Khamis, 17 Mei 2012

PERAKITE

PERAKITE


Ahli Umno sendiri tidak undi Umno

Posted: 17 May 2012 07:51 AM PDT


Umno tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang Melayu kerana tidak sampai separuh daripada orang Melayu  mengundi parti itu.

Malahan, ahli Umno sendiri pun tidak mengundi parti itu, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Ketika menolak dakwaan kononnya Umno mewakili Melayu itu, beliau berkata: "Calon-calon Umno mendapat hanya dua juta  undi dari 5.7 juta undi Melayu.

"Jika Umno dapat dua juta undi sahaja, ia juga bermakna satu juta ahli Umno tidak mengundi calon-calon Umno".

Oleh itu, kata bekas Adun Pulau Manis itu, Umno malah tidak boleh mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan Umno sebagai punca utama perpecahan orang-orang Melayu apabila parti itu menganggap seseorang itu hanya boleh dianggap Melayu jika ia menjadi ahli Umno.

"Punca sebenar perpecahan Melayu ialah budaya Umno yang memperhambakan minda orang-orang Melayu.

"Ia adalah parti feudal yang menanamkan pemikiran feudal kepada orang-orang Melayu. Melayu dianggap Melayu hanya jika dia Melayu Umno," tegas beliau dalam tulisannya yang bertajuk "Rise against feudal Umno" atau "Bangkit menentang Umno yang feudal".

Dengan keadaan Umno yang seperti itu, Ariff mempersoalkan apa perlu wujudnya perpaduan Melayu jika ia berada di bawah hegemoni atau pengaruh kekuasaan Umno?

"(Sedangkan) hakikat sebenarnya ialah Umno tidak ada lagi hak moralnya untuk mendakwa ia mewakili Melayu," tegas beliau.

Beliau menyeru orang-orang Melayu bangkit dan bergerak ke hadapan untuk menolak perhambaan mental yang dipaksakan oleh Umno.

Pendirian FAM makin bercelaru

Posted: 17 May 2012 07:46 AM PDT

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dah jadi macam tempat memperjuangkan kepentingan diri daripada kepentingan pembangunan bola sepak tanah air. Semuanya gara-gara nak menunjukkkan kuasa masing-masing dan menyekat individu lain.


Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun, diberi amaran oleh badan itu lagi dan beliau mempersoalkan 'tindakan terbaru' dikenakan ke atas beliau.

"Di mana salahnya?" soal Annuar dalam reaksinya dipetik dari laman sosial Facebooknya.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak yang memberi amaran keras kepada beliau agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Malah menurut beliau, sikap sedemikian juga menunjukkan badan induk itu cuba mengganggu fokus Kafa dalam usaha menjuarai  Piala FA, Sabtu ini.

"Ada pihak yang tidak senang hati melihat kemunculan saya di TV, malah mempertikaikan kenapa saya masih lagi hadir di Majlis rasmi.

"Lagipun titah Presiden FAM sebelum ini, 'This is a free country, and I'm a free citizen', jadi apa masalahnya?" kata Annuar.

Pandangan Annuar merujuk kepada kenyataan Taufik yang menyatakan beliau telah melanggar keputusan jawatankuasa tatatetib dengan menghadiri satu majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors di kafe The Red Warriors di Kota Bharu, kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa majlis itu adalah anjuran Fan Club KELATE.NET dan The Red Warriors Cafe dan bukannya gabungan FAM ataupun Kafa.

"Saya hadir atas kapasiti peribadi dengan melancarkan CD dikir barat dan kempen jualan, tiket anjuran mereka, jadi saya tidak tahu di mana salahnya?" kata beliau sambil menambah, "lagipun saya digantung dari aktiviti bola sepak, bukannya dilucut dari jawatan."

Sementara itu, kenyataan Taufik yang tidak menggalakkan Annuar hadir pada pertemuan final Piala FA antara Sime Darby dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti dikhuatiri menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk mengatur tempat duduk bagi memenuhi protokol beliau yang berstatus Tan Sri, Annuar berkata, itu semua tidak memberi masalah kerana bagi beliau isu protokol tidak memberi sebarang kepentingan.

"Hanya orang gila pangkat dan mabuk kuasa sahaja sibuk dengan protokol dan kedudukan dirinya, kita rakyat biasa dan manusia biasa, 'we have nothing to lose, stop all provocation, enough is enough'.

"Saya tidak perlu dijemput atau disambut dengan protokol, itu semua tidak ada masalah bagi saya. Insya-Allah saya akan tetap berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini," tambah beliau.

Tiada ulasan: