Selasa, 22 Mei 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: 'CMK Saman Utusan Malaysia', Mahkamah Tinggi Kuantan Tetapkan Pengurusan Kes 11 Jun !

Posted: 22 May 2012 12:30 AM PDT

KUANTAN, 22 Mei - Mahkamah Tinggi Kuantan bakal mendengar pengurusan kes saman Blogger Cucumatkilau (CMK) terhadap Utusan Malaysia pada 11 Jun 2012 ini. Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Abdullah (foto), yang mewakili blogger terbabit ketika dihubungi pagi tadi. Menurut Mohd Harris, writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 2 Mei 2012 telah dihantar kepada pihak terbabit dan mereka dikehendaki memasukkan kehadiran dalam tempoh dua belas (12) hari dari tarikh penerima surat salinan writ saman tersebut (17 Mei). Dalam tuntutan tersebut selain Utusan Melayu (M) Berhad, turut disaman ialah wartawan yang berkenaan iaitu Tarmizi Abd Rahim. Menurut Mohd Harris, saman dibuat berhubung tindakan pihak terbabit yang telah mengeluarkan artikel fitnah dan berniat jahat terhadap blogger berkenaan. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri" telah ditulis oleh Tarmizi Abd Rahim dan disiarkan di mukasurat tiga Utusan Malaysia pada 27 November 2010. "Sekiranya pihak berkenaan gagal memasukkan kehadiran pada tarikh yang ditetapkan, klien kami (blogger cucumatkilau) boleh terus untuk mendapatkan penghakiman dan seterusnya melaksanakan penghakiman tersebut terhadap mereka (Utusan dan Tarmizi", katanya. Menurut Mohd Harris lagi melalui surat pada 6 Disember 2010, plaintif (blogger cucumatkilau) telah melalui peguamcaranya pada masa itu menghantar satu notis kepada Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Berhad bagi menuntut gantirugi tersebut. "Namun melalui surat bertarikh 14 Disember 2010, Utusan menyatakan mereka enggan untuk membuat sebarang komitmen terhadap tuntutan ini. Plaintif akan mohon rujuk kedua-dua surat yang dimaksudkan semasa perbicaraan tindakan ini kelak", tambah Mohd Harris lagi.


Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 27 November 2010 berkaitan isu ini


"Akibat daripada berita palsu yang disiarkan oleh Utusan dan telah diulangi secara meluas oleh blogger-blogger UMNO dalam blog masing-masing, anak guaman kami digelar "kaki ampu" yang sanggup berbuat apa saja termasuk mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhalayak ramai untuk mengejar cita-cita politiknya. Susulan dari itu juga rakan-rakan dalam PKR dan Pakatan Rakyat mula menjauhkan diri dari beliau sehingga dia tiada pilihan lain selain mengundur diri dari persada politik kepartian. Maka pada 11 Februari 2011, beliau akhirnya mengumumkan keluar PKR secara rasmi selepas lebih 11 tahun bersama parti itu. Sebelum ini beliau merupakan calon PKR yang bertanding di DUN Kemayan pada pilihanraya umum ke-12 lalu", katanya. Justeru katanya, anak guamannya itu menuntut pihak berkenaan (Utusan dan wartawannya Tarmizi) untuk membayar gantirugi secara berasingan yang kesemuanya berjumlah RM30 juta. Tuntutan tersebut ialah gantirugi am RM5 juta, gantirugi teladan RM5 juta dan gantirugi teruk RM5 juta. Tuntutan juga dibuat terhadap faedah ketiga-tiganya atas kadar yang dibenarkan bermula 27 November 2010 sehinggalah penyelesaian penuh.

[Kes yang berlaku terhadap blogger terbabit sungguh memalukan sebenarnya. Malah, penyebaran gambar kononnya beliau membuat ciuman berahi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan terancang yang dibuat untuk menjatuhkan imejnya. Memang benar jika mana-mana pihak melihat gambar berkenaan, pasti akan mengatakan ia 100% mirip blogger terbabit. Namun, inilah hakikatnya bahawa mereka telah mencipta satu fitnah melampau sebenarnya. Inilah juga yang berlaku kepada pemimpin pembangkang seperti Anwar sendiri dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini. Justeru, rakyat digesa berhati-hati dalam menerima maklumat terutamanya yang disebarkan oleh media arus perdana termasuk kepalanya Utusan Malaysia. Ternyata media-media inilah yang telah menyebarkan maklumat salah dan sembrono untuk mensensasikan sesuatu isu itu sebenarnya. Semoga dengan kejayaan kes ini akan memberi pengajaran kepada pihak terbabit hendaknya. Media haruslah bersikap profesional dalam membuat sebarang laporannya].

Eksklusif: Video Ceramah Oleh Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hj. Fauzi Shaari Selepas Isytihar Dirinya Masuk PAS!

Posted: 22 May 2012 12:00 AM PDT



[Ceramah beliau ini sepatutnya didengari oleh ribuan pegawai polis bawahan yang kini masih "alpa dengan tugas" dan gagal membezakan tanggungjawab mereka kepada rakyat atau terus menjadi alat kerajaan UMNO BN yang kini semakin menuju ke penghujungnya. Pegawai polis yang masih berpendapat bahawa hanya kerajaan UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini perlulah bersikap terbuka dan tidak terus khayal dengan momokan itu selamanya. Mereka harus ingat Allah melihat apa yang mereka kerjakan. Jangan membuat tindakan yang jelas melanggar lunas-lunas agama dan kemanusiaan seperti yang dilakukan sekarang. Mereka perlu sedar bahawa keadilan haruslah ditegakkan di atas bumi Melaysia ini jika mereka mahu melihat generasi akan datang dapat hidup selesa dan aman. Sikap mereka yang terus bersekongkol dengan kerajaan yang zalim wajar ditinggalkan sekarang kerana majoriti rakyat mahu melakukan perubahan dan perlu meletakkan yang hak di tempatnya].

Tiada ulasan: