Anak Sungai Derhaka |
- Patutlah nak sangat jadi Ulama Muda UMNO.. ini agenda mereka rupanya..
- Skandal terbaru Anwar?
- BERSIH 4.0 dilancarkan!! tapi.. oleh Pencacai UMNO..
- Pencacai UMNO kata kereta ADUN DAP langgar budak.. sebab itu kereta diserang tapi kenapa sampai tiga kereta ?
- 5 anggota polis rempuh pagar rumah Najib (Kompleks Seri Perdana)
- Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda Padang Kota Lama.. ribuan hadir.. (Gambar)
Patutlah nak sangat jadi Ulama Muda UMNO.. ini agenda mereka rupanya.. Posted: 20 May 2012 08:06 AM PDT Terserlah kini mengapa sebilangan Ulama Muda menertai UMNO sebenarnya meskipun Ulama-ulama yang lebih senior dari mereka tidak mahu bersama UMNO.. Kenyataan dari Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno menjelaskannya.. jadi jangan kita hairan andaikata kelompok ini bakal dipinggirkan terus oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang ada.. Terutama sekali yang telah lama bersama UMNO.. Ulama muda Umno sedia bertanding PRU jika diberi peluang Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan jika parti memerlukan mereka, bagaimanapun menegaskan, pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam. "Kami tidak akan menolak. Kami bukanlah jenis yang meminta-minta, jika parti perlukan kami, kami sedia berkhidmat untuk memperjuangkan prinsip Islam," jelasnya. Kewujudan cabang ulama muda di dalam Umno dilihat masih baru berbanding PAS yang mempunyai Dewan Ulama sendiri, khusus untuk pemantapan ahli PAS dan penyertaan politik yang aktif. Bagaimanapun, ulama muda Umno ini menjelaskan, kewujudan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai satu entiti semata-mata, sebaliknya perlu dilihat dari konteks yang lebih luas. "Kami bukan berjuang atas dasar peribadi, politik. Tetapi kami berjuang demi agama," tegas Fathul Bari. Menurut bekas Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN) ini lagi, pihaknya tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan, sama ada melibatkan pembangkang mahupun kerajaan pimpinan Umno-BN, parti yang dianggotai mereka. "Suara kami tidak pernah disekat. Umno tidak pernah menghalang kami, bahkan, kami turut mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada parti, tapi kami tidak pernah disekat," katanya lagi membandingkan kebebasan bersuara di dalam PAS. "Bukan seperti PAS. Ramai ulama PAS yang dihalang daripada mengemukakan kenyataan yang bercanggah dengan pemimpin mereka. Kita lihat mereka bercakaran dalam Pakatan Rakyat (PR), tapi mana suara ulama, pemimpin PAS?", soal beliau lagi. Fathul Bari turut menegaskan, segala kenyataan yang diutarakan ulama muda tersebut juga bukanlah atas telunjuk Umno, sebaliknya atas inisiatif mereka sendiri selaku umat Islam. "Adakah kami keluarkan kenyataan mengikut kepentingan Umno?" Tidak," tegasnya, dan menambah, perjuangan kumpulan ulama muda tersebut adalah semata-mata kerana Islam dan masyarakat Melayu di negara ini. The Malaysian Insider |
Posted: 20 May 2012 05:00 AM PDT Ni fitnah terbaru dari TIBAI @ CIBAI ni.. Kononnya salah sorang dari ahlinya punya bukti kukuh Anwar minta gambar bogel seorang Mahasiswa IPTA. Kononnya lagi.. Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial. Ha..ha..ha.. kalau dah ada bukti kukuh kenapa nak dilaporkan kepada Utusan Malaysia, laporlah pada Polis.. kan gangguan sexual tu.. Pasti Polis dengan segera akan menyiasat.. maklumlah nama yang dikaitkan pun nama Anwar Ibrahim, yang menyiasat kalau boleh sabitkan kes mungkin akan dinaikkan pangkat.. Berbalik kepada NGOk TIBAI itu.. sungguh memalukan sebuah NGOk yang menggunakan perkataan Mursyidul Am, Majlis Syura dan lain-lain lagi.. tapi agenda yang dibawa hanya mengenai sex. Macam Haram Jadah!! Skandal terbaru Anwar? Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron yang mendedahkan perkara itu berkata, gambar dimaksudkan Ketua Pembangkang berkenaan adalah gambar lelaki itu tanpa berpakaian. Berdasarkan maklumat kukuh yang didapati, katanya, Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial. "Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya - Lidah Rasmi UMNO |
BERSIH 4.0 dilancarkan!! tapi.. oleh Pencacai UMNO.. Posted: 20 May 2012 02:00 AM PDT Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi. Kononnya mereka adalah kumpulan peniaga dari Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga.. Tapi ada sumber mengatakan mereka ini adalah Pencacai UMNO dari Pemuda UMNO Selangor yang berkerjasama dengan PERKASA Wilayah Persekutuan. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. ada ke peniaga muka macam samseng (yang kiri dan kana tu) ni? Ni mesti nak tumpang populariti BERSIH ni.. maklumlah Himpunan UMNO hari tu Najib sasarkan 500,000 hadir tapi yang hadir 60,000 saja.. Tapi rakyat tidak bodoh seperti mereka-mereka yang bodoh itu sangkakan.. Laporan berkaitan.. BERSIH 4.0 Di Lancarkan, Penganjur Mahu Adakan Perhimpunan Di Hadapan Rumah Ambiga! Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi. Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara minggu ini. Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini. Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari. "Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga. "Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi. Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari. Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam. Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi. Sumber: Blog Pencacai UMNO |
Posted: 20 May 2012 01:08 AM PDT Ini adalah jawapan dari Pencacai UMNO berkenaan insiden kereta ADUN Bandar Hilir dibaling batu dan telur hingga pecah cermin keretanya.. Menurut Setiausaha Pemuda Umno bahagian Jasin, Jezlee Tit kejadian membaling telur dan batu itu berlaku selepas kenderaan berkenaan didakwa melanggar seorang kanak-kanak. Betul ke?.. kalau betul berapa kereta sebenarnya yang telah melanggar budak itu.. takkanlah sampai tiga buah kereta kot?? 'Tiada arahan bawa telur, batu' Pemuda Umno Jasin menafikan bahawa ahlinya bertanggungjawab membaling telur dan batu pada kereta dua ADUN DAP ketika satu jamuan minum petang di Merlimau bersama pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Setiausaha Pemuda Umno bahagian itu, Jezlee Tit berkata insiden membaling telur dan batu itu berlaku di luar jangkaan mereka. Malah, arahan untuk membawa telur dan batu juga tidak dikeluarkan, katanya yang juga ketua Pemuda Umno cawangan Merlimau. "Saya sendiri tak pasti siapa yang baling dan buat. Sebab semalam kita panggil yang ada sekali masa itu (demonstrasi) ada yang Umno ada yang bukan Umno. "Di bahagian saya, memang saya tak ada keluarkan arahan bawa telur dan batu. Saya juga yakin ini bukan kerja budak-budak saya. Budak Jasin tak macam tu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Katanya, program asal mereka ialah untuk mengadakan demonstrasi aman bagi menunjukkan prot ADUN Bandar Hilir es terhadap kehadiran Ambiga. Beliau mengulas kejadian serangan yang didakwa dilakukan ke atas kereta dua adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) serta kereta pengikut mereka. Khoo mendakwa, salah satu daripada tayar kenderaan milik Tey juga dipancitkan, selain kerosakan pada cermin sisi dan badan kereta tersebut. Dakwa kereta langgar kanak-kanak Menceritakan kembali kejadian malam tadi, Jezlee berkata, demontrasi tersebut pada awalnya dijalankan secara aman tanpa gangguan. Kejadian membaling telur dan batu itu kemudiannya berlaku selepas kenderaan berkenaan didakwa melanggar seorang kanak-kanak. "Tapi sebelum itu, kereta itu ada terlajak dan terlanggar seorang budak. Mungkin budak tu marah itu yang jadi macam tu... "Benda itu benda yang tak baik dan kita pun tak minta dia orang buat," katanya lagi. Menurutnya lagi, beliau juga menghalang individu berkenaan daripada menyerang kenderaan tersebut dan membantu kereta tersebut keluar dari kawasan tersebut. "Saya sendiri ada dekat kereta. Kami semua bagi laluan untuk bawa kereta tu keluar... Saya kata jangan... tapi lepas sahaja kereta tu lepas, kejadian itu berlaku... Jezlee berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah dengan ceramah anjuran DAP. Bagaimanapun, kehadiran Ambiga ke program itu tidak dipersetujui kerana peguam tersebut didakwa telah menghina Islam. "Kami tak setuju dia datang sebab secara jelas dia memperlekehkan Islam, lekeh undang-undang. Kami buat demonstrasi itu untuk nyatakan secara jelas dekat dia," katanya lagi - Malaysiakini Berikut pula adalah gambar-gambar kereta dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dan penyokongnya yang telah menjadi mangsa keganasan Pencacai UMNO.. |
5 anggota polis rempuh pagar rumah Najib (Kompleks Seri Perdana) Posted: 19 May 2012 11:06 PM PDT KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan. Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut. Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana. "Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar. "Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan," katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini. Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. Sinar Harian |
Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda Padang Kota Lama.. ribuan hadir.. (Gambar) Posted: 19 May 2012 09:38 PM PDT Perlu diakui, fenomena atau suasana ini tidak pernah berlaku ketika Pulau Pinang dikuasai oleh GERAKAN yang memperkudakan UMNO.. Solaat jemaah Maghrib dan Isyak di Padang Kota Lama. Apa yang sering Kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai oleh GERAKAN dengan memperkudakan UMNO anjurkan disini hanyalah konsert-konsert yang menjadikan ummat Islam leka dan lalai terhadap tanggungjawab agama. Di bawah pentadbiran Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang Ketua Menterinya dari DAP yang dikatakan anti Islam oleh kebanyakkan pencacai UMNO, solat jemaah Maghrib dan Isyak di Padang Kota Lama semalam 19 Mei. Solat berjemaah tersebut telah diadakan dalam satu Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, 'Wacana Santai bersama Ustaz Azhar Idrus' di padang Kota Lama. Program ini telah berjaya menarik ribuan rakyat Pulau Pinang samada dari bahagian Pulau mahupun bahagian Seberang Perai untuk hadir. Paling menarik.. jika selama ini kebanyakkan anak-anak muda yang berugama Islam dikatakan semakin menjauhkan diri dari program yang berbentu keagamaan, ianya juga terbukti salah kerana ramai anak-anak muda yang hadir dalam program ini.. Selain Ustaz Azhar Idrus turut hadir ialah Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Ali XPDC, program dianjurkan sempena Pameran Pengguna Negeri Pulau Pinang 2012.. Dalam Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri ini, Padang Kota bertukar warna dari kehijauan kepada keputihan, tahniah kepada pihak penganjur. Biar foto pula berbicara… lihatlah.. Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) Laporan berkaitan.. Azan dan sujud di Padang Kota Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman. Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan. Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang. (Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus) Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus. Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini. Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown. Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda. Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid. Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya. Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya. Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa. "Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong. Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya. Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu. Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri. Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga. Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan. Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan. Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan