Pahang Daily Online |
- Panas: Usia 159 Tahun Tapi Masih Jadi Pengundi, Ternyata Daftar Pemilih SPR Masih Tidak Telus !!
- Panas: Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman Mereka
- MUIP Anjurkan Kuliah Ustaz Azhar Di Pekan Esok
- Hi-Tea Anak Pahang Di Lembah Klang 12 Mei Ini !
- Panas: Umumkan Kerjasama Dengan China, Najib Sengaja Memalukan MB Pahang Serta Mahu Rayu Undi Kaum Tersebut Pada PRU13 Ini Sebenarnya!
- Kontroversi: PAS Kecam Bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor Mendakwa Tuan Guru Nik Aziz Kafir !
Panas: Usia 159 Tahun Tapi Masih Jadi Pengundi, Ternyata Daftar Pemilih SPR Masih Tidak Telus !! Posted: 09 May 2012 03:17 AM PDT [Semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke-13, maka semakin banyak bukti penyelewengan dan penipuan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berjaya di dedahkan oleh orang awam. Terbaru, seorang pengundi yang bernama Wong Kwan Moy berusia 159 berdasarkan tarikh lahirnya pada 23 Ogos 1853 tapi masih berdaftar sebagai pemilih. Beliau yang memegang IC 530823-01-0010 itu didaftarkan mengundi di lokaliti Jalan Ayer Panas, Ayer Panas Tengah parlimen Titiwangsa di Kuala Lumpur. Persoalannya sekarang, apakah pemilih terbabit wujud atau SPR sebenarnya masih membenarkan namanya tersenarai tapi yang akan mengundi nanti ialah orang lain (pegundi hantu). Inilah yang menimbulkan kemusykilan dan ternyata SPR masih belum buat pembersihan terhadap daftar pemilih mereka. Maka, bagaimanakah rakyat akan percaya SPR akan berlaku telus dan adil bagi mengendalikan proses Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi agaknya?]. |
Panas: Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman Mereka Posted: 09 May 2012 02:36 AM PDT KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Peneroka memohon injunksi mahkamah bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk salurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB). Menurut peguam peneroka terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto) berkata ramai peneroka sebenarnya terpaksa tandatangan borang tersebut kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing. "Borang dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah peneroka berasa diri mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuantan pagi tadi. Beliau turut menegaskan, borang yang ditandatangani oleh para peneroka itu borang standard bank yang kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule bayaran balik tidak dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak mengikut peraturan sebenarnya. Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani borang pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April) baru-baru ini. Semua ini menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda penipuan dan penyelewengan dilakukan oleh Felda dengan kerjasama bank-bank yang berkenaan. Maka itulah injuksi tersebut dikemukakan dan kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei 2012 ini. Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi [Ramai peneroka yang mula sedar diri mereka tertipu selepas melihat pengumuman "durian runtuh" oleh Najib di Jengka 8 semalam. Mereka terkejut kerana pemberian RM15,000 itu dibuat secara berperingkat-peringkat dan ia bukanlah durian runtuh jika itu caranya. Durian runtuh mesti jatuh sekali gus kata sebahagian daripada mereka yang ditemui. Apapun, ramai yang berpendapatan cara dan kaedah pemberian yang dilakukan hanyalah helah untuk Najib dan BN memaksa penerokan mengundi mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lantaran itulah ramai yang mula sedar mereka tertipu apabila menandatangani borang perjanjian pinjaman dengan bank baru-baru ini. Mereka seolah-olah dipukau dan menjadi tidak sedar diri ketika berbuat demikian. Kini, mereka mahu mahkamah membatalkan perjanjian kosong terbabit setelah mereka mula tahu tanah ladang akan menjadi cagaran kelak. Apapun, syabas dan tahniah kepada para peneroka yang terlibat dan mula sedar ini. Semoga lebih ramai peneroka akan failkan injuksi berkenaan selepas ini]. |
MUIP Anjurkan Kuliah Ustaz Azhar Di Pekan Esok Posted: 09 May 2012 01:00 AM PDT [Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus bakal mengadakan "Program Khairul ummah" di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj di sini esok, 9 Mei 2012. Program yang akan diadakan selepas solat Maghrib itu adalah anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Justeru, orang ramai di kawasan Pekan dan sekitarnya adalah dijemput hadir beramai-ramai ke program yang bermanfaat ini. PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada MUIP kerana berjaya membawa Ustaz Azhar Idrus untuk mengisi program dakwahnya. Cuma, jika berpeluang MUIP perlu membawa beliau berkuliah di seluruh masjid-masjid utama di negeri Pahang terutamanya di daerah Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Raub dan sebagainya. Ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada lebih ramai peminat Ustaz Azhar Idrus mendengar kuliahnya secara lebih dekat lagi. Senario yang berlaku sekarang ini, beliau banyak mengadakan kuliahnya di kawasan Kuantan dan selebihnya di Pekan dan Rompin. Sebaliknya, bagi peminat beliau di daerah lain mereka gagal menghadirinya dan hanya dapat menyaksikan kuliahnya menerusi internet dan VCD/CD semata-mata. Maka, wajarlah MUIP memainkan peranan ini]. |
Hi-Tea Anak Pahang Di Lembah Klang 12 Mei Ini ! Posted: 09 May 2012 12:48 AM PDT [Satu program Hi-Tea Anak Pahang akan diadakan di Dewan Al-Munirah, Kg.Johan Setia (Jalan Kebun) Klang Selangor pada hari Sabtu, 12 Mei 2012 ini. Program yang bermula jam 2.30 petang itu, akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku tetamu jemputan khas. Program turut menampilkan tokoh-tokoh terkenal dari Pahang seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhajaya PAS Pahang / Ketua Penerangan PAS Pusat), Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi (Timbalan Pesuruhajaya III PAS Pahang / Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat) dan Ustaz Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang). Turut bersama pada hari itu ialah Man Kadir @ Pak Jabit dan artis sensasi tanahair iaitu Aishah. Untuk keterangan lanjut berkenaan program ini, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Sekreteriat Anak Pahang Perantauan iaitu Saudara Zainul Alam (019-6788191) dan juga Saudara Badaruddin (019-6239858)]. |
Posted: 08 May 2012 10:24 PM PDT KUANTAN, 9 Mei - Ramai yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto), bahawa kerajaan bakal memperincikan kaedah dan usaha mewujudkan lokasi tapak perindustrian khas, iaitu Malaysia China-Kuantan Industrial Park (MCKIP), di Gebeng seluas 640 hektar di sini dalam masa terdekat, berikutan jalinan bersama Wilayah Naning, di China. Usaha itu sebagai lanjutan kepada persetujuan membabitkan kerajaan Malaysia dan Republik China, membangunkan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) selepas majlis pecah tanah disempurnakan pada 1 April lalu oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatnya, Wen Jiabao. "Lokasi ini sebagai sister industrial park dan kedudukan Pelabuhan Kuantan juga menjadi titik penting dan dekat dengan wilayah tersebut. "Setakat ini kita sudah bertemu dengan bakal pelabur yang juga sebuah syarikat besar dan mereka menunjukkan minat membangunkannya," katanya di Kuantan. Najib berkata demikian semasa aktiviti Bersantai di Taman Gelora, semalam sempena program tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) 2012 baru-baru ini. Persoalannya sekarang, kenapa ia di Gebeng dan apa motif Najib umumkan perkara demikian sebenarnya. Apa yang jelas, terdapat dua motif Najib berwar-warkan perkara itu sekarang. Pertamanya, beliau mahu membutkikan kepada orang Cina kononnya kerajaan tiada masalah dengan "kaum terbabit" selepas melihat mereka bangkit membantah isu Lynas secara besar-besaran sekarang. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa kerajaan tidak menganaktirikan pelaburan dari negara terbabit seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak selepas kontroversi Lynas. Bagi Najib, mungkin dengan cara ini sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum nanti akan kembali pulih dengan pengumuman yang telah beliau buat itu. Najib Mahu Malukan Adnan Yaakob Sebenarnya Keduanya, Najib sengaja mahu memalukan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) yang mengaitkan kononnya orang Cina yang menentang projek Lynas di Gebeng itu kemungkinan besar mendapat kerjasama dengan Asia Pasifik China Chamber Of Commerce. Adnan berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan seorang rakyat Australia di pejabatnya beberapa bulan yang lalu. Dalam wawancara iu, Adnan tanpa usul periksa dengan berani membuat kenyataan seperti berikut "Saya telah buat sikit kajian dan saya perhatikan dalam dunia sekarang ini bahawa tanah jarang (rare earth) buat masa ini dikeluarkan dengan banyaknya oleh negara China. Negera Cina mengawal hampir 97% pasaran tanah jarang ... dan Amerika Syarikat punyai rizab yang besar iaitu 13 juta matrik tan . Buat masa ini pengeluar terbesar ialah negara China .. dan kita harus ingat, China mempunyai rangkaian perniagaan yang sangat teratur yang mempunyai struktur yang baik melalui Asia Pasifik China Chamber Of Commerce... Itu sebab kita dapat lihat di Malaysia, terutama di Kuantan mereka yang menentang terdiri daripada ramai pemimpin-pemimpin dan persatuan-persatuan orang Cina, dan kita tak boleh tolak kemungkinan bahawa ada kerjasama yang mungkin tidak diuruskan secara rasmi, tetapi kerjasama dengan dasar tahu sama tahu..... dan kita dapat lihat rata-rata di Kuantan ini yang menentang ialah orang-orang Cina. Kita rasa yakin ada kaitan ...." Sila rujuk video dibawah sebagai bukti kukuh berkenaan dakwaan yang dibuat MB itu. Wawancara ini membuktikan Adnan membuat tuduhan melulu terhadap Cina tanpa membuat kajian terperinci impak yang berlaku kepada BN sebenarnya [Makanya, tindakan Najib itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej Adnan selaku Menteri Besar Pahang sebenarnya. Tambahan pula, kini Najib membayangkan akan menukar MB Pahang dengan yang baru sekiranya BN masih terus berkuasa di Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Apa yang penting, rakyat harus sedar dengan permainan politik kedua-dua pemimpin ini. Mereka kini sebenarnya sudah terjerat apabila kajian menunjukkan lebih 80% kaum Cina terutamanya di Pahang kini akan menolak UMNO BN gara-gara isu Lynas. Langkah terbaik ialah cuba mengeluarkan kenyataan dan isu berkaitan projek dengan China, supaya kaum Cina akan menyokong mereka. Padahal, merekalah yang membuat provokasi keterlaluan yang mengaitkan kononnya Cina menentang Lynas kerana dengki projek itu dimonopoli oleh kontraktor berbangsa Melayu dan sebagainya. Inilah yang dimainkan oleh pemimpin UMNO bagi membuat tuduhan melulu terhadap rakyat yang membantah projek tersebut sebenarnya. Justeru rakyat perlulah sedar dengan permainan politik licik mereka ini. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan segala omongan kosong mereka hendaknya]. Lagi Info Klik SINI |
Kontroversi: PAS Kecam Bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor Mendakwa Tuan Guru Nik Aziz Kafir ! Posted: 08 May 2012 09:23 PM PDT KOTA BHARU, 9 Mei - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (foto), menyifatkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggambarkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir' mempunyai unsur dendam. Malahan kata Husam, Rahim tidak layak mengeluarkan pendapat tentang Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal agama. "Kita dalam Pakatan Rakyat lebih berpegang kepada konsep kesopanan dan akhlak. Cara kita bertindak balas adalah dengan cara yang boleh diterima masyarakat," kata beliau pada sidang media di JKR 10 di sini, kelmarin. Rahim dalam sebuah akhbar semalam menuduh Nik Abdul Aziz sebagai 'bapa kafir' apabila dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa wajib untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0. Husam turut kesal terhadap fenomena politik negara yang dilihat berkembang di luar batas-batas agama dan moral. "Hampir setiap hari ada sahaja caci maki dan kata nista yang tidak bertanggungjawab serta tuduhan liar berunsur seks keterlaluan selain gambar tidak munasabah disiarkan sejak Mac 2008 oleh media utama negara," katanya. Menurutnya, sebagai rakyat negara ini, beliau merasakan sudah tiba masanya amalan kotor seperti ini ditamatkan, namun perkara itu tidak akan terlaksana selagi tidak mempunyai moral yang tinggi. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Datuk Hasan berkata, PAS Kelantan mengutuk tindakan Rahim dan menyifatkan ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas ketua polis. "Beliau tidak layak untuk bercakap mengenai Islam dan kafir, siapa dia nak melabelkan orang Islam atau kafir, siapa dia Islam atau kafir sedangkan umum sudah mengetahui latar belakang beliau sejak menjadi Ketua Polis Negara," kata beliau. [Kenyataan Rahim Noor ini sungguh biadap dan memalukan sebenarnya. Tergamak beliau menggelarkan orang seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu kafir, sedangkan ramai pemimpin UMNO sendiri yang mengikhtiraf ketokohan kepimpinan Nik Aziz itu sendiri. Rahim Noor tidak wajar bercakap demikian dan dia harus sedar siapakah dirinya ketika menjadi Ketua Polis Negara dulu. Bahkan, seluruh dunia mengetahui dialah yang telah membelasah Anwar dalam "kes mata lebam" dan disahkan oleh Suruhanjaya DiRaja selepas itu. Kerajaan tidak wajar menggunakan "polis pencen" untuk mengeluarkan pandangan yang jelah menjatuhkan imej mereka sendiri sebenarnya. Adalah lebih baik Rahim Noor, bertaubat dan sedar akan kesilapan beliau selama ini. Malah, kita juga tahu bahawa ramai polis pencen akhirnya berjuang bersama Pakatan Rakyat selepas tamat perkhidmatan. Soalnya, kenapalah Rahim Noor masih belum mahu insaf-insaf lagi?. Apakah pintu taubat itu masih terbuka untuk beliau agaknya?]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan