Pahang Daily Online |
- Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti Najib Mahu Jauhkan Belia Dari Agama !
- Sensasi: Seramai 200 Orang Peniaga Serta Penjaja Jalan Chow Kit 'Serahkan Borang' Menyertai PAS !
- Panas: "Ibrahim Ali Hina Nik Aziz", Dakwa Projek Lebuh Raya Rakyat Hanya Sandiwara Politik PAS
- Panas: Raja Petra Dakwa Ada 'Fail Sulit' Azmin Ali Ketika Beliau Jadi 'Setiausaha Sulit' Anwar Dulu !
- Eksklusif: TV Makmur, Ceramah Anwar Di Maran !
- Pengarah Urusan "Proton" Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir "Sah" Letak Jawatan!
Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti Najib Mahu Jauhkan Belia Dari Agama ! Posted: 29 May 2012 11:00 AM PDT [Apa sudah jadi dengan UMNO agaknya. Ke mana arah dan hala tuju belia yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?. Ternyata, Himpunan 2 Juta Beliau sempena Hari Beliau Negara 2012 di Bukit Jalil baru-baru ini lebih dasyat daripada apa yang telah kita gambarkan. Video panas berkenaan "disko hari belia" yang tersebar ini membuktikan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN yang ada sekarang sengaja mahu menjauhkan anak-anak muda dari agama. Mereka sengaja mengadakan program maksiat yang menjurus ke arah pergaulan bebas lelaki perempuan yang sungguh membimbangkan. Hiburan dikatakan untuk mendidik rohani para belia, maka program agama bersama Ustaz Azhar Idrus terpaksa dibatalkan untuk digantikan dengan hiburan demi hiburan. Lebih teruk lagi apabila kumpulan K-Pop yang menampilkan gaya seksi itu juga diundang untuk membuat persembahan. Tidak cukup dengan itu turut diadakan Battle Of The Band serta lain-lain acara hiburan yang cukup melalaikan. Dengan terdedahnya video ini, maka terbukti kini UMNO BN memang mahu menjauhkan diri anak-anak muda daripada agama Islam. Justeru, apakah kita rela membenarkan anak-anak kita hidup di dalam dunia khayalan seperti ini?]. |
Sensasi: Seramai 200 Orang Peniaga Serta Penjaja Jalan Chow Kit 'Serahkan Borang' Menyertai PAS ! Posted: 29 May 2012 10:08 AM PDT [Dalam keghairahan kerajaan UMNO BN menerusi NGO mereka memainkan isu para peniaga di Jalan Tunku Abd Rahman (TAR) dan sekitar ibu negara mengalami kerugian jutaan ringgit gara-gara terjejas akibat penganjuran Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, kini dikejutkan dengan berita 200 peniaga dan penjaja di Jalan Chow Kit menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) semalam (29 Mei). Difahamkan, satu majlis penyerahan borang telah dilakukan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang. Paling menarik, turut bersama dalam program berkenaan ialah pendakwah agama terkenal Ustaz Azhar Idrus. Dengan senario terkini ini, maka ia membuktikan dakwaan kononnya para peniaga mengalami kerugian akihat Bersih 3.0 serta menolak Pakatan Rakyat meleset sama sekali. Apa yang pasti, perniagaan mereka dipaksa tutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri. Kerugian adalah sandiwara kerajaan sebenarnya]. |
Panas: "Ibrahim Ali Hina Nik Aziz", Dakwa Projek Lebuh Raya Rakyat Hanya Sandiwara Politik PAS Posted: 29 May 2012 08:57 AM PDT SHAH ALAM, 29 Mei - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) . Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion. "Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada. "Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan. "Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat," katanya. Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak. Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 lagi diberikan secara tunai. [Kenyataan terbaru Ibrahim Ali ini pasti melukakan dan mengecewakan majoriti rakyat Kelantan sebenarnya. Malah, sudah pasti mereka yang mengundi beliau yang bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu lebih lagi kecewa. Ibrahim Perkasa ini sepatutnya mencari jalan untuk membantu kerajaan pusat membayar royalti minyak Kelantan jika benar dia mahu membela rakyat. Mungkin dengan cara itu, wang tersebut boleh digunakan untuk menampung pembinaan lebuhraya terbabit. Malah, beliau juga sepatutnya mendesak kerajaan UMNO BN agar meneruskan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terus hingga ke Kelantan dan bukannya tamat setakat di Terengganu sahaja. Jika benar dia membela rakyat, maka dia sepatutnya lantang bersuara isu ini di parlimen. Tambahan pula dia begitu akrab dengan kepimpinan UMNO BN sekarang ini. Namun, dia memilih untuk terus menghentam Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Beliau lupa, riwayat politiknya masih bernyawa kerana ehsan Nik Aziz membenarkan dia bertanding atas tiket PAS di Parlimen Mas pada PRU-12 lalu. Namun kini, Ibrahim bagai "kacang lupakan kulit". Baginya hanya UMNO BN yang betul dan PAS itu tetap salah. Sedangkan UMNO memecat beliau dan PAS menerima beliau bertanding atas tiket parti itu sebenarnya. Mungkinkah Ibrahim Ali akan tingggal sejarah selepas PRU13 agaknya?]. |
Posted: 29 May 2012 08:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mei - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin (foto) mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995. Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu. RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit. RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih lagi dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). [Ramai yang tidak terkejut sebenarnya dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Blogger terkenal seperti Raja Petra Kamaruddin ini. Beliau kini, sedang bersedia untuk mendedahkan segala macam fail yang melibatkan pemimpin PKR terutamanya yang melibatkan kepimpinan tertinggi. Anehnya, segala fail yang ada padanya tentang keborokan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN selama ini seolah-olah sudah ditutup oleh beliau sendiri. Maka itulah rakyat tidak hairan dengan kelibat RPK sekarang. Kini, tumpuan beliau lebih terarah kepada pihak lawan PM Najib Razak. Mungkinkah RPK sememangnya telah pun dibeli atau menjual harga dirinya sekarang ini?]. |
Eksklusif: TV Makmur, Ceramah Anwar Di Maran ! Posted: 29 May 2012 08:33 AM PDT |
Pengarah Urusan "Proton" Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir "Sah" Letak Jawatan! Posted: 29 May 2012 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR 29 Mei - Setelah sekian lama kedudukannya sebagai Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton) diperkatakan sejak pembuat kereta nasional berkenaan diambil alih oleh DRB-Hicom, akhirnya Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (foto) mengundurkan diri. Sementara itu, Proton mengesahkan perletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa 4 Julai ini. "Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat. "Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata satu kenyataan pengeluar kereta nasional itu hari ini. Syarikat itu juga umumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai. "Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton. Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara. Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah, seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan juga Iran. [Dengan pengesahan ini maka kontroversi yang melanda selama ini akhirnya terbukti jua. Spekulasi dan khabar angin mengenai perletakan jawatan beliau sememangnya telah lama disebarkan sebelum ini. Kini, segalanya terbukti dan apa yang difikirkan oleh rakyat akhirnya menjadi kenyataan. Nampaknya, kini ramai pihak yang tercari-cari apakah punca sebenar yang menyebabkan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir terpaksa mengundur diri. Apakah beliau juga menerima tekanan demi tekanan daripada pihak yang berkenaan agaknya. Harus diingat bahawa mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad masih berkuasa terhadap Proton. Apakah beliau memainkan peranan terhadap kontroversi ini agaknya?. Kini, siapa pun penganti sudah pasti mereka perlulah mencari individu yang sanggup mengikut arahan dan tidak berani membantah apa saja tindakan yang dilakukan oleh syarikat itu. Soalnya, siapakah yang paling layak dan berani menerima jawatan itu selepas ini?]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan