shalehudin |
- Brader Tukar Tiub penghasut besaq... kahkahkah...
- HOT: Isteri Nik Aziz ditegur Pensyarah...
- TERHOT: Pendakwaraya Perancis dakwa temui fax Najib minta USD1 Billion dari DCN...
- BEDEBAH BETOI Lim Guan Eng nih... kahkahkah...
- KURANG AJAR: Kepala paip Masjid pun depa balaih...
- Sejak Bila Azmin Ali Pasang Misai? Kahkahkah...
- Sapa kata BERSIH 3.0 gagal? Mai baca nie...
- WAJIB BACA: Sedap betoi artikel Prof Aziz Bari nie...
- Jom kenai sapa orang yang kuat nih...
- Glamour Gila Najib kali nie.... kahkahkah...
Brader Tukar Tiub penghasut besaq... kahkahkah... Posted: 04 May 2012 09:00 AM PDT Hisham Rais: Belum habis gas pemedih ditembak, saya ditanya bila BERSIH 4.0? Sungguhpun adegan polis membelasah peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang menyarat dalam laman internet amat menyayat hati ketika disaksikan, namun semangat di sebalik perjuangan ini cukup memberangsangkan. Dalam satu forum semalam, Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengisahkan pengalamannya di situ, melihat bagaimana anak muda bangkit menentang penguasa. Gambar disumbangkan Abah Anas. Pada kira-kira jam 6.30 petang, Hishamuddin Rais bersama kawannya duduk di situ sambil memperhatikan bagaimana anak muda berkejaran dengan polis. Apabila polis berundur, anak muda ini kejar dari belakang; dan apabila gas pemedih mata dilepaskan, anak muda itu pula melarikan diri. Kerja-kerja yang suka dilakukan dirinya dahulu, akui Hishamuddin Rais. Kemudian beliau menerima panggilan daripada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, yang memesan agar Hishamuddin Rais "menyuruh budak-budak ini balik". "Masalah yang paling besar sekali untuk saya ialah memadamkan perjuangan anak-anak muda. Saya tak berani. Apabila tiba-tiba saya lalu situ ada satu budak datang. Dia pandang muka saya. Eh, abang Hisham ke? Ya, betul. Tu masih tembak-tembak (gas pemedih mata di sana). Budak tu tanya, bang, BERSIH 4 bila?" Semua hadirin bertepuk dan bersorak mendengar ceritanya. Hishamuddin Rais menghabiskan ayatnya, "Saya ingat saya nak tampar dia. Belumpun habis pertempuran, dia tanya pula bila BERSIH 4.0?" Selepas Hishamuddin Rais berkongsi kisahnya, seorang ibu mengambil kesempatan dalam sesi soal-jawab untuk berkata, bahawa dirinya telah bersedia dari segi fizikal mahupun mental, bahkan spiritual, untuk menghadiri BERSIH 4.0. Demikianlah keadaannya dalam forum "Pasca BERSIH 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'", anjuran Akademi Pak Sako dan laman JalanTelawi.com, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Selain Hishamuddin Rais, panelis yang diundang termasuklah Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Latheefa Koya (pemimpin PKR), Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI) dan Haijan Omar, peguam yang dibelasah sewaktu himpunan BERSIH 3.0. Forum tersebut menarik kira-kira 200 orang, sehingga dewan tersebut penuh dan sesak. Janji Hishamuddin Rais: Jutaan akan turun Perbincangan dilanjutkan apabila seorang hadirin bertanya, apa seterusnya apabila kita berdepan dengan tiga kemungkinan senario, dengan pertamanya, Barisan Nasional menang; kedua, Pakatan Rakyat menang dan ketiga, "hung parliament" (parlimen tergantung, situasi di mana tiada parti mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak). Pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari (gambar kiri) memperingatkan agar media memainkan peranannya untuk menghalang campur tangan istana, seandainya situasi "parlimen tergantung berlaku". Beliau menjangkakan pihak tertentu akan memohon agar istana mencampur tangan, namun Aziz Bari tidak yakin istana mampu memainkan peranannya dengan baik, melihat kepada pengalaman krisis negeri Perak pada tahun 2009. Berbeza dengan Abdul Aziz Bari, yang mengelak untuk membincangkan senario "seandainya Barisan Nasional menang", Hishamuddin Rais terus menganjurkan perhimpunan jalan raya seandainya Najib Razak bersama kerajaannya menang dengan pilihan raya yang kotor. "Ini bukan ancaman daripada saya, ini adalah janji," tegas Hishamuddin Rais. Beliau berkata, setelah melalui BERSIH 1, 2.0 dan 3.0, maka rakyat sudah menjadi graduan. Maka tidak perlu lagi rakyat menunggu kenyataan media Ambiga untuk BERSIH 4.0, dan boleh terus menganjurkan perhimpunan sendiri di jalan raya dengan melaungkan "Tipu! Tipu!", katanya. Tuntutannya agar keputusan PRU dibatalkan, ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru yang bukan dari kalangan ahli UMNO, dan kemudian mengadakan pilihan raya yang baru - seandainya Najib enggan tunduk untuk membersihkan sistem pilihan raya sebagaimana yang dituntut dalam BERSIH 3.0. Untuk Hishamuddin Rais, kemenangan melalui penipuan perlu ditolak oleh rakyat. |
HOT: Isteri Nik Aziz ditegur Pensyarah... Posted: 04 May 2012 08:18 AM PDT Isteri Tok Guru Nik Aziz Dan Tok Guru Haji Hadi Boros? Oleh Mutaligat Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Prof Madya Riduan Tee Abdullah berkata beliau kecewa dengan isteri pemimpin politik yang hidup bermewah dan tidak menutup aurat. Bekas pemimpin pelajar UKM itu berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan 'role model' kepada generasi akan datang. Beliau kecewa, kerana terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka. "Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan. "Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik," katanya yang dipetik Sinar Harian. Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam. Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena. Siapakah agaknya pemimpin politik yang isterinya TIDAK MENUTUP AURAT dan hidup bermewah. Adakah isteri Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi atau isteri siapa????? Adakah isteri Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi yang hidup bermewah-mewah????? Riduan juga berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian. Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan. Masalahnya sekarang ramai yang berpendapat bahawa pemimpin tidak boleh ditegur, kalau mereka atau isteri mereka kaya dan hidup bermewah itu harta mereka, rezeki mereka rakyat tak boleh tegur ..... inilah pegangan yang sebenarnya akan meruntuhkan tamadun bangsa dan meruntuhkan negara kerana apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin semuanya betul dan tidak boleh dikritik serta diberi nasihat... |
TERHOT: Pendakwaraya Perancis dakwa temui fax Najib minta USD1 Billion dari DCN... Posted: 04 May 2012 03:00 AM PDT Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN. Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001. Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud. Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales. Here are the news... (tak boleh buat selalu macam ni.. nanti Malaysiakini tutup) - (ASD) French prosecutors: Najib sought US$1bil for Perimekar French public prosecutors probing shoddy deals in the French-Malaysian arms deals found evidence that then-defence minister Najib Abdul Razak had sought US$1 billion (RM3 billion) for local company Perimekar from French shipmaker DCN's subsidiary DCNI. According to prosecution papers revealed by NGO Suaram today, a fax shows that Najib had asked for the amount for Perimekar as a condition for a meeting with him on July 14, 2001. The fax dated June 1, 2001 was from Francois Dupont, the Malaysian representative for private company Thales Asia International, to one D Arnaud. The document, one of 153 shown to Suaram, was seized by French police from the office of Henri Gide, an officer with Thales. The actual copy of the fax was, however, not provided to media at the press conference today as Suaram was not allowed to take the documents out of France. Instead, the NGO, which is pursuing a civil complaint against state-owned DCN for allegedly paying 114 million euros in defence kickbacks to Perimekar, provided media with notes by its French interpreter. According to the notes, Dupont had in the fax detailed out chronology of visits and future actions during a visit to Malaysia, including details of "negotiation meetings with the Ministry of Defence and the management members of Perimekar". "(In the negotiations) two contract proposals would be mentioned (from DCNI to Perimekar as well as between Perimekar and the Malaysian government). "(Dupont) finally indicated a meeting with Datuk Seri Najib in France on July 14, 2001 with the condition that DCNI offers a maximum sum of US$1 billion for Perimekar's stay (in France," it read. Perimekar is owned by Najib's associate Abdul Razak Baginda, who was acquitted without his defence being called of a charge of abetting in the murder of Mongolian Altantuuyaa Shariibuu. Razak Baginda's company paid 360,000 euros Suaram added that another document obtained by the prosecutors also revealed that Terasasai Sdn Bhd was a company owned by Abdul Razak and his father. French prosecutors had investigated the matter following a civil complaint by Suaram against the alleged 114 million euros (RM454 million) kickback paid by French state-owned arms dealer DCN. Prosecutors had on Aug 22, 2011 obtained an invoice faxed to Terasasi Sdn Bhd on Sep 19, 2004 to then-Thales chief executive officer Bernard Baiocco for the purpose of "success fees". The invoice states that the 359,450 euros (RM1.43 million) was to be paid to a bank in Petaling Jaya, while a handwritten note on the fax reads: "Razak demande si ce SF peut etre pris en compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport (Razak is asking whether the SF can be paid into the account quite urgently. The support fee follows with a report.)" However, Suaram director Cynthia Gabriel said that prosecutors are still trying to determine if the 'Razak' stated in the note refers to Najib or Abdul Razak. 'The Great Malaysian Robbery' Referring to the case as "the Great Malaysian Robbery", Cynthia said the prosecutors also found "a slew of companies" were formed to muddy the money trail. "More retro-commissions have surfaced allowing the misuse of such bodies as a pilgrimage fund (Lembaga Tabung Haji) and the military pension fund (Lembaga Tabung Angkatan Tentera). "The Malaysian and French people have clearly been misled, cheated and robbed of their monies through blatant corruption and mismanagement of funds in the name of national safety and security," Cynthia (right) said. As such, Suaram demanded that the Malaysian Anti-Corruption Commission open investigation papers on these new revelations and for the Malaysian government to cooperate with the French inquiry. It also demands that the Defence Ministry list out to Parliament the companies involved in the procurement process involving DCN and the commissions paid. Malaysiakini |
BEDEBAH BETOI Lim Guan Eng nih... kahkahkah... Posted: 04 May 2012 01:00 AM PDT Gaji minima: Pakatan jauh lebih ikhlas daripada BN Gambar ehsan facebook.com/cmlimguaneng KUALA LUMPUR, 2 MEI: Penetapan gaji minima RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak oleh kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja mendiskriminasi pekerja tetapi menunjukkan kurang komitmen Datuk Seri Najib Razak untuk membasmi kemiskininan. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pengumuman Perdana Menteri menetapkan gaji minima bagi sektor swasta pada kadar RM900 sebulan untuk pekerja di Semenanjung dan RM800 sebulan di Sabah dan Sarawak adalah sangat tidak mencukupi kerana ia adalah lebih rendah daripada gaji minima yang disyorkan Pakatan Rakyat iaitu RM1,100 sebulan. Katanya, PR telah mencadangkan RM1,100 sebagai gaji minima yang merangkumi semua elaun tetapi tidak termasuk bayaran lebih masa. Menurutnya, walau pun ia akan membawa sedikit kelegaan kepada satu pertiga pekerja di negara ini yang kini berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan, hakikatnya RM800 sebulan untuk Sabah dan Sarawak bermakna bahawa pekerja-pekerja di sana akan terus hidup dalam kemiskinan. "Mengikut Rancangan Malaysia Ke-9, garis kemiskinan (PLI) adalah RM830 sebulan bagi Sarawak dan RM960 di Sabah. Ini adalah kerana kos sara hidup di kedua-dua negeri itu adalah lebih tinggi berbanding di Semenanjung, yang mempunyai PLI RM720 sebulan. "Dalam erti kata lain, meskipun gaji minima RM800 dilaksanakan di Sabah dan Sarawak, ia masih lagi jauh d bawah PLI yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, gaji minima RM1,100 sebulan yang dicadangkan PR berupaya untuk memenuhi keperluan asas pekerja-pekerja di serata negara. Menurutnya, kerajaan pusat perlu sedar bahawa Malaysia sedang menjadi negara penghutang di mana isi-isi rumah membelanjakan semua atau lebih daripada pendapatan mereka. "Sebagai contoh, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 telah mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lantas "menobatkan" Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan." "Oleh itu, gaji minima tidak mencukupi tanpa dua pertimbangan yang mustahak. Pertama, kuantum gaji minima haruslah dikaitkan secara langsung kepada Indeks Harga Pengguna, supaya ia akan disesuaikan dengan kadar inflasi. Ini akan memastikan taraf dan kualiti kehidupan tidak terjejas dan akan dilindungi. "Kedua, usaha menaikkan taraf kehidupan rakyat Malaysia memerlukan strategi ekonomi yang tuntas dan disasarkan kepada kenaikan pendapatan boleh guna," ujarnya.. Dalam erti kata lain, menurutnya, sesebuah kerajaan harus memastikan rakyat mempunyai lebih banyak wang dalam saku, dan ini tidak boleh dilakukan hanya dengan menetapkan gaji minima yang munasabah. Menurutnya lagi, kerajaan harus melabur dalam sektor-sektor utama seperti pengangkutan awam, perumahan dan kesihatan. Jika kos sara hidup diturunkan, pendapatan boleh guna akan meningkat. "Konsepnya adalah mudah – jika kos dikurangkan untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, membeli rumah dan membayar bil kesihatan, maka semua orang akan mempunyai lebih banyak wang. "Bayangkan sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai RM10 lebih setiap hari, kesan pengganda ekonomi adalah besar iaitu RM280 juta lebih akan diedarkan dalam ekonomi setiap hari," jelas Guan Eng. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kerajaan Pakatan Pulau Pinang komited kepada cadangan PR iaitu RM1,100 sebulan dan sebenarnya sudah pun mencapai gaji minima RM1,100 (termasuk elaun dan COLA) tanpa mengira bayaran lebih masa. "Semua kakitangan kerajaan di dalam semua agensi kerajaan negeri dan GLC di Pulau Pinang serta majlis-majlis perbandaran MPPP dan MPSP mempunyai pendapatan lebih daripada RM1,100 sebulan. "Tahun lepas, penyapu jalan dan pencuci longkang di MPPP dan MPSP juga telah diberi insentif bulanan sebanyak RM150 sebulan." ujarnya lagi. – Roketkini.com |
KURANG AJAR: Kepala paip Masjid pun depa balaih... Posted: 03 May 2012 11:00 PM PDT 27 kepala paip besi Masjid Al Faqeh dikebas BALIK BUKIT – Selepas kabel telefon di daerah ini habis dikebas pencuri, kini kepala paip besi tahan karat dan tembaga di masjid daerah ini pula menjadi sasaran. Dalam kejadian terbaru, sebanyak 27 kepala paip besi tahan karat di Masjid Al Faqeh hilang dikebas pencuri. Timbalan pengerusi jawatankuasa masjid, Nodin Mohadi berkata, kejadian tersebut disedari imam muda masjid itu, Adnin Abu Bakar ketika ingin mengambil wuduk untuk solat Asar, petang kelmarin. Menurutnya, Adnin menyedari kehilangan kepala paip itu apabila mendapati tidak ada air di bahagian paip luar masjid dan apabila diperiksa di tempat mengambil wuduk lelaki sebanyak 22 kepala paip hilang dan baki hanya tiga kepala paip di bilik itu gagal ditanggalkan. "Di ruang mengambil wuduk wanita pula sebanyak lima kepala paip jenis sama turut hilang menjadikan kesemua jumlah yang dicuri sebanyak 27. "Pencuri terlebih dahulu menutup bekalan berhampi-ran meter air dan kejadian tersebut dipercayai dilakukan antara waktu Zuhur dan Asar berikutan ketika Zuhur kepala paip itu masih ada," katanya. Nodin berkata, kecurian itu menyusahkan jemaah me-ngambil wuduk untuk menunaikan solat di sini. Menurutnya, beliau dan jawatankuasa masjid kesal dengan tindakan individu yang tergamak mencuri kepala paip tersebut sedangkan ia tempat suci umat Islam. Sementara itu, Sinar Harian difahamkan kejadian curi kepala paip membabitkan masjid berleluasa di daerah ini sejak beberapa minggu lalu. Masjid Kayu Ulul Albab tidak terkecuali dan beberapa masjid lain kawasan Hulu Besut, Jertih, Kota Putera dan Kuala Besut turut menghadapi perkara sama. Menurut saksi yang ditemui, kesemuanya dikatakan dilakukan pada waktu siang. Banyak pihak membuat andaian perbuatan ini dilakukan kumpulan sama bertujuan mendapatkan wang bagi membeli dadah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) memandang serius perkara itu. Kamaruddin berkata, tindakan lanjut sedang dilakukan pihaknya bagi mengesan suspek terbabit.- HMO |
Sejak Bila Azmin Ali Pasang Misai? Kahkahkah... Posted: 03 May 2012 09:00 PM PDT Aksi Fitnah :Kenapa 'Azmin' Ada Misai?? Sebahagian petikan tulisan daripada blog MSO Merah Tinta; Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jambatan tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jambtan tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya. Beberapa keping gambar memaparkan 'wajah' Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya. Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya. Cara Bikin Gambar Fitnah!! Persoalan pertama, betul apa yang dikatakan oleh MSO, kenapa dikaburkan gambar tersebut!! Tujuannya adalah kerana nak memfitnah!! Caranya; Cari seseorang yang mirip kepada Azmin. Cari gambar-gambar sebelum ini untuk memadankan warna baju yang dipakai Azmin sebelumnya. Cari baju yang bersesuaian. Gayakan lagak Azmin. Pasang CCTV di tempat-tempat tertentu. Lakukan aksi dengan mengaburkan kejelasan gambar!! Siap!! Dalam politik semuanya boleh diatur asalkan duit!! Pssst :Lama saya merenung gambar 'Azmin' terutamanya gambarnya di Kosmo. Gambar blog asal juga diperhatikan. Saya nampak 'Azmin' dah ada misai [gambar kanan bawah]. Lain daripada gambar-gambar Azmin sebelum ini yang tak pernah bermisai!! -ekeleh.com Demi politik, Umno halalkan laporan lucah KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka. Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. "Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik? "Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook. Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan. Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno. Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda. Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas." Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno . "Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi. -HD Siasat segera penyebar gambar lucah – Dr Muhd Nur KUALA LUMPUR 2 Mei: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty menegaskan demikian supaya individu terlibat tidak terlepas daripada menerima hukuman setimpal. Kata beliau, tindakan jahat Umno itu berterusan dengan harapan bagi menjatuhkan potensi pemimpin Pakatan Rakyat (PR). "Kita desak ambil tindakan segera, ini satu lagi kejahatan Umno yang suka aibkan orang. Mereka tidak pernah takutkan azab Allah. "Umno sebenarnya sudah ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu seks untuk jatuhkan pemimpin PR," katanya kepada Keadilan Daily. Muhamad Nur berkata, usaha mengaitkan Azmin dengan isu gambar seks tidak akan mampu menggoyahkan sokongan kerana rakyat mula sedar itu hanya fitnah Umno. "Umno sudah terdesak, terpaksa membuat kerja-kerja gila tanpa pertimbangan moral. "Sama juga akhbar Umno yang menjadi penyebar fitnah, sebab itu tokoh wartawan India mengatakan laporan media kerajaan tidak ada nilai lagi. Sebaliknya media randan sembang-sembang mereka lebih dipercayai," katanya. Semalam, blog pro Umno antaranya, papagomo.com dan brojinggo.blogspot.com menjadi penyiar utama gambar lucah tersebut sehingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno khususnya Utusan Malaysia hari ini. Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarga. -KD Ulasan GB Ya, nampak macam lelaki yang dipaparkan itu ada menyimpan misai sedang semua orang tahu, Azmin sentiasa mencukur misainya. Apa-apa pun kita mungkin kena tunggu "video versi hd" yang dikatakan akan disebarkan untuk mempastikannya. Namun yang ketara sekarang ini ialah gambar-gambar yang dikatakan cekupan dari video yang hendak disebarkan itu ialah "ketiadaan tarikh". Mungkin pihak produksi sudah belajar dari kesilapan semasa mengeluarkan video seks Anwar dimana kewujudan tarikh di rakaman cctv itu telah menyebabkan video berkenaan gagal sebelum sempat masuk pawagam lagi. Terbaru, Umi Hafilda menyatakan 99.99% gambar itu ialah gambar Azmin, sama macam kenyataan seorang peguam pencacai semasa video Anwar apabila menyatakan laporan dari "pakar luarnegara" menyatakan 99% sama dengan Anwar. Kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). Kita juga ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
Sapa kata BERSIH 3.0 gagal? Mai baca nie... Posted: 03 May 2012 07:00 PM PDT Bersih 3.0 ! Oleh Khalid Samad Perhimpunan Aman Duduk Bantah yang dianjurkan oleh BERSIH 3.0 adalah merupakan program BERSIH yang paling berjaya dari 3 program yang dianjurkan sebelum ini dari segi kehadiran. Adalah dianggarkan bahawa jumlah kehadiran melebihi 250,000 peserta dari berbagai jenis latar belakang, kaum, jantina dan umur. Kehadiran sebegitu ramai rakyat Malaysia dalam program tersebut adalah bukti bahawa rakyat berkeyakinan bahawa suatu rombakan adalah perlu dalam sistem pilihan raya Negara sebelum pilihan raya yang bersih dapat diadakan. Ia menggambarkan keadaan di mana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap ketelusan dan kesaksamaan sistem pilihan raya yang ada. Ia sekali gus merupakan pengisytiharan tidak percaya terhadap kejujuran SPR dan kemampuannya untuk menganjurkan pilihan raya yang bersih. Gambar ihsan Selangorku Ini turut bererti bahawa segala usaha kerajaan BN dan SPR untuk meyakinkan rakyat bahawa sistem pilihan raya telahpun dipulihkan, dengan penubuhan Jawatan Kuasa Pilihan Parlimen dan sebagainya, telah gagal. Rakyat yang bermaklumat, melalui segala jenis media alternatif memahami bahawa ia semua merupakan sandiwara yang dilakonkan pihak kerajaan BN yang masih tidak mempunyai komitmen atau kesanggupan untuk mengadakan pilihan raya bersih. Pengumuman Pengerusi SPR bahawa daftar pemilihnya adalah yang terbersih di dunia hanya ditertawakan rakyat dan pendedahan bahawa dirinya serta timbalannya adalah merupakan ahli UMNO yang berdaftar hanya merumitkan keadaan. Atas sebab itu dan beberapa sebab yang lain, rakyat Malaysia telah berkumpul untuk menzahirkan keinginan mereka untuk sistem pilihan raya yang bersih dan menolak segala dakwaan bahawa ianya sudah pun dibersihkan. Kejayaan program himpunan tersebut hendak ditutup oleh pihak kerajaan BN. Sekiranya perhimpunan itu berlaku tanpa sebarang peristiwa yang pahit, maka sudah pasti tajuk akhbar keesokannya akan menyatakan jumlah kehadiran yang begitu bersejarah yang berjaya diadakan dengan aman damai tanpa sebarang bentuk kekacauan. Ini akan mendedahkan hakikat bahawa rakyat menolak keadaan yang sedia wujud berhubung sistem pilihan raya dan implikasinya adalah pihak kerajaan BN akan terpaksa mengambil tindakan membetulkannya. Pada masa yang sama, perhimpunan aman yang sepertinya boleh diadakan berkali-kali lagi sehingga pembaik-pulihan sistem dilakukan! Ini semestinya merupakan keadaan yang tidak boleh diterima oleh pihak BN. Penjelasan seperti di atas adalah satu-satunya penjelasan munasabah mengapa perhimpunan yang aman damai selama beberapa jam telah berubah menjadi ganas tanpa sebab dan alasan yang boleh diterima akal. Pihak kerajaan BN inginkan peristiwa hitam berlaku untuk menutup kejayaan program berkenaan. Dengan itu tajuk berita esoknya akan memaparkan gambar kekacauan dan suasana kelam-kelibut sehingga dengan itu, jumlah kehadiran dan implikasi dari jumlah kehadiran yang sebegitu, tidak akan merupakan tajuk utama akhbar dan pemberita. Namun, walaupun gambar sensasi 'rusuhan rakyat' dapat dipamerkan media perdana untuk beberapa hari, lambat laun, gambar dan video keganasan polis akan terdedah juga. Begitu juga akan terdedah jumlah kehadiran yang begitu menakjubkan. Tidak mungkin ditutup bangkai gajah dengan nyiru! Gambar dan video ini akan menyebabkan rakyat melihat dan memahami bagaimana suasana kelam kelibut itu hanya bermula selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bagaimana seterusnya polis melakukan upacara 'pembantaian rakyat' dengan penuh restu dan mungkin juga atas arahan pimpinan BN sendiri. Keadaan ini turut diperjelaskan lagi dengan maklumat dari pihak BN sendiri bahawa seramai 2,000 anggota polis telah diserapkan di kalangan peserta BERSIH 3.0 untuk mencetuskan huru hara. Penyokong BN berkata agenda BERSIH 3.0 'yang sebenar' telah tidak tercapai. Bagi mereka 'agenda sebenar' adalah menjatuhkan kerajaan BN melalui rusuhan. Itu fitnah yang jelas dan nyata. Tiada yang datang untuk merusuh dan itulah sebabnya yang datang ada yang membawa anak-anak mereka, ada yang membawa ibu bapa mereka dan TIADA yang membawa senjata. Hakikatnya, BERSIH 3.0 telah berjaya. Selain dari menzahirkan jumlah rakyat yang begitu ramai yang inginkan sistem pilihan raya dibersihkan dari penipuan, peristiwa hitam menzahirkan bagaimana institusi polis telah dinodai sehingga memukul rakyat demi kepentingan UMNO dan BN. Ini sepatutnya menambahkan keyakinan rakyat bahawa perubahan amat sangat diperlukan. Dalam erti kata lain, siapa yang bersetuju Polis berhak bertindak samseng, memukul rakyat dan melayani rakyat sebagai sampah, sila undi BN. BN akan terus menjamin 'hak' Polis untuk membantai rakyat secara adil, iaitu tanpa pilih kasih di mana semua kena pukul, lelaki, perempuan, yang tua, yang muda, peguam, wartawan dan sebagainya, akan terus dipertahankan demi menjaga kepentingan mereka. Tetapi, sesiapa yang setuju bahawa polis adalah institusi pembela rakyat, menjunjung konsep keluhuran undang-undang, sentiasa bertindak mengikut garis panduan undang-undang demi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat, sila undi PR. Ini adalah kerana PR akan menjamin institusi polis akan dikembalikan kepada zaman kegemilangannya, di mana polis dihormati dan dilihat sebagai institusi memerangi rasuah dan jenayah serta segala salah laku walaupun apabila pelakunya adalah pembesar Negara. Oleh itu, buat masa ini adalah wajar untuk ditubuhkan Suruhan Jaya di Raja untuk menyiasat mengapa kegansan dan keadaan huru-hara telah tercetus dan siapa dalangnya. Pada masa yang sama, semua yang bertindak ganas dengan tidak menghormati undang-undang, termasuk anggota keselamatan, perlu dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan. Rakyat akan diminta untuk menyerah segala bukti yang ada pada mereka untuk membantu siasatan ini. Selain itu, memandangkan jumlah peserta BERSIH 3.0 adalah begitu ramai, adalah juga wajar supaya Pilihan Raya tidak diadakan sehingga daftar pemilih dapat dibersihkan. Ini akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya yang ingin diadakan. Ke arah itu, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu meletak jawatan dan diserah kepada individu yang tidak berpihak dan tidak menganggotai mana-mana parti politik di Negara kita ini. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
WAJIB BACA: Sedap betoi artikel Prof Aziz Bari nie... Posted: 03 May 2012 05:00 PM PDT Bersih 3.0 Pesta Polis Pukul Orang Oleh Prof. Dr. Aziz Bari SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!". Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun. Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia? Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL. "Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah." Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'" Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor. Macam samseng Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis. Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat. Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor. Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh. Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal." Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa. Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja. Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai. Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu. Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu. Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu. Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu. Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu. Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor". Gambaran kebodohan dan ketakutan Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki. Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa. Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH. Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM. Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab. Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka. Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya. Pesta pukul orang Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang." Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT. Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama. Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara. Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang. Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini. Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN. Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini. Tulisan Dr Abdul Aziz Bari - Malaysiakini |
Jom kenai sapa orang yang kuat nih... Posted: 03 May 2012 03:00 PM PDT Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan hawa nafsunya.. Bersabar ketika marah.. Memaafkan bila dikhianati.. Mendoakan saat di caci.. tetapi TIDAK!! jika ISLAM di permain-mainkan.. |
Glamour Gila Najib kali nie.... kahkahkah... Posted: 03 May 2012 12:00 PM PDT Najib, dunia sedang memerhati kamu! KUALA LUMPUR, 28 April — Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan menjadi perhatian dunia hari ini apabila rakyat Malaysia berhimpun sekali lagi untuk menguji komitmen kerajaan berkenaan perubahan demokrasi, beberapa bulan sebelum pilihan raya. Penganalisis dan pemimpin politik pembangkanh berkata Najib (gambar) harus menangani Bersih 3.0 dengan lebih cermat berbanding perhimpunan sebelumnya menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai tahun lalu. Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishammuddin Rais berkata kepada The Malaysian Insider bahawa media antarabangsa mula hadir acara petang itu, cubaan ketiga Bersih menuntut pembaharuan pilihan raya. Sehubungan itu, keganasan terhadap orang awam yang berhimpun di jalanan hari ini akan menjadi tajuk hangat antarabangsa yang menunjukkan kekurangan kebebasan umum di Malaysia. "Tiada siapa yang ingin melihat gambar orang awam dipukul pihak polis. Bagi kerajaan, sekiranya polis jalankan tanggungjawab sebagai pelindung, episod ini akan berlalu," kata Ibrahim Suffian, pengarah penyelidik bebas Merdeka Centre. "Tindakan polis akan terhad akibat kekhuatiran seperti dahulu yang akan memberikan kesan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. "Saya tidak mampu membaca fikiran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, namun saya tidak yakin polis akan melepaskan gas pemedih mata seperti dahulu," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Hishammuddin (Rais) turut berkata, "polis akan berhati-hati" atau mereka akan "membunuh diri apabila mereka bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi aman kerana mereka hanya akan duduk sahaja." Penganalisis pilihan raya, Dr Ong Kian Ming turut percaya, peserta akan diberi kebenaran melepasi halangan yang dibuat di Dataran Merdeka, lokasi bersejarah yang menjadi pertikaian antara penganjur dan pihak berkuasa sejak beberapa minggu lalu. "Saya rasa polis akan lebih menumpukan kepada kawalan keselamatan kali ini dan saya percaya walaupun terdapatnya perintah mahkamah, pihak berkuasa akan membuka Dataran Merka dan membenarkan demonstrasi "Duduk Bantah" diteruskan," katanya kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalan. Selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berulang kali menegaskan menolak permohonan Bersih untuk menggunakan dataran terbabit, polis turut mendapat kebenaran majistret untuk menghalang publik menghampiri kawasan bersejarah tersebut. Bersih hari ini bercadang untuk berkumpul di enam lokasi sebelum berarak dan bergabung di lokasi tersebut, dan menegaskan mereka tidak akan berganjak daripada lokasi nenek moyang mereka mengumumkan Kemerdekaan. "Arahan mahkamah itu hanya merangkumi Dataran. Bersih tidak akan melanggar perintah mahkamah atau melepasi halangan ... kami akan pergi sehampir mungkin dengan Dataran. "Tapi kami berharap pihak berkuasa akan bertolak ansur dan memberikan kebenaran, mereka boleh lakukan," kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan kepada pemberita semalam. Timbalan Komisioner Ketua Polis Bandaraya, Datuk Mohmad Salleh telah memberikan lampu hijau untuk Bersih di luar kawasan Dataran Merdeka, berdasarkan peruntukan di dalam akta baru, Akta Perhimpunan Aman 2011, yang membenarkan masyarakat berhimpun. Namun, peruntukan itu tidak menyatakan pergerakan dalam berhimpun. Ini menyebabkan para demonstran melihat berlakunya perbalahan dengan keganasan polis apabila mereka berarak daripada enam lokasi menuju ke Dataran Merdeka. Namun, bersetuju dengan pendapat ahli politik dan penganalisis, ini bakal menyaksikan kejatuhan mendadak populariti Najib yang sedang meningkat naik. "Sekiranya berlaku pertempuran, atau imej individu dipukul, dengan pantas, pembangunan politik yang Najib cuba bawa akan hancur. Beliau perlu bermula kembali dari sifar," kata Ibrahim. Hishammuddin berkata, Najib dan BN bukan sahaja akan kehilangan undi, tapi juga peluang untuk mendapat sokongan kumpulan kelas bawahan. "Pengundi atas pagar, kami dengar ada 40 peratus daripada sistem pemilih, mereka mungkin menentang BN. Pengundi ini adalah amat penting untuk menentukan arah tuju negara," katanya. Ong lebih menjurus kepada pendekatan neutral, berkata tindak balas tersebut akan menyebabkan berlakunya kelemahan dalam perisai BN, ia mungkin tidak memenangi pemilihan untuk pembangkang. Walaubagaimanapun, Najib dilihat tidak akan menggunakan peluangnya, ahli akademik itu berpendapat, perdana menteri akan menangguhkan pilihan raya ke-13 sehingga beberapa bulan meredakan gelombang Bersih 3.0. Namun, tiada pemerhati ini menjangkakan Bersih 3.0 akan mencapai objektif mereka. Adakah sistem pilihan raya Malaysia akan bersih menjelang PRU13? "Saya rasa, sekiranya jangkaan saya adalah benar, tidak akan berlaku keganasan, perhimpunan itu akan kekal aman dan saya rasa Najib akan tetap dengan laporan PSC (Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen) dan tidak melakukan perubahan drastik sebelum pilihan raya," kata Ong. Bersih 3.0 menayatak rasa ketidak puasan hati terhadap cadangan PSC. Ibrahim berkata, adalah sukar untuk menjangkakan apa akan berlaku "selepas Bersih 3.0", mengakui, mungkin hanya akan kembali normal. "Saya tidak pasti. Jangkaan publik mungkin tinggi, tapi semuanya berdasarkan kerajaan. Sekiranya tiada perkara yang dilakukan cukup untuk menambah baik mutu pilihan raya, kerajaan masih lagi berjalan seperti iasa dan menang pilihan raya walaupun kebenaran kemenangan mereka itu dipersoalkan," katanya. Nurul Izzah bersetuju dengan pendapat penganalisis tersebut. "Saya tidak rasa Najib akan menyerah, dengan pelbagai perkara akan dipertaruhkan," katanya. Bersih 3.0, perhimpunan besar-besaran ketiga gabungan 84 NGO, dijangka turut disertai oleh perhimpunan di seluruh negara dan 71 bandar melibatkan 29 negara di sekuruh dunia. - Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan