Selasa, 8 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


Astaghfirullah, Pelajar Dirogol Di Tangga Sekolah

Posted: 08 May 2012 11:00 AM PDT

Rogol dekat tangga sekolah

ALOR GAJAH - Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin.

Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu.

"Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang.

"Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan.

"Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya," katanya.

Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin.

"Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher.

"Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis," katanya.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

"Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu lapo­ran polis sebelum sebarang tindakan diambil.- GB

TERHOT: Buta ja kena tibai ngan Dr Asri... hehe...

Posted: 08 May 2012 08:45 AM PDT



Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.- Malaysiakini

Brader Polis buat lawak... Kes berat nih, kahkahkah...

Posted: 08 May 2012 02:17 AM PDT

Ada sahabat yang hantar gambar ni.

Korang fikir la kat mana yang tak kena....

Mahfuz gelak guling-guling... kahkahkah...

Posted: 07 May 2012 11:00 PM PDT

PAS: Bimbang diguling, Najib takut bayang-bayang

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyanggah dakwaan perdana mentgeri bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan seperti Arab Spring yang berlaku di negara-negara Arab.

Katanya perhimpunan berkenaan tidak menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan tetapi untuk membolehkan pilihan raya bersih dan adil diadakan.

"Najib takut bayang-bayang dia sendiri. Kita bukan mintak kerajaan turun. Kita tak minta Najib turun.

"Kita minta pilihan raya bersih, bukan nak guling kerajaan. Berbeza dengan Mesir, (peserta demonstrasi) minta (bekas presiden, Jeneral) Hosni (Mubarak) turun, nak rampas (kuasa).

"Di Malaysia, bukan minta dia turun. Itu minta kemenangan percuma. Kita mahu menang atau kalah dalam pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas kenyataan Najib yang bimbang sekiranya peserta perhimpunan BERSIH 3.0 akan terus menduduki Dataran Merdeka seperti yang dilakukan di Dataran Tahrir, Mesir.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.-  Aidila Razak

Patut pun Chegu Bard kena tibai teruk hari tue... hehe...

Posted: 07 May 2012 09:00 PM PDT

Kumpulan pro, anti-BERSIH bertembung di Bukit Aman

KUALA LUMPUR 7 Mei: Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat. Kumpulan itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO tersebut yang menjadi tontonan polis.

Dalam keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu bertembung, Pengerusi

 SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Karthik W.Selain mendesak polis terlibat dengan keganasan menyerah diri, kumpulan itu turut mahukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tampil memberi penjelasan dakwaan penyamaran polis sebagai peserta Bersih.


Hadir sama dalam kumpulan itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan beberapa NGO yang terdiri daripada anak-anak muda.

"Sila nyatakan berapa ramai polis yang menyamar dan dedahkan mereka kepada umum.

"PDRM harus siasat khabar angin yang menyatakan ada polis mati sehingga menjadikan polis bertindak luar batasan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk menyerah diri, tetapi seolah tidak punyai rekod anggota sendiri yang mengganas," kata Badrul selepas menyerahkan memorandum itu di Bukit Aman, di sini hari ini.

Katanya, sikap polis yang masih menyalahkan orang awam hanya memalukan kerana tidak sedar mereka sebenarnya menjadi alat kepada regim Umno.

"Semua operasi pada 28 April lalu, sempena Bersih 3.0 diakui beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri. Polis bukan musuh orang awam, begitu juga orang awam bukan musuh polis.

"Polis dan orang awam adalah mangsa regim Umno, polis yang bertugas juga perlu sedar sememangnya dirancang untuk mereka dijadikan mangsa. Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan polis sebagai umpan," ujarnya.

Susulan itu, mereka melancarkan talian hotline kepada orang ramai bagi mengadu kekasaran polis semasa Bersih 3.0 bagi memudahkan pihaknya mengumpul bukti."Orang ramai digalakkan hanya menghantar SMS kepada nombor 018-9235083, atau menghantar email di adu@anakmudamalaysia.com untuk pihak kami memberikan pertolongan sewajarnya.

"Kita juga sudah ada barisan peguam bagi mengambil kes keganasan polis semasa Bersih 3.0 antaranya, Peguam Hak Asasi (LFL), Majlis Peguam, dan beberapa NGO pengamal undang-undang," jelas Badrul.

TERHOT: 6 Mei harijadi Altantuya... hehe...

Posted: 07 May 2012 05:00 PM PDT

Di Hari Jadi Altantuya, Najib terus dibayangi pembunuhan wanita itu

KUALA LUMPUR 6 Mei: Jika Altantuya masih hidup, hari ini genap 33 tahun usia wanita itu yang ditemui mati dibunuh dengan kejam di sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Altantuya dilahirkan pada 6 Mei 1978, anak kepada Shaaribu Setev-seorang profesor psikologi dan ibunya, Sh Altantsetseg.

Dibesarkan di St Petersburg Rusia sehingga 12 tahun, beliau mendapat pendidikan di Beijing China dan fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia Mandarin dan Perancis.

Pembunuhan kejam wanita cantik itu, menggemparkan negara apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4, yang hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan.

Tiga didakwa di mahkamah iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Manakala seorang lagi, Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dituduh bersubahat.

Bagaimanapun, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati 9 April 2009, manakala Razak dibebaskan oleh mahkamah tinggi pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Razak Baginda, yang juga merupakan seorang penganalisis politik, dikatakan mempunyai hubungan intim dengan Altantuya.

Beliau merupakan seorang broker dalam pembelian kapal selam Scorpene, oleh Tentera Laut Diraja Malaysia menerusi syarikatnya, Perimekar Sdn Bhd yang memperoleh komisyen lebih RM500 juta.

Dari situ kes pembunuhan kejam ini mengheret nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu menteri pertahanan.
Pada 3 Julai 2009, seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, bekas anggota polis cawangan khas dan pernah bertugas dengan Abdul Razak, membuat pendedahan mengaitkan Najib dalam kes itu.

Beliau membuat sidang media mengumumkan akuan bersumpah yang dirangka bersama peguamnya, Americk Singh Sidhu sebelum menukar akuan bersumpahnya sehari selepas itu.

Pada Mac lalu, Hakim dalam kes pembunuhan kejam itu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif pembunuhan yang dilakukan dua anggota polis tersebut dalam penghakiman penuh beliau.

Ia menimbulkan persoalan di kalangan rakyat dan pemerhati politik.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April lalu mendakwa siasatan ke atas pembelian Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis pada masa ini, akan membongkar semula kes pembunuhan wanita berkenaan.

Mahkamah Perancis kini membuka siasatan ke atas skandal Scorpene yang dibeli dari syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima aduan NGO hak asasi di Malaysia, Suaram.

Mengulas mengenai misteri pembunuhan Altantuya, Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shahrin berkata, kes itu akan terus membayangi pentadbiran Najib Razak.

Ia katanya, merupakan satu kes paling aneh di dunia, apabila mahkamah tidak memutuskan motif pembunuhan.

"Ini kes penting melibatkan wang rakyat di mana penglibatan tokoh besar dalam negara dan berkaitan rasuah.

"Rakyat khasnya anak muda mahu tahu misteri di sebalik kematian wanita ini. Jika beliau masih hidup, usianya kini ialah 33 tahun," katanya yangpernah menghasilkan buku bertajuk 'Di Sebalik Pembunuhan Altantuya'.

Badrul berkata, jika kes itu dirungkai semula, ia akan mendedahkan lebih banyak kes-kes yang berkaitan dengan skandal melibatkan Najib Razak.- KeadilanDaily

Mati keraih la kalau harap muka depan Utusan tajuk camni... kahkahkah...

Posted: 07 May 2012 03:00 PM PDT

Bersih: PR dakwa Najib buat kenyataan lucu

Sumber SH

SHAH ALAM – Dua lagi komponen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kononnya perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu satu usaha mahu menggulingkan kerajaan, sebagai pandangan melucukan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Najib itu amat lucu kerana mustahil untuk menggulingkan sebuah kerajaan hanya dengan membawa botol-botol air mineral.

"Kalaulah benar tujuan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan untuk menggulingkan kerajaan, sudah pasti mereka akan membawa senjata dan destinasinya, bukan ke Dataran Merdeka, sebaliknya ke Putrajaya.

"Sebenarnya, kerajaan sedang menggunakan pendekatan menakut-nakutkan rakyat dengan sekatan maklumat dan dalam masa yang sama, menutup soal pokok yang menjadi tuntutan sebenar Bersih 3.0 diadakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dalam satu dibuat di Gua Musang semalam, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen turut mendakwa, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib adalah supaya rakyat terus mempertahankan sebuah kerajaan yang 'kotor' termasuklah cara pemilihan wakil rakyat yang tidak adil.

Ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir, Mahfuz berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat.

"Kalaulah kesemua peserta Bersih itu dibenarkan duduk di Dataran Merdeka, pasti semua masalah yang timbul pada hari berkenaan tidak akan berlaku.

"Kami hanya ingin duduk dan menyatakan bantahan dan menuntut agar diadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Itu sahaja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw meminta Perdana Menteri mengklasifikasikan dua perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.

"Kalau Bersih 3.0 beliau (Najib) kata nak gulingkan kerajaan, habis Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 pula nak gulingkan apa?

"Pakatan Rakyat tidak akan mengambil alih kerajaan melalui cara yang beliau (Najib) katakan itu, sebaliknya kami tetap berpegang kepada proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya, sebab itulah perhimpunan ini diadakan, untuk menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih," jelasnya.

Tambah Seng Giaw, tindakan pihak berkuasa menyembur air, gas pemedih mata dan mengenakan kekerasan kepada peserta perhimpunan tempoh hari juga dilihat sebagai tidak wajar.

"Tindakan itu benar-benar menyusahkan peserta perhimpunan yang hadir pada hari berkenaan untuk menyatakan hasrat mereka.

"Bukan sahaja peserta perhimpunan, malah ada juga pengamal media yang turut mengani tempias tindakan polis," katanya.

WAJIB tengok: Marina Mahathir pun nak guling kerajaan... kahkahkah...

Posted: 07 May 2012 01:00 PM PDT

Polis sepatutnya menembak gas pada pendemo yang memasuki Dataran Merdeka saja, kerana Dataran Merdeka telah di wartakan sebagai kawasan larangan. Bukannya menembak gas dan water canon pada rakyat yang berasak-asak di luar Dataran larangan tersebut...

Tiada ulasan: