shalehudin |
- Akhbar siar interbiu penuh drama dengan ibu Azmin
- TERHOT: Bungkuih la Umno kali nih... kahkahkah...
- BEDEBAH betoi MB Selangor nih... kahkahkah...
- PANAS: Ada SB menyamar PAS woi?
- LAWAK AHAD: MIC masih wujud... kahkahkah...
- AWAS: Jangan percaya tulisan Tukar Tiub
- MAI BACA: Apa yang Najib ni takut sangat... kahkahkah...
- TERHOT: Perarakan BERSIH 4.0 di Pelabuhan Kelang... kahkahkah...
- Fuyoo... Petani Iraq cipta world record
Akhbar siar interbiu penuh drama dengan ibu Azmin Posted: 06 May 2012 11:00 AM PDT Ibu kepada Azmin Ali berkata beliau sedia menerima semula anaknya itu sekiranya timbalan presiden PKR itu meninggalkan gerakan tersebut, lapor akhbar Mingguan Malaysia. "Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar. "(Kemudian) barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok," kata Che Tom Yahaya dalam wawancara penuh drama yang disiarkan akhbar tersebut hari ini. Wawancara eksklusif stesen TV3 itu turut dilaporkan akhbar Berita Minggu hari ini. Che Tom, 78, juga mempersoalkan tindakan Azmin yang tidak mahu melakukan sumpah laknat atas dakwaan melibatkan hubungan menantunya, Shamsidar Taharin dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat? Kenapa tak mahu saman?," katanya lagi seperti dipetik Mingguan Malaysia. Che Tom juga berkata beliau sedih kerana ahli parlimen Gombak itu didakwa tidak lagi mengambil berat perihal dirinya. Wawancara dengan wanita berkenaan disiarkan hari ini, selang beberapa hari selepas Azmin memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berikutan laporan 2 Mei lalu yang menuduhnya terlibat dalam satu aksi panas dalam tandas. Azmin ketika menafikan perbuatan itu berkata dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya. Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.- Malaysiakini |
TERHOT: Bungkuih la Umno kali nih... kahkahkah... Posted: 06 May 2012 10:44 AM PDT Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak, Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan! Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas di Kuala Lumpur. Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini. Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan negara itu dengan Malaysia. Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel di Kuala Lumpur. Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar. Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama, tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa dengannya? Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri. Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 - Jalan Pulang |
BEDEBAH betoi MB Selangor nih... kahkahkah... Posted: 06 May 2012 08:25 AM PDT Kenapa si Dia yang dituduh tu berdiam diri saja? Kahkahkah... Kita bukan mintak si Dia bersumpah laknat, tapi kita mintak dia saman saja mereka tu kalau betoi isu ni palsu?... Kahkahkah... PM Malaysia patut saman mereka dan sekali gus membersihkan namanya & Negara !!! Jangan sampai makcik Felda kata benda tu betoi sudah laa... Kan ka orang Melayu punya budaya... kalau diam tu tandanya setuju! Kahkahkah.... ********************************** Ekoran penemuan terbaru pendakwa awam Perancis, kerajaan Selangor menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urus niaga kapal selam Scorpene bernilai berbilion ringgit. Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika perlu, dana antirasuah dari "Geran Selangorku" juga boleh dibelanjakan memandangkan tuduhan itu serius dan melibatkan perdana menteri sendiri. "Jika pihak SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan negeri bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa," katanya. Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, sebagai kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu serius itu. Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian senjata Perancis-Malaysia kelmarin mendakwa menemui bukti bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN. Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faks menunjukkan Najib didakwa meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.- Malaysiakini |
PANAS: Ada SB menyamar PAS woi? Posted: 06 May 2012 03:30 AM PDT Kisah Sb Menyamar Sebagai Ahli Pas Ampang Blog WasiatPejuang Sebentar tadi aku berada di Balai Polis Cheras bersama Khalid Ismath yang pada mulanya di minta hadir untuk memberi keterangan di IPKL naum dia telah di tahan dan di bawa ke balai polis Cheras. Aku bersama team keselamatan khas Pas Pandan ...telah menanti Khalid di tepi bilik siasatan. Untuk pengetahuan semua team Keselamatan Khas Pas Pandan ni muka dan gaya sebijik macam polis, siap dengan walkie talkie. Tiba2 datang seorang pakcik bertanyakan kami "Pak Ya ada mana?" Kami pun hairanlah Pak Ya mana. Dalam kami semua tu ada seorang pemuda Pas Ampang, bila si pakcik ni ternampak muka pemuda Pas ampang dia jadi terkejut. Sebenarnya pakcik ni ingat kami semua ni SB pada mulanya tapi bila dia bersalam saja dengan pemuda Pas Ampang ni muka dia sudah jadi lain. Mulalah dia tergagap dan terus masuk ke bilik siasatan CID tempat Khalid di soal siasat. Rupa2nya menurut pemuda Pas Ampang ni pakcik ni selalu join program Pas di Ampang dan khejanya lepak di kedai kopi sembang macam orang Pas. Billa dia keluaq dari bilik CID tu kami tanya dia ada apa kes datang sini. Dia jawab dia mai nak tolong abang dia kena cekup pasai dadah. Aku tak mau tuduh pakcik ni SB atau apa tapi cuma nak kemukakan beberapa persoalan: 1-Siapa pakcik ni yang tiba2 terus boleh masuk ke bilik siasatan CID tanpa ada sebarang halangan dari polis? 2-Betulkah dia datang nak setlekan abangnya yang menjadi penagih dadah. Kalau betul kenapa kes dadah perlu datang ke CID sedangkan kes dadah adalah di bawah anti nakotik. Dan berapa pula usia abangnya sedangkan umur pakcik ni pun sudah menjangkau 50an dan jika betul pun abangnya penagih dadah maka ianya sudah pasti dalam usia lebih 50 tahun menjadi penagih dadah yang tegar dan keluar masuk lokap atau pusat pemulihan itu adalah perkara biasa. Jadi untuk apa pakcik ni nak buat kalut dengan perkara yang dah rutin bagi seorang penagih dadah tegar. 3-Siapa Pak Ya? Kenapa pakcik ni bertanya kami di mana Pak Ya di dalam balai polis melainkan Pak Ya itu adalah seorang polis dan pakcik ini bertanya kami kerana menyangkakan kami adalah juga polis. 4-Kenapa bila menyedari kami bukan polis pakcik ini sudah jadi gabra dan terus masuk ke bilik CID dan apabila keluar terus kasitau benda2 yang kami tak tanya seperti apa yang ada dalam begnya dan tujuan apa dia datang kemari. Jadi kepada pimpinan Pas dan PR di parlimen Ampang berhati hatilah dengan orang ni. Gambarnya telah di rakam... sila cari kepada Team Keselamatn Khas Pandan untuk rujukan agar tidak ada onar yg cuba merosakan parti anda di Ampang.... |
LAWAK AHAD: MIC masih wujud... kahkahkah... Posted: 06 May 2012 01:09 AM PDT Kerakyatan tercicir: Kenapa baru sekarang nak berebut buat baik? Pemerhatian yang teliti telah kami buat beberapa hari yang lalu berhubung dengan insiden seorang pemimpin PKR yang teruk dibelasah oleh sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC sewaktu berada di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pemimpin PKR tersebut adalah sebahagian daripada rombongan ahli-ahli PKR bersama dengan keluarga seorang pelajar berbangsa India yang sehingga kini tidak diberikan kad pengenalan (MyKad), dalam perjalanan mereka untuk ke JPM untuk menuntut berjumpa dengan perdana menteri mengenai masalah pelajar tersebut yang sebelum ini tidak dapat mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah usaha yang dilakukan oleh rombongan PKR itu salah dan melanggari undang-undang sehinggalah sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC bertekad untuk menghalang rombongan PKR itu daripada sampai ke JPM? Kenapa baru sekarang MIC hendak berebut dengan PKR untuk berbuat baik? Apakah MIC telah buat untuk masyarakat India selama ini? Kenapa baru sekarang MIC sedar bertapa ramainya di kalangan masyarakat India yang kerakyatan mereka tercicir dengan begitu lama? Ke mana pergi MIC sebelum ini? Kami juga telah mendapati bukan sahaja pelajar tersebut yang menghadapi masalah tidak mendapat MyKad. Sebelum ini terdapat juga puluhan kes di kalangan masyarakat India yang sehingga kini masih belum diberikan kerakyatan walaupun telah disahkan yang kebanyakan mereka ini dilahirkan di Malaysia. Apakah punca sebenarnya? Bermacam-macam bentuk masalah yang telah diketengahkan sebelum ini, yakni masalah surat beranak hilang, tidak mendaftarkan kelahiran, ibu atau bapa bukan warganegara, masalah buta huruf, pelbagai karenah dan birokrasi di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan yang tidak lengkap, tiada khidmat nasihat yang sempurna dan berbagai-bagai masalah yang tidak terhingga. Masalahnya adalah, ke mana perginya para pemimpin MIC sebelum ini? Kenapa isu-isu ini tidak ditangani oleh MIC sejak dari awal lagi sehinggalah mangsa-mangsa tersebut terpaksa beralih ke parti-parti lain, seperti PKR untuk meminta bantuan? Siapakah yang gagal menangani masalah tersebut? MIC atau PKR? Kejadian tersebut jelas menunjukkan bahawa para pemimpin pemuda MIC berasa amat cemburu dan dengki terhadap usaha-usaha murni beberapa pemimpin PKR yang berjaya mendapatkan perhatian umum mengenai masalah kerakyatan di kalangan masyarakat India baru-baru ini. Selain itu, kejadian tersebut juga telah membuktikan yang MIC langsung tidak berniat ikhlas untuk membantu masyarakat India yang didakwa "diwakilinya" selama ini. Apa gunanya dapat MyKad di hari tua? Kita telah lihat di kalangan parti-parti komponen BN yang lain juga, dah terlewat baru nak sedar akan kesilapan mereka yang lalu. Bukan sahaja MIC, bahkan MCA turut bersikap sedemikian. Di kalangan masyarakat India dan Cina selama ini, terdapat ramai di antara mereka yang gagal mendapatkan kerakyatan mereka sehingga ke hari tua mereka, malah ada di antara usia mereka yang telah melanjut hingga he tahun 90an. Barulah MIC dan MCA ini nak berlumba-lumba dengan PKR atau DAP untuk mendapatkan kerakyatan untuk mereka yang tidak mendapatkan hak mereka selama ini. Dan apabila MyKad untuk golongan ini telah siap, MIC dan MCA dengan segera memanggil sidang akhbar untuk mengumumkan kebaikan dan usaha mereka. Apa gunanya apabila umur seseorang itu telah menjangkau lebih daripada 50 tahun barulah berjaya memperolehi kerakyatan mereka? Apa gunanya mereka-mereka yang kini telah bergelar datuk-datuk dan nenek-nenek baru sekarang mendapatkan kerakyatan mereka setelah mencubanya berdekad-dekad yang lalu tanpa dipedulikan sangat oleh para pemimpin MIC dan MCA. Usia muda mangsa-mangsa ini terbazir dengan begitu sahaja,, bukan itu sahaja, bahkan peluang pendidikan mereka juga terlepas dengan begitu sahaja yang menyebabkan mereka buta huruf sehinggalah ke usia tua mereka. Dah terlewat. Baru sekarang MIC dan MCA nak berbuat baik. Golongan yang kini telah bergelar datuk-datuk dan nenek-nenek ini tidak akan terhutang budi terhadap MIC dan MCA lagi kerana mereka sedar bahawa usia muda dan peluang mereka sebelum ini telahpun hancur dan tidak punyai harapan lagi.- Malaysia Chronicle |
AWAS: Jangan percaya tulisan Tukar Tiub Posted: 05 May 2012 09:00 PM PDT TANDA TANDA GEROMBOLAN AKAN RUNTUH TERBARAI IMELDA RATU KASUT DARI LIDAH PENGRANG TUKAR TIUB tanda tanda united malays national organistion akan berkubur semakian jelas tanda tanda ini dilihat dalam dua segi dari segi politik dari segi ekonomi SEGI POLITIK keyakinan elit politik terhadap pimpinaan najib makin merosot mahathir secara terbuka melihat najib razak amat lembik najib dilihat flip flop - dulak dalik - kluk klak tak tentu hala ini menakut geng geng mahathir muhamad menjadikan pakatan kuat daim zainudin secara terbuka telah memperlekehkan najib najib di lihat tidak ada upaya untuk memberi pimpinan ahli ahli gerombolan sendiri melihat najib razak amat lembik malah dikalangan ahli gerombolan telah kelaur kanyataan: "kalau takut bini - macam mana nak memimpin" perhatikan tdak ada kenyatan yang menyokong najib bila 300 ribu rakayat menuntut pilihanraya adil semua menteri menikus kenapa? sebab utama mereka melihat najib bukan pemimpin mereka tak layak tak ada kualiti ramai telah bersedia untuk mencari ganti justeru itu muhyiddin tidak beekata apa apa muhyiddin yang tidak boleh senyum kini tergolek dog ketawa senang hati apa bila 300 ribu orang turun berdemo KES RASUAH NAJIB DIPARIS kes ini akan memencilkan malaysia jika najib tidak diundurkan maka waran tangap akan dikeluarkan pertama kalinya kepada pm malaysia najib akan bersama bashir dari sudan mugabe dari zimbabwe yang akan di cari oleh interpol ini menjadikan ramai menteri dan pemimpin gerombolan tidak lagi senang dengan najib najib kini dilihat sebagai one bilion dollar man DARI SEGI EKONOMI politik ialah kuasa kuaswa politik bertujuan untuk mengambil ekonomi jika politik kukuh maka ekonomi juha kukuh hari ini amat jelas tanda tanda ekonomi dibawah najib akan hancur para cukong dan towkay besar semakin tidak yakin dengan gerombolan dan najib apa tandanya? - ananda krishan mula jual syarikat jana kuasa - vincent tan jual syarikat toto - saham scomi jatuh - kini scomi telah memulangkan duit saham - adik vincent tan mula lari ke pulau pinang INI RATU BEG TANGAN rosmah mansor yang dibenci bukan sahaja oleh orang ramai tetapi oleh ahli united malays national organisation kini telah jarang muncul tidak kelihatan lagi di tv tidak merayau bersama isterinya tidak heboh heboh nak ganti pemaisuri agong tidak terlonjak lonjak di datarn merdeka tidak ada lagi gambar dalam akhbar janda puaka ini dilihat oleh gerombolan sebagai beban gerombolan tidak mahu memikul biawak hidup yang akan membawa undi kepada pakatan Brader Tukar Tiub |
MAI BACA: Apa yang Najib ni takut sangat... kahkahkah... Posted: 05 May 2012 08:00 PM PDT Mengapa Najib takut pilihan raya adil, bersih? KUALA LUMPUR, 5 Mei: Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu takutkan pilihan raya yang adil dan bersih sehingga sanggup menjadikan dirinya dilihat begitu bodoh, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar). "Asalkan dapat mengelakkan pilihan raya yang bersih dan adil, Najib sanggup hina dirinya sehingga beliau nampak bodoh sungguh," katanya. Beliau juga tidak sangka Najib sanggup bercakap merapu dan menuduh rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih mahu menggulingkan kerajaan. Mohamad juga mempersoalkan, Najib terancam dengan siapa sebenarnya? Siapa mahu guling kerajaan, Bersih atau pesaing-pesaingnya di dalam Umno, tanya beliau lagi. "Dakwaan Najib mengenai percubaan hendak guling kerajaannya itu ditujukan kepada siapa? "Ditujukan kepada desakan-desakan dalam Umno sendiri termasuk dari godfather mereka atau kepada Bersih? "Kalau ditujukan kepada Bersih, dia salah alamat," katanya. Menurut Mohamad, hanya orang gila sahaja yang sanggup mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 minggu lepas bertujuan mahu menggulingkan kerajaan di luar cara pilihan raya. "Perhimpunan itu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Perhimpunan itu menuntut dibersihkan daftar pengundi. Perhimpunan itu menuntut ahli Umno berhenti sebagai Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). "Kalau mahu guling kerajaan Najib di luar cara pilihan raya, hendak buat apa tuntut semua itu?" tegas beliau. Mohamad berkata, walaupun kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 menjadikan Najib berasa sangat terancam, tetapi yang lebih mengancam kedudukannya ialah arus deras dari dalam Umno sendiri yang begitu tidak puas hati terhadap cara beliau dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengendalikan kebangkitan rakyat itu. "Rakyat yang berhimpun dalam Bersih 3.0 itu tak boleh buat pakatan sulit untuk jatuhkan kerajaan Najib, mereka hanya mampu jatuhkan kerajaan Najib melalui pilihan raya dan sebab itulah mereka menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. "Yang boleh buat pakatan sulit untuk jatuhkan Najib ialah orang-orang utama Umno yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Najib," kata beliau. Mohamad juga ketawa besar bila ditanya tentang dakwaan Najib kononnya ada rancangan mahu mengheret perhimpunan Bersih 3.0 sehingga dua tiga hari atau lebih daripada itu dan menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir di Mesir. "Kalau Najib kata begitu dengan tujuan menjadikan dakwaan itu sebagai propaganda terdesak untuk menipu rakyat, hanya orang bodoh yang percaya. "Rakyat sudah melihat tiga perhimpunan Bersih dan rakyat yang cerdik tahu bahawa bukan mereka yang berhimpun yang mencetuskan kekacauan itu," katanya. Jika dengan membuat dakwaan itu Najib menganggap dia telah menghebahkan maklumat sulit yang diberitahu kepadanya, kata Mohamad lagi, akan lebih teruklah penilaian rakyat terhadap kebolehan Najib. "Kalau Najib mahu rakyat kutip 'disinformation' seperti itu dan mempercayainya, saya bimbang rakyat akan menganggap beliau sebagai Perdana Menteri paling bodoh dalam sejarah Malaysia. "Najib janganlah jadikan dirinya dilihat begitu bodoh," katanya. Mohamad juga yakin "dakwaan tidak cerdik" Najib itu langsung tidak dapat membantu kepercayaan rakyat yang semakin merudum terhadap beliau dan kerajaannya.- Harakahdaily |
TERHOT: Perarakan BERSIH 4.0 di Pelabuhan Kelang... kahkahkah... Posted: 05 May 2012 03:00 PM PDT Kemarahan pemandu lori muncul kembali Selepas tiga hari mogok pemandu lori terhadap pengendali depot - yang melumpuhkan industri import-eksport Pelabuhan Klang - perasaan tidak puas hati dilihat masih belum reda. Ini susulan hasil mesyuarat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Lembaga Pelabuhan Klang, pengendali depot dan kumpulan berkepentingan semalam. Menurut sumber yang terlibat, penyelesaian akhir tidak ditetapkan tetapi kementerian memberikan jamiman akan menyelesaikan perkara itu dengan syarat mogok tidak diteruskan. "Mereka kata tiada lagi mogok, kamu akan balik bekerja dan kami akan cari penyelesaian untuk perkara ini," dakwanya. Pada 2 Mei lalu, ribuan pemandu lori kontena dilaporkan berdemonstrasi di Pelabuhan Klang bagi membantah kenaikan caj yang dikenakan pemilik depot terhadap mereka bagi menghantar atau mengambil kontena di pelabuhan itu.- Malaysiakini |
Fuyoo... Petani Iraq cipta world record Posted: 05 May 2012 12:22 PM PDT Petani kahwin dua wanita satu malam SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita. Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq. Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu. Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit. Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut. Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam. Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan. "Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut," katanya. Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut. Intidhar berkata: "Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan? "Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil." Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil. Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu. Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju. Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu. Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti. Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu. Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak. Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis. Idea Abdul Rahman berkahwin dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya. "Lelaki ini seorang hero. Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut dimasukkan dalam Guinness World Records," komen Ali Bassi Abbar. Namun, Sara Yasser memberikan komen dengan sinis. "Kasihan lelaki itu, dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki yang baik," katanya. Seorang lagi wanita, Sara Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak mempunyai perasaan dan maruah. - AFP |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan