shalehudin |
- Mai tengok awat Mat Sabu tetiba ja malu sangat nih...
- TERHOT: Fitnah terbaru Tukar Tiub... kahkahkah...
- MAMPUIH la Umno kali nie... kahkahkah...
- PANAS: UMNO terlondeh sebelum dilondeh... kahkahkah...
- Salahudin cabar silap orang daaa.... kahkahkah...
- NEGARA GILA: 9 mayat ditemui tergantung...
- TERHOT: Najib malu besar di KUANTAN. Ni ha gambarnya...
- Melayu mana pulak yang minum beer nih... kahkahkah...
- TERHOT: Cium... jangan tak cium... kahkahkah...
- HEBAT: Penculik guna Facebook runding wang tebusan...
- Pelacur gelar ejen Amerika bodoh... kahkahkah...
Mai tengok awat Mat Sabu tetiba ja malu sangat nih... Posted: 07 May 2012 11:00 AM PDT Apa hal ngan abang Mat kita nih.... Tetiba ja jadi malu yang teramat sangat... Tengok bideo kat bawah nie kalau nak tau.... Hanya warganegara yang perihatin saja yang faham... Betapa malunya kita bila menjadi saksi pada kerakusan sang penguasa... Tanpa segan silu memperkudakan institusi kepolisian negara demi mempertahankan kuasa... |
TERHOT: Fitnah terbaru Tukar Tiub... kahkahkah... Posted: 07 May 2012 09:30 AM PDT |
MAMPUIH la Umno kali nie... kahkahkah... Posted: 07 May 2012 08:35 AM PDT Tetapi agensi berita antarabangsa mendapati rating Najib jatuh balik berikut dengan reaksi kerajaan dan polis terhadap unjuk rasa Bersih 3.0 Duduk Bantah yang mendapat sokongan rakyat luar biasa pada petang 28 April lalu. Subky Latif, SEMUA dugaan mengira PRU13 akan berlangsung dalam masa sebulan setengah ini - antara Mei dan Jun jika dilihat tandanya begitu banyak. Report antarabangsa menyebut rating Najib untuk memenanginya begitu tinggi dibandingkan dengan masa sebelumnya, lalu bendera Dacing mula dipasang di sana sini. Tetapi agensi berita antarabangsa mendapati rating Najib jatuh balik berikut dengan reaksi kerajaan dan polis terhadap unjuk rasa Bersih 3.0 Duduk Bantah yang mendapat sokongan rakyat luar biasa pada petang 28 April lalu. Orang yang membanjiri Kuala Lumpur dari seluruh Semenanjung menggerhanakan kehadirian jelajah Najib ke seluruh negara menjelang Bersih 3.0 itu. Bagi meningkat rangsangan rakyat terhadap PRU13 Najib berkunjungan ke semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan lawatan di banyak daerah. Semuanya mendapat sambutan besar. Rating Najib dirasakan naik mendadak. Tetapi lautan manusia datang sendiri ke Bersih 3.0 Duduk Bantah itu mengatasi jumlah semua sambutan yang terhadap Najib di seluruh negara beberapa bulan itu. Sekalian yang hadir menyabut Najib itu selain dari diangkut percuma, masing-masing mendapat habuan. Mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Tetapi yang ke Bersih 3.0 datang dengan duit dan kenderaan sendiri. Perdana Menteri Najib diketahui seorang yang penakut. Melihat sambutan Bersih 3.0 yang luar biasa itu mengecutkan perutnya, menyebabkan dia rasa gerun dan kalah sebelum pilihan raya diadakan. Komennya terhadap kempen himpunan Duduk Bantah itu, kerajaan tidak menghalang demonstrasi itu, tetapi Dataran Merdeka pasang pagar berduri, semua jalan Dataran Merdeka ditutup. Reaksi DBKL dan polis tidak sama dengan komen lidah Najib tak bertulang. Dan apabila bantahan aman itu terganggu dengan aksi memancutkan segala senjata cecairnya kepada penunjuk perasaan dan berlaku kejadian kejar dan pukul memukul oleh polis serta ada pula tindak balas sukarelawan demonstran, menyebabkan darah tumpah. Ada polis dan penunjuk rasa yang dihospitalkan. Sekali gus kebijaksanaan kerajaan dan polis dibicarakan oleh rakyat. Najib menyalah kemalangan itu kepada penganjur tetapi antara yang terpukul itu adalah wartawan. Dia dirawat di hospital kerana paluan polis. Najib dan menteri mengunjungi wadnya bagi menyatakan, 'Sorry!' Najib tidak akan berjaya menyalahkan pembangkang atas semua insiden. Tetapi rakyat bebas membicarakan Najib, UMNO dan BN di jalan-jalan dan warung-warung. Semua tempat itu menjadi mahkamah rakyat. Hakimnya adalah sekalian pengundi. Bantahan itu ada tuntutannya. Lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak dipenuhi sekali Najib menubuhkan jawatankuasa parlimen tentang pilihanraya. Satu apa hasil pun tidak ada. Jawatankuasa itu jadi sia-sia. Bersih 3.0 menuntut tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan. Jika tidak dipenuhi sudah ada rentang menunggu Bersih 4.0. Semua perkembangan itu menyebabkan Najib menanggung risiko pilihan raya sebulan lagi. Sekencang manapun TV memburukkan pembangkang tetapi buruk untuk Najib dan BN menunggu. Tambah berat lagi DUN Selangor tidak dibubarkan Mei dan Jun ini sebab daftar pengundi tidak dibersihkan. Pilihan raya Parlimen saja ada di Selangor. Selagi tuntutan kerajaan Selangor tidak dipenuhi DUN hanya menunggu bubar sendiri. Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menunggu sama ada membubarkan DUN masing-masing dengan daftar undi yang kotor itu. Menyertai piliharaya yang begitu kotor bererti menyerahkan batang leher untuk disembelih. Apa pun polis sudah menyusahkan Najib dan DBKL membantu memburukkan Najib dengan tindakannya. DBKL tidak menanggung apa-apa dengan memagar Dataran Merdeka, tetapi Najib terpaksa membayarnya. Polis tidak masuk pilihan raya. Yang masuk UMNO dan Najib. Kesan 28 April yang ada perbalahan antara demonstaran dan polis menyebabkan belum tentu Parlimen bubar antara Mei dan Jun. Jika ditunda, masa baru ialah September. Bacaan dunia tentang hati Najib ialah pilihan raya ditunda lagi. Ia hanya ada Mei dan Jun ini kerana Najib mahu tunjukkan andaian dunia semua tidak betul. |
PANAS: UMNO terlondeh sebelum dilondeh... kahkahkah... Posted: 07 May 2012 05:30 AM PDT Najib, ganas zalim: BN kalah sebelum PRU ke-13 bermula Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menyediakan dirinya sebagai reformis tiba-tiba terhenti apabila jalan-jalan di Kuala Lumpur dipenuhi gas pada petang Sabtu yang panas. Najib melepaskan samseng-samseng berbaju biru yang di jalanan untuk memukul dan menendang penunjuk perasaan yang tidak melawan dan bersenjata sebelum menangkap mereka. Mereka bimbang jika perbuatan mereka telah dirakamkan pada kamera dan mereka akan sentiasa dilindungi oleh tuan-tuan mereka. Mengapa Najib membiarkan penganiayaan dan keganasan berlaku begitu hampir dengan Pilihanraya Umum? Pelan itu Nampak seperti diadakan untuk mewujudkan suasana takut dimana BN boleh pergunakan untuk mendapat kelebihan pada pilihan raya lebih daripada apa yang mereka biasa lakukan. BN telah nampaknya kalah dalam pilihan raya dan sedang mencari cara lain akibat terlalu terdesak untuk kembali memegang kuasa. BN sudah kalah dalam pilihanraya ke-13 Najib tidak akan berjaya kerana peristiwa ini dan darah yang telah tertumpah pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April untuk pilihanraya yang bebas dan adil akan diterjemahkan dalam bentuk menentang BN pada pilihan raya yang akan datang. BN dalam usaha untuk cuba menjustifikasikan serangan ganas mereka, berkata mereka hanya menyerang para penunjuk perasaan kerana mereka merobohkan penghalang di Dataran Merdeka. Kita tidak boleh sahkan jika para penunjuk perasaan telah meruntuhkan halangan, tetapi jika mereka telah lakukan apa masalahnya? Menyekat Dataran merupakan suatu perbuatan yang tidak perlu sama sekali dan suatu provokasi oleh BN untuk menghalalkan keganasan yang mereka lakukan pada hari ini. Dataran milik semua rakyat Malaysia dan bukan sekumpulan ahli politik BN yang korupsi. Jadi, apa masalahnya jika sekumpulan rakyat Malaysia mahu duduk di sana? Ia adalah sebuah padang, dan bukan persimpangan jalan yang sibuk! Bersih harus lebih agresif: Fikirkanlah tentang pengorbanan para pemprotes dan janganlah 'kiasu'. Dalam hal ini, sudah tentu, kita sama sekali tidak bersetuju dengan kepimpinan Bersih yang lemah kerana, selepas berkumpul lebih daripada seratus ribu orang, dan mengelilingi Dataran daripada semua arah; dalam anti-klimaks yang menghairankan; mengarahkan para penunjuk perasaan untuk bersurai. Ini setelah hampir 30 minit selepas bantahan Bersih bermula! Tiada siapa yang datang dari Kedah, Kelantan, Johor mahupun Bangsar hanya untuk mendengar Ketua Bersih, Ambiga Sreenevasan memberitahu mereka untuk pulang ke rumah. Para penunjuk perasaan yang berani dan komited sangat kecewa oleh jawatankuasa Bersih pada 28 April itu. Jika jawatankuasa Bersih ada niat untuk menyelamatkan penunjuk perasaan dari bahaya, maka mereka belum kenal siapa itu BN. Lihat apa yang BN telah lakukan! Cuba rasakan kesakitan mereka yang telah ditumbuk, ditendang dan dipukul sebelum diheret ke beberapa pusat tahanan. Kalah Dengan taktik zaman lapuk mereka, BN hanya berjaya menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia semakin radikal dan telah mengubah penunjuk perasaan aman menjadi pejuang. Ini jelas ditunjukkan oleh para penunjuk perasaan seramai 5,000 orang atau yang bertindak balas terhadap gas dan air pemedih mata kerana enggan beredar dan terus dengan perjuangan mereka. Najib boleh memutuskan untuk memberi perhatian kepada sebilangan peserta demo dan memperkenalkan perubahan yang sebenar di Malaysia dalam masa yang singkat dia memegang jawatan Perdana ini. Atau dia boleh teruskan sahaja dengan reformasi palsunya. Apa jua yang dilakukannya sekarang, dia masih akan kalah pada pilihan raya kali ini. Segalanya sudah terlambat bagi Najib. Malaysia Chronicle |
Salahudin cabar silap orang daaa.... kahkahkah... Posted: 07 May 2012 02:38 AM PDT Salahudin cabar Umno lawan cara 'anak jantan' JOHOR BAHRU: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mengecam politik samseng dan fitnah yang digunakan Umno BN terhadapnya selepas pengumuman beliau untuk bertanding di Johor pada PRU 13 nanti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan turut mencabar Umno BN khususnya di negeri Johor untuk melawannya secara anak jantan dalam pilihan raya, bukannya menggunakan kaedah tidak bertamadun memfitnah dan mengupah samseng menakut-nakutkannya. "Saya mengecam budaya politik samseng dan fitnah yang mereka taburkan kepada saya. Ini menunjukkan bahawa mereka takut untuk berdepan dengan saya secara bersemuka. "Saya cabar pimpinan Umno BN agar bertanding melawan saya secara anak jantan. Saya bersedia pada bila-bila masa, pada mana-mana tempat untuk bersemuka dengan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) di Plaza Angsana di sini semalam. Sebelum ini beberapa bloger upahan Umno cuba menjatuhkan kredibilitinya dengan menyebarkan fitnah kononnya beliau terlibat skandal dengan seorang perempuan. Selain fitnah jahat itu, Salahudin ketika mahu bertemu penduduk di Skudai Kiri baru-baru ini juga diserang dan diugut oleh samseng upahan yang cuba menghalangnya. "Demi Allah, saya menyatakan disini bahawa apa yang mereka katakan pada saya itu adalah fitnah. "Saya tidak akan undur kebelakang atas keputusan saya untuk bertanding di negeri Johor ini," katanya. Sejak beliau mengesahkan mahu balik bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada PRU 13 akan datang, banyak pihak khususnya pemimpin Umno di negeri itu dilihat tidak senang duduk. Kewibawaan Salahudin serta penerimaan rakyat Johor terhadapnya cukup menggusar Umno dan BN Johor setakat ini.- Harakahdaily |
NEGARA GILA: 9 mayat ditemui tergantung... Posted: 06 May 2012 11:00 PM PDT 9 mayat ditemui tergantung, 14 tanpa kepala MAYAT sembilan individu tidak dikenali tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, Mexico kelmarin. BANDAR RAYA MEXICO - Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan. Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup. Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat. Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini. Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo. Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini. Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan. Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. - Agensi |
TERHOT: Najib malu besar di KUANTAN. Ni ha gambarnya... Posted: 06 May 2012 09:00 PM PDT Baru-baru ni kita degemparkan dengan kehadiran 70 ribu orang berduyun-duyun sambut Najib di Kelantan... Itu pun setelah berlori-lori orang kampung yang tak bersalah di heret secara rombongan berserta duit poket. Habih orang-orang tua kampung serta makcik Felda yang suka tak rela terpaksa bersama demi sesuap nasik dan sedikit duit poket demi menunjukkan kekuatan UMNO di Kelantan pada Najib. Semua tu hampeh.... Kerahan buat pelajar-pelajar sekolah dan politeknik terpaksa di buat... Semua tu hanya lakonan UMNO Kelantan nak tunjuk jaguh pada Nik Aziz... dan wayang tuk Najib bahawa UMNO di Kelantan masih bertaring... kahkahkah... Kali ni Najib kantoi di Kuantan, Pahang pula... Tempat sendiri beb.... kahkahkah... Fenomenanya adalah sama dengan di Kelantan.. iaitu ada lagi kerahan.. cuma kehadiran sememangnya amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri... ******************************************* Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini.. KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan. Lagi gambar-gambar sila lihat di (SINI) |
Melayu mana pulak yang minum beer nih... kahkahkah... Posted: 06 May 2012 07:00 PM PDT Mengapa Pas tidak boleh bersama Umno? Oleh Khalid Samad Masih ada lagi yang bertanya, mengapa Pas tidak boleh bersama Umno sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.Jawapan saya berbentuk cerita. Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak. Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, "Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!" Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, "Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!" Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, "Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!" Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun di tangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut. Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu 'dengan siapa', tetapi 'buat apa'. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustaz, ia tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ia tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala! Umno ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau Pas turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda Pas akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. Pas juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu. Sedangkan apabila Pas bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab "sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman". Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan Umno yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa. Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang penting bukan soal 'buat dengan siapa' tetapi yang penting adalah 'buat apa'? * Dipetik dari blog Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat |
TERHOT: Cium... jangan tak cium... kahkahkah... Posted: 06 May 2012 05:30 PM PDT Gambar menunjukkan seorang pemuda sasa sedang mencium tangan Piem Umno.... Kahkahkah.... Kahkahkah.... Kahkahkah.... Kahkahkah.... Kahkahkah.... Kahkahkah.... |
HEBAT: Penculik guna Facebook runding wang tebusan... Posted: 06 May 2012 03:00 PM PDT Penculik Nayati gunakan Facebook untuk runding wang tebusan KUALA LUMPUR, 6 Mei — Penculik kanak-kanak berusia 12 tahun Nayati Shamelin Moodliar menggunakan laman sosial Facebook untuk merunding jumlah wang tebusan dengan keluarganya. Pihak polis akan memburu penjenayah terbabit dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Siber Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Mereka berharap akan dapat menjejaki penculik tersebut melalui alamat "Internet Protocol" (IP) yang digunakan sewaktu rundingan melalui Facebook berkenaan. The Star turut melaporkan jumlah sebenar wang tebusan bernilai RM1 juta, sebelum penculik dan keluarganya bersetuju dengan nilai RM300,000. Selepas wang tebusan itu diserahkan pada petang Rabu, penculik itu kemudiannya melepaskan kanak-kanak terbabit dengan meninggalkannya di hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh keesokan paginya. Kanak-kanak tersebut dijemput oleh keluarganya selepas dihubungi Nayati (gambar)menggunakan telefon bimbit yang ditinggalkan penculik. Kes ini mendapat perhatiam umum, dengan poster tertera gambar kanak-kanak itu ditampal di dalam pelbagai bahasa di sekitar Lembah Klang. Turut dilaporkan sebelum ini Nayati yang lengkap berpakaian uniform sekolah telah diculik dua lelaki menggunakan kereta bewarna hitam pada jam 7.35 pagi tidak jauh dari sekolahnya, Mont Kiara International School. Lelaki berkenaan dikatakan memeluk kanak-kanak lelaki tersebut ketika dia sedang berjalan ke sekolah, menariknya ke dalam kereta dan melarikan diri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah akan mengetuai pasukan khas bagi menangkap penculik tersebut.- TMI |
Pelacur gelar ejen Amerika bodoh... kahkahkah... Posted: 06 May 2012 01:00 PM PDT Seorang pelacur Colombia yang mendedahkan skandal seks anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat menggelar mereka 'bodoh' kerana melakukan kesalahan melanggannya serta percaya mudah mendapat maklumat sensitif jika dia seorang perisik. Dania Londono Suarez (gambar) juga mendedahkan, dia tidak mahu lagi terbabit dalam pelacuran kerana kehidupannya musnah akibat pendedahan skandal berkenaan. Suarez berkata dalam temubual 90 minit dengan W Radio Colombia yang dilakukan di Sepanyol mudah untuk mendapat maklumat sensitif mengenai Presiden Barack Obama berdasarkan perilaku ejen itu di sebuah hotel di Cartagena. "Dia tidur sepanjang malam. Jika mahu, saya boleh teliti semua dokumen, dompet dan beg bimbitnya," kata Suarez. Dia juga memberitahu, tiada seorang pun penyiasat Amerika menghubunginya, walaupun wartawan mengesannya seminggu selepas kejadian itu apabila pemandu teksi menunjukkan rumahnya. Kenyataan Suarez menimbulkan keresahan ahli Kongres Amerika yang memantau kes itu. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Dewan Perwakilan, Peter King, meluahkan kebimbangan kerana penyiasat gagal mengesan dan menemubual dua wanita warga asing yang terbabit termasuk Suarez. "Saya minta penjelasan Perkhidmatan Rahsia mengapa gagal mencari wanita ini sedangkan media tiada masalah mengesannya. "Lapan ejen Perkhidmatan Rahsia hilang pekerjaan dalam skandal itu walaupun tiada bukti mana-mana daripada 10 wanita yang ditemubual penyiasat Amerika mengenai peranan mereka dalam kejadian itu, ada kaitan dengan kumpulan pengganas", kata King. Dalam temubual itu, Suarez menggelar ejen Perkhidmatan Rahsia yang terbabit dalam skandal itu bodoh kerana tidak mempedulikan keselamatan Obama dan membiarkan perkara itu berlaku. "Apabila saya kata mahu hubungi polis supaya mereka membayar wang kepada saya, ia langsung tidak diendahkan mereka, tidakkah mereka tahu betapa seriusnya masalah ini," katanya. – AP |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan