Roslan SMS Corner |
Bersikap matang dan dewasa (31/5/12) Posted: 31 May 2012 05:09 AM PDT Berikut adalah berita terkini yang saya ceduk dari Berita Harian online: Pekerja Sikh, Muslim di NY dibenarkan pakai turban, serban NEW YORK: Pekerja transit beragama Sikh dan Islam dibenarkan memakai penutup kepala tanpa perlu meletakkan logo agensi berkaitan selepas pertikaian undang-undang selama bertahun-tahun selesai. Kenyataan itu diumumkan di antara pekerja dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) hari ini. Agensi berkenaan berdepan saman mahkamah selepas membuat keputusan sebelum kejadian 9/11 bahawa pekerja beragama Sikh dan Islam yang memakai turban serta serban tidak dibenarkan bekerja di khalayak ramai. Peraturan itu kemudiannya ditukar apabila agensi berkenaan membenarkan pekerja terbabit memakai pelindung kepala di khalayak ramai tetapi perlu meletakkan logo MTA. - AP Bagi saya Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum sejak dari awal penubuhannya sewajarnya menjadi peneraju dalam isu-isu toleransi beragama seumpama ini. Kita "rimas" apabila isu-isu berhubung kaum dan agama khasnya melibatkan tiga kaum terbesar dalam Negara iaitu Melayu, Cina dan India terus dipermainkan sedangkan sepatutnya kita telah matang dan dewasa dalam isu ini. Sepatutnya sudah tiada lagi syak wasangka dan sikap prejudis antara satu sama lain. Kenapa perlu ada bantuan dan keistimewaan Bumiputera, kenapa perlu ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil? Mengapa Islam sahaja menjadi agama rasmi Persekutuan? Mengapa bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa Kebangsaan? Masing-masing sudah tahu akan sejarah tanah air ini, bagaimana asal-usulnya, bagaimana sikap tolak-ansur nenek-moyang kita telah membentuk dan membina Negara ini dari Tanah Melayu ke Malaya dan seterusnya Malaysia. Semuanya lengkap dengan pengorbanan masing-masing serta kesedaran betapa pentingnya kehadiran masing-masing da;am membentuk kekuatan dan keutuhan Negara ini. Negara asing seperti Amerika Syarikat yang cuma meraikan kehadiran orang Islam dan dalam kes di atas orang Sikh cuma beberapa dekad kebelakangan ini sahaja boleh bersikap terbuka dan toleran tetapi kita masih terkial-kial dan bertatih jatuh.Negara sudah maju dalam acuan kita sendiri tetapi masih ada antara kita yang terus membebel dalam isu Perdana Menteri Melayu/Islam dan dalam kes tertentu Menteri Besar Melayu contohnya. Selagi kita tidak bangkit mendakap realiti asal-usul kita serta semangat pengorbanan dan toleransi nenek-moyang kita saya khuatir kita tidak akan ke mana malah lebih parah lagi akan terjeremus melangkah ke belakang meroboh apa yang telah dibina dengan darah dan air mata. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan