Khamis, 10 Mei 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Tergamak Najib Kata Rakyat Haram Jadah

Posted: 10 May 2012 03:30 AM PDT



[Apa sudah jadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ini gamaknya. Sanggup beliau menggelar rakyat (peneroka) yang tidak mahu tandatangan borang perjanjian membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu "Haram Jadah". Apakah ini ciri-ciri pemimpin sebuah negara Islam agaknya. Haram Jadah (zadah) adalah kata makian yang menunjukkan seseorang itu benar-benar marah kepada benda-benda lain, tetapi bukan untuk manusia. Apabila Najib berkata begitu kepada manusia maka sama-samalah kita tunggu zaman kejatuhannya tidak lama lagi. Peneroka tidak mahu tertipu dengan taktik kotor Najib dan Isa Samad merompak khazanah Felda, maka mereka ada hak untuk tidak menyokongnya. Tambahan pula mereka duduk di Felda bukan "percuma". Mereka membayar segala keringat selama ini dan sudah tiba masa mereka pertahankan tanah-tanah mereka dari dirompak secara halus oleh pemimpin yang khianat seperti mereka ini sebenarnya].

Jemputan Ceramah PAS Di Kg.Kurnia Malam Ini

Posted: 10 May 2012 03:13 AM PDT


[Orang ramai juga dijemput hadir ke Ceramah PAS di di Tapak Markas Tarbiyah Kg.Kurnia, Kuantan jam 9.00 malam ini. Penceramah undangan ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang) serta Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). Kedua-dua penceramah ini akan mengupas beberapa isu semasa yang panas termasuk Bersih 3.0 dan sebagainya. Seperti biasa Ustaz Suhaimi pasti menarik perhatian orang ramai dengan tayangan "wayang pacak" slide video semasa menyampaikan ceramah beliau pada malam ini. Ceramah pada malam ini bertajuk "UMNO BN Biar Rakyat Susah, Asal Pemimpin Mewah"].

Ceramah Srikandi Keadilan Di Pekan Malam Ini !!

Posted: 10 May 2012 03:04 AM PDT


[Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Ismail akan berceramah di Markas PAS Kg.Mengkasar Pekan jam 9.00 malam ini. Beliau akan bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf membongkarkan berbagai tajuk isu-isu semasa untuk diketahui oleh rakyat. Justeru orang ramai yang berkesempatan bolehlah hadir beramai-ramai pada malam ini. Khabarnya, ceramah beliau ini akan bertembung dengan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus yang akan diadakan juga pada malam ini. Cuma, bezanya kuliah Ustaz Azhar bermula selepas Maghrib manakala ceramah Pakatan Rakyat bemula jam 9.00 malam. Ini bermakna orang ramai punyai banyak ruang untuk hadir di kedua-dua program malam ini. Khabarnya Siti Aishah juga akan berceramah di Felda Chini].

Zul Kulim Ceramah Di Indera Mahkota Hari Ini

Posted: 09 May 2012 08:35 PM PDT



[Bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu YB Dato' Zulkifli Nordin akan mengadakan ceramah "Isu Semasa" di Tapak Pasar Tani, Pasdec Makmur Indera Mahkota dekat sini jam 9.00 malam ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru khabarnya akan mendedahkan banyak isu-isu panas berkenaan Anwar dan PKR dengan membawa tema ceramahnya "Menegak Kebenaran Dan Menolak Kebatilan". Orang ramai disekitar kawasan Indera Mahkota adalah dijemput hadir beramai-ramai, ke lokasi ceramah tersebut yang terletak bersebelahan dengan surau Indera Mahkota Dua pada malam ini. Kabarnya ceramah beliau sudah bertukar ke Padang Awam, Taman Yew Hong bersebelahan dengan kawasan gerai-gerai Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)].

Tiada ulasan: