Isnin, 7 Mei 2012

Addin

Addin


Rosmah Dapat Anugerah Lagi..

Posted: 07 May 2012 10:30 AM PDT

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara malam tadi. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata, golongan belia perlu melihat penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga.

"Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada belia," katanya.

Turut menerima anugerah pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zokples Embong (Anugerah Pengurusan Sukan dan atlet skuasy kebangsaan, Azlan Iskandar (Anugerah Khidmat Masyarakat).

Persatuan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM) meraih Anugerah Perkhidmatan Pelanggan manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) muncul penerima Anugerah Promosi Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan.

Addin:

Lepas ni anugerah apa pulak yang dapat..

Majlis Fatwa Ada Berani Keluarkan Fatwa Tentang Nih?

Posted: 07 May 2012 07:39 AM PDT

Terlalu banyak persoalan yang timbul akibat  keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang kononnya bertujuan tidak baik padahal rakyat berdemo mahukan pilihanraya bebas dan adil. Menolak penipuan berterusan SPR yang bersengkokol dengan United Malays National Organisation (Umno) selaku parti pemerintah. Sedangkan persoalan mengenai hukum seorang lelaki yang memakai rantai di leher yang terang-terang meniru kaum perempuan tidak dipedulikan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Addin cabar supaya Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan Dr. Abdul Shukor Hussin keluarkan fatwanya berkenaan Najib selaku PM telah memakai rantai  leher semasa lawatan bulan lalu ke Temerloh, Pahang.

Jangan kerana Najib seorang PM, Majlis Fatwa tak berani nak tegur ataupun mufti -mufti yang ada cuma tahu menghentam Pakatan Rakyat sahaja. Yang dilihat oleh pemerhati sebagai pengganti United Malays National Organisation (Umno) di Putrajaya.


Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya. ~malaysiakini


Sah!! Pengerusi SPR BERSIH, Bukan Ahli Umno.. Ini Buktinya

Posted: 07 May 2012 05:01 AM PDT

Pengerusi SPR sudah BERSIH. Boleh percaya ke nih? Ada pulak yang sanggup jadi kambing hitam? Setelah berminggu-minggu isu ini dimainkan, baru hari ini ada jawapannya. Jawapannya hanya sekadar melepas batuk di tangga. Adakah ini kebetulan.. ataupun kebetulan yang disengajakan. Skima jawapan United Malays National Organisation (Umno).. 'saya bukan ahli tapi hanya sama nama'. Sekadar kebetulan.. sama nama dan kebetulan kerja di Jabatan Perdana Menteri. Kebetulan yang sungguh menakjubkan.

Kepada pembongkar isu nih, sila dedah secara terperinci keahlian Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR nih.. Kali nih biar mereka tak boleh bersilat lagi..


'Saya Sama Nama Pengerusi SPR'

PUTRAJAYA – "Saya yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya, bukan seperti dakwaan dalam sebuah blog," kata Abd Aziz Mohd Yusof, 53.

Pemandu di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menganggotai Umno 30 tahun lalu dan memegang jawatan di cawangan berkenaan dua penggal dalam tempoh 10 tahun itu.

Abd Aziz yang sama nama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tampil menafikan tuduhan­ di blog bahawa Pengerusi SPR itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya.

Beliau terkejut ia dijadikan isu oleh pembangkang, sedangkan ia tidak benar. "Ini permainan biasa pembangkang yang cuba menjatuhkan imej Umno dan mengelirukan rakyat.

"Saya menasihatkan mereka (yang terlibat) hentikan fitnah ini," katanya. Anak kelahiran Pedas, Negeri Sembilan ini berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan sejak 1979. ~sinarharian

Pejabat PKR Di Pecah Masuk.. Angkara Siapa?

Posted: 06 May 2012 08:33 PM PDT

KUANTAN, 7 Mei - Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Jalan Beserah dekat sini telah diceroboh malam tadi. Perakara itu dilaporkan oleh blog rasmi parti itu pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang. Menurut beliau, beberapa dokumen penting, komputer serta peralatan pejabat didapati telah hilang. Malah, turut dirosakkan adalah talian elektrik di seluruh kawasan pejabat berkenaan (diputuskan).

"Saya ke pejabat sekitar jam 9.30 malam tadi untuk melakukan tugasan. Setiba di pejabat saya tengok rantai pintu pagar telah diputuskan. Saya percaya penceroboh masuk ke pejabat melalui siling kerana tiada kesan pintu yang dipecahkan", katanya.

Beliau percaya perbuatan khianat tersebut telah dirancang oleh pihak yang berkenaan bagi mensabotaj parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Malah, kehilangan beberapa dokumen pentong serta komputer yang mengandungi data-data parti membuktikan modus operandi yang sama dilakukan oleh penceroboh semasa kejadian yang sama di pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) di Bukit Sekilau dulu.

Malah, sebelum ini (28 Nov 2011) juga telah berlaku kecurian di lokasi (Pejabat PKR Pahang) yang sama di mana lima buah kompresor hawa dingin didapati telah hilang. Satu laporan polis akan dibuat berkaitan kes ini dan difahamkan satu sidang media akan dilakukan pagi ini berkaitan insiden tersebut.

Sementara itu Keadilan Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab. ~pahangdaily


Gambar Pemuda Umno Gagah Perkasa Cium Tangan Rosmah Mansor

Posted: 06 May 2012 07:29 PM PDT


Budaya cium tangan di dalam United Malays National Organisation (Umno) sudah menjadi kebiasaan. Mungkinlah niatnya sebagai tanda menghormati.. mungkin.

Kebiasaanya kita lihat lelaki cium tangan pemimpin lelaki. Gambar di atas kita lihat Pemuda Umno yang gagah perkasa cium tangan Rosmah Mansor. Yang peliknya, kenapa beria-ria cium tangan Rosmah Mansor? Tak tau halal haram ke?

Inilah didikan yang United Malays National Organisation (Umno) terapkan kepada kalangan ahli dan pengikut-pengikutnya. Parti jijik dan keji sebeginikah yang kita harapkan untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini.. Tepuk dada tanya iman..

Baca di sini dan di sini.


Tiada ulasan: