Muslimeen United |
- Panel Siasatan BERSIH 3.0: Sekali Lagi, Rakyat Diperbodohkan
- Video Bersih 3.0: Apa Salah Kami?
- Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya
- Video : Hukum Sertai Bersih 3.0 Menurut Ust Azhar Idrus
- Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM
- Xpresi Rakyat ~ tribute to Bersih
- Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa
- Seksyen 5 Shah Alam Dibangunkan Sebagai Bandaraya Islam
- Nama 40,558 Pengundi Meragukan Dikekalkan Oleh JPN, PRU13 Paling Kotor
- Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa
Panel Siasatan BERSIH 3.0: Sekali Lagi, Rakyat Diperbodohkan Posted: 09 May 2012 09:05 AM PDT Bersih 3.0: Haniff tak sesuai ketuai panel bebas TEMERLOH, 9 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pelantikan Tun Haniff Omar sebagai ketua panel siasatan bebas menangani perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sesuai sama sekali. Katanya, ini disebabkan latar belakang Haniff sendiri sebagai bekas Ketua Polis Negara sedangkan penyiasatan menjurus kepada dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika perhimpunan aman tersebut pada 28 April lalu. "Lagipun beliau sendiri sudah membuat kenyataan bias sebelum ini mengatakan perhimpunan Bersih mahu menggulingkan kerajaan dan disertai komunis 1970-an. "Jadi dengan kenyataan kontroversi yang sejak awal-awal lagi, mana mungkin mampu mendapatkan penyiasatan yang adil, telus dan berwibawa," tegasnya. Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini pelantikan enam ahli panel penasihat bebas yang diketuai Hanif untuk menyiasat dan melaporkan kejadian sebenar ketika perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Ahli-ahli lain ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruszmi Ismail. Kerajaan dipercayai terpaksa melantik panel tersebut dipercayai berikutan menerima tekanan pelbagai pihak yang menyaksikan keganasan polis menangani lebih 200,000 rakyat yang berhimpun menuntut keadilan. Namun demikian, perhimpunan menuntut 8 pembaikan dalam pilihan raya itu cuba dipusingkan dengan mengaitkannya sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Tuan Ibrahim berkata, seelok-eloknya dilantik bekas hakim atau bekas Peguam Negara atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri sudah memadai dengan ditambah kuasa penyiasatan. "Jadi dengan pelantikan tersebut saya percaya masyarakat masih belum melihat ada panel yang betul-betul bebas bagi menyiasat keganasan polis pada hari tersebut terhadap rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil," jelasnya. Beliau mengingatkan, ketika peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim dulu juga dilantik panel penyiasat di kalangan polis untuk menyiasat polis tetapi tidak ditemui. Tetapi selepas dilantik Suruhanjaya Diraja barulah ditemui yang membelasah Anwar ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor. Mengenai durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Jengka 8 semalam, Tuan Ibrahim berkata jumlah yang 'runtuh' itu, iaitu RM5,000 diberi tunai dan RM10,000 dalam dua fasa lain tidaklah sehebat pada sangkaan awal. "Pada mulanya kita ingatkan peneroka betul-betul akan tersandar dan tertiarap kerana terkejut dengan pengumuman macam dari langit itu. Kalau setakat RM5,000 itu, sekali peneroka jual hasil sawit pun dapat banyak tu. "Lagipun wang peneroka sudah banyak yang tersangkut pada Felda antaranya penipuan kadar perahan gred (KPG), wang tabung tanam semula (TTS) yang belum dikembalikan, ses, isi rong dan banyak lagi. "Di sini juga PAS mahu kerajaan dan Felda turut mempertimbangkan agar bonus dua bulan setengah gaji yang diperolehi oleh kakitangan Felda seperti diumumkan, supaya turut diberi kepada bekas kakitangan yang kini berpencen kerana mereka juga telah berjasa besar," katanya. Tuan Ibrahim mengingatkan, jika tidak dengan tawaran Pakatan Rakyat dan perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) yang begitu gigih memperjuangkan nasib peneroka tidak mungkin Najib mengumumkan durian runtuh itu. Beliau juga mengingatkan masih banyak janji kerajaan di kalangan peneroka masih belum tertunai antaranya pembesaran jalan raya Kampung Awah ke Jengka dan menaik taraf loji air ketika janji semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dulu. -HD BERSIH: Haniff Omar ketuai panel siasatan |
Video Bersih 3.0: Apa Salah Kami? Posted: 09 May 2012 04:15 AM PDT |
Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya Posted: 09 May 2012 04:15 AM PDT Ini maklumat baru yang Addin terima dari seorang sahabat, ustaz nih merupakan Exco DPPN. Mula-mulanya dia sms tetapi untuk lebih memastikan kesahihan maklumat nih, Addin telah telefon beliau. Menurut maklumat beliau, maklumat nih memang telah di berikan oleh sumber dalaman dari Badan Perhubungan United Malays National Organisation (Umno) Negeri sendiri. Menurutnya juga, United Malays National Organisation (Umno) juga telah bermesyuarat dan maklumat nih telah disebarkan kepada semua ahlinya. Bilik gerakan mereka juga telah beroperasi. Menurut maklumat tersebut, Parlimen akan di bubar pada 14 Mei nih dan tarikh penamaan calon pula pada 26 Mei. Tarikh pembuangan undi PRU 13 nih pada 8 Jun 2012. 8 Jun tuh jatuh hari Jumaat.. agak pelik jugak tetapi ianya tidak mustahil. Jikalau betul dan sahih maklumat nih, kepada semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat perlu bersiap siaga dari sekarang, masa untuk kita tumbangkan United Malays National Organisation (Umno) dan kuncu-kuncunya telah tiba.. |
Video : Hukum Sertai Bersih 3.0 Menurut Ust Azhar Idrus Posted: 09 May 2012 04:08 AM PDT |
Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM Posted: 09 May 2012 04:05 AM PDT Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri? KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam. Gambar: PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'. Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri. "Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya. Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu. "Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah. "Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi. Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu. Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen. -Hrkh Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah! Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat". Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang. Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress. -GB |
Xpresi Rakyat ~ tribute to Bersih Posted: 09 May 2012 03:59 AM PDT Pada tanggal keramat 28 April 2012, telah tercatit satu lagi catatan penting sejarah politik tanah air kita, apabila rakyat sekali lagi berkumpul di tengah Kuala Lumpur dalam menuntut kepada Kerajaan Malaysia supaya diadakan Pilihanraya yang telus,adil dan bersih. Maka perhimpunan aman melalui BERSIH 3.0 digerakkan dengan tema "Duduh Bantah" di Dataran Merdeka telah mendapat sambutan amat hebat daripada rakyat Malaysia dengan ratusan ribu rakyat yang hadir, namun telah mendapat layanan terburuk daripada Kerajaan Malaysia. Dimana rakyat bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki di Dataran Merdeka,bahkan telah dibelasah dengan begitu dasyat oleh anggota polis, diprovok dan lebih menyedihkan apabila peserta himpunan telah difitnah dengan pelbagai tohmahan kononnya perhimpunan aman telah bertukar kepada perhimpunan ganas dan cubaan menggulingkan kerajaan dengan cara yang rusuhan jalanan. Justeru Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) menzahirkan rasa kekesalan dan kekecewaan atas apa yang berlaku khususnya keganasan dan kezaliman pihak polis yang telah dipergunakan oleh Kerajaan Umno & BN dalam usaha menyuraikan rakyat dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0. Program "Xpresi Rakyat" trubute to Bersih merupakan luahan anak-anak muda & rakyat yang cintakan Malaysia, daripada terus dikuasai oleh pemimpin yang tidak berperikemanusiaan dan zalim. Ekspresi Rakyat akan diadakan pada 13 Mei 2012 (Ahad), bertempat di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, Selangor. Xpresi Rakyat akan bermula dengan Solat Isyak berjemaah, disusuli dengan Solat Hajat Perdana, Persembahan Sajak, Sketsa Perjuangan dengan penampilan istimewa daripada Bob Lokman dan Dato Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan persembahan multimedia. Selain itu Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Al-Fadhil Ust Hasbullah B Mohd Ridzwan, akan turut berucap bersama dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Al-Fadhil Ust Nasrudin Hassan Tantawi. DPPNS dengan ini menjemput seluruh warga Malaysia, khususnya anak-anak muda dan rakyat seluruhnya yang cintakan keadilan dan keamanan, sama-sama menghadiri dan menyertai Program Xpresi Rakyat ini sebagai tanda penyerahan diri sepenuhnya kita kepada Allah swt, dan membawa mesej yang jelas kepada kerajaan rakus Umno Barisan Nasional bahawa anak-anak muda tidak lagi rela berada dibawah kepimpinan rejim yang zalim dan sering menindas rakyat. Ekspresi Rakyat ~ tribute to Bersih. |
Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa Posted: 09 May 2012 12:50 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS berpendapat Majlis Fatwa Kebangsaan memerlukan saluran media sendiri atau memaklumkan fatwanya melalui sidang media agar penjelasan terperinci diberikan dalam sebarang fatwa yang dikeluarkan. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan ini boleh mengurangkan salah lapor kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis yang mempunyai kedudukan tinggi di kaca mata umat Islam itu. Perkara ini perlu agar badan itu kekal berwibawa dan tidak dipertikaikan sebarang fatwanya. Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan. "Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian," kata Tuan Ibrahim. Beliau berkata fatwa terbaru yang disebut Majlis Fatwa Kebangsaan bukanlah pelik atau bercanggah dengan nas. "Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam. "Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut," kata beliau. Namun, tegas Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir ke Bersih 3.0 telah melakukan perkara bertentangan syarak. Beliau menegaskan bahawa kehadiran seseorang dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik. "Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa. "Pilihanraya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran," kata beliau. Hadir Bersih 3.0 Atas dasar itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak. "Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan. "Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat," kata beliau. Sehubungan itu, tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan. Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang diseleweng oleh media tradisi dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan, tambah beliau. "Fatwa hanya melarang menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus; iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat. "Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar," kata beliau. -Hrkh |
Seksyen 5 Shah Alam Dibangunkan Sebagai Bandaraya Islam Posted: 09 May 2012 12:49 AM PDT Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor merancang membina 'Bandaraya Islam' di Seksyen 5, Shah Alam dalam usaha membangkitkan kembali sejarah kegemilangan dan ketamadunan Islam masa lampau yang semakin hilang sinarnya. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep Bandaraya Islam ini yang menerapkan ciri dan nilai estetika Islam akan dibangunkan di tapak seluas 50 ekar tanah. "Pembangunan yang dicadangkan di kawasan Seksyen 5 itu akan mempunyai identiti dan ciri Islam khusus dari segi reka bentuk bangunan bagi memberi nilai tambah kepada usaha menjadikan kawasan itu sebagai Bandaraya Islam," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Abdul Khalid menjelaskan melalui konsep tersebut juga masjid akan menjadi pusat tumpuan dan sekaligus mampu menghidupkan Bandaraya Shah Alam secara tidak langsung. Menurut beliau, rancangan pembangunan ini bukan imiginasi semata-mata tetapi akan diterjemahkan melalui persediaan secara berperingkat-peringkat. "Hujung tahun ini kita jangka sudah ada model pembangunan untuk projek ini. Kita jangka pembangunan ini menelan kos di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion. "Kita pilih Seksyen 5 kerana ia berdekatan dengan Masjid Negeri dan pusat pentadbiran, dewan negeri dan pusat komersil lain. Konsep Bandaraya Islam ini juga untuk mencetus kebangkitan semula Islam kerana ia sudah ketinggalan dari segi pelaksanaan. "Melalui pembangunan berkonsepkan Islam ini secara tidak langsung akan menghidupkan Bandaraya Shah Alam dan menjadi tumpuan sebagai tempat akademik, kawasan tempat tinggal, pusat kewangan dan lain-lain," katanya. Beliau sebelum itu merasmikan Bengkel Pembangunan Bandaraya Islam (Islamic City) di kawasan Seksyen 5, Shah Alam yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan. -FMT Seksyen 5 Shah Alam Aplikasi Model Pembangunan Makkah |
Nama 40,558 Pengundi Meragukan Dikekalkan Oleh JPN, PRU13 Paling Kotor Posted: 08 May 2012 05:32 PM PDT Rekod 40,558 Pengundi Statusnya Diragui Disahkan Di JPN PUTRAJAYA: Nama sejumlah 40,558 pengundi, yang status mereka dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini diragui, disahkan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal dan Mengenai Daftar Pengundi antara kementerian, SPR, JPN dan Jabatan Peguam Negara di sini Selasa. "Dalam usaha untuk mengemas kini Daftar Pemilih SPR, pihak SPR telah mempamerkan kesemua Daftar Pemilih berkenaan selama empat bulan untuk disemak. "Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 1,496 rekod telah dikemas kini melalui laporan kematian dan sebahagiannya telah menukar kad pengenalan lama kepada MyKad," kata Mahmood. Sebelum ini, sejumlah 42,054 nama dalam Daftar Pemilih yang diragui telah dibangkitkan oleh pihak tertentu dan didengar dalam sesi pendengaran awam dihadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. - BERNAMA Dengan pengesahan JPN terhadap rekod 40,558 pengundi yang meragukan, nampaknya konspirasi SPR-JPN melalui task-force yang didedahkan sebelum ini oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Dan ia memberi erti bahawa PRU13 akan merupakan pilihanraya paling kotor yang akan dilalui oleh rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk. Bagaimana seorang Ketua Setiausaha KDN boleh membuat keputusan untuk SPR? Keputusan untuk mengekalkan nama dalam senarai daftar pemilih sepatutnya diumumkan oleh SPR, bukan Ketua Setiausaha KDN. vBukankah itu jelas sangat konspirasi? Bodoh tak terperi, tapi jadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri! -GB |
Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa Posted: 08 May 2012 05:27 PM PDT Khalid Ismath ditanya soalan seksual PETALING JAYA 8 Mei: Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam. "Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina). "Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT," kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka. Polis yang menggeledah rumah Khalid untuk mencari baju berjalur yang dipakai seperti lelaki dalam gambar tersebut, gagal menemui sebarang bukti. Justeru, Khalid dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman empat hari terhadapnya. Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Umno BN memperkuda institusi polis untuk menjayakan agenda politik mereka. "Sangat jelas bahawa Umno BN mempergunakan polis untuk menekan rakyat. Polis dijadikan pengawal keselamatan peribadi mereka," katanya. Menyentuh senarai nama peserta yang dipapar di media arus perdana, Surendran menuntut polis menggunakan Kod Prosedur Jenayah 111 untuk merakam kenyataan mereka. "Polis sahkan mereka mempunyai alamat mereka (peserta perhimpunan) yang dikehendaki. Jadi mengapa polis siarkan gambar mereka dalam akhbar di seluruh negara? "Polis perlu hentikan taktik menakut-nakutkan orang ramai. Jelas polis dipergunakan atas dorongan politik," kata Surendran. -KD |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan