Ahad, 6 Mei 2012

Addin

Addin


Cikgu Nih Kata Peserta Bersih 3.0 Orang Bodoh?

Posted: 06 May 2012 10:00 AM PDT

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, begitulah ibaratnya nasib guru-guru di tanahair ini pada jumaat 4 Mei 2012. Ini kerana seorang guru yang bertugas sebagai guru kunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Palma Taiping terlalu taksub dengan fahaman politik kepada UMNO BN hinggakan sanggup melanggar etika seorang guru dengan mempolitikan isu BERSIH 3.0 kepada murid-murid disekolah tersebut. Aku dapat tahu cerita ini apabila seorang murid tahun 6 yang terlibat didalam program kepimpinan di sekolah yang melibatkan murid yang memengang jawatan Pegawas Sekolah dan Ketua Kelas menceritakan kepada ibubapanya (Bapa murid cerita kat aku).

Murid tersebut mendakwa bahawa seorang guru telah berkata "Orang yang ke Kuala Lumpur berbaju kuning pada 28 adalah orang bodoh" dan cikgu tersebut berkata kita jangan menyokong mereka yang bodoh itu.

"Siapa yang tak sokong baju kuning tu angkat tangan…" inilah antara kata-kata cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Najmi. Cikgu Najmi juga dipercayai admin kepada sebuah blog yang pro UMNO…tak silap aku blog Taipingmali( Gambar kiri dikatakan Wajah Cikgu Najmi seorang blogger upahan UMNO BN)

Bapa kepada murid tahun ini melahirkan rasa kecewa dengan sikap guru tesebut. Katanya seorang guru tidak wajar bersikap sedemikian dengan memasukan agenda kepolitian kepada murid-murid di sekolah kebangsaan .

Kalau hendak mengampu membodek kerajaan UMNO BN sekalipun janganlah tunjuk-kan kebodohan diri dihadapan murid tahun 6. Tidak mustahil golongan seperti cikgu Najmi inilah yang bakal merosakan anakbangsa…beliau mungkin sanggup menayangkan gambar dan vedio lucah demi kepentingan politiknya kepada murid-murid.

Cikgu Najmi….kalaulah terlalu taksub dengan UMNO BN..janganlah rosakan nama baik dan maruah semua guru di tanah air ini …Kerjaya dan perjuangan dalam politik jangan dicampur gaul…cukuplah fitnah dan kelentong cikgu di blog Taipingmali… 
 
Kalau nak berkempen politik bukan dengan murid-murid disekolah,tapi dengan ibubapa kepada murid-murid…murid tahun 6 baru je 12 tahun umurnya…hahaha…  ~paspb


(Kemaskini) Gambar Najib Di Sambut Meriah Oleh Rakyat Tempatan Kuantan..

Posted: 06 May 2012 07:03 AM PDT


Nih gambar program Najib di Taman Gelora, Kuantan sebentar tadi. Wow!! berapa ribu kerusi yang hadir ke program Najib sebentar tadi.  Menurut sumber, boleh tahan hadirin yang datang. 

Di anggarkan dalam 6 buah bas jugak la, kebanyakan pelatih PLKN. Penduduk tempatan hanya sedikit yang hadir. Menurut mereka yang hadir, dikatakan jam 10.30 pagi semua makanan dah makanan dah habis.. 

Begitulah trend majlis United Malays National Organisation (Umno) sekarang, jikalau tak berangkut, tak bagi duit poket dan makan.. jangan harap nak datang. Kali nih, United Malays National Organisation (Umno) betul-betul nazak..

Lagi gambar di sini.







Gambar SB Menyamar Peserta Bersih 3.0?

Posted: 06 May 2012 12:14 AM PDT

 
Selepas check kembali rekod gambar ketika Bersih 2 tahun lepas, didapati ada persamaan gambar ini iaitu kain penutup muka dipakai. Kainnya kelihatan hampir sama yakni kain celoreng coklat.

Adakah lelaki baju kuning dan baju merah ini adalah Polis SB yang menyamar? Ramai aktivis politik mendakwa 2 lelaki ini adalah polis.

Kenyataaan di bawah oleh Datuk Zaharian Mohd Yasim, S/U UMNO Bhgn Bandar Tun Razak atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai (nama pena) mengenai penyamaran polis SB sebagai peserta Bersih yang menggemparkan.





Tiada ulasan: