Muslimeen United |
- [Rugi kalau tak tengok] Samhuri Maharaja Lawak Terkini : Hidup Umno Hidup Dap...
- PAS akan jadi MB di 4 negeri selepas PRU13?
- Insiden Lembah Pantai: UMNO Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan!
- Pemuda PAS himpun depan NST desak minta maaf
- Selamat Tinggal Umno; Bangkit Membuat Perubahan!
- BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara
- Bawa bendera PAS, Jalur Gemilang ke Alor Setar
- Peningkatan Kes Jenayah; Tiba Masanya Melihat kepada Perlaksanaan Hukum Islam
- Ustaz Azhar Menyantuni TGNA
- Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan
[Rugi kalau tak tengok] Samhuri Maharaja Lawak Terkini : Hidup Umno Hidup Dap... Posted: 25 May 2012 08:40 AM PDT Video paling lawak yang pernah aku tengok... lawak habis, | ||
PAS akan jadi MB di 4 negeri selepas PRU13? Posted: 25 May 2012 08:39 AM PDT Lepas PRU13 nanti, nampak gayanya ada peluang untuk PAS jadi Menteri besar di empat buah negeri. Selain dari Kelantan dan Kedah yang tentunya insyaallah PAS akan mampu pertahankan ada dua lagi negeri yang Pakatan Rakyat berpeluang untuk tumpaskan Umno BN yang berkemungkinan besar PAS yang akan jadi Menteri Besar dan satu negeri lagi mungkin PKR akan jadi Menteri Besar. 3 negeri tu kalau ikut kata Mat Sabu adalah Perak, Johor dan Negeri Sembilan dengan besar kemungkinannya Hj Nizar Jamaluddin akan jadi Menteri Besar di Perak dan Salahuddin Ayub akan jadi Menteri Besar di Johor manakala di negeri Sembilan kemungkinan besarnya Kamarul Baharin dari PKR yang akan Menteri Besar. Mungkin ramai yang kata ini cuma angan-angan mat jenin, tak mungkin Umno BN akan kalah di Johor dan Negeri Sembilan, di Perak pun payah. Aku lebih suka anggap itu sebagai hasrat, impian atau cita-cita. Masing-masing ada perkiraan sendiri atau paling kurang pun persepsi sendiri dan aku yakin mat Sabu ada perkiraan sendiri bila dia berani kata macam tu. Sinar harian melaporkan:
Apa pun, syarat yang paling utama adalah gerakerja jentera pilihanraya. Kalau jentera pilihanraya masih lagi bekerja macam pilihanraya umum sebelum-sebelum ni, jangan harap la nak tawan negeri, nak tambah kerusi pun belum tentu boleh silap-silap yang dah ada dalam tangan pun boleh terlepas. Macam tu jugak dengan situasi di perak. Walaupun ramai yang yakin Pakatan Rakyat mampu rampas balik Perak tapi kalau tengokkan tahap gerakerja jentera pilihanraya PR di Perak, aku jadi tak berapa nak yakin. Apa pun, harap-harap angan-angan, impian, hasrat atau pun cita-cita nak rampas lagi 3 negeri tu tercapai. Kalau 3 negeri tu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat insyaallah hayat umno BN akan berkubur tak lama selepas tu. Cuma satu yang aku mushkilnya, pasai apa Terengganu termasuk dalam senarai Mat Sabu, takkan Terengganu yang katanya cukup hebat dengan gelombang "PAS ganti Umno" tu tak boleh menang kut? Ataupun mungkin jugak Terengganu bukan dalam keadaan 50-50 tapi dah hampir pasti Umno BN akan tumbang. | ||
Insiden Lembah Pantai: UMNO Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan! Posted: 25 May 2012 02:24 AM PDT Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapa Umno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi. Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan. "Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya. Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap. Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR. Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR. Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu. Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu. -mk | ||
Pemuda PAS himpun depan NST desak minta maaf Posted: 25 May 2012 02:22 AM PDT (Pemuda PAS berhimpun membuat bantahan depan NST hari ini) KUALA LUMPUR: Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir". Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS. Berkata kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas. "Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik. "Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya. Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu. Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan. Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan. "Kita akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP. "Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi. Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan lebih ramai lagi." Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab. Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut. -Hrkh | ||
Selamat Tinggal Umno; Bangkit Membuat Perubahan! Posted: 24 May 2012 11:24 PM PDT KEMAMAN - Usia pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini berada di penghujungnya apabila rakyat sudah tidak sabar lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 'parti purba' itu. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata apa yang berlaku hari ini suatu kebangkitan rakyat yang menyeluruh bagi membuat perubahan dalam negara. Bahkan, katanya rakyat menunggu-nunggu bilakah tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi mandat baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat. "Apa yang sedang berlaku hari ini adalah suatu kebangkitan rakyat, suara rakyat dan kehendak rakyat untuk melaksanakan perubahan dalam negara kita. "Maka, dengan sebab itulah hingga hari ini Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri masih tidak berani untuk membubarkan Parlimen. Rakyat di seluruh negara sedang menunggu untuk memberi mandat baru memerintah negara kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Selamat Tinggal Umno anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, di Dataran Tok Guru Kampung Geliga, Kemaman, semalam. Menurutnya, kesungguhan PAS dan Pakatan Rakyat menggantikan Umno-Barisan Nasional bukan 'main-main' atau sekadar janji-janji manis. Tetapi, kata Salahuddin, PAS menjanjikan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga kerajaan Pakatan Rakyat. "Kita (PAS) tidak main-main lagi. Apabila kita jumpa rakyat pada hari ini kita bukan lagi menjanjikan bulan-bintang kepada rakyat. Tetapi hari ini, kita menjanjikan sesuatu yang kita (Pakatan Rakyat) rasakan akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat," jelasnya. Salahuddin turut menyelar tindakan Umno menggunakan budaya samseng, fitnah dan seks dalam pertarungan politik di negara ini. Katanya, Umno gagal menjawab hujah-hujah serta fakta-fakta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin BN. "Mereka (Umno) tidak boleh lagi menjawab hujah-hujah kita, fakta-fakta yang kita kemukakan kepada mereka. "Apabila mereka tidak boleh lagi menjawab segala hujah yang kita kemukakan dan rakyat yakin dan semakin yakin dengan hujah-hujah kita. Maka, kita melihat Umno mula bertukar untuk menjadikan budaya samseng dalam politik negara kita. "Mereka (BN) lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan fitnah, dengan video lucah dan dengan samseng-samseng untuk berdepan dengan kita. Inikah budaya Melayu. "Hari ini mereka sudah melampau. Dia lawan kita dengan cara tidak bertamadun. Video seks, habis dengan pelacur, habis segala sundal, habis segala jalang, habis segala betina dan habis segala pondan," jelasnya. Oleh itu, katanya menjadi tangguungjawab kepada rakyat menamatkan budaya tersebut dengan cara menumpaskan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang. Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Strategik Parti KeADILan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, Pengerusi Amanah Terengganu, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek dan Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat. -BO | ||
BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara Posted: 24 May 2012 11:19 PM PDT Semua pemimpin BN tahu jika mereka kehilangan kuasa selepas PRU13 nasib masing-masing tidak keruan. Sebahagian akan ke mahkamah atas dakwaan mempunyai wang yang berlebihan hingga boleh memberikannya kepada artis seksi dan sebahagiannya pula terpaksa ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika baru-baru mengambil alih jawatan PM, antara ucapannyadi hadapan perwakilan UMNO ialah "kita akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan dara terakhir". Kata-kata ini ada kaitan denga ketakutan yang amat sangat pemimpin BN terhadap kehilanga kuasa. Lebih-lebih lagi selepas PRU12 BN sudah merasakan mereka tidak kebal dan rakyat boleh memilih parti mkana yang mereka suka, membolehkan BN tumbang di lima buah negeri. Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12. Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib. Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa. Najib dan Muhyiddin Yassin sudah pun ada akaun FB dan tweeter. Mereka akan menggembar gemburkan jumlah yang menjadi rakannya tetapi tidak diketahui apakah mereka yang menyertainya itu sudah boleh mengundi atau tidak. Dalam nanar dan kepeningan yang amat sangat, media massa memberi gambaran kononnya sokongan anak muda sudah kembali ke pangkuan BN. Tetapi pelbagai tragedi dari pihak mahasiswa dan beberapa perhimpunan yang disertai anak-anak muda, jelas BN masih belum berada dalam zon selamat. Itulah sebabnya apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz membuka mulut kesediaan muzakharah mereka berlumba-lumba memberi kenyataan, walaupun berbagai bunyinya tetapi memasang satu harapan, mahu PAS meninggalkan KeADILan dan DAP. Pada perkiraan Najib, jika PAS masih bersama Keadilan dan DAP, sokongan masyarakat Cina memang berpihak kepada Pakatan Rakyat dan harapan untuk BN kembali mengekalkan kuasa amat tipis. - Safar Jumaat Bukan saja menteri dan tokoh politik UMNO/BN, malah ramai penjawat awam juga bakal ke penjara terutama ketua-ketua agensi kerajaan yang terlibat secara terus membantu UMNO/BN mengekalkan kuasanya secara kotor. Itulah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang.-GB | ||
Bawa bendera PAS, Jalur Gemilang ke Alor Setar Posted: 24 May 2012 11:17 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua ahlinya yang akan ke Himpunan Hijau ke Putrajaya 1 Jun ini agar membawa bendera PAS dan Jalur Gemilang kecil bersama mereka. Ia bertujuan untuk membolehkan semua peserta perhimpunan ini mengibarkannya sepanjang perhimpunan raksaksa di Alor Setar ini. "Hanya bendera kecil di benarkan. Jika bendera besar, ia akan menganggu majlis pula," kata Datuk Mahfuz Omar, Pengarah himpunan ini. Mahfuz juga berkata, bendera PAS dan Jalur Gemilang ini juga akan dijual di perkarangan stadium untuk orang ramai. "Sebahagian akan kita berikan percuma. Namun ia tidaklah cukup untuk semua orang," kata beliau kepada Harakahdaily. Semua pemimpin dan ahli PAS akan berhimpun di Stadium darul Aman, Alor Setar 1 Jun ini. Perhimpunan akan bermula jam 4.30 petang itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara. Pada sebelah paginya, pertemuan tertutup antara pimpinan utama PAS akan diadakan. Di majlis itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan taklimat kepada mereka. Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, pelakon dan penulis lagu Bob Lokman, penyanyi Aishah dan Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyerikan perhimpunan ini. Pada sebelah malamnya pula akan didakan majlis ceramah perdana dengan disertai oleh hampir semua pimpinan utama PAS. Ia bakal disertai oleh beberapa ahli baru PAS termasuk Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman. -Hrkh | ||
Peningkatan Kes Jenayah; Tiba Masanya Melihat kepada Perlaksanaan Hukum Islam Posted: 24 May 2012 05:15 PM PDT KUALA TERENGGANU – Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menekankan kes-kes jenayah yang sering berlaku seperti ragut, curi dan rogol mestilah diberi perhatian oleh semua pihak. Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh pihak polis kes-kes jenayah seumpama itu semakin meningkat dan membimbangkan, khususnya di negeri Terengganu. "semua pihak termasuk polis dan masyarakat umum mesti memberikan perhatian dan mengambil tindakan bersama (mencegah jenayah), "saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kes-kes jenayah di Terengganu ini secara khususnya meningkat dan sangat membimbangkan,"ujarnya. Ustaz Khalil berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian jenayah ragut yang berlaku kepada beliau serta isterinya pada 21 Mei baru-baru ini. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Marang menegaskan, situasi peningkatan jenayah masakini itu perlu di muhasabah dengan melihat kepada keperluan perlaksanaan hukum jenayah Islam. "masyarakat Islam mesti kembali kepada hukum jenayah Islam (hudud dan qisas) untuk menyelesaikan masaalah ini, "penjenayah pada hari ini tidak takut dan (tidak) menghormati dengan undang-undang yang ada pada hari ini,'tegasnya. Oleh kerana itulah, katanya, kejadian jenayah semakin hari semakin ketara dan meningkat secara mendadak. Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa hanya undang-undang jenayah Islam yang berjaya menyelesaikan masalah jenayah di dalam masyarakat. Menurutnya, perlaksanaan Hudud dan Qisas adalah bertepatan bagi penyelesaian masakini kearana ia adalah satu pencegahan. "Undang-undang hudud dan qisas secara falsafahnya bukan untuk menghukum orang yang bersalah tetapi lebih kepada untuk mengajar dan mendidik penjenayah dan masyarakat supaya takut dan gerun kepada Allah, "Cuba kita bayang apabila pencuri dihukum potong tangan selepas cukup syarat-syaratnya dan hukuman ini dilaksanakan di hadapan orang ramai, "sudah tentu ia menyedar dan menakutkan penjenayah untuk melakukan jenayah ini,"jelasnya. Pada kejadian yang menimpa beliau hari Isnin lalu, seorang pemuda yang berpura-pura memesan makanan di sebuah restoran telah secara tiba-tiba merampa beg tangan isterinya, Dr Dr Farhana Hasbullah, 32, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam. Dalam pergelutan dengan 'suspek' peragut itu, Ustaz Khalil mengalami kecederaan di betis kanan dan salah satu jari ditangan kanannnya patah. -BO | ||
Posted: 24 May 2012 05:14 PM PDT Kalau sebelum ni entry wa Foto Terbaik : Uztaz Azhar Menyantuni TGNA (rujuk foto) ada yang komen cakap foto tu tak berapa clear dan terlindung .. So, kali ni luorang takde lagi alasan nak kata itu ini .. sebab foto yang kali ni jelas dan bersinar. Ini foto terbaru dari sebuah program Himpuan Anak Muda Kelantan 2012 di Kelantan semalam.
Amacam ? Clear tak ? .. weyh .. sekali lagi wa nak tekankan, kalau level Ustaz Azhar yang tersohor tu boleh gitu hormat pada TGNA, kekita yang tak berapa nak start ni.. agak agak le skit kedudukan kita ..huhu | ||
Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan Posted: 24 May 2012 05:12 PM PDT Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya. Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)." Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu -mk Gejala samseng yang berlaku kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Ia angkara sikap pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Menteri KDN yang membiarkan hal tersebut berlaku dan bercambah terutama apabila ianya dihala dan ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti merestui hal itu dilakukan oleh ahli-ahli mereka. Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi. Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan. Jika mereka tidak mahu bertanggungjawab, percayalah hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka dan UMNO akan hancur binasa lantaran Allah tidak akan membiarkan kezaliman dan kekejaman itu berpanjangan dan berkekalan. Seperti yang pernah GB nukilan sebelum ini: yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan