Rabu, 30 Mei 2012

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


PECAH BERITA! Skandal Scorpene: Daim Zainuddin Dan Mahathir Turut Terlibat Selain Najib ?

Posted: 30 May 2012 04:02 AM PDT

 Badan Hak Asasi Manusia, SUARAM, mendedahkan nama individu yang rapat yang mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, disebut dalam kertas siasatan pendakwaan berhubung dengan skandal rasuah pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene pada 5 Jun 2002.

Peguam Perancis yang mewakili SUARAM, Joseph Brehem mendedahkan penemuan terbaru tersebut semasa sidang media yang diadakan di Kelab Wartawan Asing (International Reportes Club) di Bangkok, Thailand, setelah Joseph gagal memasuki Malaysia walaupun telah memohon visa kerja beberapa minggu lalu.

Joseph ketika menerangkan penemuan tersebut menambah, Daim dan bekas perdana menteri, Mahathir menggunakan proksi mereka dalam urusan pembelian kapal selam untuk kepentingan kewangan Umno-APCO yang melibatkan pembiayaan wang pembayar cukai yang sangat banyak iaitu sebanyak EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion).

Dalam sidang media yang dipancarkan ke seluruh dunia menerusi laman sesawang video popular, Ustream, Joseph mendedahkan lagi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan isteri pakar strategis Najib Altantuya, Razak Baginda, iaitu Mazlinda Makhzan.

Mendedahkan lanjut, Joseph menambah, Dokumen 97 yang dirampas dari pejabat Thales International di Paris, Perancis menunjukkan bahawa Razak Baginda dan Mohd Ibrahim Noor dua adalah individu utama yang dirujuk juga sebagai orang tengah dalam urusan pembelian dan hubungan erat antara Najib Altantuya dan Mahathir.

Dokumen 97 itu juga menjelaskan nota yang tertulis di dalamnya adalah sebagai dokumen perlu dan mesti digunakan sebagai rujukan pindahan pembayaran kepada individu dan organisasi politik rejim pemerintah iaitu Umno-APCO.

Malah, dokumen itu juga membuktikan bahawa kaitan antara kedua mereka adalah seperti berikut:

a) Razak Baginda adalah orang suruhan Najib Altantuya, dan;

b) Mohd Ibrahim Noor adalah orang yang rapat dengan Daim Zainuddin.

Berhubung dengan isu sama ada Najib Altantuya dan enam individu lain yang dipohon SUARAM untuk hadir ke mahkamah, Joseph menjelaskan ia sememangnya tidak mustahil untuk memanggil kesemua mereka sebagai saksi perbicaraan, dan sekiranya enggan, mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas mereka.

Jika sapina telah dikeluarkan tetapi masih enggan hadir, makan amaran waran tangkap kod merah akan dikeluarkan, iaitu kod tertinggi bagi polis antarabangsa (Interpol) untuk bertindak setelah kesemua prosedur dipatuhi.

Joseph juga menambah, amaun rasuah yang diperolehi daripada pembelian kapal selam ini boleh digunakan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya dan infrastruktur kemudahan awam kerana hasil siasatan menunjukkan wang rasuah boleh melebihi jumlah asal yang dianggarkan iaitu RM3 bilion.

Wartawan yang hadir dari seluruh dunia bagi mengikuti pendedahan khas ini ada yang datang sejauh Brazil dan Amerika Syarikat kerana skandal rasuah kapal selam ini mirip kes yang pernah dilaporkan di Pakistan, India, Bolivia dan beberapa negara lain, juga menerusi dua buah syarikat usahasama antara DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.

http://pkrl.blogspot.com/2012/05/pecah-berita-skandal-scorpene-daim.html

POLITIK DAN KONGSI GELAP

Posted: 29 May 2012 11:37 AM PDT

Musa Hassan sahkan rangkaian politik - kongsi gelap
WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.
________________________________________
Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw

Tiada ulasan: