Era Pasca |
UST MAZA : NABI MENGAJAR KITA BERDEMONSTRASI DI JALANAN Posted: 09 May 2012 02:10 AM PDT Jalan raya adalah sekolah Penuh dari Ustaz MAZA, Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya; 1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal. 2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya. 3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara. 4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai. 5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati. 6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa. 7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
PECAH BERITA!! Bekas Presiden MCA dan Wanita MCA bakal menyertai Pakatan Rakyat!! Posted: 08 May 2012 04:16 AM PDT Bekas Presiden MCA Bakal Sertai Pakatan Rakyat..Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat pada akhir bulan ini akan keluar MCA! Mengejutkan, berita tergempar! Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)! Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO. Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat. Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA. Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal dan tidak akan membawa MCA ke mana-mana. Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur. Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini. - by @tiewnama on twitter SUMBER KLIK SiNi KAH KAH KAH WOI BERTAMBAH BERAPI LAH PUNGGUNG NAJIB RAZAK BILA KEPALA KEPALA MCA SEMUANYA SERTAI PAKATAN RAKYAT INI SEBAGAI TANDA SERU KERAJAAN BARISAN NASIONAL AKAN KE MUZIUM NEGARA DAN KE HULU SUNGAI KLANG KAH KAH KAH KAH KAH KAH BILA MCA DAH MENYAMPAH PADA NAJIB DAN ROSMAH, HABIS 100% ORG CINA AKAN MEMANGKAH SELAIN DARI MENTERI ROGOL AMAH UMNO TINGGAL MIC SAJA LAGI DI SEMENANJUNG.. ITU PUN TENGGELAM2 TIMBUL KAH KAH KAH KAH KAH KAH TANDA KIAMAT BAGI PARTI PEROSAK MELAYU.. PETANDA LEMBUMNO AKAN DI KERAHKAN.. MUZIUM AKAN DI SIAPKAN JENTERA INDON, BURMA DAN SIAM AKAN DI JADIKAN PENGUNDI KAH KAH KAH @tiewnama - pecah kepala hotak najib razak memikirkan nasibnya di perancis.. kah kah kah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan