Briged Al-Akhdor LR2 |
Mesir: Undi mula dikira, calon Ikhwan di depan Posted: 25 May 2012 07:47 AM PDT Mesir: Undi mula dikira, calon Ikhwan di depan
Parlimen Mesir baru-baru ini telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. (Penulis di depan poster-poster kempen Presiden Mesir) Proses pengiraan ini di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian. Keputusan awal yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi sedang mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan dari 6661 daerah mengundi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 30.8% undi, calon bebas Dr Mon'im Abol Foutuh mendapat 17.7% undi, calon tajaan bekas rejim Mubarak Ahmed Syafik mendapat 22.5% undi, Hisham Sabahi 20.7% undi dan calon yang mendapat banyak sokongan kuasa Barat Amar Mousa mendapat 11.9% undi. Proses penggiraan undi yang sedang berjalan ini semakin menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak. Setakat ialah Dr Mohammad Morsy dari parti FJP Ikhwan Muslimin, Dr Mon'im Aboul Futuh yang juga merupakan bekas pimpinan Ikhwan Mesir dan dua calon tajaan saki-baki rejim Mubarak iaitu 'Amru Musa dan Ahmad Shafik sedang bersaing di kebanyakan daerah mengundi. Pada hari ketiga ini saya berada bersama beberapa pimpinan Ikhwan dari Freedom and Justice Party (FJP) di pejabat media Dr. Mohamad Morsi yang terletak di tengah-tengah Kota Kairo. Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang di terima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai para pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP. Ya, keputusan awal ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi di hadapan bakal akan menjadi 'mimpi nyeri' bagi kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel yang berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda bagi memastikan calon 'tajaan' mereka akan menang dalam pilihanraya ini. (Bertemu dengan Setiausaha Agung FJP, Dr Ahmed Solaiman) Ahmad Syafik dan Amr Mousa telah diberikan pelbagai publisiti oleh media barat terutamanya BBC dan CNN 'sebagai calon penyalamat' bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan Dr. Morsi terutamanya, telah cuba di 'blackout' dengan menafikan publisiti kepada beliau. Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin ini telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan mereka banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan facebook. Begitu juga dengan kempen dari rumah kerumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat Ikhwan di seluruh mesir setakat ini menampakkan hasil yang positif. Keputusan rasmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang di dapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan "Kuasa rakyat' akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang yang di sanjung Barat. Kemenangan Ikhwan akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia. -------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok, Terengganu. Hubungi beliau melalui Twitter: @syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan