Sabtu, 5 Mei 2012

shalehudin

shalehudin


TERHOT: Najib kena Amaran Merah pulakkk... kahkahkah...

Posted: 05 May 2012 10:27 AM PDT

'Amaran merah' jika Najib berdegil hadir kes Scorpene

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 3 Mei: 'Amaran merah' (Red alert) akan dikeluarkan selepas waran tangkap, sekiranya saksi masih enggan hadir membantu siasatan rasuah kes kapal selam Scorpene, kata peguam, Fadiah Nadwa Fikri.

"Waran tangkap berkuatkuasa dalam wilayah Perancis. Untuk kawasan antarabangsa, 'amaran merah' akan dihantar kepada Interpol (Polis Antarabangsa)," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, hari ini.

Dokumen lain yang didedahkan ialah invois yang difakskan oleh Terasasi Sdn Bhd (No Syarikat 524814-P) pada 19 September 2004 kepada Bernard BAIOCCO dan Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia.

"Invois menyatakan sejumlah Euro 359,450 atas tujuan 'Success Fees' (SF) yang dibayar melalui Alliance Bank Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16 Petaling Jaya beserta nota tulisan tangan.

"Nota tersebut tertulis – 'Razak meminta sekiranya SF boleh dibawa ke dalam akaun dengan segera. Yuran sokongan menyusul dengan laporan," kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel merujuk faks berkenaan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Thales Internasional Asia tidak boleh mengabaikan bahawa bayaran kepada Terasasi akhirnya memberi manfaat, sama ada Najib Razak atau penasihatnya, Razak Baginda.

"Satu persoalan lain, mengapa begitu banyak sekali 'yuran-yuran?" kata Cynthia.

Suaram adalah organisasi hak asasi manusia yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Kesi itu difailkan kerana DCNS membayar 'komisen' lebih daripada RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak Baginda, rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 20 April lalu, Pengarah Suaram, Kua Kia Soon; Anggota Sekretariat, Cynthia Gabriel dan peguam, Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6.00 petang (waktu Perancis).

Najib antara nama dalam senarai yang dicadangkan Suaram kepada hakim di tribunal Grande Instance Paris, berhubung rasuah pembelian Scorpene.

Nik Aziz ni cari pasai betoi laa... kahkahkah...

Posted: 05 May 2012 08:31 AM PDT

Terkini..Gambar Tuan Guru Nik Aziz sengaja mencari nahas...

Sudah pasti selepas ini akan keluar fatwa dari Ostad-ostad bengong dengan terpaparnya nya gambar ini....

YB Nga Kor Ming & YB Ngeh Koo Ham menziarahi Tok Guru Nik Aziz di Masjid Pulau Melaka smlm....mlah mereka berdua turut menghadiri Kuliah Tok Guru di Kota Bharu pagi tadi..

Kredit buat blogger Manjung Mari...

Ramainya sambut Najib... TAPI... kahkahkah...

Posted: 05 May 2012 05:04 AM PDT

Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..!

Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha... Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan. Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus.

Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan.

Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN.

Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya target 70.000 hadirin tercapai.

Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya. ~topengperak

WAJIB BACA: Sedap cerita Khalid Samad nih ... kahkahkah...

Posted: 04 May 2012 11:00 PM PDT

Mengapa Pas tidak boleh bersama Umno?

Oleh Khalid Samad

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa Pas tidak boleh bersama Umno sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.Jawapan saya berbentuk cerita.

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, "Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!" Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, "Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!" Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, "Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!"

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun di tangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu 'dengan siapa', tetapi 'buat apa'. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustaz, ia tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ia tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

Umno ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau Pas turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda Pas akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. Pas juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila Pas bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab "sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman". Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan Umno yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang penting bukan soal 'buat dengan siapa' tetapi yang penting adalah 'buat apa'?

* Dipetik dari blog Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat

TERHOT: Bibir Najib tetiba bertukaq kaler... kahkahkah...

Posted: 04 May 2012 10:00 PM PDT

Najib wajib jawab rasuah Scorpene – Saifuddin

(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 4 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib menjelaskan tindakannya meminta bayaran AS$1 bilion (RM3 bilion) berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tuntutan bayaran itu merupakan jenayah rasuah dan ia dibuat untuk kepentingan pemimpin Umno itu dan syarikat Perimekar milik kroninya.

"Tiga point penting di sini, pertama, menunjukkan ketidakupayaan agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis menyiasat skandal ini secara terbuka dan telus hanya kerana ia melibatkan Najib dan kroninya.

"Berbanding agensi sama di Perancis yang berjaya mengesan skandal ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang di negara berkenaan," katanya dihubungi Keadilan Daily.

Beliau mengulas pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bahawa Najib semasa menjawat Menteri Pertahanan meminta RM3 bilion untuk syarikat Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCNS sebagai syarat bertemu beliau pada 14 Julai 2001.

Kedua katanya, dokumen itu mengesahkan penglibatan Najib dalam skandal itu dan ia hanya satu daripada 153 dokumen yang didedahkan setakat ini.

"Rakyat tidak mempertikai pembelian kapal selam kerana ia amat diperlukan kerana negara kita memiliki sempadan seperti Selat Tebrau dan Laut Cina Selatan tetapi yang kita pertikai ialah proses pembelian.

"Najib mungkin boleh lepas di Malaysia kerana beliau berkuasa menekan agensi kerajaan, namun pasti gagal di peringkat antarabangsa," tegas beliau.

Ketiga pula jelas Saifuddin, apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai skandal Scorpene selama ini adalah benar dan menjadi kewajipan Najib untuk menjawabnya.

"Maka menjadi tugas rakyat juga untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum kali ini sama ada mahu mengekalkan Najib selaku PM atau tidak.

"Malaysia kini menjadi tumpuan dunia ekoran penglibatan Najib dalam skandal rasuah dan ini sangat memalukan negara kerana pemimpinnya sanggup meminta rasuah demi kepentingan diri dan kroni," katanya.

Najib sebelum ini enggan memberikan komen ketika ditanya mengenai kes perbicaraan rasuah Scorpene oleh wartawan, malah memendekkan sidang media di Universiti Sains Malaysia, 21 April lalu.

Beliau ditanya sama ada akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Bagaimanapun, sidang media yang tidak sampai 10 minit itu segera ditamatkan.

PANAS: Ustaz Umno ni muntah hijau... kahkahkah...

Posted: 04 May 2012 06:14 PM PDT

Ustaz Umno: Tindakan media Umno bercanggah syariat

SHAH ALAM: Tindakan media Umno memfitnah serta mendedahkan aib lawannya bukan sahaja mendapat bantahan dari musuhnya bahkan juga dari dalam Umno sendiri.Bagi golongan agama dalam Umno, tindakan media Umno itu bercanggah dengan syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, umat Islam tidak digalak membuka aiban orang lain, kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang Muslim, maka Allah akan membuka aibnya."

Justeru, Fathul Bari berkata sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, keaiban yang dilakukan seharusnya tidak disebarkan kepada umum sama ada melalui penyebaran video atau lain-lain bentuk.

Beliau mengulas berhubung penyebaran gambar yang didakwa menyerupai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tersebar di Internet dan blog termasuk adegan dengan wanita di dalam tandas.

Sehubungan itu menurut nya, pendedahan gambar dan video memalukan serta menjelekkan itu harus dilaporkan terus kepada pihak berkuasa.- DD

HEBAT: Ketua Polis Negara depa saman... kahkahkah...

Posted: 04 May 2012 12:00 PM PDT

Empat Peguam Yang Ditahan Polis Saman Ketua Polis Negara, Kerajaan

KUALA LUMPUR: Empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lepas, memfailkan saman terhadappolis dan kerajaan pada Jumaat.

Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Mereka menamakan tiga pegawai penangkap, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Timbalan Penguasa Polis Deputi Superitendan Jude Pereira, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka berkata pada 7 Mei 2009, pukul 9.35 malam mereka telah hadir di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD).

Tujuan mereka adalah untuk memberi bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan pada hari itu kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin terhadap Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.

Mereka pada masa itu peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa telah dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.

Keempat-empat peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan mereka menandatangani borang itu.

Mereka mendakwa telah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka tetapi gagal berjumpa.

Selepas itu seorang pegawai polis muncul bersama "loud hailer" membuat pengumuman supaya mereka bersurai di kawasan luar IPD itu namun mereka gagal berbuat demikian dan seterusnya mereka ditahan di dalam IPD itu.

Peguam-peguam itu mendakwa pada pukul 5 pagi, 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul12 tengah hari.

Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang dan memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos. - BERNAMA

Tiada ulasan: