untuk menyertai himpunan Bersih kalau ia memudaratkan negara dan sudah dipengaruhi anasir subversif.

Kealiman Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz rasa lebih baik dan jauh boleh dipercayai dari Najib. Begitu juga dengan memahami hukum agama, jauh lebih baik dan jelas Nik Aziz dan Hadi berbanding dengan Najib, apa lagi dengan Shafei Afdal yang suka membedal dan keturunan lanun kata Najib.

Kalau tidak mereka tidak akan bersama Pas, sebaliknya akan bersama Umno kerana Umno menjanjikan syurga dunia. Begitu juga dengan beberapa Tok Guru Pondok lain kecuali tok guru pondok sakit jiwa di Tumpat dan seorang bekas profesor yang terkena jangkitan anjing gila di Kelantan, mereka juga hadir dan berpendapat Bersih halal kerana ia hendak membina negara menjadi baik.

Mereka itu tahu di mana haram dan di mana halal. Jadi apabila muzakarah itu memutuskan demikian ia menimbulkan keraguan dan menyebabkan kewibawaan majlis itu dipersoal. Bukan soal untuk membandingkan ketinggian ilmu dan keulamaan mereka (majlis itu) dengan pemimpin politik, tetapi apakah serendah itu ilmu para ulamak lain yang tidak berada dalam majlis berkenaan?

Majlis Fatwa janganlah hanya melihat parti Umno memperjuangkan agama dan Melayu manakala parti lain tidak. Secara jujur buatlah kajian terhadap perjuangan Umno jugak kepada budaya samseng dan geng starisime. Apa yang dikaut dan dilakukan oleh pemimpin Umno rasanya jauh lebih buruk dari himpunan Bersih itu. Perkara ini, soal pengautan wang ribuan jutaan ringgit, pemilikan harta secara haram dan tidak salah difatwakan berkali-kali agar si pelaku insaf. Apakah kerana ahli majlis Fatwa menerima habuan dan hadiah tasbeh emas maka mereka tidak tergamak untuk mengulang-ulangi fatwa haram mengenainya.

Atau pun kebanyakan ahli majlis fatwa ini jenis memiliki dua kitab; berkulit kuning dan kulit merah. Kalau baca kitab kuning ia akan menjadi halal dengan syarat dibahagi dengan mereka apa-apa harta dengan mereka. Manakala kitab merah haram mutlak kerana pendapat dan harta pencurian tidak sedia untuk dibahagikan dengan mereka?

Tahukan anggota majlis itu yang sepakat mengatakan himpunan Bersih haram? Apakah mereka tahu struktur Bersih itu sendiri. Hafalkan mereka dengan 80 Ngo yang menyertai himpunan itu. Dan sejauh manakah mereka tahu peranan Ambiga yang kafir dan dikatakan tidak wajib disokong itu? Dan juga sejauh mana mudaratnya kepada negara. Bukankah angkara Bersih itu memudaratkan Umno?

Beberapa ulamak serban mereka tidak ada ekor yang menjadi pencaci tahi dalam Umno telah membuat seruan di pelbagai media cetak pro kerajaan dan penjilat buntut agar umat Islam tidak hadir. Anihnya kenapa rakyat berduyun-duyun hadir tidak mempedulikan seruan ulamak janggut serabut. Lebih 250,000 hadir termasuk setengahnya orang Islam ke himpunan berkenaan. Apakah dari jumlah itu semua tahap keIslam mereka lebih rendah dari para ulamak serban tidak ada ekor dan janggut serabut?

Ternyata air liur ulamak serban tidak ada ekor itu tidak masin. Mulutnya tidak keramat, sekeramat mulut Tokguruku Nik Aziz yang meminta semua orang hadir, walaupun dia sendiri tidak hadir? Kalau mulut ulamak serban tidak ada ekor dan ulamak janggut merah dan janggut serabut tidak diendahkan ini bermakna fatwa mereka itu tidak betul dan boleh disanggah.

Mereka tidak dihormati kerana keilmuan mereka tidak diyakini. Orang Melayu bermata Islam dapat mengenali mana ulama as suk, mana ulama warsatul ambia. Bukan semua orang berjubah berserban berjanggut merah kononnya ikut sunnah Rasulullah itu ulamakwarsatul ambia. Mereka adalah ulamak warsatu Umnoiah.

Lantaran itu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu harus dikaji sedalam-dalamnya. Jangan hendaknya fatwa itu dibuat atas suruhan dan wahyu dari Umno khasnya Najib. Dan jangan juga kerana ianya berada di bawah kerajaan dan elaun mesyuarat dibayar maka ia perlu bersubahat dengan kerajaan.

Jangan hanya berbincang sesama sendiri tanpa mengundang ulamak bebas kerana kerajaan (Umno) meminta demikian maka ia diputus mengikut kehendak Umno. Ingat tanggungjawab dan tugas ahli majlis fatwa adalah besar dan apa-apa keputusan mereka perlu bertanggungjawab di akhirat besok. Apakah ahli majlis fatwa juga seperti pemimpin Umno yang menganjurkan kejahatan?

Apakah sebelum bermuzakarah untuk memutuskan fatwa demikian para ahli sudah memahami tentang tujuan dan matlamat Bersih diadakan. Apakah mereka juga tahu bahawa Bersih itu digerakan oleh 84 Ngo, dan antara pimpinannya termasuklah Sasterawan Negara A Samad Said. Ia bukan saja Ambiga yang kafir itu.
Ahli majlis fatwa seharusnya lebih cerdik dan tegas dari pemimpin Umno. Perlu juga diselidik oleh ahli majlis Fatwa terhadap apa yang berlaku di Mesir. Tunjuk perasaan sehingga menjatuhkan diktator Hosni Mubarak perlu dikaji apakah ianya menempati kehendak Islam atau tidak. Apakah tunjuk perasaan itu tidak mendatangkan mudarat. Rasanya bukan saja Mubarak yang zalim jatuh tetapi banyak juga harta benda hatta nyawa yang hilang.

Kalau Yusuf Qardhawi dalam khutbahnya menghalalkan tunjuk perasaan demikian, apakah keadaan di Malaysia, Bersih lebih dahsyat dari itu? Berapa orangkah yang mati dalam himpunan Bersih dan banyak mana kerugian harta benda awam? Majlis fatwa harus mendapat penjelasan yang tepat dan bukan setakat mendengar dakwaan pemimpin Umno yang dirundung ketakutan.

Paling penting ialah apakah yang diperangi oleh Bersih? Bukankah mereka memerangi ketidakadilan dalam pilihan raya. Bukankah ketidak adilan itu kezaliman? Siapakah yang menghidupkan kezaliman itu? Tidakkah ianya kerajaan dibonggoli Umno. Justeru kalau ditanya Yusuff Qardhawi beliau juga akan mengatakan tunjuk perasaan dan himpunan Bersih di negara ini halal kerana ia untuk membaikkan kerajaan dan bukan menimbulkan kemudaratan kepada negara.

Saya mengatakan ini bagi menjamin majlis fatwa tetap dengan fungsinya, kerana kalau mereka tidak hati-hati dan membuat keputusan dengan mendengar kuasa lain, maka fatwa mereka itu hanya akan jadi petua buah petola sahaja yang boleh dipakai ataupun diabaikan. Petua mengenai sesiapa yang makan buah petola setiap hari Jumaat akan jadi ular. Mengarut!

TERHOT: Makcik Felda kena kencing ataih nama Durian Runtuh... kahkahkah...

Posted: 08 May 2012 10:56 PM PDT

Najib umum Durian Runtuh.. tapi kenapa RM1.689 Billion saja? lagi RM3.942 Billion hilang kemana?

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, tetapi Najib hanya mengumumkan sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka…

Tentang bagaimana jumlah RM5.6 bilion sila dalam Kenyataan Media oleh Rafizi diakhir entry ini..

Selain itu.. Peneroka yang dikatakan layak mendapat 'Durian Runtuh' itu hanyalah mereka yang menandatangani perjanjian dengan Bank.. lihat perjanjian di bawah..



Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana menandatangani "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH.

Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan.

Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran?

Baca sebahagian petikan berita ini..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka - Malaysiakini

Kenyataan Media yang dimaksudkan..

PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000

Pengumuman yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja. KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV(bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Dato' Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI

WAJIB BACA: Luahan hati bekas Polis

Posted: 08 May 2012 07:45 PM PDT

Luahan hati bekas polis

Oleh: rosu
Saya seorang bekas polis. Saya telah menyertai bersih 1, 2, 3. Apa yang menyedihkan sikap polis dalam melaksanakan tugas. Saya pernah menghadiri latihan FRU. Tatacara melerai, memukul, menembak gas nampaknya dah hilang. Kepada pegawai polis yang bertanggung jawap kepada tingkah laku dan tatacara bekerja tolong lah tengok2.. kami dulu berperang kerana sayangkan malaysia...

Berada didalam hutan berbulan2.. tinggal segala tilam empok.. bini cantik. Bertemankan pacat dan senapang.. malam tidur tak lena kerana takut kena bedil.. untuk apa ini... Untuk malaysia.... kepada adik2 polis yang baru masuk, istilah kami cap jari belum kering.. Ingatlah kepada orang lama (bekas polis).. janganlah ikut rasa..

Kami sertai bersih kerana kami sayang malaysia...

Bila rakan-rakan saya nak bertaubat...

Posted: 08 May 2012 04:21 PM PDT

Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat?

Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah.

Namun selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung, nampaknya Allah SWT tidak memabulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatirkan Rasulullah saw.

"Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, 'Saya yakin kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?' Mereka menjawab, 'Betul wahai Rasulullah'. Rasul saw. bersabda, 'Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR Bukhari danMuslim).

Tindakan rakan-rakan saya di Utusan Malaysia terus menerus menaburkan fitnah kepada sesama manusia, amat memalukan, apakah yang akan menyedarkan mereka agar tidak berterusan mengumpulkan dosa.

Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000 sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai fitnah.

Apa yang disiarkan sejak setahun lepas oleh Utusan Malaysia semakin tidak bertamadun, seks menjadi keutamaan, fitnah menjadi keutamaan, melindungi kerakusan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi ulam utama dalam setiap berita yang disiarkan.

Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat, ingatlah rahmat dari Allah SWT itu semakin jauh apabila kita semakin jauh mengingati Allah SWT dan melanggar segala larangannya.

Sudah-sudahlah tu membuat fitnah, berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti, tetapi saya sedar bahawa fitnah memfitnah itu perkara biasa di dalam Utusan Melayu, sesama rakan pun difitnah apatah lagi orang di luar, fitnah itu menjadi makanan dan minuman harian. Cuma harapan saya ingatlah siska kubur dan siksa neraka, azabnya amat pedih sekali.

Yang benar,
Hata Wahari
(Bekas Wartawan Utusan Malaysia dan Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, NUJ Malaysia).

Tiada ulasan: