Pahang Daily Online |
- PAS Persoal Tindakan Kerajaan BN Membenarkan Parti Komunis China Datang Ke Felda Lurah Bilut!
- Samad Said: Ada Perancangan Buruk Bersih 3.0 !
- Chelsea Juarai UEFA, Kalahkan Bayern Munich !!
- Panas: Ruslan, Perkasa Mahu Anwar Kemukakan Kabinet "Bayangan" Pakatan Rakyat Bulan Ini !!
PAS Persoal Tindakan Kerajaan BN Membenarkan Parti Komunis China Datang Ke Felda Lurah Bilut! Posted: 20 May 2012 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mei - PAS mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan kerajaan membenarkan kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) ke Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang, pada 12 Mei lalu. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto) berkata, sedangkan sebelum ini isu komunis sangat sensitif di kalangan masyarakat. Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam hebat kerana dikatakan membela komunis. "Difahamkan PKC membuat lawatan sambil belajar dan berminat dengan pelaburan Felda Global Ventures. Kita tak kisah yang itu, tapi perkara pokoknya kenapa lawatan dibuat atas nama parti? Adakah kerajaan mengiktiraf PKC?" katanya kepada Harakahdaily hari ini. Mazlan juga berkata, kerajaan bersikap "double standard" apabila menyambut kedatangan PKC sebaliknya menyekat Anak dan pemimpin Pakatan Rakyat bertemu masyarakat Felda. "Pakatan Rakyat sering dihalang daripada masuk ke Felda, program disekat, tapi PKC senang-senang sahaja boleh masuk, menerima layanan baik daripada pihak pengurusan Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Parlimen Bentong membuat laporan polis berhubung perkara ini semalam. Mereka bimbang wujud elemen negatif memandangkan di Felda Lurah Bilut terdapat peneroka kaum Cina. Bukti, kain rentang yang menghebahkan program tersebut baru-baru ini [Kerajaan perlu jujur menjawab persoalan isu "komunis" ini. Ramai yang kini tertanya-tanya apakah motif Parti Komunis China itu dibawa masuk ke Felda?. Tindakan ini jelas sekali membuktikan bahawa kerajaan mengkhtiraf parti komunis itu sebenarnya. Maka itu, kenapa mereka begitu lantang berbunyi ketika isu Mat Sabu persoalkan perjuangan Mat Indera ketika bersama komunis menentang British di Bukit Kepong dulu?. Inilah yang menyebabkan rakyat jadi keliru dan tertanya-tanya. Apakah kerajaan jujur dalam isu ini atau sekadar gimik politik semata-mata. Kini, rakyat boleh menilai apa yang berlaku kepada Mat Sabu hanyalah sandiwara yang bertujuan untuk mengalih sokongan orang Melayu kepada UMNO BN pada pilihanraya umum akan datang ini. Kebenaran kini terserlah jua akhirnya]. |
Samad Said: Ada Perancangan Buruk Bersih 3.0 ! Posted: 19 May 2012 10:24 PM PDT |
Chelsea Juarai UEFA, Kalahkan Bayern Munich !! Posted: 19 May 2012 08:12 PM PDT [Chelsea memenangi Liga Juara-juara buat pertama kali selepas mengalahkan Bayern Munich 4-3 dengan sepakan penalti sebelum dinobatkan sebagai Juara Liga-Liga Eropah buat kali pertama awal pagi tadi (waktu Malaysia). Kemenangan Chelsea bermula dengan suasana tegang ketika Chelsea ketinggalan 0 - 1 dan Drogba kemudiannya mengikat perlawanan ke 1 - 1 dua minit sebelum tamat 90 minit. Kedudukan 1 - 1 mengheret perlawanan ke masa tambahan namun sebarang gol berjaya dijaringkan dalam tempoh itu. Pada minit ke 93 Bayern diberi sepak penalti disebabkan Drogba mengasari Ribery. Namun, sepakan penalti yang di ambil oleh Robben gagal melepasi gawang apabila berjaya diselamatkan Chelsea. Keputusan akhir memihak kepada Chelsea melalui sepakan penalti dengan jumlah jaringan 4 - 3 Didier Drogba menyempurnakan sepakan penalti di Allianz Arena malam tadi, selepas kedua-dua pasukan berkenaan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan]. |
Panas: Ruslan, Perkasa Mahu Anwar Kemukakan Kabinet "Bayangan" Pakatan Rakyat Bulan Ini !! Posted: 19 May 2012 07:46 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan kabinet bayangan pakatan pembangkang dalam bulan ini juga memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan dalam masa terdekat. Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim (foto), berkata rakyat perlu tahu kabinet bayangan itu untuk membuat perbandingan dan penilaian mengenai siapa yang akan diberikan mandat dan kepercayaan untuk membentuk kerajaan. "Jika Anwar enggan mengisytiharkan barisan kabinet bayangan atau cuba melenggah-lengahkan pengumuman tersebut, maka nyata ini adalah satu muslihat beliau, sebab seperti yang umum sudah maklum bahawa beliau selalunya akan berjanji kepada beberapa orang calon untuk menjawat sesuatu jawatan yang sama."Jadi beliau tak mahu membuat pengumuman tersebut takut terbongkar dan pecahlah tembelangnya," dakwanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau berkata rakyat juga mahu tahu apakah jawatan kabinet yang akan diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin serta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. [Perkasa punyai hak untuk menggesa Anwar menamakan kabinet bayangannya walau pun pilihanraya umum belum bermula. Malah, sebelum ini sudah biasa kita dengan pembangkang menamakan kabinet bayangan mereka. Justeru, kali ini Anwar perlu bersedia menyahut cabaran bekas orang kuat Keadilan, Ruslam Kassim ini. Kabinet bayangan perlu dibentuk untuk membolehkan rakyat menilai kekuatan dan kewibaan pemimpin yang mahu diketengahkan oleh pembangkang sekiranya mereka menang Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Rakyat kini sedang melihat apa yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak. Mereka mahu yang terbaik untuk masa hadapan anak cucu serta generasi akan datang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan