Sabtu, 26 Mei 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ceramah Ketua Wanita Umno Cawangan Lorong Haji Taib

Posted: 26 May 2012 07:38 PM PDT

Olang talak percaya sama lu maa

Posted: 26 May 2012 07:24 PM PDT

 

PSC hanya untuk mengaburi mata rakyat saja. Bunyi gah tapi... alahai, satu lagi alat untuk memperbodoh rakyat. PSC FAILED. Mengecewakan!!
PSC has become another lembu yang berjaya dicucuk hidungnyer!! Lantaran itu, ia gagal meyakinkan rakyat yang pilihan raya di Malaysia boleh berjalan dengan adil, telus dan bersih. Rakyat mahukan penambahbaikan tetapi keadaan menjadi semakin bercelaru dengan kerja-kerja cuba menipu yang dilakukan oleh SPR.
Read More / Baca Lagi >>

Pembedahan Pemindahan Rahim Pertama Berjaya Dilakukan Di Turki

Posted: 26 May 2012 07:19 PM PDT

Derya Sert, (22) ialah penerima pembedahan rahim pertama yang berjaya didunia. Beliau yang dilahirkan tanpa rahim kini sembuh dan mahu segera mendapatkan bayi bagi menyerikan perkahwinan beliau.Pembedahan pemindahan rahim ini dilakukan oleh Dr Omer Ozkan dan pasukan beliau di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya Turki. Menurut laporan asal Daily Mail, puan Darya menjalani pembedahan ini pada Ogos tahun lalu. Selama 6 bulan beliau diberi rawatan bagi memastikan tubuh beliau tidak menolak organ baru beliau yang didermakan oleh seorang wanita yang meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Derya Sert dilahirkan tanpa rahim walaupun beliau mempunyai sepasang ovari yang sihat. Masalah ini dihadapi setiap satu dari 5000 wanita dunia dan kejayaan pembedahan ini dijangkakan mampu membolehkan wanita yang mempunyai komplikasi yang sama untuk mengandungkan anak.

Percubaan pertama pembedahaan pemindahan rahim dilakukan pada tahun 2000 di Arab Saudi
. Malang bagi penerima organ apabila rahim yang dipindahkan akhirnya mati selepas 3 bulan pembedahan dijalankan kerana masalah peredaran darah.

Tahniah buat team Hospital Universiti Akdeniz Turki. Diharap Malaysia juga boleh menurut langkah Turki. Mari buat pemindahan telur dan zakar yang berjaya pula



Tun Mahathir dengan 'dilema'nya

Posted: 26 May 2012 07:18 PM PDT

Panggil lah PRU-13 bila-bila masa pun, esok ka minggu depan ka, tahun depan ka, Anwar tetap akan dapat duduk di Putrajaya dan Mat Sabu juga akan dapat jadi menteri.

Dan Tun Mahathir pula akibat begitu terdesak mahu BN mengekalkan kuasa mereka, dia sanggup mengeluarkan kenyataan mengatakan akan jadi huru-hara jika Pakatan Rakyat tewas pada PRU itu nanti. 

Memandangkan yang Tun Mahathir sudah pun tahu yang Anwar akan dapat juga duduk di kerusi PM, dan akibat takut dengan bayang-bayang sendiri dan doa-dosa silam, dia rasa yang Anwar akan membalas dendam terhadapnya dengan 'meng'..korek..korek..korek.. salah laku dia selama 22 tahun sebagai PM, jadi sanggup dan 'tega' sungguh dia menakut-nakutkan rakyat dan orang-orang melayu dengan mengatakan akan terjadi huru-hara.

Tapi itu tidak lah menghairankan gurkah-gurkah politik di'port' sebab selama 22 tahun dia jadi PM dan selama itu juga lah gurkah-gurkah politik di'port' ingat bagaimana setiap kalinya mahu menjelang pilihanraya umum dia akan menakut-nakutkan orang-orang cina dengan kisah 13 Mei 1969. Dan bila sekali ini taktik itu sudah tak boleh pakai, dia mahu guna taktik baru baru pula kata akan jadi huru-hara.

Debat KJ-Rafizi: Kesediaan menerima kepelbagaian pendapat

Posted: 26 May 2012 07:05 PM PDT

Markus Lim

Apabila berbicara mengenai acara debat, perkara pertama yang sering kali terlintas dalam fikiran kebanyakan peserta adalah tajuk yang bakal dibahaskan. Selain tajuk debat, aspek-aspek lain seperti siapakah pencabar anda, lokasi acara dan siapakah moderator turut menjadi pertimbangan. 
Pertanyaan atau kebimbangan sedemikian bukanlah satu perkara baharu malah boleh dikatakan ia adalah sesuatu yang lumrah dalam mana-mana pertandingan.
Ia juga merupakan sebahagian daripada proses percaturan dua pihak bertelagah untuk mendapatkan impak maksimum daripada acara yang disertainya.
Read More / Baca Lagi >>

Patutla UMPHORNO marah sangat kat ZUNAR...

Posted: 26 May 2012 07:03 PM PDT

Bila Tun M kata dalam UMNO tak dak yang bijak pandai, pencacai UMNO marah... Bila pembangkang kata dalam UMNO tak dak sekoq jantan yang ada teloq pon UMNO marah jugak... Bila orang kata yang dalam UMNO dah terkena sumpahan lembu Kak Ijat sampai semua macam hidung kena cucuk pon orang UMNO marah...Wakakaka...

Isu Semasa : Wahid cabar MB Terenganu debat

Posted: 26 May 2012 06:59 PM PDT


Mohd-Abdul-Wahid-Endut KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berdebat mengenai isu-isu setempat sebagai reaksi positif beliau terhadap penganjuran Debat Sinar, Selasa lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, debat di peringkat negeri membabitkan beliau dan Ahmad perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah terutama membabitkan pembangunan dan sebagainya yang menjadi persoalan sehingga kini.

Bercakap kepada pemberita, Wahid berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa sahaja sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang.

Read More / Baca Lagi >>

UN confirms killings in Syria's Houla

Posted: 26 May 2012 06:54 PM PDT

Activists Allege Massacre in Syria

Posted: 26 May 2012 06:54 PM PDT

UN condemns 'brutal' killings in Syria

Posted: 26 May 2012 06:53 PM PDT

Himpunan Jutaan Belia : Wassatiyah - Penuh Dengan Pengisian Rohani

Posted: 26 May 2012 06:52 PM PDT

Ustaz Azhar diharamkan di PICC, dibanjiri anak muda di Masjid As-Salam Puchong

Posted: 26 May 2012 06:23 PM PDT

Lihatlah dengan mata kepala sendiri....Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda..

Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.

Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan.

Himpunan Belia 2012: Dua Penonton Cedera Parah!!

Posted: 26 May 2012 06:19 PM PDT


Tragedi di Himpunan Sejuta Belia - Drag Racing Tajaan Umno-APCO

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.

Negara Zina : Khidmat model 3 dalam 1

Posted: 26 May 2012 04:28 PM PDT

Khidmat model 3 dalam 1

KUALA LUMPUR: Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, 'model' terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.
 
BOLEH BUAT APA SAJA... wanita yang disyaki model yang menawarkan khidmat gadis pengiring.
BOLEH BUAT APA SAJA... wanita yang disyaki model yang menawarkan khidmat gadis pengiring.

Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.
Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya 'serba guna' — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.

Khidmat 'tiga dalam satu' ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.


Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi
menghairahkan.
 

25 kanak-kanak maut di Syria

Posted: 26 May 2012 04:24 PM PDT

GAMBAR daripada rakaman video di Youtube, menunjukkan mayat kanak-kanak yang terbunuh semasa satu bedilan tentera rejim di Houla, tengah wilayah Homs, Syria, kelmarin. - AFP 
 
BEIRUT 26 Mei - Tentera rejim Syria didakwa membunuh lebih 90 orang termasuk 25 kanak-kanak dalam serangan ke atas bandar Houla, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria hari ini.
Wakil badan pemantau tersebut, Rami Abdel Rahman berkata, tentera rejim melancarkan serangan sejak petang semalam sehingga lewat malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Wassatiyah Nya Perhimpunan Belia - Penuh Dengan Pengisian Rohani

Posted: 26 May 2012 04:18 PM PDT

Haramjadah apa ni. Mesej pengisian rohani dengan konsert 500 artis ? Bangang apakah yang melanda seluruh Kerajaan Malaysia? 
Mana jawatankuasa fatwa ?
Mana Imam Muda ?
Mana Mohd Razi Othman ?
Mana Jamil Khir ?
Mana Zul Kulim?
Mana Hassan Akidah ?

Apa yang dah masuk dalam kepala luorang ni weyh ? Apsal bangsat sangat ? Sampai ketahap jijik gini pon, luorang pilih untuk berdiam diri. Celaru sungguh la autoriti agama yang ada kat tanah melayu. Me'layu' sungguh.


Ni .. terselak tersiat sampai nampak seluar kecik.. pengisian rohani kepala hotak luorang. Nganga la sampai mati weyh.. ampulah sampai ke kubur.. jual lah agama sekehendak luorang .. TAPI INGAT ~!! Allah Maha Mengetahui.

Last but not least .. wa attach video Ustaz Nazmi Karim. 

Nota: Rosak belia negara kerana pemimpin haramjadah.

Undi BN untuk masa depan Wasatiyyah UMPHORNO

Posted: 26 May 2012 04:17 PM PDT

DILULUSKAN OLEH MAJLIS PENGAMPU NEGARA

Pada hari Jumaat 25 hb yakni semalam, khutbah2 Jumaat di masjid2 utama negara (yang mendapat teks dari JAKIM) membicarakan tentang hari belia dan khutbah di tempat aku mengenakan tajuk "Melahirkan Belia Patriotik". Sejujurnya, letaklah tajuk apa pun - semuanya menjurus kepada memuji muja perancangan kerajaan UMNO BN menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada ketika ini. Kononnya tindakan ini - yang bertemakan "jutaan peluang penuh keriangan" ini merupakan antara langkah murni kerajaan menyantuni golongan belia yang dilihat sebagai aset masadepan negara yang akan menerajui Malaysia ini pada satu hari nanti. Bagi aku, secara asasnya Himpunan Belia ni ada kebaikannya. Diwujudkan karnival mencari kerja dan ruangan utk para peniaga untuk berniaga dan mempromosikan barangan depa. Kita lupakan sejenak yang Himpunan ini merupakan salah satu cara UMNO BN untuk meraih sokongan belia. Lupakan sejenak betapa pelbagai penyalahgunaan jabatan dan kementerian awam dalam penganjuran dan promosi Himpunan Belia ini. 
Read More / Baca Lagi >>

Jangan main-main sertai DAP

Posted: 26 May 2012 04:04 PM PDT

Subky Latif,
SAYA tidak anti DAP dan saya berkawan dengan orang DAP sejak ia bernama PAP sebelum Singapura disuruh keluar dari Malaysia.
Lim Kit Siang yang menjadi pembantu Devan Nair selalu datang ke  Utusan Melayu dan saya kenal Lee Lam Thye yang baru jadi ADUN Selangor tahun 1969.

Tapi saya takjub mengapa ada orang  Melayu menyertai DAP? Begitu banyak parti politik Melayu maka ada juga orang Melayu yang menyertai DAP. Sejak DAP ditubuhkan ia diberi cap oleh UMNO dan orang Melayu yang tidak tahu politik bahawa ia parti  anti Melayu. Sehingga hari ini DAP berhempas pulas untuk keluar dari cap itu.

Saya  tidak menghalang orang Melayu menyertai DAP, tetapi menyertai DAP bagi orang Melayu meletak diri dalam keadaan fitnah. Orang Melayu melihatnya lain macam. Hampir sama keadaannya bagi orang Melayu melihat orang Melayu yang menyertai komunis.

Read More / Baca Lagi >>

Pakai baju PR ambil cek

Posted: 26 May 2012 04:00 PM PDT


Pakai baju PR ambil cek
Peneroka tegar pembangkang ini bersembang dengan Ismail (kiri) ketika hadir menerima
durian runtuh dengan memakai baju mempunyai logo PR pada majlis itu.
CHENOR - "Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat."

Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Read More / Baca Lagi >>

Parti PM Singapura tewas pilihan raya kecil....

Posted: 26 May 2012 03:58 PM PDT


Png Eng Huat
Png Eng Huat, wakil Parti Pekerja menang pilihan raya kecil.
SINGAPURA - Parti Pekerja, parti pembangkang Singapura, memenangi pilihan raya kecil yang berlangsung semalam - yang dilihat sebagai ujian ke atas keupayaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam mendapatkan semula sokongan rakyat ke atas parti pemerintah, yang hilang dalam pilihan raya umum tahun lalu.
Png Eng Huat, ahli perniagaan berusai, 50 tahun, memperoleh 62.1 peratus undi untuk memenangi kerusi Hougang.
Read More / Baca Lagi >>

Pertarungan sengit Ikhwan dengan 'feloul' Mubarak

Posted: 26 May 2012 08:24 AM PDT


KAHERAH: TempOh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir  tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.
Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

Read More / Baca Lagi >>

Terbukti Umno cetus kejadian berdarah

Posted: 26 May 2012 08:20 AM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Mei: Bukan Pakatan Rakyat (PR), tetapi terbukti Umno yang mencetuskan begitu banyak kejadian berdarah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ketika menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa demonstrasi ganas akan dianjurkan tanpa henti jika jika PR tewas dalam pilihan raya umum ke-13, beliau berkata fakta sejarah dengan sendirinya akan mendorong rakyat menolak dakwaan itu.

"Memanglah, saya tak marah langsung dengan apa yang Dr Mahathir kata. Biarlah, dalam negara demokrasi, dia pun ada hak untuk bercakap juga walaupun orang waras tergelak sakan dengan kata-katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pergi mampooss!!

Posted: 26 May 2012 08:19 AM PDT


 Ambooii.... Sedapnyer mulut mengatakan Anwar dulu yang buat provokasi. Anwar provoke dulu, ek??
Pegi mampuih ler....!! Usah nak buat fitnah!! Banyak rakyat yang dah tengok video ceramah tu. Usah nak bawak mulut. Eeeee.... puak-puak UMNO ni, mulut mereka dah terlebih insuran. Aha... mana tidaknyer, mereka ada insuran perlindungan daripada UMNO. Hahahaha... 'syarikat insuran' untuk jaga samseng.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah kereta mewah – untuk menutup malu !

Posted: 26 May 2012 08:09 AM PDT

  
Tindakan ketua penganjur himpunan "Anti BERSIH" @ penyokong KOTOR, Datuk Jamal menawarkan hadiah dua kereta mewah kepada penyokong dan peminatnya merupakan tindakan yang keterlaluan, terdesak, tidak wajar dan tidak sesuai. Kalau hendak beramal jariah sekali pun,  banyak cara-cara lain yang lebih afdhal dan manasabah, bukan dengan publisiti murahan begini seolah-olah nak menunjuk-nunjuk kekayaan peribadinya.
Jelas sekali tindakannya lebih kepada untuk menutup malu kerana perbuatan demo anti BERSIH nya  tidak digemari  oleh banyak pihak,… dan masyarakat sedang mentertawakan kebodohan penganjurnya. Apa kejadahnya  himpunan "BERSIH 3" yang bertujuan baik, untuk menuntut keadilan,  tidak disokong, sebaliknya dimusuhi !   Apakah Allah telah menjadikan semua ahli Umno dan penyokongnya bodoh macam lembu??
Oleh : rahimothman

Bersih akan merantau seluruh negara untuk kempen ‘keluar mengundi, lawan penipuan’

Posted: 26 May 2012 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.
Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.
"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan.
"Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: