Rabu, 16 Mei 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Amaran Untuk PESERTA BERSIH 3.0 Yang Di Kehendaki Polis Jika Tidak Menyerah Diri....Sesiapa Yang Menjumpai Mereka Ini Sila Usung Ke Balai Polis Berhampiran ..... Peserta Perhimpunan Diberi Tempoh Seminggu Untuk Serah Diri - Bapak Polisi....!!!

Posted: 16 May 2012 07:01 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5h3W5jSkXcUCFHZILbn-1YaE_d_gEXoFl1lGkWkbyy04tNXaxTbvqbg5OGb3ohuuv8ukP2yi4W4XcsXj9oWFZhZchO30ne2uNCRyJ70W-t0LGvtG8r3NBLxEENqAOkJLOcGrTXdmKzX0/s1600/380206_374528995917899_100000824060574_949355_233099290_n+(1).jpg

 

gambar di atas ini adalah peserta peserta BERSIH 3.0 yang di kehendaki  POLIS kerana merusuh  dan mencederakan orang awam....!!!

 

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2012 - Peserta perhimpunan yang didakwa terbabit dalam insiden kekacauan pada perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang 28 April lepas diberi tempoh seminggu untuk menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap mereka yang enggan menyerah diri, mulai Rabu depan.

Polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota bagi mengesan suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Beliau berkata kesemua 129 peserta perhimpunan yang gambar mereka telah disiarkan dalam media perlu hadir ke balai polis bersama peguam mereka, jika ada.

Daripada 141 gambar yang disiarkan di media, hanya 12 telah ditahan dan dari 12 orang itu, lapan telah didakwa manakala empat lagi dibebaskan, katanya.

-- BERNAMA

 

selanjutnya....

 

 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 21 individu, termasuk anggota polis, telah menyerah diri untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Mereka adalah antara 141 individu yang gambar mereka telah disiarkan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, Hishammuddin tidak mendedahkan berapa ramai daripada mereka yang telah menyerah diri itu adalah anggota polis.

Beberapa anggota polis dikehendaki kerana didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.

Jumlah tersebut diedahkan oleh Hishammuddin dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Dalam majlis berasingan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata 141 individu lagi mempunyai masa hingga besok untuk menyerah diri.

“Kita tidak perlukan waran tangkap. (Penangkapan kerana) merusuh tidak perlukan waran,” katanya.

 

Malaysiakini

 

 

penyapu sial

 

Ada polis jahat, ada polis baik. Ada polis mintak rasuah, ada polis tak mintak rasuah.
Ada polis menyesal sebab jadi polis sebab banyak kena buat dosa,
Ada jugak polis yang suka kuasa yang dia ada dan tak peduli dosa pahala.

Tak ramai polis yang jahat,
Tapi polis yang jahat ni la yang dibagi kuasa.

Kalau ada seorang polis cuba jadi hero,
Buat benda betul dan cuba betulkan apa yang salah,
Dia kena transfer ke tempat lain.

Tengok betul-betul gambar di atas,

kalau depa masih gagal di kesan sewajarnya bukan tertumpu cari rumah ke rumah....lancar juga pencarian dari balai ke balai mana tau ada malaun malaun nie bersembunyi di sana...!!!

LIVE....dulu saifol punya punggung sekarang nie askar punya punggung.....askar akan datang tak payah angkat senjata , guna punggung aje untuk jaga keselamatan negara...kah kah kah ....!!!!

Posted: 16 May 2012 02:13 AM PDT


Geli hati  betul  dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Kelmarin sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris dihadapan kediaman Ambiga, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot kepada rumah Ambiga. UMNO sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu.

Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan kepada bontot dan punggung.

Dalam kesemua 213 negara yang berkerajaan didunia ini, Malaysia lah yang parti pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan ini amat memalukan. Kita tidak tahu bagaimana kah perasaan mereka-mereka ini semasa melakukan kerja keji ini.

Malah nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa UMNO melakukan kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamaddun yang asas sebagai rakyat sebuah negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyor didunia ini. Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang sudah bangkrap politiknya.

Tidak beberapa lama dahulu UMNO telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri P Pinang Lim Guan Eng. Apabila politik BN sudah sampai ketahap ini, bagaimana setengah pemimpin UMNO masih mengaku yang parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan menjaga Agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu.

Mengapa UMNO sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia yang hidup dizaman ini melakukan ‘exercise punggung’ dihadapan rumah Ambiga itu?

Inikah mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah menunjukkan sikap kuno dan menjijikan itu. Berapakah upah yang mereka terima untuk melakukan itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti UMNO sudah bangkrap dan kita  jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan perlu untuk menyambung kuasa politik UMNO dan BN itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita semua. Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan sehina ini berlaku dalam politik mereka.

UMNO memang sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang UMNO sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya.

Sesungguhnya kelemahan yang sedang dihadapi oleh UMNO ini berpunca dari kelemahan UMNO itu sendiri. UMNO sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan ada lagi kejadian-kejadian sehina ini lagi berlaku dalam politik negara kita lagi.

Ianya amat memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat UMNO ini. Tapi sudah tidak dapat lagi berbuat apa-apa kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya.

Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya.

 

 

penyapu sial

 

KALAU MACAM NI LA PERANGAI YANG TUA GANYUT, bontot pun dah kencut...YANG MUDA2 APATAH LAGI....Umporno,umporno. askar pencen pun mau LUCAH jugak ka

patut atau tidak patut sekumpulan org MELAYU dan beragama ISLAM melayani org yg bukan Islam dengan AKHLAK yg rendah (senaman punggung), padahal Nabi tidak pernah ajar kalau xpuas hati dgn org kafir dgn tunjukkan akhlak sbgini

Kesian tengok pakcik veteran askar nie jadi alat politik, cakap 50 orang padahal 20 org pun tak sampai

ha ha ha....ini macem meniaga manusiaaa lebih senang dari meniaga lembu....ini manusia ada otak boleh senang di kawal dari sekawan lembu....manusia ...manusia....lebih bodoh dari sekawan lembu....!!!!

Posted: 16 May 2012 01:31 AM PDT

Tiada ulasan: