Addin |
- Gambar Ribuan Hadiri Ceramah Ustaz Fathul Bari, Ulama Muda Umno
- Debat PTPTN Di Siarkan Secara Langsung
- Patutlah Program Najib Di Kelantan Di Hadiri 70 Ribu Orang.. Ini Sebabnya
- Surat Nih Mimpi Ngeri Buat Najib
Gambar Ribuan Hadiri Ceramah Ustaz Fathul Bari, Ulama Muda Umno Posted: 05 May 2012 10:59 AM PDT Artikel nih Addin petik dari blog sahabat Manjung Mari. Addin tumpang copy paste yek.. benda yang molek harus di syer-syerkan. Addin berkesempatan berjumpa blogger Manjung Mari di santai blogger dan media bersama Tuan Guru Presiden PAS di Batu Caves pada minggu lepas. Insya Allah, jikalau berekesemapatan nanti Addin akan uploadkan gambar-gambar program tersebut. Berbalik pada cerita Ustaz Fathul Bari merupakan ulama muda United Malays National Organisation (Umno) di Manjung malam ini. Lihatlah gambar nih yang dirakamkan sekitar jam 10 malam.. adus!! kesian.. Gambar |
Debat PTPTN Di Siarkan Secara Langsung Posted: 05 May 2012 09:13 AM PDT SHAH ALAM - Sebuah stesen televisyen bersedia membawakan siaran langsung Debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya mengadakan beberapa perbincangan awal dengan stesen televisyen yang sedang meningkat naik itu dan bersetuju membawakannya secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia. "Pelbagai persiapan sedang diaturkan bagi menjayakan debat antara dua pemimpin muda dari Umno dan PKR. "Debat berkenaan dijadualkan dalam masa terdekat ini akan ke udara selama 60 ke 90 minit," katanya semalam. Menurutnya, Sinar Harian juga sedang mengkaji beberapa format termasuklah mengehadkan penyertaan dengan memberikan keutamaan kepada jemputan sahaja. "Setakat ini, kedua-dua pemimpin muda itu bersetuju meneruskan debat berhubung isu yang memberikan tumpuan kepada anak muda," katanya. ~sinar harian |
Patutlah Program Najib Di Kelantan Di Hadiri 70 Ribu Orang.. Ini Sebabnya Posted: 05 May 2012 08:11 AM PDT Najib beranggapan atau syok sendiri apabila mengatakan rakyat kembali menyokongnnya dan United Malays National Organisation (Umno). Tapi Addin tak percaya kerana dari dulu, kini dan selamanya United Malays National Organisation (Umno) nih kerana mereka selalunya menggunakan taktik memancing orang supaya datang ke programnya. Mereka tabur wang ringgit dan pelbagai insentif lagi untuk menarik rakyat untuk hadir ke program mereka nih. Statement lucu Najib mengatakan perhimpunan nih lebih ramai dari Bersih 3.0. Najib betul-betul membodohkan dirinya sendiri. Ini terbukti apabila pendedahan yang di lakukan oleh Topeng Perak berkenaan program Najib di Kelantan semalam.. Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..! Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha... Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan. Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus. Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan. Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN. Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya target 70.000 hadirin tercapai. Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya. ~topengperak |
Surat Nih Mimpi Ngeri Buat Najib Posted: 04 May 2012 05:47 PM PDT Perdana Menteri Najib Tun Razak menerima satu lagi cabaran menjelang pilihanraya umum akan datang bilamana seorang Ahli Parlimen UMNO, Tamrin Tun Ghafar tiba-tiba menulis sepucuk surat kepada beliau menggariskan beberapa isu yang perlu diselesaikan jika ingin memenangi pilihanraya ini. Sebelum ini bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir turut mengkritik kepimpinan Najib dan beliau akhirnya mengambil keputusan keluar UMNO. Dalam surat kepada Najib bertarikh 23 April itu, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka menyebut 15 isu yang perlu diselesaikan Najib iaitu isu lembu NFC, isu cincin US24 juta dan perbelanjaan mewah, isytihar harta, semangat Melayu dan dasar ekonomi, pinjaman PTPTN, campurtangan sistem kehakiman, pengundi hantu dan Bersih 3.0, hubungan dengan Israel, pemilihan calon pilihanraya, peningkatan kos sara hidup, dakwaan biadap wakil rakyat pembangkang, konsep 1Malaysia, bantuan rakyat, royalti minyak dan debat dengan Anwar Ibrahim. Dalam suratnya itu, Tamrin melihat jika isu-isu tersebut gagal dijelas dan ditangani dengan sewajarnya ia pasti akan menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN, sebalikya jika ia dapat dihuraikan dengan baik serta diambil tindakan-tindakan yang sewajarnya, ia akan berupaya memulihkan semula keyakinan rakyat. Tindakan terbaru Tamrin menulis surat dan mengkritik kepimpinan Najib dilihat sedikit-sebanyak akan menjejaskan persiapan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kerana isu-isu yang dibangkitkan beliau dalam suratnya adalah perkara-perkara yang menjadi percakapan ramai terutama di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri. Ramai ahli UMNO melihat Najib sebagai pemimpin yang lemah kerana gagal menangani pelbagai isu yang muncul dan membiarkan saja ianya larut dalam pemikiran rakyat walaupun kadang-kadang isu yang muncul itu kelihatan amat mudah untuk diselesaikan. Sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, Tamrin juga telah berucap di sebuah majlis anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap sebarang usaha untuk mendapatkan piliharaya yang adil dan bersih. Selain beliau, Tengku Razaleigh Hamzah juga menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 ketika berucap di Selangor dan Kelantan. Selain itu, Tamrin juga turut menerima jemputan menghadiri beberapa ceramah politik terutamanya di Perak, Kedah dan Terengganu dan secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib yang dilihatnya tidak serius melaksanakan perubahan untuk kepentingan rakyat serta negara. Sebagai bekas Ahli Parlimen dan anak kepada arwah Tun Ghafar Baba, tidak dinafikan surat ini pasti membawa kesan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya kali ini kerana ini menunjukkan UMNO sudah mulai ditolak dari dalam sendiri. Rakyat yang sedang mula bangkit dan mahukan perubahan sebagaimana yang tergambar dalam kehadiran kira-kira 300 ribu dalam Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini pasti melihat tindakan Tamrin menulis surat ini sebagai "vitamin tambahan" untuk mereka terus gigih dalam perjuangan. Di bahagian penutup surat ini, Tamrin juga menegaskan bahawa suratnya ini akan disebarkan kepada rakyat di seluruh negara jika didapati Najib tidak serius melaksanakan perubahan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya. Difahamkan proses mencetak surat ini sedang dijalankan dan ia akan mula disebarluaskan ke seluruh negara sebaik saja ia siap dicetak. Sebelum ini, Tun Mahathir pernah menulis surat dan mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan akhirnya beliau dipecat daripada UMNO. Adakah melalui surat ini Tamrin juga akan dipecat daripada UMNO? Sebagai bekas Ahli Parlimen dan seorang yang sudah cukup matang dan melalui pelbagai susur galur dalam perjuangan, Tamrin tentunya sudah memikir dengan semasak-masaknya dan besedia menghadapi apa jua kemungkinan. Cumanya apakah dengan mengambil tindakan dan memecat seseorang yang mengkritik kepimpinan parti dengan niat yang baik akan berupaya menyelamatkan UMNO dan membawa kecemerlangan dalam keputusan pilihanraya. Apa pun, hakikatnya "surat cinta" Tamrin kepada Najib ini dan disusuli dengan "keaktifannya" semula dalam pentas politik bukanlah berita baik bagi UMNO dan BN. Dan sama-samalah kita tunggu mungkinkah ada lagi bekas pemimpin UMNO yang akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat ini? ~shahbudin |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan