Muslimeen United |
- Kemewahan Rumah Pemimpin PAS...Umno Pun Kalah
- Full Video : Ceramah Tok Guru Nik Aziz Dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Di Bachok
- [Video] Nizar Langgar Pentas UMNO: Perbandingan 2 Video, Edited & Original (updated)
- Nur Jazlan yang menang majoriti 20,449 pun kecut perut dengan Salahuddin?
- Hari Guru: PAS, PR komited naik gaji guru
- Maka Terlucutlah Seluar Ketua Si Penonggeng Itu: Guna "Datuk" Palsu Rupanya
- Guru Bangkit Memimpin Perubahan
- Najib Akan Tersungkur di Kampungnya Sendiri!
- [IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka
Kemewahan Rumah Pemimpin PAS...Umno Pun Kalah Posted: 16 May 2012 05:25 AM PDT Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana. Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .
Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah. | ||||||
Full Video : Ceramah Tok Guru Nik Aziz Dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Di Bachok Posted: 16 May 2012 05:20 AM PDT Ceramah Umum dan Isu- Isu Semasa oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Perkarangan Pejabat Pas di Pantai Irama, Bachok. | ||||||
[Video] Nizar Langgar Pentas UMNO: Perbandingan 2 Video, Edited & Original (updated) Posted: 16 May 2012 05:14 AM PDT Semalam blog ini menyiarkan sebuah video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang. Video itu ternyata telah diedit oleh pihak pencacai UMNO untuk memburukkan DS Nizar. Hari ini kita dedahkan dua video, satu yang diedit dan satu yang original supaya masing-masing dapat membuat penilaian. Jom saksikan bersama: Versi sebenar Penjelasan DS Nizar Nizar: Tindakan saya tak salah So, verdictnya? Memang layak sangat anugerah dan doa "laknatullah" ke atas pencacai UMNO yang mengedit video untuk memburukkan Nizar itu. Selagi video itu ada di youtube, selagi itulah laknatullah itu berjalan ke atas mereka yang berkenaan. -GB | ||||||
Nur Jazlan yang menang majoriti 20,449 pun kecut perut dengan Salahuddin? Posted: 16 May 2012 05:07 AM PDT Kalau sebelum ni Dr. Fuad Zakarsi 'melahirkan' rasa kecut perut dia dengan kemungkinan Salahuddin akan bertanding melawan dia di parlimen Batu Pahat, hari ni seorang lagi Ahli Parlimen Johor 'melahirkan' rasa kecut perut pasai ada kemungkinan dia yang terpaksa menghadapi Salahuddin dalam PRU13 nanti. Sebelum ni Salahuddin Ayub yang dah semacam kompom akan bertanding di negeri Johor ada bagitau yang dia berminat untuk bertanding samada di parlimen Batu Pahat, Tanjong Piai ataupun Pulai. Hari ni macam dilaporkan Sinarharian, ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan pulak 'melahirkan' rasa kecut perut dia. Memang la dia tak kata dia kecut perut, tapi kalau baca 'between the line' apa yang dia kata tu memang nampak macam dia dah mula kecut perut.
Kat bawah ni keputusan PRU12 untuk parlimen Pulai 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) (38,036) 2. Abdullah Ideris (Pas) (17,587) Majoriti: 20,449 Jumlah undi: 56,702 Peratus mengundi: 71.21% Undi rosak: 1,079 Penyandang: Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) (Majoriti: 34,926 undi) Mungkin ada yang akan kata Salahuddin Ayub nak buat kerja 'gila' nak bertanding di parlimen Pulai, kerusi yang calon umno menang dengan majoriti lebih 20ribu undi juga merupakan kerusi yang calon dari PAS kalah dengan majoriti paling tinggi. Tapi aku yakin, PAS Johor dah buat analisa terpeinci dan depa yakin kalau Salahuddin Ayub bertanding di parlimen Pulai, dia ada peluang besar untuk menang, mungkin tak berapa nak cerah tapi peluang memang besar. [Sumber imej: Facebook] | ||||||
Hari Guru: PAS, PR komited naik gaji guru Posted: 16 May 2012 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Mei: "Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang berjasa besar kepada negara," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memetik puisi Allahyarham Usman Awang yang menukilkan "siapapun kita hari ini, sama ada Perdana Menteri, pensyarah, peguam, petani atau nelayan, kita bermula dengan ajaran guru". Katanya, dalam konteks negara membangun, pendidikan adalah industri yang melahirkan rakyat yang tinggi sakhsiahnya dan membekalkan tenaga produktif yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara. "Di sebalik itu, guru adalah pemain utama yang menjayakan hasrat tersebut," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. Menurutnya lagi, dengan cabaran globalisasi yang berlaku di zaman ini, tugas mereka tidak sekadar mengajar di kelas, tetapi hampir setiap waktu mereka bertugas secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk keperibadian rakyat. "Sebagai penghargaan kepada jasa guru, PAS bersama Pakatan Rakyat komited dengan janji di dalam 'Buku Jingga' untuk menaikkan gaji guru-guru dan seluruh kakitangan berkaitan perguruan selaras dengan tanggungjawab yang besar dipikul mereka," ujarnya. -Hrkh | ||||||
Maka Terlucutlah Seluar Ketua Si Penonggeng Itu: Guna "Datuk" Palsu Rupanya Posted: 15 May 2012 09:45 PM PDT Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan. Akhabar pencacai Utusan malaysia perniah menyiarkan berita "Datuk" palsu itu di keluarannya pada 13/01/2011 (sila rujuk keratan akhbar di bawah) Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga. 'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga. Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno). | ||||||
Guru Bangkit Memimpin Perubahan Posted: 15 May 2012 09:43 PM PDT Sempena sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2012, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ingin mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU" kepada warga pendidik di seluruh Malaysia. Warga pendidik yang dihormati. Sejarah telah membuktikan bahawa peranan guru dan pendidik amat besar dalam mengubah lanskap politik negara sejak sebelum merdeka lagi yang membabitkan kelompok guru-guru pondok, guru-guru agama, guru-guru sekolah kebangsan Melayu dan sebagainya. Gerakan mereka berjaya memimpin massa menuntut kemerdekaan dan seterusnya mencorakkan masa depan pendidikan negara hingga sekarang. Namun kealpaan, kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas tiket mengangkat pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara menjadi caca marba. Hal ini berasas kerana polisi trial and error dan project based yang diamalkan oleh pemerintah tidak kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan 'luka' di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya. Antaranya isu PTPTN, PPSMI, Perubahan Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah, Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang masa depan pendidikan negara. Kini, peluang untuk membetulkan keadaan ini telah dirintis menerusi penubuhan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK) yang diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk mengubah landskap pendidikan tanah air. Pelancaran NGO PENDIDIK yang telah melakar sejarah dalam persada pendidikan negara ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dewan Putra, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor pada 12 Februari 2012 yang lalu. Warga pendidik yang dihormati, Sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan 'penjajahan alaf baru' yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini. Justeru, satu wahana dan platform untuk para pendidik di seantero Malaysia telah diwujudkan untuk menyalurkan aduan, pandangan serta luahan demi memperkasakan pendidikan tanah air di samping tidak meminggirkan hak dan kebajikan para pendidik dalam memacu halatuju pendidikan negara. Sudah pasti NGO PENDIDIK ini berfungsi sebagai entiti yang menggalas tugas profesional dalam kerjaya pendidikan akan berkhidmat berteraskan prinsip takwa, iman dan ihsan selain konsisten dalam memperjuangkan keadilan sejagat, kebajikan, maruah guru dan maruah profesion pendidikan negara. Semoga Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) akan menjadi wadah yang tersohor, dan karismatik dalam memperjuangkan martabat, nasib, dan dinamika profesion keguruan agar terus dihormati dan menjadi ikon kebanggaan masyarakat pendidik". Sekretariat Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mengharapkan agar semua para pendidik yang pernah menjadi mangsa 'tekanan politik' atau 'mangsa pertukaran akibat dendam politik' mengikut prosedur yang tidak betul sangat dialu—alukan untuk menyalurkan aduan ke alamat email ; _ HYPERLINK "mailto: aduanpendidik@gmail.com .Semoga" _aduanpendidik@gmail.com ._ Platform ini akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara di samping meramaikan kelompok profesional yang bakal mewarnai persada pendidikan negara ke arah menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti demi melahirkan modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji. Mutakhir ini masih ada lagi warga pendidik yang pernah menjadi mangsa kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa mengikut prosedur yang betul dan bukan 'atas keperluan perkhidmatan'. Apa yang berlaku sebaliknya adalah ramai di kalangan warga pendidik telah ditukarkan hanya kerana 'dendam politik ' dan 'tekanan politik' dari pimpinan Umno Barisan Nasional. NGO PENDIDIK mengharapkan agar semua warga pendidik di seluruh Malaysia tampil untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman tentang kezaliman yang telah dilakukan sejak 54 tahun oleh UMNO Barisan Nasional sehinggalah kini. Jadi sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan 'penjajahan alaf baru' yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini. Dalam waktu terdekat,'Roadshow NGO PENDIDIK ' akan dilaksanakan akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk menggerakkan kebangkitan guru di seluruh Malaysia. Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama semua para pendidik , NGO PENDIDIK berharap akan dapat menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana di samping memaksimumkan penerangan, perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah diwujudkan. Ia juga diharapkan dapat menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara. Akhir kata , Selamat Menyambut Hari Guru 2012 dengan tema yang dipilih oleh NGO PENDIDIK pada tahun ini "BANGKIT GURU MEMIMPIN PERUBAHAN" Normala Sudirman (Cikgu Mala) ialah Presiden Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK). | ||||||
Najib Akan Tersungkur di Kampungnya Sendiri! Posted: 15 May 2012 05:25 PM PDT KUANTAN - Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan. Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang dirasmikannnya gagal mendapat sambutan. Sasaran kehadiran seramai 10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Menurut saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan. "Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu (orang) tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu (orang sahaja). "Selepas perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang (yang diadakan) di dewan Majlis Daeran Pekan, tapi PM berangkat pulang (dengan tergesa-gesa),"ujarnya yang tidak mahu dikenali. [Gambar - hanya tiga meja jamuan yang dipenuhi dari berpuluh-puluh yng disediakan untuk Jamuan minum petang bersama Najib] Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja dipenuhi. "Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja (akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) , satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita, "yang lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,"jelasnya yang menambah, kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa di batalkan. Beliau menyifatkan ia adalah satu pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang. -BO | ||||||
[IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka Posted: 15 May 2012 05:21 PM PDT Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. "Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. "Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat." Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu. "Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung." Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. sumber: FB |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan