pemuda cheh |
- Tarikh Pembubaran Parlimen Pilihanraya Umum (PRU Ke 13) Pada 14 Mei 2012 Ini?
- Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya
- Slogan baru 1Malaysia?: Ku tak rela ku tak redha - "Haramjadah!"
Tarikh Pembubaran Parlimen Pilihanraya Umum (PRU Ke 13) Pada 14 Mei 2012 Ini? Posted: 09 May 2012 05:26 PM PDT Kalau di negara lain,parti politik yang bertanding akan diberitahu lebih awal supaya "lebih bersedia". Tetapi di Malaysia lain pula ceritanya. Setiap parti politik mesti sentiasa bersedia & terus bermian teka-teki berdepan dengan "kemungkinan" pembubaran parlimen Pilihanraya Umum (PRU ke 13) pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang ini Tarikh-tarikh Penting Pilihanraya Umum Ke 13 (Sumber Yang Dipercayai)
Jikalau disemak semula tarikh pembubaran parlimen (PRU ke 13) ini, ia adalah satu hari selepas sahaja berakhirnya acara Perhimpunan Raksasa UMNO bagi menyambut ulangtahun ke 66 yang akan bermula daripada 11 Mei ini hinggalah 13 Mei 2012. Samada tarikh pembubaran parlimen bakal diteruskan pada 14 Mei 2012 ini, semuanya akan dinilai semula berdasarkan sambutan hangat yang bakal diperhatikan "daripada jauh" sepanjang berlangsung Perhimpunan Raksasa UMNO kali ini.
Hari ini, orang-orang Felda bakal menerima "durian runtuh" yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan semakan dan pemerhatian pada pilihanraya-pilihanraya umum yang sebelum ini, minggu hadapan pembubaran parlimen bakal dilakukan dan sewaktu kempen pilihanraya UMUM ke 13 itulah akan digunakan sebaiknya untuk tujuan pemberian durian runtuh akan mula diagihkan kepada orang Felda dan diselesaikan sebelum menjelangnya hari mengundi Kalau nak tangguh lagi dan hanya mahu mengadakan sekitar bulan November/Disember 2012 sangat rugi jikalau dinilai permainan politik di Malaysia, kerana pada waktu itu sudah terlalu lama apatah lagi pelbagai pemberian yang ditabur oleh kerajaan untuk tahun 2012 ini sahaja cukup banyak daripada biasa.
Jadi, dikhuatiri pemberian saguhati & pelbagai durian runtuh serta pelbagai projek yang diumumkan sebelum ini sudah dilupakan & dihabiskan oleh rakyat Malaysia. Jadual Datuk Seri Najib Sekitar Bulan Mei 2012 (Menjelang Kemungkinan PRU Ke 13) :
Tanda-tanda kecil dan besar Pilihanraya Umum ke 13 sudah mula kelihatan dan semakin dekat. Walauapapun, keputusan akhirnya di tangan seorang yang menjawab jawatan Perdana Menteri di Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang juga merangkap Presiden UMNO & parti komponen BN. Semuanya bakal diputuskan berdasarkan pemerhatian dan nasihat bersama-sama dengan pasukan risikan PM sendiri.
P/S : Jikalau benar Pililihanraya Umum ke 13 mahu diadakan dalam masa terdekat ini, pastinya ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai 2012 memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula pada ketika itu. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa. | ||
Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya Posted: 09 May 2012 04:37 PM PDT Ini maklumat baru yang diterima dari seorang sahabat, ustaz nih merupakan Exco DPPN. Mula-mulanya dia sms tetapi untuk lebih memastikan kesahihan maklumat nih, Addin telah telefon beliau. Menurut maklumat beliau, maklumat nih memang telah di berikan oleh sumber dalaman dari Badan Perhubungan United Malays National Organisation (Umno) Negeri sendiri. Menurutnya juga, United Malays National Organisation (Umno) juga telah bermesyuarat dan maklumat nih telah disebarkan kepada semua ahlinya. Bilik gerakan mereka juga telah beroperasi. Menurut maklumat tersebut, Parlimen akan di bubar pada 14 Mei nih dan tarikh penamaan calon pula pada 26 Mei. Tarikh pembuangan undi PRU 13 nih pada 8 Jun 2012. 8 Jun tuh jatuh hari Jumaat.. agak pelik jugak tetapi ianya tidak mustahil. | ||
Slogan baru 1Malaysia?: Ku tak rela ku tak redha - "Haramjadah!" Posted: 09 May 2012 09:55 AM PDT "Ku tak rela, ku tak redha". "Haramjadah!" Nampaknya 1Malaysia semakin gila! Tidak gilakah namanya apabila seorang Perdana Menteri bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation tiba-tiba tidak rela atau tidak redha peneroka (yakni rakyat) yang tidak bersetuju penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia mengambil apa yang diheboh sebagai 'Durian Runtuh'? Bolehkah seorang Perdana Menteri yang bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation menjerit tidak rela atau tidak redha? Bolehkah? Sebab, wang 'durian runtuh' itu sebenarnya wang siapa? Lazimnya, kalau wang itu hak bapak seseorang punya, bolehlah juga seseorang itu tidak rela atau tidak redha, tapi wang 'durian runtuh' Felda itu wang siapa? Umno punya? Isa samad punya? Atau hak bapak seseorang punya? Kalau wang itu dikatakan hak Felda maka tak logic langsung untuk mengatakan mereka yang tidak bersetuju penyenaraian FGVH mengambil wang 'durian runtuh' itu sebagai haramjadah! Bagaimana pula sekiranya, rakyat yang membayar cukai, tidak rela atau tidak redha seseorang Perdana Menteri yang bercakap sebagai seorang Presiden parti United Malay National Organisation, yang buat pekak badak terhadap tuntutan rakyat dalam menentang kezaliman dan kejahatan dalam pengendalian pilihanraya atau seseorang Perdana Menteri yang bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation yang pemerintahannya dikatakan berselirat dengan pecah amanah dan rasuah, mengambil gajinya? Salah atau tidak rakyat pembayaran cukai juga bersikap tidak rela atau tidak redha? Kalau tak salah maknanya gaji seseorang Pedana Menteri itu juga boleh jadi tidak halal diambilnya! Hati-hati! Keterlaluankah rakyat pembayar cukai, kalau mengatakan Perdana Menteri yang bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation yang mengambil gaji Perdana Menteri yang bercakap (memaki rakyat) sebagai Presiden United Malay National Organisation, iaitu gaji dari hasil kutipan cukai terhadap rakyat, juga sebagai haramjadah? Amacam? Kalau rakyat menggunakan istilah haramjadah, mungkin kerana dia rakyat! Kalau Pembangkang guna istilah itu untuk menarik perhatian pemerintah yang pekak badak, tidak adil, zalim dan rasuah, memang wajar kerana mereka pembangkang tapi kalau Perdana Menteri memaki rakyatnya sebagai haramjadah memang gila! Gila apa tak tahu! Sesungguhnya sebagai seorang Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, Perdana Menteri Najib dengan perangai buruk seorang Presdiden United Malay National Organisation (Baru), memberi didikan akhlak yang buruk kepada orang Malaysia! Mana jawatankuasa fatwa Abdul Syukor? |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan